Monday, December 11, 2017

Lelaki DAN Cinta

Assalamualaikum,

Hari ini TV2 menyiarkan cerita P. Ramlee bertajuk "Antara Dua Darjat"

Scene yang membuatkan hati geram adalah dimana semasa Cikgu Piano aka Ghazali (P.Ramlee) ingin berjumpa dengan Tengku Zaleha ( Sarimah) waktu malam.

Ini adalah senario percintaan yang sering ada dipaparkan di alam nyata dimana sang kekasih lelaki menuntut pertemuan malam hari sedangkan siangnya baru berjumpa. Istilah inggeris 'dating'

Kebanyakan pasangan lelaki sangat kurang rasional dalam bercinta. Menuntut sesuatu yang memberi efek kepada perhubungan.  Umumnya anak gadis sentiasa di kawal ketat oleh ahli keluarga terutamanya si ayah.

Namun berjumpa sekejap di siang hari tidak memberi kepuasan kepada sang kekasih yang ingin bertemu di malam hari juga. Lelaki seharusnya memahami, melindungi dan menjaga kehormatan wanita yang disayanginya. Ini amat sukar kepada lelaki yang sedang angau. Hilang angaunya maka timbullah pula jemunya.

Akibat dari perjumpaan malam antara Ghazali dan Tengku Zaleha menyebabkan kemarahan keluarga. Tengku Zaleha di bawa keluar ke tempat asal iaitu ke Singapura kerana keluarga berasa malu dan terhina. Kesan dari peristiwa itu lebih banyak masalah keluarga menimpa dan mengakibatkan keluarga si gadis iaitu Engku Zaleha menjadi porak poranda.

Lihat sahaja akibatnya. Abang Tengku Zaleha di penjara kerana membunuh ibu tirinya iaitu bonda Tengku Zaleha. Ayahandanya menjadi gila kerana kematian isterinya iaitu ibu Tengku Zaleha. Inilah akibat kerana terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Jadi kesimpulan pada cerita ini, ingin bercinta biarlah berpada². Jangan terlalu mengikut nafsu dan memburukkan keadaan. Hormatilah keluarga si gadis. Hormatilah maruah nya dan keluarganya.

Akibatnya sangat buruk. Cintalah berpada². Lagi² kalau ingin menyunting sebagai isteri yang sah.

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, November 29, 2017

Network Coverage Umobile Bermasalah Untuk Kawasan Cheras.

Assalamualaikum,

Hari ini dah masuk 3 hari tidak dapat melayari internet di rumah. Line sangat teruk. Satu bar sahaja dan adakala tiada lansung.

Telefon pula meragam. Berat semacam naik taip apa² walham kapasiti masih ok.

Jenuhlah macam ni nak taip macam robot.

XoXo,
Cik Lee

Sunday, November 19, 2017

Tips Melupakan Kekasih Lama

Assalamualaikum,

Ramai antara kita pernah bercinta dan ada yang bernasib baik ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan.

Kali ini CL akan kongsikan tips untuk melupakan kekasih atau istilah "move on".

Secara logik amat mustahil untuk melupakan seseorang yang pernah bertahta di hati kita sekiranya kita telah meletakkan cinta, kepercayaan dan harapan agar perhubungan dapat di noktahkan dengan perkahwinan. Namun begitu, kita masih mampu untuk perlahan² untuk melupakan kekasih hati dan terus "move on".

1. Menangis

Tidak salah pada peringkat awal kita menangis dan bersedih. Namun yang menjadi salah adalah kita terus menerus meratapi dan menangis.

Ada sesetengah dapat melegakan emosi setelah menangis. Menangis bukanlah beerti ada lemah namun ia adalah untuk membina kekuatan.

Normal setiap orang akan beremosi dan menangis namun kena tetapkan iman dan terus melangkah. Tiada guna berpatah balik.

2. Sandarkan masalah kepada mereka yang di percayai.

Hakikat sekiranya kita sedang bersedih tidak salah jika kita berkongsi dengan orang yang kita rasa percayai. AWAS adakala orang yang paling rapat adalah orang yang paling suka dengan kesedihan kita.

Cuba kita tengok dan uji kepercayaan rakan. Sekiranya kita boleh dipercayai tidak salah sekiranya kita mencurag rasa. 
Ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada hati yang tengah sarat.

3. Elakkan kesedihan berpanjangan.

Sekiranya kita telah menangis, bercerita dengan rakan. Elakkan terlalu lama melayan perasaan sehinggakan perhubungan sedia ada bersama teman² menjadi bosan dan tidak ingin bersama kita.

Cuba sedaya upaya menahan dari terus terusan bercerita kesedihan, menangis dan memencilkan diri. Selain dari tidak baik untuk kesihatan ia juga memberikan impak buruk pada sekeliling kita. Kita mudah beremosi, tidak berfikir panjang dan mungkin ada yang mudah mengambil kesempatan atas ketidakstabilan emosi kita.

4. Cuba aktiviti lain.

Jangan kita terperangkap dalam dunia ciptaan kita dan terus menganiaya diri dengan kesedihan.

Apa kata kita cuba aktiviti baru bersama orang yang menyayangi kita. Tidak salah kita menghadiri majlis ilmu, melakukan sembahyang berjemaah di masjid² berbeza, berkaraoke dengan teman², dan travel ke tempat² menarik.

Ini secara tidak lansung kita dapat memikirkan aktiviti lain selain menumpukan kepada kesedihan kita.

5. Aktiviti Sukarelawan.

Dewasa ini ada pelbagai aktiviti sukarelawan yang boleh di sertai. Antaranya memberi makanan kepada gelandangan, membersihkan rumah anak yatim, mengajar anak yatim, misi bantuan (banjir atau apa saja) , dan sebagainya.

Apabila kita menyertai aktiviti sebegini  dapat menyibukkan diri dari terus memikirkan perkara² menyedihkan.

6. Fikir Positif.

Setelah beberapa minggu dengan kesibukan aktiviti dan sokongan dari teman² dan keluarga cuba kita duduk seketika dan bermuhasabah.

Mungkin dari kita masih teringatkan sidia namun cuba kita kenangkan apa yang telah kita lalui dalam perhubungan itu sesuatu yang berbaloi untuk di teruskan atau pisah adalah jalan terbaik?

Mungkin semasa dalam perhubungan semakin suram dan anda bukan lagi mencintai dirinya cuma anda hanya merasakan kebergantungan anda kepadanya sebagai satu tanggungjawab dan tidak mahu melukakan mana² pihak.

Semakin anda menilai, semakin anda merasakan sesuatu yang positif perhubungan berakhir adalah jalan terbaik namun jika terus bersama anda mungkin akan lebih terluka dan derita.

7. Menerima hakikat.

Sebenarnya tidak mudah namun akan lebih mudah sekiranya anda menerima hakikat yang anda dan si dia tidak ditakdirkan untuk bersatu.

Hakikat walaupun pahit namun itulah jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan anda. Tiada guna meneruskan perhubungan yang sia² dan menantikan sesuatu yang tidak pasti.

8. Berhenti berharap.

Jangan meletakkan harapan agar perhubungan anda dapat di selamatkan. Semakin anda letakkan harapan untuk bersama makin menambahkan luka yang sedia ada.

Semakin lama akan menjadi semakin parah. Elakkan kerana sekali anda terjerumus semakin anda tenggelam dalam angan² yang tidak akan kesampaian. Ia sangat bahaya kepada kesihatan mental anda.

9. Bukakan pintu hati.

Ini adalah cara lebih baik. Jangan hanya statik kepada perhubungan yang telah musnah.

Tidak salah anda berkawan dengan orang lain. Bertukar² fikiran, dan saling berkongsi minat juga dapat memberikan ruang pada diri anda untuk memulakan perhubungan baru.

Mana tahu perhubungan kali ini lebih positif dan membawa anda ke jinjang pelamin kan?

10. Anda berhak BAHAGIA.

Ramai yang terlupa bahawa dia berhak bahagia seperti orang lain seperti si dia yang telah memilih orang lain.

Jangan pernah menafikan hakikat anda juga berhak BAHAGIA. Jangan biarkan orang lain merampas kebahagiaan yang patut anda miliki.

Carilah kebahagiaan baru. Minta petunjuk dari NYA. Mana tahu ada sirnar dalam perhubungan baru akan datang. Bahagia itu hak semua individu. Cari dan cipta kebahagiaan baru.

Semoga tips² ini dapat memberikan panduan dan meringankan beban di hati. Jangan terus bila di buru kenangan. Biarkan lah berlalu, cinta ini kadang² tiada logika jadi teruskan mencari cinta sejati. "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

XoXo,
Cik Lee
Bsc Hons Human Delevelopment

Tuesday, November 14, 2017

Layan Gegar Vaganza 2018

Assalamualaikum,

Pada peringkat awal tidak berminat nak layan. Namun, lagu² lama menggamit kenangan semua.

Kak Engku tidak dapat meneruskan kemaraan pada konsert kelima kali ini mungkin rezeki tidak memihak. Padahal saya merasakan vokal semakin ada peningkatan. Elyana yang dahulu agak bagus semakin tumpul skill menyanyinya.  Itu belum di uji dalam genre berbeza lain.

Apa yang mengejutkan Firman yang  CL merasakan tiada menarik dari segi vokal mengejutkan dengan perubahan vokal mendadak serta persembahan unik. Siapa sangka beliau keratif dengan menyanyikan lagu Zalikha. Penggunaan hailer dalam verse korus yang berulang² untuk beri perbezaan sangat menggagumkan.

Itulah namanya kreatif kerana ini adalah pertandingan nyanyian bukan pertandingan persembahan. Vokal Siti Nordiana juga semakin mantap dan semakin popular sekarang. Yang utama beliau belajar mempertingkatkan vokal beliau.

Jadi jangan takut berubah dan kreatif kalau ingin berjaya. Peringatan untuk diri juga.

XoXo,
Cik Lee

Terjebak Dunia Blogger

Assalamualaikum,

Ingat lagi tidak CL pernah menyatakan pada catatan sebelum ini CL akan ceritakan bagaimana CL terjebak ke dunia blogger.

Pada ketika zaman itu memang telah ramai blogger ada yang masih aktif dan ada yang hanya aktif di media sosial sahaja.

Pada asalnya kami semua dikenali di dalam satu blog yang amat terkenal ketika itu. CL adalah batch kedua yang aktif dalam blog terkenal itu.

Untuk makluman di blog itulah kami berkenal² bersahabat dan akhirnya asa yang kami jumpa ke alam nyata.

Mesti ramai yang tertanya tanya blog apakah itu. Blog terkenal ketika itu adalah blog "Lagu Muatturun"

Pada awalnya kami mengenali sebagai blog untuk mendapatkan lagu² terkini dan lagu² lama. Di situlah tempat berkumpulnya kami semua para blogger.
Cbox adalah tempat paling addict untuk kami semua. Hampir setiap hari kami panggil karpet iaitu interface tempat kami berbual. Kalau semasa waktu petang jam 3 ke atas memang sangat sibuk sampai nak baca pun kami berpinau dek terlalu rancaknya kami bersembang.

Di situlah juga tempat CL di dedahkan ke alam blogger dan blog CL yang ada baca ini adalah hasil dari sahabat blog CL Fourhousemen nama pena dalam cbox dan kami selalu ringkaskan sebagai por. Namun blog ini di kemaskini oleh incik Fisher. Dan kini sepenuhnya oleh CL sendiri.

Kebanyakan rakan² masih utuh persahabatan sehingga kini. Namun biasalah ada pasang surut dan bertekak. Namapun masih muda dan masing² tidak mahu mengalah.

Sahabat² itu ada masih kami ketemu ada yang telah sibuk dengan keluarga dan anak² masing².

