Tuesday, May 30, 2017

Cara Memilih Konsep Perkahwinan

Assalamualaikum geng,

Kali ini CL akan berikan tips tentang pemilihan konsep perkahwinan.Ramai bakal pengantin tidak menitikberatkan konsep dan lebih suka menyerahkan kepada perunding semata² samada dari keluarga mahupun katerer dalam menentukan konsep.

Seharusnya bakal pengantin perlu memiliki bayangan untuk perkahwinannya. Perkahwinan berkonsep tidak semestinya menelan belanja yang besar. Tetapi dapat memberikan kepuasan pada majlis yang bakal berlansung.

Pemilihan konsep ini bergantung kepada bajet dan penawaran yang ada. Mungkin pada konsep barat. Lokasi perkahwinan adalah keutamaan. Kos sewa lokasi,khemah, hiasan dan kugiran. Ini menjadikan kos perkahwinan di barat jauh lebih tinggi. Namun begitu ada juga yang sederhana dan biasa.

Bagaimana pemilihan menentukan konsep perkahwinan dan warna?

1. Perkara asas adalah pemilihan konsep. (Romantik, Desa,Bali, Tradisional, Moden, Simple, Roman,Luruh, Bunga)

2. Pemilihan warna yang sesuai untuk scallop khemah. (Putih, Pink, Baby blue, Gold, Oren, Hitam, Kuning dsb)

3. Susunatur meja.

4. Bunga² an

5. Pelamin

6. Hiasan meja (buffet, meja beradap,meja tetamu dan meja kek)

7. Penawaran yang ada di pasaran mengikut bajet.

8. Pemilihan mengikut konsep.

Jadi dengan ini bakal pengantin kena kerja keras memastikan konsep menepati impian bakal pengantin.

Yang utama penawaran yang ada di pasaran dapat memenuhi kehendak dan konsep yang kita inginkan. Apapun jangan panik dan risau kerana jika kita benar² buntu tidak mengapa serahkan kepada pakar samada perunding perkahwinan (di Malaysia jarang guna kerana kos yang mahal) mahupun keluarga dalam merealisasikan majlis kita nanti dan berbincang dengan mereka mengenai konsep idaman.

Jumpa next chapter. Daa...

XoXo,
Cik Lee


Perkara Asas Merancang Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum,

Hari ini CL nak share sikit tentang perkahwinan. Post ini khas untuk mereka² yang bakal berkahwin kelak.

Sebagai perunding di Bridetobebyroselily ingin sekali CL share sedikit sebanyak mengenai konsep perkahwinan.

Pokok utama dalam merancang majlis perkahwinan tidak kira kecil atau besar adalah BAJET. Bakal pengantin perlu tetapkan bajet dan wajib berpegang pada bajet yang ada.

Klasifikasi bajet bukan sekadar pelamin, baju, goodies dan perkara remeh. Pokok utama dalam majlis adalah makanan untuk tetamu undangan. Ramai pengantin lepas tangan soal ini dan lebih suka menyerahkan bulat² pada keluarga (ibu ayah) Ini adalah salah sama sekali.

Sebagai bakal pengantin kena ambil tahu apakah konsep hidangan yang bakal dihidangkan dan berapa peruntukan maksima untuk bilangan tetamu dan katering.

Pernah kita lihat berapa ramai antara majlis indah tetapi dirosakkan dengan hal remeh? Makanan tidak cukup untuk tetamu. Ini sesuatu yang memalukan apabila kita mengundang tetamu tetapi peruntukan untuk tetamu habis.

Ini mengundang persepsi kurang baik kepada tetamu apatah lagi tetamu yang datang memeriahkan majlis dari jauh kebetulan lapar. Hampa melihat makanan tiada.

Sebagai pengantin kita tidak mampu gembira melihat tetamu merungut. Malah jika nak salam dengan ibu ayah dan wakil serba salah kedua² pihak. Bukankah ini situasi kurang baik walhal meraikan tetamu adalah baik?

Berikut CL memberi tip² menarik untuk perkongsian bersama. Ini sekadar panduan kepada bakal pengantin dalam mengatur bajet dan memastikan majlis berjalan lancar.