Walaupun masih bersua di muka buku tapi tidak sama dengan dunia cbox. Cbox adalah interface yang kami dapat berbicara secara lansung.

Semuanya tinggal kenangan manis yang tidak mungkin di lupakan.

XoXo,
Cik Lee

Tuesday, November 7, 2017

Kesedaran Tentang Pesakit Mental

Assalamualaikum,

Hari ini CL hendak kongsikan tentang kesedaran kita terhadap pesakit mental. Cabaran kala ini menyebabkan kadar pesakit mental semakin meningkat.

Kita sebagai warga yang normal dan sihat cuba mengenali apakah dan siapakah pesakit mental dan apa yang mereka alami.

Pesakit mental ada pelbagai peringkat. Pelbagai nama dan pelbagai jenis. Namun begitu tidak semua pesakit mental tidak normal mata kasar cuma adakala mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri.

Mari CL kongsikan pengalaman pesakit mental itu sendiri di dalam wad pesakit mental dan ini adalah pengalaman kisah benar. Selamat membaca.

XoXo,
Cik Lee

hehehe SECOND TRIGGER WARNING ❗️❗️❗️🙀🙀🙀🤐🤐🤐

JOM?! nak dengar kisah aku masuk ward psychiatry // ward sakit mental Seremban bersama cerita pesakitpesakit mental yang lain? JOM!!! he he he
...

sebelum aku melalui memory deterioration atau memory loss disebabkan apapa sekalipun. aku nak tulis juga memory2 aku dalam ward bersama pesakit mental critical yang lain hehehe yelahhh sebab hypomaniac kan masatu. kemainnn dengan semua org nak berborak lepas dah dapat korek citer sorang sorang aku duduk sebelah dia, borak kisah dia 😊

okay first patient katil 2. dia nie aku tak sure sangat. rasanya PD, postpartum depression kot. sbb nyaaa, dia pakai baju pink lain sikit drpd baju ktorg. tidurrrrrrrrrrrr je kerja dia. bila masa makan & makan ubat je dia bangun pastu dia tidurrrrrrrr je. depress kot. tu tidur je. tk dpt borak banyak sgt sbb dia asyik tidurrrr plus dia mcm sangat introvert sangat. sooo tahu sikit je la pasal dia.

patient katil 3. dia nie pun depression juga. hari2 dia tunggu laki dia amek drpd ward. dia nak keluar ward ngat2. dia kata dia tak betul sikit, sbb ada org buat dia. hantar hantu cina kacau dia. kalau perasan, kepala dia tertarik kebelakang kanan berulang kali non-stop. dia kata hantu cina tu yang tarik. hmm. kesian. tapi tatau la. hallucination dia ke apa. aunt nie pun dia social withdrawal. dia suka tidur kawasan katil (ada dua kawasan dibahagikan dengan dinding, satu sebelah kanan yg most patient tidur, satu kawasan sebelah kiri dekat dengan toilet, tak ramai patient tidur situ, dia jela sorang) yang sebelah kanan sorang2. tkde sapa, dia sorang je kat kawasan tu. bawah kipas. sedap siut ahaaa

patient katil 4 tu, mmmtahhh tak kenal hahaha! dia masuk sebab suicide attempt. overdose seroquel 18 biji. nak mati sangat sbb gaduh dgn boyfriend la katakan. ahaaa. yelah impulsive reaction masa tga marah. mana nak fikir betul ke tak apa aku buat masa tu. haihhh kan dah kena masuk ward mental. lagipun patient bipolar nie paling high risk untuk suicidal berbanding sakit mental yang lain. haih risau dengan diri sendiri 😥

patient katil 5. dia nie hardcore duhhh cara suicide 😭 paling hardcore! dia kata pernah campur paraquat dengan nasi, tapi tak mati, dia tak pernah cut2 sbb dia kata sakit, overdose ubat banyak kali pun tak mati, dia nak try gantung diri tapi dia tatahu nak buat mcm mana, so dia tak buat. ada lagi dia makan minum bukan2 tapi tak ingat la pula. hmm masa dalam ward tu dia nak keluar ngat2 nak jaga anak dia, dia nak mati sebab depression juga, tak tahan hidup katanya, dia rasa diri dia worthless. tapi dia sayang anak dia umur 6tahun. hmm kaki dia selalu dia gegar2 kan macam anxiety mcm tu. harap dia dah takde suicidal thought apa semua tu, laki dia jauh masa dia dlm ward dekat perak tak silap. hari2 tggu laki dia dtg juga hmm

patient katil 7, aku tak borak ngat dgn dia nie, sebab dia mcm creepy, tapi dia okay je, dia buat rehab juga mcm kak ***. aku dga2 dia nie ada masalah masturbation. selalu g toilet buka seluar malam2 duk toilet lama2. nie si *** laanie nampak. aku baru masuk tatau ngat. dia kata dia depression skit. tanak share sgt kot.

patient katil 8, schizophrenia juga. dia kata dengar suara2, suruh dia bunuh diri, akak ni baikkk sngat. tapi dia slow sangatttt, cakap slow. cakap2 tiba2 berhenti. loading. tp dia dpt pergi buat rehab. kira pt nie okay lakan. dia selalu ngantokkk effect ubat. kesian dia. last day aku kt ward katanya dia nak kena transfer ke johor kot. sbb ada family dia sana. nurse semua bising2 convince dia tayah la transfer susah kan hospital bagai. pastu akak tu merajuk la sehari. yela sbb dah janji kan nak transfer sabtu tu. dah nak sampai harinya nurse kecoh2 lak. nyampahhh. patient kot. ikut jela. kau nak jaga dia sampai kau tua ke 😝 tp last skali dia dpt laa pergi johor tu huhu

patient katil 10. sedih aku dgn cerita budak nie. umur dia 15. tak silap aku umur dia darjah 4 5 mcmtu, dia kena rogol dgn abg sepupu dia. lepastu, ada sekali dgn pakcik dia. kesian gila ☹️☹️☹️ mak dia tggalkan dia dri baby, tk pernah jumpa, ayah dia ada tapi ayah dia buat tatau je bila dia self harm mcm tak sayang langsung, mak tiri dia mcm setan lak. skrg dia tggal dkt JKN. selamat, happy. dia nie selalu kena panggil acik ppk suruh urut2 adoii kemain lagi menggunakan pt. dia masuk ward sbb depression juga. dia citer kat aku dia amalkan silat pontianak tiap malam kena berlawan dgn mana2 setan setiap bilik dalam asrama dia tu. and dia kena cut tgan dia bagi darah sikit kat pontianak tu. kalau tak nnt pontianak tu mcm cekik dia tak bagi dia bernafas. pakcik2 dia ajar dia. akhirnya makan diri kesian gila ☹️ harap dia dapat buang & bertaubat. tp dlm ward nasib dia tak bersilat. sbb katanya pontianak tu bg dia berehat. huhuuu serammmm masa dia citer tu. dah la malam2 adehhh

patient katil 11, tak banyak sangat ckp dgn dia, tp dia nie kejap ok kejap tak ok. i mean kejap senyum2 kejap nangis2 kejap jalan sorang2 mcm tak betul. dia masuk ward sangat secretive dia tak bagitahu org sbb apa dia masuk. tp ada first day aku masuk tu. dia tga nangis2, pastu ada acik *** tanya dia kenapa nangis? dia kata sbb anjing dia mati. berapa lama lah dia depress tu. kesiannya. tp dia okay la boleh bergaul ahaa tp sbb dia dh bgtahu sbb dia masuk tu secret so tk tanya lelebih la.

patient katil 13, cek mek kelate, dia nie tatau la aku, attention span dia sangat pendek, masa first aku masuk ward kan aku isolate duduk dkt bahagian yg pelawat dtg, duk sorang2 situ sbb takut lagi ahaa pastu dia dtg nak borak2 dgn aku, aku tanya dia kenapa dia masuk situ, lepastu dia pandang tmpt lain termenung, aku panggil dia banyak kali baru dia perasan perghhh susah duhhh borak org mcmnie 😂😂 depression juga dia nie. sbb dia sebok sgt nk kahwin dgn laki org. dah macam mana hmmm entahlah. dia keluar awal dulu. tak banyak story. lgipun dia rapat dgn acik *** tu.

patient katil 14, unknown. org situ cerita polis jumpa dia nie merayau2 area PD. lepastu polis tangkap la dia bawa masuk mutiara. tak pasal2 je. dia tak pandai cakap langsung. lepastu gigi rosak semua, busuk gigi dia hmm kecian sakit gigi nak makan pun dia tahan je. tapi selera makan dia nie okay. berselera beno. makanan org lain pun dia sebat ahaa suka tgk dia. tapi yang seramnya malam2 aku tidur selang dua tiga katil juga dengan dia. aku kan dr tak bagi aku makan ubat psycho aku tu dalam ward sebab yelah. aku overdose kot. buatpe makan ubat lagi kan haha lepastuuu malam aku susah la nak tido. kadang diorang sume dah tido baru aku tido. kadang tiba2 aku dengar dia nie gelak sorang2 cakap apa tatau. seram kot. dah la aku baru2 nak lelap kan 😭 tp dia okay. tak kacau org. ada one day tu nurse bawa dia pergi klinik gigi. cantik elok dah gigi dia. special treatment uols 😁

patient katil 15. ahaa dia nie la aku cerita aku lalu tepi katil dia masa first day nak pergi toilet tu ingatkan dia ckp dgn aku rupanya dia ckp sorang 😩 tegak bulu roma wehhh rasa mcm wujud je orang hallucination dia tu hmm dia nie schizophrenia tahap apa tatahu. ubat sume tak load kat dia. so dia kena ECT. Electroconvulsive treatment. kata lainnya, kena current kepala dia bagi sambung balik apa yg terputus. cuba search ECT dekat youtube. tengok la diorang kena ECT seksa sangat weh. kesian cik *** nie, balik2 ECT je dia senyappppp je kalau tak membebel merapu apantah mulut dia non-stop. aku dah la tidur sebelah dia 😭😭😭 kadang aku yg takleh tidur nie sampai tidur dulu sambil dengar dia merapu tu. kesian sangat. dah tu nak buat macam mana.

patient katil 16. haha nama dah la nak sama. dia nie pun schizophrenia juga, rawatan ECT juga. sama dengan cik 👆🏻. tp dia nie diammmmm je tak mcm cik 👆🏻 😏 nak bercakap dgn dia pun susah. tp dia comel. tatahu la atas aku ke bawah aku umur dia. dia pesakit luar bukan inward pun. masuk ward kejap pun utk ECT esok harinya tu. dah habis ECT tukar baju balik la ahaa jeles je tgk dia kuar ward. kesian juga dia nie. tatau apa history dia. nak borak tp dia senyap & creepy. so aku biarkan jela dia.

patient katil 18. dia nie schizophrenia tak silap. tp dia tak ngaku. first day aku duduk2 depan tv,  cmtu, dia baring kat katil dia paling hujung ke dalam, lepastu dia ckp sorang2 fahamlah, tiba2 dia jerit ‘aku saman kau baru tahuuuu!!!’ sambil tolak kebawah bajunya. dia pagi2 dia tak tidur mcm aku, dia suka nyanyi pagi2 lepas bfast tu. last day aku kat ward baru dpt borak dgn dia. imagination dia bukan2 duhhh dia kata dia bercakap dgn anak dia kat rumah dgn telepathy mcmtulah. conversation dlm otak dia dgn anak2 dia. dia kata anak dia jahat selalu main perempuan. dia tak makan ubat, tapi dia kelentong dr kata ubat dia pakai patches anak dia bawa. dia kata kat aku patch tu tkde apa pon. dia kata dr buat experiment kt dia. dia lama gak berbulan dah dalam ward tu. mcm akak2 senior gak ah. garang seh muka dia tak senyum, tak gelak. tu aku takut nak ckp dgn dia. umur dalam 40s mcmtu.

patient katil 19. haaa dia nie adoi letih aku layan dia haha. dia cakap dkt aku dia bipolar I disorder. tp maniac dia teruk sangat. cakapppppp je sehari pagi petang siang malam tak berhenti. penat aku dengan *** layan dia 😩😩😩 tapi dia lah paling menceriakan ward. suara dia bukan takat satu ward, rasanya kalau ward psychiatry lelaki sebelah boleh dengar aku rasa boleh kot hahah. dia kelakar tapi bila dia depress mangaiii bangun tidur makan pun dia tolak. perghhh puas pujuk. dia obes, ada satu malam tu laki dia visit dia tapi tak bawa anak dia, dia sedih, dandan hantar laki dia ke pintu keluar dia pengsan pulek depan pintu tu. apa lagi aku dengan *** yg rapat dengan dia nie la tukang angkat. kesian dia. dah tu acanne. dua kali umi ayah visit aku kat ward dua kali tulah dia acah2 mesra dgn umi ayah, katanya ingatkan mak dia datang la apalah sbb suara sama dengan mak dia. padaheyyyy sajaaa je nak ajak borak dengan cerita dia tak habis2 berejam tuuu eleyyyyy hahaha ngade benooo

last but not least, nak baca cerita2 psikitrik yang best2? dapatkan diagnosis 4 : delusi sekarang!!! 😁😁😁😁

Monday, November 6, 2017

Saya Blogger Yang Privacy

Assalamualaikum,

Semakin hari semakin ramai kaki blogger yang aktif menceritakan gaya hidup dan kehidupan peribadi.

Maaf ye CL ni orangnya privacy orangnya. Tidak semua CL akan paparkan gambar² personal CL untuk tatapan umum. CL akan cuba kongsikan seminima yang mungkin.

Mungkin ada yang ingin ikuti facebook mahupun instagram CL namun cukuplah CL dikenali di dalam dunia blogger ini.

Apapun semoga perkongsian yang lalu mahupun yang akan datang dapat memberi manfaat dan idea kepada semua.

Satu hari nanti CL akan kongsikan bagaimana CL terjebak dunia blog. Tunggu...

XoXo,
Cik Lee

Monday, October 23, 2017

Persediaan Umrah Part 2 : Keperluan Umrah

Assalamualaikum semua,

Kali ini CL kongsikan persediaan ringkas untuk melakukan umrah. Barangan ini antara kelengkapan wajib untuk wanita cuma jika untuk jemaah lelaki perlu di tukar ke kain ihram. Kelengkapan wanita agak renyah jadi CL kongsikan untuk makluman bersama Insyaallah.

1. Tasbih Digital

Ini adalah memudahkan kita berzikir dan mengetahui berapa banyak zikir yang telah kita baca terutama amalan² yang memerlukan pengiraan.

2. Spray Wudhuk

Ini adalah untuk jemaah yang sangat sensitif perutnya dan mudah mengeluarkan kentut. Umum ketahui bilik air untuk mengambil wudhuk agak jauh. Jadi untuk menjimatkan masa dan mengelakkan kita keluar saf. Gunakan spray wudhuk.

3. Telekung / Telekung Mini

Ada jemaah wanita yang selesa menggunakan seluar ketika ibadah. Jadi mereka memilih telekung mini. Namun begitu penggunaan telekung biasa sudah memadai. Namun bagi jemaah lelaki mereka perlu memakai kain ihram.

4. Baju Tshirt Berkocek

Ini adalah untuk memudahkan jemaah menyimpan duit tanpa perlu mengusung bag ke mana². Ia juga lebih selamat dan mudab untuk melakukan ibadah tanpa bimbang keselamatan duit. Jadi tidak salah jika ada sehelai baju tersebut.

5. Stokin Muslimah

Stokin ini antara kelengkapan wajib untuk jemaah wanita. Ia adalah untuk melindungi kaki semasa solat dan semasa aktiviti seharian. Umumnya kita sudah ketahui bahawa kaki merupakan aurat untuk seorang wanita. Jadi di sini kita boleh belajar amalkan berstokin dan menutup aurat. Tangan juga aurat Lebih mudah jika stokin yg mesra wuduk. Namun ia bukan keutamaan. Stokin biasa juga boleh asalkan tidak jarang. Penggunaan stokin tangan juga penting. 

6. Baju Muslimah Yang Labuh.

Ada sesetengah jemaah tidak selesa memakai jubah sepanjang masa. Pastikan ada pakaian labuh untuk memudahkan pergerakan anda. Yang utama harus selesa dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Aamin.

7. Tudung Labuh

Ini adalah penting samada anda gunakan untuk bergerak ke mana² terutama ke masjid atau boleh di gunakan juga untuk bersolat.

8. Palazo

Bagi jemaah wanita penggunaan palazo untuk jemaah yang tidak selesa menggayakan baju jubah seharian masih boleh gunakan palazo iatiu seluar panjang yang tidak ketat dan selesa bukan mengikut bentuk badan untuk pergerakan terutama semasa menjalankan ibadah saie. Elakkan material lycra.

9. Sejadah Mini

Ini juga pilihan jika anda inginkan keselesaan semasa bersujud. Tidak salah sediakan juga.

10. Jubah

Ini ada lah untuk para wanita yang ingin bertukar² pakaian terutama untuk solat di malam hari.

Apa yang di senaraikan hanya sekadar basic. Bilangan pakaian tidaklah perlu terlalu banyak. Anda masih boleh membeli kelengkapan anda di sana yang ada menawarkan pelbagai pilihan dan rekabentuk serta harga. Apapun ini kelengkapan wajib. Bawa sepasang untuk kegunaan anda untuk memudahkan anda beribadah.

XoXo,
Cik Lee

Persediaan Umrah Part 1 : Amalan² Dan Doa

Assalamualaikum,

Maaf lama tak bersiaran disebabkan kesibukan bersama keluarga dan tuntutan tugas² dipejabat.

Insyaallah, CL akan berangkat menunaikan fardu Umrah pada bulan Februari 2018 nanti. Maka ada sedikit persediaan amalan² yang cuba di terapkan samada masa ini dan sewaktu di Madinah dan Makkah nanti.

Mudah² an segalanya di permudahkan diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan ibadah di sana nanti.

Persediaan pertama sebelum berangkat adalah mempersiapkan amalan² yang kita lakukan pada masa kini sebagai persediaan untuk di lakukan di sana nanti. Yelah, perbelanjaan yang tinggi tidak semudah untuk kita pergi berulang kali. Jadi perlengkapkan diri agar benar² bersedia mental fizikal di sana nanti.

Berikut sedikit catatan panduan untuk amalan bersama, insyaallah mudah²an dipermudahkan ibadah kita.

1. Solat Wuduk

Solat sunat 2 rakaat ini adalah sangat di tuntut dan besar ganjarannya. Sekiranya kita melakukannya seikhlas hati insyaallah segala dosa² kita samada besar atau kecil mudah²an di ampunkanNYA. Solat ini solat sunat seperti biasa cuma niatnya saja bertukar.

"Usalli Sunnatal Wudhuu'i rakataini lillahi ta'ala"

Solat seperti biasa. Cuma ada antaranya menyatakan rakaat pertama baca surah Al Kafirun dan rakkat pertama baca Surah Al Ikhlas tetapi jika tak hafal boleh baca surah² lazim yang lain.

2. Solat Fardhu.

Setelah kita lakukan solat wuduk kita melakukan pula solat fardhu seperti biasa.

3. Solat Dhuha.

Solat sunat ini di lakukan waktu selepas waktu selepas waktu subuh iaitu 30 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu zuhur. Namun pastikan sejam sebelum waktu zuhur.

Amalan ini untuk di galakkan untuk kemurahan rezeki. Lafaz niat solat dhuha

"Usalli sunnatan dhuha rakataini lillahu ta'ala"

Antara surah di amalkan pada rakaat pertama selepas Al Fatihah adalah Surah Dhuha atau As Syams. Manakala rakaat kedua Surah Al Insyirah. Namun, sekiranya kita tidak hafal surah² tersebut kita masih boleh membaca surah² lazim.
yang lain.

4. Solat Hajat

Solat ini boleh dilakukan. Mudah² hajat kita termakbul. Lafas niat solat hajat

"Usalli Sunatan hajati rakataini lillahi ta'ala"

Selepas solat hajat kita digalakkan melakukan amalan
⭐ Istighfar - 100x
⭐ Selawat - 100x

5. Solat Taubat

Kita digalakkan melakukan solat taubat memohon keampunan Allah terhadap dosa² yang kita telah lakukan. Samada kecil atau besar dan mengharapkan keampunanNYA.

Lafaz niat solat taubat :

"Usalli sunnatan taubat rakataini lillahi ta'ala"

Pada rakaat pertama kita membaca surah Al Kafirun selepas Al Fatihah dan rakaat kedua Surah Al Ikhlas (seperti solat Wuduk).

Selepas solat, kita di galakkan baca
  ⭐ istighfar - 70x
  ⭐ Subhanarabbial Adzimi
        Wabuhamdih.  - 100x
  ⭐ Zikir taubat Nasuha ( Astaghfirullah
         Rabbal Baroya....)

✔ Amalan Tambahan

1. Tawaf Sunat

Kita digalakkan melakukan tawaf sunat. 50 kali adalah yang terbaik. 'Barangsiapa melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50x maka terhapus dosa² nya seperti ibu yang di lahirkan.

Namun begitu jangan memberi tekanan pada diri. Sekiranya mampu. Yelah sekurang² nya kita tambah ilmu kan?

Cuma ada yang mengatakan hadis ini kurang sahih. Wallahualam.

2. Melihat Kaabah

Jika kita tidak mampu melakukan umrah dengan kerap. Maka cukup sekadar untuk melihat kaabah. Allah melimpahkan 40 rahmat walaupun hanya melihat kaabah. SubhanaAllah.

3. Berdoa di Jabal Rahmah

Tempat ini merupakan tempat di mana Allah s.w.t mengampunkan dosa Nabi Adam a.s. dan tempat pertemuan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hajar ketika terpisah semasa turun ke bumi.

Tempat ini juga tempat mustajab untuk berdoa. Selain dari waktu arafah.

4. Solat Sunat Dan Berdoa Di Raudhah.

Ini jug di katakan antara tempat mustajab berdoa. Ia juga tempat makam junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan di raudhah tempat kesukaan Rasulullah s.a.w. beribadah dan bersolat.

5. Berdoa di Multazam

Setelah di kutip beberapa informasi. Multazam antara tempat yang mustajab doanya. Jadi berebut² para jemaah bersolah di sana. Multazam adalah tempat di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah.

"Multazam.adalah tempat terkabulnya doa. Tiada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali di kabulkan" HR Ahmad.

6. Hijr Ismail

Ada dikalangan ulama menyatakan Hijr Ismail adalah kedudukan Kaabah yang asal. Anda boleh solat di mana² arah ke hijr ismail namun demi kena mrnghormati jemaah lain seeloknya mengikut kaabah sedia ada.

7. Berdoa ketika bersaie.

Ramai dikalangan kita pasti ada yang terlupa peristiwa hajar berulang alik dari safa ke marwah mencari air untuk Ismail a.s. hingga tercetusnya air dari bumi akibat hentak kaki nabi Ismail a.s. Peristiwa itu kita abadikan dengan melakukan saie.

8. Berdoa di Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Safa adalah permulaan bersaie dan Marwah pula tempat penghabisan Saie. Jadi sepanjang bersaie. Berlari² anak untuk lelaki dan berjalan untuk perempuan maka kita berdoa. Begitu juga bila kita tiba di Bukit Safa dan Bukit Marwah. Kita di galakkan berdoa.

Jadi keseluruhannya prepare doa awal² supaya kita tidak lupa meminta padaNYA dan berdoa semoga di makbulkan.

Aamin..

XoXo,
Cik Lee

Monday, September 18, 2017

Tips Luang Masa Bersama Anak

Assalamualaikum,

Kali ini CL kongsikan pula tips² luangkan masa bersama anak². Umum tahu tidak mudah membahagikan masa antara diri sendiri, pasangan, anak² dan ibu bapa.

Kali ini CL akan cuba berikan sedikit idea untuk memberi peluang anda mengatur masa untuk bersama anak.

1. Mendengar luahan anak.

Ramai ibu bapa tidak memberi perhatian dengar mendengar. Tidak belajar mendengar. Kanak² luahannya tulus. Jadi luahan mereka juga tulus.

Bila kita mendengar maka kita dapat mengetahui perkembangan anak² kita. Apa yang terjadi kepada mereka. Apa yang mereka seharian. Mungkin kita juga dapat maklumat luar jangkaan dari anak² kita. (Kes dera, dimarah, gangguan sexual)

2. Bermain bersama anak.

Ramai yang lebih sanggup bermain hp dari bermain dengan anak. Anak perlukan perhatian. Bukan permainan semata². Sesekali luangkan masa untuk bermain bersama.

Selain dari memberi kesan positif kepada anak ia juga memberi impak luar biasa kepada anak dengan sikap yakin diri, disayangi dan dimanjai.

3. Solat berjemaah.

Ramai antara kita mengabaikan solat bersama anak. Bila kita solat berjemaah dan memberikan tazkirah ringkas kepada keluarga. Dengan memberikan tazkirah dapat menerapkan eleman² positif dan menghindarkan dari melakukan perkara negatif.

Rajin² kan lah mengadakan solat berjemaah. Kerana kenangan itu tak akab dapat di jual beli.

4. Membantu menyiapkan kerja sekolah.

Anak² perlukan sokongan ibu bapa untuk menyelesaikan kerja rumah. Kerja rumah yang banyak memberikan perasaan stress kepada anak. Bantulah mereka semampunya. Mungkin dari segi mental dan fizikal. Berikan minuman panas agar mereka sentiasa segar semasa menyiapkan kerja rumah dan dapat menyiapkan pada waktunya.

5. Melakukan aktiviti bersama.

Kadang² bersama namun tidak sehati. Hati masing² pada media sosial. Tumpuan aktiviti bersama berkurang. Apa kata mula melakukan aktiviti bersama seperti memasak bersama. Berkebun bersama. Berjogging. Aktiviti² yang dapat lari dari stress kerja dan sekolah. Have fun together❗ Selain dari aktiviti bersama ia dapat memberikan kelonggaran pada anak untuk tidak terikat dengan disiplin setiap masa.

6. Makan bersama.

Anak² sangat gemarkan aktiviti bersama. Jadi makan bersama salah satu aktiviti ringan untuk sama² menikmati makanan. Selain dari sama² meniknati juadah dalam masa yang sama mengeratkan silaturahim bersama. Lihat sahaja aktiviti ketika bulan ramadhan. Waktu berbuka adalah waktu paling meriah dan seronok. Sudah pasti momen² itu paling dirindui.

7. Memeluk dan mencium anak.

Kebanyakan ibu bapa tidak pernah mengetahui bahawa pelukan dan ciuman ibu bapa adalah yang paling disukai anak². Amalkan sebelum tidur peluk dan cium anak². Dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibu bapa menambahkan keyakinan kepada anak². Pelukan ibu bapa memberikan rasa tenang dan selamat. Apapun itulah cara luahkan sayang pada anak².

XoXo,
Cik Lee
Bsc Human Development

Sunday, September 17, 2017

Punca Anak Terabai

Assalamualaikum,

Sejak² ini terlalu banyak kes melibatkan salah laku remaja semakin liar dan menjadi². Ramai menyalahkan faktor ekonomi sebagai salah satu punca kepincangan keluarga pada zaman kini. Adakah ia benar?

Adakah selama ini kebahagiaan keluarga terletak kepada kekukuhan ekonomi keluarga semata²? Mari kita kupas adakah ia menjadi faktor utama.

1. Kerja lebih masa.

Ramai antara ketua keluarga terpaksa kerja lebih masa demi kekukuhan ekonomi pada yang berpendapatan kecil. Yang berpendapatan besar kebanyakan masa dihabiskan dengan menghadiri mesyuarat hampir setiap hari tanpa mengira masa.

Sebenarnya kerja lebih masa punca utama anda tidak menghargai masa anda bersama keluarga dan anak². Kerja² yang tidak bersistematik dan tersusun menyebabkan anda terpaksa bekerja lebih masa. Sikap yang suka bertangguh juga menyebabkan kerja anda semakin banyak dan mengurangkan fokus anda pada kerja.

Sebenarnya pengurusan masa yang lemah menyebabkan anda tidak dapat rehat secukupnya. Itu belum lagi anda lebihkan masa pada media sosial. Ini memburukkan lagi pengurusan masa anda yang terhad di rumah. Pengurusan masa lemah ini tanda² pengabaian pada keluarga pada tahap serius.

2. Mementingkan material.

Ada anak² di manjakan dengan material. Ini dapat mengalihkan perhatian anak dari mengganggu anda. Lambakan material anda menjerat diri anda menyebabkan anda terpaksa bekerja lebih masa demi memenuhi keperluan material keluarga.

Material ini tidak hanya memanjakan anak melampau². Ia juga mengganggu kewangan anda menjadi semakin serius. Anda lebih sanggup memberi keperluan material dari berbual dengan anak. Masa anda lebih kepada melayari internet dan media sosial.

Masa anda luangkan juga lebih kepada melayari internet dan media sosial.

3. Pengurusan kewangan yang lemah.

Ini adalah salah satu anda terjebak kepada hamba kerja dan hamba duit untuk memenuhi keperluan material yang menjadi².

Pada anda dengan bekerja lebih masa dapat memenuhi keperluan anda sebaliknya ia membunuh masa anda bersama keluarga terutama anak² dan ibu bapa.

Rancang kawangan anda. Perancangan yang baik dapat mengelakkan anda kerap melakukan kerja lebih masa.

4. Mengabaikan tanggungjawab.

Ibu bapa zaman kini terlalu ambil mudah dengan masa dan tanggungjawab mereka bersama keluarga.

Kemodenan mereka, lebih banyak mengupload di media sosial dari benar² menghabiskan masa bersama anak. Setiap peringkat umur anak² memerlukan pemerhatian yang unik dan berbeza. Bagikan masa terbaik anda untuk memastikan setiap anak² mendapat perhatian yang sama.

Selalunya kanak² berumur 6 tahun ke bawah amat suka bertanya. Berleter kerana mereka ingin tahu. Pada masa ini agak renyah melayan kerenah mereka. Jika bayi perhatian berbeza berbanding kanak² berusia 3 tahun ke atas. Umur kanak² 2 tahun merek sukakan pelukan dan ciuman. Perhatian terhadap mereka luar biasa. Jadi banyakkan bersabar kerana kerenah anak² kecil seusia ini amat suka bermanja, merengek, kerana itu cara mereka berkomunikasi. Mereka juga perlu di layan berbual dengan bahasa betul agar mereka cepat bercakap dan mudahkan berkomunikasi.

Anak² berusia 3 tahun ke atas mereka suka sangat bermain sehingga gemar tidur lewat. Ketika ini ibu bapa mula mengajar disiplin ringkas. Jadual yang berkesan. Ada waktu tidur, makan dan bermain. Disiplin yang baik memudahkan anda mengurus mereka pada waktu hari bekerja dan hari cuti supaya perhatian terhadap mereka tidak berbelah bahagi.

Berbeza pula anak yang telah mula bersekolah. Jadual mereka jauh lebih padat dari jadual anda bekerja. Mereka jarang waktu senggang untuk bermain pada hari persekolahan dan kesibukan mereka membuatkan mereka mudah letih dan gemar bersepah². Pastikan jika anda pulang awal di waktu petang. Sementara anda menyediakan minuman petang dan makan malam pastikan pakaian anak² telah letak ke dalam bakul yang sepatutnya. Maka sambil² itu dapat anda membasuh guna mesin otomatik. Pada waktu malam setelah solat isyak dan makan malam. Bantu mereka menyelesaikan kerja sekolah supaya dapat di siapkan segera dan anak² dapat tidur lebih awal dari sepatutnya. Pastikan kelengkapan sekolah dan pakaian ke sekolah telah siap sedia untuk keesokan harinya. Dikala ini juga pembelanjaran moral, asas bersopan santun, disiplin, peraturan, cara memilih rakan dan cara menghormati orang lain.

Anak² remaja perlukan teman. Ini kerana mereka lebih percayakan teman dari ibu bapa. Didikan awal dapat membantu anak² memilih rakan yang baik dan dapat mengelakkan mereka tersalah memilih kawan. Seringlah berbual dan terapkan kata² positif pada anak² supaya mereka pecayakan anda. Di kala ini cabaran anak memberontak sangat memeningkan kepala anda. Sukar menangani jika skill keibubapaan anda tumpul. Sentiasa gali ilmu keibubapaan untuk memudahkan anda menangani hal ehwal remaja. Di kala ini ketegasan bukan lagi pokok utama namun dalam membentuk disiplin dan jati diri anak, elemen ketegasan perlu ada. Ini adalah untuk persediaan mereka menghadapi dunia luar lingkungan anda. Mereka telah mula akan menjejakkan kaki ke menara gading. Jadi ilmu yang kukuh memudahkan mereka menjadi kuat di luar nanti dan tidak mudah terpengaruh.

5. Tidak menerapkan elemen keagamaan.

Benteng agama yang lemah boleh membuatkan keluarga menjadi lemah. Kepincangan agama boleh memudaratkan institusi keluarga itu sendiri.

Kebanyakan keluarga tidak menerapkan elemen solat berjemaah. Sekurang² satu waktu kalau dapat berjemaah secara tidak lansung dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga yang ada. Hari² dapat bermaafan. Jadi hidup pun lebih positif.

Pentingnya elemen keluarga ini secara tidak lansung benteng segala permasalahan remaja yang ada. Lemahnya benteng maka mudah anasir² luar menyerap masuk.

Bila keagamaan menjadi pokok pangkal dalam urusan kekeluargaan maka hubungan erat dapat terjalin dan keluarga akan lebih harmoni.

XoXo,
Cik Lee
Bsc Human Development

Tips Multiple Kerja

Assalamualaikum ,

Pernahkan anda mengalami kerja² yang bertindan dalam satu² masa? Anda tidak dapat memastikan yang mana lebih memerlukan perhatian dan keutamaan? Bagaimana ingin menilai kerja² itu adalah yang perlu dibereskan terlebih dahulu atau kerja yang lain?

Dalam dunia kerjaya, jarang kita dapat mengelak kerja² bertindan² dalam satu² masa. Kerja yang memerlukan tindakan segera namun kerja yang yang sedia ada juga segera. Jom CL cuba kupaskan sedikit demi sedikit kerja² yang perlu dibereskan mengikut keutamaan.

1. Senaraikan kerja yang ada.

Mengapa kita perlu membuat senarai supaya tiada kerja yang terlepas pandang. Tidak perlu senarai rumit. Cukup senarai ringkas untuk memudahkan kita melihat kerja apa yang kita sedang lakukan dan memerlukan tindakan.

2. Melihat keutamaan kerja.

Setelah membuat senarai dari situ kita telah menggariskan tarikh² akhir (dateline) untuk dihantar. Kita akan dapat membuat kerja mengikut tarikh akhir yang perlu diselesaikan. Bagaimana pula jika tarikh dateline yang sama?

Lihat pula yang termudah untuk dilakukan tanpa perlu ramai pihak untuk mendapatkan info. Dalam masa yang kerja yang yang memerlukan tindakan segera tetapi perlu mendapat maklumat dari banyak pihak perlu di emailkan dalam kadar segera. Mengapa email? Email adalah salah satu perkara rasmi dalam urusan pejabat setelah melakukan panggilan telefon. Pastikan setelah tamat perbualan wajib di sertakan ke dalam email tarikh dan masa perbualan sebagai bukti berurusan.

3. Menyiapkan draf awal.

Setiap kerja yang penting, cuba buat draf awal supaya setiap kesilapan dapat di kurangkan. Berkemungkinan dalam ayat kita terdapat kesalahan ejaan, tertinggal maklumat penting maka dari draf awal kita serahkan pada pegawai atasan dapat membantu memudahkan kerja² kita.

4. Berbincang dengan rakan sekerja

Setiap kerja yang penting memerlukan diskusi ringkas bersama rakan sekerja untuk mendapatkan pandangan dan informasi lebih tepat. Kerja yang di lakukan secara kerjasama dapat meringankan beban kerja malah dengan berbincang dapat mempercepatkan idea² baru dan memudahkan kerja itu diselesaikan. Istilah teamwork menjadi asas utama dalam kerja. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

5. Mendapatkan informasi tepat dari pegawai atasan.

Ini adalah penting sekiranya apa yang kita bincangkan dan utarakan tidak tepat dengan apa yang diperlukan oleh pegawai atasan. Jadi sekiranya terdapat maklumat tidak sahih dan jelas tentang kerja yang ingin dilakukan cuba bertanya semula dengan pegawai tersebut agar dapat memenuhi kriteria yang di perlukan.

6. Menyemak semula.

Pastikan anda menyemak semula ejaan dan susunan ayat mengikut tatabahasa yang tepat dan betul. Ini melambangkan keprofesionalan anda dalam menzahirkan kerja² anda. Sebelum di hantar, pastikan anda cetak pada kertas draf dan semak buat kali terakhir sebelum dihantar. Minta bantuan rakan untuk menyemak jika anda merasakan stress dan tidak dapat melihat dengan jelas dengan kesilapan anda. Pendapat yang lain mungkin lebih mudah untuk melihat kesilapan.

7. Salinan dan ✔ senarai semak.

Pastikan anda memiliki salinan pendua dokumentasi peribadi anda. Ini adalah penting untuk rujukan akan datang sekirany terdapat beberapa elemen yang sama dan dapat melakukan penambahbaikan pada masa akan datang. Ramai yang buat salinan pada pendrive namun perlu ada hardcopy untuk memudahkan berusuan dengan orang ramai dan syarikat lain. Jangan lupa ✔ untuk tugasan yang telah diselesaikam.

XoXo,
Cik Lee
Bac. Sc. Human Development

Tips Hidup Positif

Assalamualaikum (^~^),

Pernahkah kota rasa down? Murung? Sedih? Apa yang kita impikan tidak seperti yang kita harapkan? Percayalah, apa yang kita inginkan belum tentu terbaik untuk kita dan apa yang kita tidak pernah terfikir akan datang tanpa di sangka²? Jom CL kongsikan untuk positifkan diri saat kita kesedihan.

1. Bertenang dan ambil nafas.

Apabila berlaku pada kita, pertama sekali kita harus bertenang dan ambil nafas. Cuba bertenang akan dapat memberikan peluang untuk kita bertindak ke peringkat seterusnya.

2. Hargai apa yang kita ada.

Mungkin ramai tidak sedar setiap ada pada individu pasti akan dicemburui sesiapa juga. Jika kaya dan bahagia akan dicemburui kebahagiaan dan kekayaan mereka. Jika miskin tetapi kaya kasih sayang akan dicemburui eratnya hubungan kekeluargaan. Ibarat bersatu teguh bercerai roboh. Jadi belajar menghargai apa yang kita miliki sekarang.

3. Bersyukur

Ramai yang gagal nampak betapa bertuanhnya kehidupan mereka. Mereka tidak akan membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain sekiranya mereka bersyukur. Syukur itu wajib. Bagi yang beragama islam sentiasalah ucapkan Alhamdulillah atas apa yang anda miliki dan jangan sesekali membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.

4. Menghadiahkan senyuman.

Sering kita dengar ungkapan "Senyum itu satu sedekah" namun tidak ramai yang suka tersenyum dengan orang lain. Mereka lebih gemar membuat hal sendiri dari bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Sekiranya kita memberikan senyuman kita telah mengalihkan perkara negatif kepada positif. Senyuman ini akan berjangkit. Ibarat lagu "kalau semua senyum dunia tiada penyakit.."

5. Muhasabah diri.

Ramai tidak membuat check list pada diri sendiri. Bila kita tiada membuat penilaian baik buruk diri kita, kita tidak dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Jadi jangan risaukan kegagalan dan kesalahan. Ia tidak bermakna anda gagal selama²nya. Tapi apa yang utama bagaimana anda bangkit dari kegagalan.

6. Berkongsi kekayaan.

Sebenarnya nampak mudah namun tidak semudah untuk semua orang. Ramai yang beranggapan kongsi kekayaan hanya melibatkan duit semata². Kita ada banyak lagi kekayaan yang boleh di kongsi, kekayaan kesihatan, kekayaan masa, kekayaan peluang, kekayaan seyuman, kekayaan mendengar. Semua itu akan mampu memberikan aura poaitif dalan hidup kita.

7. Luangkan Masa Berlibur.

Sekiranya anda di dalam keadaan kusut dan stress. Cuba luangkan masa berlibur. Alihkan sedikit masalah dengan perkara² lain agar kita dapat bertenang dan melihat semula masalah kita. Dengan bersosial, keluar ambil angin, melihat dunia luar anda akan lebih terbuka dan manakan tahu dapat idea² baru lebih bernas.

8. Luangkan masa dengan tersayang.

Meluangkan masa dengan keluarga atau orang tersayang mampu memberikan aura positif. Memegang bayi dan mencium bayi juga mampu memberikan ketenangan. Hidup anda akan lebih positif dengan dokongan dan sokongan keluarga.

XoXo,
Cik Lee
Bac. Sc. Human Development

Bac. Sc. Human Development

Assalamualaikum ,

Kali ini CL nak dedahkan satu rahsia CL. Selalu bagi tips ni apa kelayakan? Layak ke cerita soal kanak², remaja dan warga tua, kesihatan dan segala berkaitan dengan manusia?

CL merupakan pemegang ijazah Bachelor Sains Pembangunan Manusia Minor Sains Pengguna. Kenapa CL di dedahkan dengan psikologi, sikap, perkembangan, isi rumah, kesihatan dan apa jua berkaitan manusia.

CL adalah warga Matrikulasi Sains Universiti Putra Malaysia yang terakhir sebelum di ambil alih oleh Kementerian Pendidikan sepenuhnya.

Banyak aspek² kemanusiaan yang CL pelajari dan hampir keseluruhan fakulti dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) CL jelajahi mengikut subjek² yang wajib di ambil. Dari fakulti Kejuruteraan ke Fakulti Perubatan semuanya CL dah terokai dengan ilmu² secara asas.

Pada asalnya CL di tawarkan dengan course Bacelor Sains Bio Perubatan. Mujur CL meneruskan dengan Pembangunan Manusia.

Pada peringkat awal, semua memandang sinis dengan course CL ambil. Pada hakikatnya tidak ramai yang berjaya mendapat kelas pertama iaitu 3.75 ke atas semasa zaman CL. CL pula bukan cukup² makan tapi atas 2.5 k.

Walaupun xsecemerlang namun agak terkilan kerana ada 2 subjek yang menjadi punca CL mendapat keputusan teruk tetapi tidak gagal. Keputusan itulah punca CL mendapat CGPA yang teruk. Itu pun di sebabkan memang tiada bahan kajian kes untuk menyokong kertas kerja CL. Walhal semua subjek CL cemerlang.

Tidak apalah, rezeki orang dan tuah orang berbeza. CL harapkan ada tuah tahun ini.

Jadi CL akan share ilmu² CL untuk manfaat bersama. Sepanjang CL belajar CL telah berguru dengan pensyarah yang hari ini sangat top di mata Malaysia.

Prof. CL ketika bergelar pelajar bongsu (istilah pelajar tahun pertama di UPM) merupakan dekan CL semasa itu. (Dekan pilih CL tu tau..(^~^) ) Pada tahun kedua pelajar Muda dan tahun akhir Sulong CL, beliau menjadi Timbalan Naib Cancelor UPM.

Antara tenaga pengajar CL yang popular di dada akhbar dan majalah di Malaysia adalah Professor Dr. Jariah Masud (banyak berkaitan isi rumah dalam Majalah Wanita) dan Professor Jayum Anak Jawan sekarang ini berada di UK berkoloberasi dengan Havard Uni. (Xsilap)

Professor hebat kan? Sudah tentu ilmu mereka hebat dan ramai juga yang tidak lulus sezaman CL dulu. Alhamdulillah CL lulus jua.

Apapun tunggu ilmu² CL untuk post yang akan datang.

XoXo,
Cik Lee

Thursday, September 14, 2017

Meleret leret Lenggok Dayang Norfaizah

Assalamualaikum ㄟ( ・ө・ )ㄏ,

Kali ini dah lama benar pendam terpaksa luah juga. Ramai kenal Dayang Nurfaizah. Tetapi maaflah CL bukan tak minat lansung tapi sekarang lenggok nyanyian dia meleret² dan membingitkan.

Sebagai peminat music universal tak kisah genre apa pun namun bila minat lagu² R&B (Rhythm & Blues) lenggok nyanyian keterlaluan menyebabkan hilang kemerduan lagu. Kalau hujung² lagu asyik aa...aaaaa..aaaaa..je nak dengar pun muntah.

Harap Dayang tak kecil hati. Tapi maaflah  kalau terlampau meleret² bingit telinga.

XoXo,
Cik Lee

Benda Paling Menyakitkan Hati

Assalamualaikum ლ(´ڡ`ლ),

Benda rasa tumbuk je adalah benda yang kita buat pagi² menggosok baju, nak cepat seterika melubangkan baju kesayangan kita. $&##-#+$+$ betullah.

Sakit hati betul. Dah banyak baju jadi berlubang, tudung pun. Tak faham macamana seterika kita ni ada getah plak pada piring dia.

Ni boleh mendatangkan marah pepagi camni. (¬‿¬)(¬‿¬)(¬‿¬)

Oklah, CL terpaksa cari jalan macam mana nak tutup lubang kecil pada lengan baju. Dahlah baju kosong. Kalau berjahit pasti nampak je. Grrrrr....

No XoXo,
Cik Lee

Monday, September 11, 2017

Tips Untuk Mendapatkan Idea

Assalamualaikum (^~^),

Hari ini CL akan kongsikan tips untuk mendapatkan idea. Dengan ini memudahkan anda mengenalpasti idea anda samada boleh di gunapakai atau tidak.

1. Berimaginasi

Seorang pekerja yang baik memiliki imaginasi yang tinggi. Imaginasi untuk membentuk idea² baru. Dari mana datangnya media sosial seperti facebook jika tidak dari imaginasi. Bagaimana datangnya lampu, telefon kalau tanpa berimaginasi. Jadi jangan takut berimaginasi untuk mendapatkan idea² baru.

2. Kupaskan imaginasi ke bentuk realiti.

Jangan imaginasi tak tentu hala tanpa tindakan dalam merealisasikan imaginasi. Anda harus tahu apa yang anda inginkan dan bagaimana memindahkan ke bentuk realiti.

3. Mulakan dengan mencari bahan asas.

Anda seharusnya mula menyemak bahan² tertentu untuk di realisasikan. Sebagai contoh, jika anda inginkan membina rumah di tanah sendiri, perkara asas anda cuba cari ialah rekabentuk rumah yang anda inginkan. Dari situ kupas perlahan² ingin berapa bilik, berapa bilik air dan sebagainya. 

4. Berbincang dengan mereka yang pakar sesuatu bidang.

Sekiranya kita telah sediakan semua bahan² yang diperlukan maka kita seharusnya perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bidang utama idea kita. Sebagai contoh dalam membina sebuah rumah tadi, kita harus berbincang dengan tukang atau jurutera yang terbabit. Ini supaya kita nampak lebih jelas idea² kita itu. Sekiranya mereka tidak nampak apa yang kita cuba terangkan maka bantuan bahan² tadi sebagai panduan dan kata kuncinya.

5. Dapatkan kos kasar dari idea tersebut.

Sememangnya setiap idea memerlukan kos belanjawan terperinci walaupun ia adalah dari bahan terpakai. Cuba senaraikan bahan² yang di perlukan di selaraskan dengan kos barangan. Dari sini kita boleh meneliti bahan² samada diperlukan atau tidak. Pertukaran bahan yang setara tetap kos yang lebih murah.

6. Cuba realisasikan idea.

Sekiranya kos sudah ada. Idea sudah jelas cuba realisasikan ke bentuk realiti. Dengan merealisasikan idea kita dapat melihat apakah idea kita itu relevan atau perlu di tambah baik. Jangan takut berekesperimentasi. Banyak kejayaan bermula dari berekperimentasi.

7. Perbaiki sisi yang kurang dan di tambahbaik.

Dengan kita merealisasikan idea maka pasti ada sesuatu yang perlu di tambahbaik. Maka kita akan dapat satu idea yang sempurna dan terbaik.

8. Sediakan pelan tambahan.

Jangan sistem prabayar telefon je kita ada pelan tambahan. Pastikan pelan kita juga ada pelan tambahan yang semestinya ini adalah untuk mencantikkan lagi idea kita sedia ada.

Itu sahaja tips² yang dapat CL kongsikan. Dalam dunia persaingan sekarang ada antara orang mencedok idea² kita menjadikan idea mereka. Namun kita seharusnya bijak dalam mengolah idea tersebut dan pastikan kita adalah mastermind idea tersebut. Jangan terlalu kongsikan details idea² kita jika ia berbentuk presentation penting untuk dapatkan tender atau apa sahaja yang boleh menyekat peluang kita berjaya.

XoXo,
Cik Lee

Tips Menghilangkan Karang Gigi Dan Memutihkan Gigi

Assalamualaikum d(-_^),

Hari ini CL akan kongsikan tips mudah sumber dari Pintrest mengenai tips membersihkan plaque dan tartar pada gigi. Ada antara tu di panggil cavity ataupun karies gigi.

Ini adalah remedy ringkas dari bahan² yang si rumah. Inilah masanya bercantik² yang utama bebas kimia. Bahan² yang di gunakan organik dan boleh di dapati di mana² pun.

Dengan senyuman yang manis dapat memberikan suasana ceria. Senyuman yang ikhlas dapat menyejukkan hati. Malah senyum itu satu sedekah. Penting untuk kita menjaga gigi. Namun ada yang fobia doktor gigi. Apa kata kita cuba dulu tips² ini.

Selamat mencuba❗

XoXo,
Cik Lee

Monday, September 4, 2017

Trend One Step Closer Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum (^_−)☆,

Sekarang ini semakin ramai menggunakan hashtag onestepcloser untuk bakal pengantin.

Trend obsesi pernikahan menular di kalangan masyarakat. Siapa paling cantik baju dan gaya, hiasan mana paling menarik, dan gambar mana paling sweet menyebabkan butik² pengantin bagaikan cendawan tumbuh.

Itu belum lagi berlumba² memberikan koleksi²  terkini, harganya sudah tentulah mampu tengok.

Ini menyebabkan kos perkahwinan meningkat mendadak. Ada juga mula inginkan perhatian umum melalui keunikan perkahwinan. Yang penting harus menular di media sosial.

Sebenarnya kita kena kembali pada konsep asal perkahwinan. Tidak perlu melebih² hingga menjerat anda ke arah keberhutangan serius. Jangan pula meminta²..,biarlah bersederhana okey.

Buat masa ini, bridetobebyroselily tak beroperasi sepenuhnya memandangkan kesibukan ingin sihat. Insyaallah, ada rezeki CL akan update koleksi² terkini.

XoXo,
Cik Lee

Saturday, September 2, 2017

Satu Nama Tetap Di Hati by Eye

Ada satu nama suatu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Hingga saat ini
Masihku abadikan didalam hatiku

Dengan satu rasa dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu Hanya kita yang tahu
Dalam mana telah cinta kita memutih

*Walau akhir ini seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak dipinta
Namun percayalah tidak sedikitpun
Kasih ku kepadamu surut dan berubah

Pasti satu masa kan bersama lagi
Engkau dan aku pasti jua nikmati cinta yang istimewa
Walauku tak pasti bilakah masanya
Kau dan kau akan bertemu untuk kita
Kembalikan keindahan dulu

Music

Back to

*Walau akhir ini seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak dipinta
Namun percayalah tidak sedikitpun Kasih ku kepadamu surut dan berubah

Pasti satu masa kan bersama lagi
Engkau dan aku pasti jua nikmati
Cinta yang istimewa walauku tak pasti bilakah masanya
Kau dan kau akan bertemu
Untuk kita kembalikan keindahan dulu

Dengan satu rasa dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Ku semat didalam hati

Hingga kita kan bertemu kemudian hari

Lagu ini sangat mendalam buat CL. CK tidak pasti si dia mengerti atau tealh bahagia kini. Apa pun CL doakan yang terbaik. CL harap peperangan CL akan berjaya. CL akan dapat kembali sembuh.

Insyaallah.. Yang terbaik semestinha dari Allah swt.

XoXo,
Cik Lee

Thursday, August 31, 2017

Surah Al Baqarah Ayat 284 - 286

Assalamualaikum,

Hari ini CL share ayat ini yang amat baik untuk di amalkan. Yelah kita tidak tahu sapa kawan sapa lawan.

Seeloknya kita amalkan ayat² ini. Mudah² an kita di jauhkan dari hasad dengki manusia.

Kadang² orang ini sentiasa tidak puas hati dengan apa orang lain miliki. Kita xtahu apa yang kita buat kita cakap boleh buat orang sakit hati.

Ada pelbagai sakit hati biasanya kalau bujang di hantar sihir pelalau ( elak jodoh (jadi saling membenci dengan orang yang suka kita) ,  liat rezeki, susah naik pangkat) kalau yang dah berkahwin pula ( suami isteri bergaduh dan saling membenci, sukar dapat anak)

Apapun kita kembali kepada Allah swt. Kepada Allah swt jualah kita berserah. Yakin dan amalkanlah.

Menurut Ustaz Harun Din "jika kita ingin jauhkan diri dari sihir adalah dengan mengamalkan Surah Al Baqarah ayat 1 - 5 kemudian Baca Surah Qursi dan Baca Surah Al Baqarah ayat 284 - 286."

Insyaallah kita berusaha. Beramal dan yakin dengan amalan kita dan ayat² Al Quran.

Selamat beramal,

XoXo,
Cik Lee

Selamat Hari Kemerdekaan ke 60

Assalamualaikum \(^o^)/,

Yeay...hari ini genaplah kita menyambut kemerdekaan yang ke 60 bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Hari ini penuh sejarah apabila kontijen Sukan Sea 2017 mencapai sasaran emas 111 sesuatu pencapaian membanggakan bagi kita sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017 yang ke 28.

Hari ini beberapa pertunjukan istimewa dari badan beruniform Malaysia. Kita dapat kenali anggota keselamatan negara dengan lebih dekat.

Tahun ini juga menyaksikan Yang Di Pertuan Agong meraikan Hari Kemerdekaan untuk pertama kali setelah lantikan baginda sebagai YDPA.

Semangat kesukanan yang ada pihak CL ingin mengucapkan tahniah atas pingat² yang di sumbangkan untuk Sukan Sea 2017 dan upacara penutup di sertai dengan ribuan rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan julung² kalinya di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kenangan manis terpahat apabila Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan cuti umum pada hari Isnin ini bersamaan 4 Sept 2017. Cuti panjang lah rakyat Malaysia kali ini.

Apa pun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 60 dan Selamat Hari Arafah untuk bakal² haji dan hajah seluruh dunia.

XoXo,
Cik Lee

Tuesday, August 29, 2017

Demam Menyerang

Assalamualaikum (个_个),

Dah dua hari berbungkus je kat rumah. Sejukkkk...brrrr....kena air meremang²...nak subuh pun bercinta....

Badan sakit²..Ni gara² ke Klinik Kesihatan. Lambakan orang ke sana mendapatkan rawatan. Bercampur² jadi setiap kali lepas rawatan mesti tak sihat.

Sebelum pergi Isnin aritu perut meragam aje. Maybe sebab berdebar nak dapatkan rawatan. Nak tahu result. Kali ini demam pula.

Dugaan, pepagi seram sejuk sampai ke petang. Jangan² lah kena sakit lain. Xsanggup kena suspek denggi bagai.

Cukup² lah dulu ye. CL nak mesej bos ni. Demam oh demam...

XoXo,
Cik Lee

Monday, August 28, 2017

Alhamdulillah. TSH dah turun.

Assalamualaikum,

Pasti semua tahu yang CL ini penghidap Hyperthyroid. Sekarang ini CL isytiharkan pengeluaran hormon TSH dah berkurangan, semakin bertenaga dan nampak semakin sihat.

Cuma jika dah berkampung klinik kesihatan. Tak lama pasti demam. Sebab dah bercampur gaul dengan ramai pesakit di Klinik Kesihatan. Kadar menunggu agak lama lebih 1 jam 30 minit baru dapat bertemu doktor boleh mengakibatkan sakit² lain yang timbul.

Namun CL bersyukur kerana CL semakin sihat. Alhamdulillah... Dan appointment doktor pun semakin berjarak. Jika dulu tiap² bulan kali ini dah berjarak.

Next appointment bulan 11 nanti dan bulan 9 ini akan ambil ujian darah.

Moga² sembuh seperti sediakala. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Kita telah jadi orang baru. Bersihkan diri dari dosa² kecil dan besar. Jadi apa kata tambah amalan.

Tidak lama lagi hari Wukuf. Jadi selamat menyambut hari raya Aidiladha semua.

XoXo,
Cik Lee

Tips Bahagia

Assalamualaikum (*^▽^*),

Hari ini CL akan kongsikan apa itu bahagia dan apa erti bahagia. Ada sesetengah orang kosong dalam menilai erti bahagia. Ada yang sebenarnya bahagia tetapi dia tidak tahu dia sedang bahagia namun menafikan yang dia bahagia.

Bahagia bukan di lihat dari dalam instagram atau pun dalam facebook seseorang. Bukan di ukur dengan kejayaan dan kekayaan yang di miliki bukan juga di tafsirkan dari senyuman dan gelak tawa seseorang.

Jom kita kupas dan tafsirkan bahagia satu per satu dan bagaimana ingin bahagia.

1. Bersyukur

Mengapa ia jadi pokok utama? Dari kita bersyukur kita akan bahagia. Dari kita mengucapkan syukur kita akan menghargai apa yang kita miliki. Maka, rajin² lah mengucapkan "alhamdulillah" selain dari doa ia juga cara termudah untuk kita inpretasi syukur. Jika kita merasa sedih kita lihat ada orang yang kurang upaya kelihatan kuat. Tidak mahu kelihatan lemah depan umum. Maka tidak salah kita pinjam kekuatan mereka untuk terus maju. Kita syukur jika kita masih sihat sedangkan ada mereka yang berjuang untuk sihat, kita syukur kita memiliki kerjaya dan pendapatan sendiri sedangkan ada antara mereka masih bergelut dengan kesusahan dan pengangguran, kita syukur kita mempunyai makanan untuk di makan sedangkan ada antara mereka bergelut untuk makan.

2. Rajin memberikan senyuman.

Pernahkah anda lihat satu video di mana seorang lelaki gelak sakan melihat video di tab telah menyebarkan senyuman pasa keseluruhan gerabak dengan gelak tawanya? Maka sebarkan senyuman tidak kira dalam suasana pejabat, jiran tetangga, orang lain malah ahli keluarga anda. Bila senyum di balas senyum maka anda secara otomatik akan bahagia.

3. Bersikap prihatin.

Mengapa perlu prihatin? Bila anda prihatin dengan kesedihan orang lain, memberikan senyuman pada mereka yang sedang bersedih maka anda telah memberikan sedikit kebahagian pada mereka dan secara tidak lansung anda bahagia kerana membahagiakan orang lain. Ramai yang salah tafsir tentang perkara ini. Bersikap prihatin bukan bermakna mencampuri urusan peribadi orang lain, masuk campur dalam perkara yang tidak sepatutnya yang menjerat diri anda pada masalah orang lain. Prihatin pada tempat yang betul, cara yang betul dan masa yang tepat.

4. Membantu Orang Lain.

Membantu orang atau sesiapa dalam kesusahan akan dapat memberikan kepuasan dan kebahagiaan bila yang bantu dapat selesaikan kesulitannya. Contohnya membantu orang yang terjatuh. Kita papah dia bangun dan tenangkan dirinya. Sudah pasti ornag yang jatuh itu malu dan bimbang di tertawakan. Namun jika kita membantunya dan menenangkan dia dengan bertanya soalan prihatin dapat menghilangkan perasaan malu orang yang terjatuh dan tersenyum kerana anda telah membantunya.

5. Menghayati Keindahan Alam.

Alam ini adalah ciptaan dari Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya. Namun kita kena tahu bahawa kita sebagai manusia adalah sebaik² ciptaan Allah s.w.t. Bagaimana menghayati? Dengan melihat alam anda akan bersyukur kerana kagumnya atas ciptaan Allah s.w.t. Melihat manusia bercakap berjalan duduk bergerak juga salah satu menghayati keindahan alam. Melihat air yang mengalir juga satu terapi.

6. Berkongsi Kegembiraan

Salah satu cara bahagia adalah berkongsi bahagia dengan orang lain. Sebagai contoh kita ada kemampuan, kita sedekahkan sedikit pendapatan kita kepada orang yang memerlukan. Sebagai contoh, kita tengah menikmati ayam goreng tiba² kita terlihat satu kanak² hanya melihat orang lain makan. Kita tapaukan ayam goreng untuk dia. Maka dia tersenyum gembira. Nah, lihatkan kebahagian orang itu secara tidak lansung kebahagiaan kita.

7. Muhasabah diri.

Kita kena sentiasa muhasabah diri kita. Jika kita merasakan tiada orang yang memahami dan sayangkan kita maka ingatlah Allah s.w.t. menyayangi hambaNYa yang taat perintahNYA. Jangan kita rasa sedih dan kecewa. Adukanlah masalah kita pada Allah. Berzikir dan berdoa tanpa rasa jemu. Mungkin sebenarnya Allah telah tunaikan permintaan kita tetapi hanya kita tidak sedarinya. Sebagai contoh kita teringin nak makan kek coklat. Tidak semena² kawan kita datang bawa kek coklat kerana dia telah buat semalam untuk berikan kawan² merasainya.

8. Mulut manis.

Kita bermulut manis bukan lah ingin menggoda atau memikat sesiapa. Memberi pujian dan kata² semangat secara tidak lansung memberi bunga² di hati yang kita puji itu dan kita dapat melihat senyuman di wajahnya. Senyuman di berikan itu dapat memberi kebahagiaan pada kita kerana membahagiakan orang lain.

9. Cium Bayi

Ramai cakap bau bayi itu salah satu bau syurga. Maka dengan memeluk bayi dan kanak² juga dapat memberikan kebahagiaan. Bayi dan kanak² adalah insan yang suci dari dosa. Mencium mereka dapat memberikan ketenangan yang luar biasa. Biasalah bayi adakala meragam. Namun selalunya ragamnya di sebabkan dia tidak boleh bercakap dan hanya tangisan sebagai medium komunikasi. Kenakalan kanak² sebagai satu signal yang mereka inginkan perhatian. Senyuman dan gelak tawa serta kemanjaan mereka dapat memberikan kebahagiaan kepada kita.

10. Buat album peribadi.

Ini yang paling simple dan paling sweet. Buat satu album khas yang anda tampalkan gambar² memori pada buku album khas. Dengan melihat gambar² yang ada ada, apa yang telah anda jalani, apa yang telah anda miliki secara otomatik terdetik rasa syukur. Ingat,adakala manusia mencemburui apa yang ada miliki dan ingin menjadi seperti anda. Jadi dengan merenung gambar² lama terbit rasa bahagia kerana kenangan itu tidak mampu di beki dan di tukar ganti.

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, August 23, 2017

Tips Mekap Sekata

Assalamualaikum (*^▽^*),

Pasti semua akan rasa pelik bagaimana ingin membuat wajah kelihatan menarik dan cantik.

Untuk kelihatan cantik tak perlu mekap yang terlampau mahal. Cukup ia serasi dengan kulit kita. Jika nak katakan mekap mahal tiada chemical berhati² ye kerana tidak semua mekap jenama mahal bebas bahan kimia. Tidak kira banyak atau sedikit. Ia tetap berkimia.

Ok kali ini CL kongsikan bila setelah mekap kita perlu gunakan mekap fixing. Ia adalah bahagian terakhir setelah mekap.

Kegunaan mekap fixing adalah untuk meratakan mekap dan memberikan mekap kita tahan lebih lama.

CL sukakan jenama kiss beauty sejak dahulu. Produknya boleh di katakan berkualiti dan berbaloi.

Jadi jika anda gunakan insyaallah mekap anda lebih rata dan nampak anda lebih cantik. Umum tahu CL memiliki kulit sensitif jadi jika serasi dengan kulit anda maka tidak salah mencuba.

Selamat mencuba!

XoXo,
Cik Lee

Thursday, August 17, 2017

Tips Menyimpan Duit Cara Mudah

Assalamualaikum (^.^)/,

Hari ini CL akan kongsikan cara menyimpan duit dengan mudah. Ini adalah cara basic yang selalu orang lain buat.

Jika ingin menyimpan jangan terikut² orang lain tetapi perlu mengikut kemampuan masing².  Jika tiada keperluan mendesak maka boleh menyimpan secara ikut suka. Ikut suka? Ya...tetapi mari kita kupas cara menyimpan ikut suka ini.

1. Ukur pendapatan anda terlebih dahulu.

Jangan terlalu mengikut orang lain. Jika anda bergaji kecil mulakan simpanan dari jumlah yang kecil dahulu. Sebagai contoh wang paling kecil kita ambil 50 sen. Walaupun nampak kecil namun jika kita simpan sedikit demi sedikit. Lama² jadi banyak. Namun jangan mengharapkan tabung bernilai ribuan ringgit jika simpanan anda bermula dari wang kecil namun tidak mustahil cuma ambil masa agak lama dari simpanan yang besar sedikit.

Cara² nya. Ambil satu bekas. Tidak kira tupperware murah plastik tu boleh di jadikan bekas simpanan.

Masukkan duit 50 sen yang anda ada. Jika kebetulan anda ada 3 keping cuka masukkan 2 dahulu atau 1.  Jangan masukkan serentak takut anda pula tidak bernafas. Buat secara harian mingguan atau bulanan. Tetapi cara terbaik untuk pendapatan kecil tidak perlu hadkan bentuk wang. Asalkan syiling kita masukkan sahaja ke tabung. Jauh lebih mudah.

2. Elakkan bermain kutu.

Sebenarnya sangat bahaya main kutu jika anda pendapatan kecil. Ye memang susah kata orang nak main kutu kalau nak bayar insurans dan roadtax kereta.

Sebenarnya bermain kutu membuatkan anda terikat. Ia nampak seolah² anda berhutang dengan orang lain. Jadi susah sikit konsep hutang ini. Namun pun hutang jadi memang menjerat orang yang berpendapatan kecil.

3. Kira bila tarikh roadtax dan insurans kereta mati.

Konsep ini sangat mudah. Ini adalah untuk anda merancang perbelanjaan anda. Jadi dengan tidak terikat dengan kutu anda masih boleh menyimpan untuk perkara ini. Jom lihat contoh pengiraan di bawah :-

Andaikan,

RM900 (kos roadtax dan insurans)

Satu tahun ada 12 bulan dan anggaplah kita bersedia 11 bulan.

RM900 ÷ 11 = RM81.82 minima untuk sebulan.

Andaikata anda telah letak dalam bekas khas RM90 sebulan. Maka,

RM90 × 11 = RM990.#

Dengan itu, kita ada lebihan RM90. Advance untuk tahun pertama.

Jika RM 90 × 9 = RM810.

Maka kita ada simpan sebanyak RM810 sepanjang kita menggunakan kereta iaitu 9 tahun. Mudah bukan buat duit?

4. Rancang penyediaan kelengkapan sekolah anak²

Seperti yang kita tengok jika kita menyai bilangan anak bersekolah maka perlu merancang perbelanjaan. Bukan kerana kita ini semua nak simpan tetapi dengan ada simpanan maka cara ini dapat mengurangkan beban awal tahun jika roadtax insurans serta persekolahan anak serentak.

Anggap anda memilik 3 orang anak bersekolah.

Khaskan seorang anak RM20, maka

RM20 × 3 = RM60 sebulan. (Seawal Januari)

Maka kita akan ada simpanan

RM60 × 12 = RM720.

Nah, ringankan beban anda?

5. Gunakan pencuci pakaian yang sedikit mahal (baik dan berkualiti).

Hurm, pasti anda rasa pelik apa relevannya memilih pencuci pakaian yang baik dan berkualiti?

Matematiknya mudah. Jika anda mencuci pakaian cantik dan bersih. Pakaian di cuci cantik dan masih kekal warna akan mengurangkan kos beli baju baru dal masa terdekat dan tahan lebih lama.

6. Simpan syiling dalam tabungan (tidak spesifik nilai)

Ini juga cara mudah menyimpan. Saki baki syiling anda, kumpulkan dan simpan. Jangan limitkan jenis syiling yang ada. Tetapi fokuskan segala syiling yang ada. Namun anda masih boleh menggunakan sekiranya ada dalam kesesakan. Eloklah dari meminjam kan?

XoXo,
Cik Lee

Tips Mengelak Politik Pejabat

Assalamualaikum (*^▽^*),

Kali ini CL akan kongsikan pula tips untuk mengelakkan politik pejabat. Sebenarnya di mana² pun juga ada politik pejabat yang boleh menjerat sesiapa juga. Elakkan anda terjerat dan menjeratkan diri dalam politik pejabat.

1. Jangan ceritakan hal peribadi kepada orang lain.

Jangan jadikan hal peribadi anda sebagai topik perbualan harian. Jangan menjadikan apa yang ada alami sebagai contoh. Jangan sesekali mencampur adukkan antara peribadi dengan kerja anda. Bila anda mula menjaja cerita peribadi menyebabkan anda menjerat diri anda pada politik pejabat. Ingat hal peribadi jadikan peribadi. Bukan semua suka dengan cerita peribadi kita. Sekiranya cerita kita indah² AWAS❗Ada yang iri hati. Kita tidak tahu apa yang ada di benak orang lain.

2. Bergaul secara umum dengan semua orang.

Jangan kita nampak diri kita baik dengan satu pihak. Jika kita termasuk dalam kelompok berpuak² ini sangat bahaya. Kelompok berpuak² ini menjadikan suasana pejabat kurang mesra dan tidak harmoni. Bila anda menjerat dengan berpuak² anda telah hilang ramai rakan² baru yang ingin mendekati anda. Rugi bukan? Sapa tahu kawan itu adalah kawan baik kita nanti?

3. Jauhi Gosip

Bila anda mendengar orang telah mula berbaur² gosip sebolehnya elakkan diri. Anda akan di pandang serong oleh si penggosip jika tembelangnya pecah. Malah anda pula di katakan penyebab sedangkan mereka masih berbaik dan bertegur sapa. Sudahnya anda jadi mangsa.

4. Berbual topik yang umum.

Adalah lebih elok berbual soal topik yang lebih umum. Ada 1001 macam topik umum yang ada boleh bualkan. Ia tergantung kepada dengan sapa anda berbual. Tidak salah cari topik mengikut minat masing².

5. Elakkan jadi penyampai.

Jangan bangga jika bos menyatakan anda adalah mata² dia di pejabat. Anda telah menjerat diri anda samada dengan bos anda ataupun rakan² sepejabat anda. Sekiranya rahsia terbongkar sudah pasti ianya menjadikan anda mangsa keadaan. Jangan jadi penyibuk. AWAS❗

6. Berwaspada dengan mereka yang baik dengan tiba².

Hati² dalam memilih teman dan berbaik dengan sesiapa. Walaupun kita belum pasti niatnya namun harus berhati². Zaman sekarang atau dulu sekalipun jika terlebih baik dan lurus akhirnya akan memakan diri. Ambil langkah selamat. Ibarat "siang pandang²  malam dengar²".

7. Tahu dengan siapa anda rapat. Kenali batas anda.

Anda seharusnya lebih mengetahui dengan siapa anda rapat dan apa yang anda ceritakan. Dalam politik pejabat kita berdepan dengan pelbagai ragam orang. Hari ini baik, esok lusa tak bertegur sapa. Jadi sebaik mana pun anda tahu akan batas anda. Mungkin adakala lepas laku, terlepas cakap. Namun, anda harus ingat apa yang anda perkatakan dan dengan siapa. Jangan kongsi dengan orang lain perkara yang sama. Ini adalah untuk menguji kepercayaan teman anda sejauh mana mereka menyimpan rahsia.

XoXo,
Cik Lee

Tips Atasi Stress Di Tempat Kerja

Assalamualaikum (^_−)☆,

Hari ini CL akan kongsikan serba sedikit mengenai tips untuk atasi stress. Sebagaimana CL juga pernah alami depress mild, kemurungan dan kebimbangan melampau. Berikut CL kongsikan serba sedikit tips² untuk atasi stress dan trigger (pencetus).

1. Tarik Nafas Dalam Dalam Dan Hembuskan Perlahan²

Teknik nampak biasa² sahaja. Namun sebenarnya ia dapat memberikan oksigen kepada otak dan peredaran darah yang baik. Ia juga mengelakkan pengeluaran hormon kortisol yang berlebihan. Peredaran oksigen yang baik memberikan ketengangan pada otot² muka dan badan. Jadi cuba k.

2. Melakukan senaman ringan di tempat kerja (workstation)

Ada banyak senaman ringan yang boleh di lakukan di tempat duduk anda. Regangan ringan dapat melonggarkan otot² ketat yang tengah mencengkam anda. Otot tegang ini akan menganggu pergerakan anda.

3. Cuba berbual ringan dengan rakan sekerja.

Haa...ini bukan untuk berbual sampai berjam². Perbualan ringan dapat mengalihkan sedikit kepala yang tengah kusut. Jika kita terlampau kusut. Kita kurang memberi fokus. Tumpuan juga lemah. Alihkan sedikit tumpuan. Supaya kekusutan hilang sebentar sebelum terus fokus kepada kerja anda.

4. Rujuk kepada mereka yang lebih arif mahupun pegawai penyelia.

Sekiranya kita masih kusut dan tidak dapat menemui jalan keluar. Cuba berbincang dengan pegawai anda. Manakan tahu daripada itu anda dapat melihat mana² yang kurang untuk di perbaiki dan di kemaskini. Ia sebenar cuba mendapat idea dan pandangan lain. Bila anda sedangkan kusut, selalunya anda tidak dapat berfikir sewajarnya.

5. Zikir

Ya nampak klise ayat ini tetapi sangat mujarab. Basahkan lidah ada dengan zikir munajat. Jangan zikir terburu2 bila berzikir. Tenang dan hayati bait² zikir. Untuk yang bukan muslim. Seeloknya bermeditasi sebentar untuk cari ketenangan.

6. Minum air kosong banyak².

Bila tegang maka darah kita akan mudah menjadi pekat. Jadi dengan meminum air kosong dapat mencairkan pengaliran darah. Jadi ini salah satu cara untuk menenangkan fikiran.

7. Makan coklat.

Umum mengetahui dengan makan coklat dapat mengeluarkan hormon happy iaitu hormon melatonin. Ia akan merangsang hormon gembira secara tidak lansung mengurangkan rasa stress.

8. Menikmati Kopi sebentar.

Biasanya di pejabat pasti ada pantry jadi tidak salah kita minum kopi sebentar untuk melegakan ketegangan yang ada. Inilah juga kebaikan kafien. Dan mengurangkan stress. Jadi tidak hairan di luar negara kopi sangat popular. Dan hampir setiap pagi coffee house penuh. Jadi jangan takut minum kopi.

9. Mengutamakan solat.

Tidak kira apa jua agama. Kita wajib menitikberatkan keagamaan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita telah melakukan terbaik tetapi masih tidak seperti kita harapkan kita hanya mampu berserah kepada Maha Esa untuk menjadikan segala² nya lebih baik. Kita hanya manusia biasa kepada Allah swt lah jua kita berserah.

10. Back Up Plan.

Sekiranya kita telah usaha sedaya upaya namun kita merasakan tiada juga menemui penghujungnya apa kata cuba plan B pula berserta sokongan² yang lebih kuat. Jangan terlalu risau kerana kita masih ada 23 abjad lagi untuk di gunakan. Jangan berputus asa. Merancanglah dengan lebih baik untuk projek² baru. Dan jadikan pengalaman kegagalan sebagai batu loncatan.

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, August 16, 2017

Tips Keterampilan Ke Pejabat

Assalamualaikum,

Hari ini CL nak tampilkan mengenai keterampilan kita ke pejabat.

Semakin kita cantik dan sesuai dengan keadaan ke pejabat kita akan lebih confident.

Pernah tak kita rasa kita akan sedih tidak di pandang. Rasa tidak selesa. Selekeh dan rasa kurang yakin? Mari CL kongsikan sedikit semangat supaya kita akan tampil yakin dan bergaya.

1. Guna Alat Solek Yang Sederhana

Kita kena tambahkan seri wajah sedikit bukan kerana ingin memikat sesiapa. Tetapi supaya tambahkan keyakinan diri. Jika anda tidak berani tampil garang. Tampilkan diri dengan lipstick lebih natural dan lembut. Ingin mengelakkan wajah menjadi pucat. Tambahan jika kita terpaksa berurusan dengan ramai pelanggan. Bila tampil menawan maka sedikit sebanyak mencairkan sedikit hati pelanggan samada sedang marah atau sedang menunggu agak lama.

2. Pakaian yang lebih kemas dan tidak melebih²

Jika merasakan gaya kita agak plain dan membosankan. Sesekali tampil dengan gaya warna garang. Mix and Match. Jika baju lebih dull atau kusam dan pastel. Cuma sesuaikan dengan tudung labih gelap atau lebih menyerlah. Ini memberikan seri pada gaya sedia ada. Tidak semestinya anda sudah berusia tidak sesuai bergaya. Anda masih boleh bergaya mengikut kesesuaian warna ton kulit dan yang utama selesa untuk bekerja dan bergerak.

3. Kasut bertutup.

Pastikan anda mengenakan kasut bertutup untk tampil lebih elegan. Tidak semestinya bertumit namun ada ciri² gaya ke pejabat. Elakkan kasut lebih santai. Ada juga mengenakan kasut yang sesuai di gunakan ketika membeli belah. Sudah tentu ia merosakkan imej anda. Mekap dan cantik, baju dah bergaya bila tengok kasut...😨😨😨 Jadi pilih kasut yang sesuai di pejabat. Sediakan kasut sandal jika anda ingin bergerak di dalam kawasan sekitar meja anda. Jangan gunakan selipar "jamban" untuk kemana mana.

4. Pemilihan tas tangan.

Ada antara anda yang kerap berjumpa dengan pelanggan luar. Pemilihan tas tangan sangat di titik beratkan. Ini kerana anda perlu tampil anggun sesuai dengan imej anda sebagai wakil syarikat. Janganlah guna bag laptop hendak ke mana². Berurusan dan bermeyuarat di luar. Ini secara tidak lansung memberi gambaran kurang profesional pada anda. Pilih tas yang lebih elegan, simple dan nampak profesional.

5. Pemakaian Aksesori.

Ada antara kita sukakan pemakaian aksesori. Kali ini kena minimalis aksesori pilihan anda. Jika ada tampil bertudung. Gunakan brooch yang lebih simple dan minimalis. Elakkan aksesori keterlaluan ini menjejaskan imej yang anda telah bentuk. Pemakaian jam tangan menambahkan lagi gaya anda ke pejabat.
Jika anda tidak bertudung untuk bukan muslim anda boleh memilih aksesori rantai yang tidak terlalu berwaran warni dan keterlaluan. Ia untuk memberikan seri pada gaya. Pastikan rambut di sisir rapi. Di jaga dengan rapi untuk mengelakkan tampil kusut dan serabai. Rajin² sikat rambut. Dan spray pewangi rambut.

6. Penjagaan diri dan bau badan.

Rajin² kan berlangir dengan air limau untuk elakkan bau badan. Bau badan yang keterlaluan menggangu hubungan mesra anda dengan kawan² lain apatah lagi dengan pelanggan yang datang. Rajin berlangir dengan air limau terutaman selepas mandi wajib. (Datang bulan). Adakala pencucian yang tidak bersih akan meninggalkan bau hanyir. Pemilihan deodorant yang sesuai dapat mengawal bau peluh pada badan. Pemilihan perfume yang sesuai juga penting. Jangan pilih bau yang ada suka tapi pilih apa yang sesuai untuk mengelakan dari bau kurang enak jika bercampur peluh.

Pakaian yang bersih dapat mengelakkan bau badan. Pastikan pakaian di jemur dengan baik. Ingat❗ Imej dan cantik tapi rosak jika anda ada pakaian dan badan berbau.

Jika anda mempunyai kulit bermasalah. Pastikan anda cuba mencari rawatan yang sesuai. Rawat jerawat/ jeragat terlebih dahulu. Pastikan rawatan itu tidak mengandungi kimia yang tinggi dan di akui oleh Kementerian Kesihatan dan Farmasi. Bila dan cantik barulah tampil yakin.

XoXo,
Cik Lee