Soalan asas yang perlu tahu :-

1. Berapa peruntukan anda?
2. Apakah bajet untuk khemah tetamu dan pengantin (pilihan)?
3. Berapa jenis menu sesuai untuk bajet?
4. Menu apakah yang sesuai?
5. Berapa bilangan tetamu yang boleh diundang?
6. Semak bilangan undangan sepadan dengan peruntukan makanan?

Soalan tambahan untuk mereka yang berbajet sederhana besar.

1. Jenis khemah? Piramid/Arabian/Transparent/
2. Bilangan khemah keseluruhan?
3. Konsep warna scallop? Dua warna atau satu?
4. Kipas dan lampu? Lampu biasa atau chandelier?
5. Susun atur meja. Memanjang atau bulat?
6. Kerusi tetamu bersarung atau tidak?
7. Berapa Khemah pengantin?
8. Susunatur dalam khemah pengantin. Round table / memanjang?
9. Peruntukan untuk dome di khemah pengantin?
10. Hiasan untuk buffet. Ada dua table atau satu?
11. Menu tambahan? Kuih/ bubur kacang/ agar²/ cendol/aiskrim?
12. Menu tambahan untuk pengantin? Ayam golek/ udang/ ikan/

Jadi jangan terlalu memikirkan konsep seperti baju /pelamin / goodies sebagai keutamaan. Kerana baju /pelamin / goodies terdapat banyak pilihan dalam pasaran samada murah atau mahal.

XoXo,
Cik Lee

Monday, May 29, 2017

Hari Ketiga Ramadhan

Assalamualaikum.

Tuptup...hari ketiga dah umat Islam sedunia menyambut ramadhan. Kemeriahan ramadhan sangat luar biasa secara amnya.

Masa inilah nak tengok kemeriahan bazaar. Bukan sahaja bazaar ramadhan untuk berbuka. Bazaar untuk raya pun bersepah.

Punya lah seronok rakyat Malaysia menyambut ramadhan. Berpusu² orang ke bazaar memilih juadah berbuka. Ada yang berbuka nasi ada yang bernuka ala kadar kerana mudahkan solat terawih.

Jangan pula ada bazaar ni kita bertambah membazir. Tapi orang Malaysia. Bab makan sentiasa berpesta sakan. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah. Mana nak dapat kenikmatan ini. Dapat berpuasa dengan aman, pulang kerja sibuk pula ke bazaar membeli belah makanan. Selepas berbuka ramai² pula berterawih.

Mau tak rasa semua nak makan. Setelah menahan lapar dan dahaga. Tengok makanan hati mula rasa teringin. Bila dah berbuka teringin tukar membazir sebab yang kita makan sehabis baik pun hanya air. Hahahaha...air berteguk² je dah cukup buat kembung dan kenyang. Apatah lagi nak makan lain.

Jangan pula kata terawih je penuh surau dan masjid. Jangan marah²..terawih setahun ada sebulan je. Alhamdulillah. Penuh la sana sini.Bertarawih dan bertaddarus antara kemeriah ramadhan.

Syukur selalu alhamdulillah.

Selamat berpuasa esok ye. Haaa...waktu dah bermula untuk tarawih. Yangxdapat berjemaah masih boleh bertarawih sendirian di rumah. Apapun...selamat berterawih semua.

XoXo,
Cik Lee

Thursday, May 25, 2017

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Assalamualaikum pembaca setia blog Cik Lee.

Sejak Cik Lee tukar blog traffic slow je..sobss..sbosss... Sedih tau...

Tapi lupakan kesedihan sebab kita akan memyambut hari kebesaran kita yang penuh rahmat dan kasih sayang. Sekelumit kebaikan kita buat berganda² pahala yang berganda²...

Dengan kehadiran ramadhan tahun semoga CL tabah menghadapinya tak seperti tahun lepas. Sungguh mencabar. Setiapkali nak berbuka berguling² lah atas katil.

Tahun ini sampaikan xdpt nk ganti puasa. Bukan banyak pun 3d je. Itupun jenuh. Terpaksa plak membayar fidyah. Nak buat camana dugaan.

Tu belum asyik lapar memanjang. Gastrik dan masuk angin tak payah cakap. Jenuh. Berkawan dengan minyak angin je. Adoilah...

Harapan tahun ini dipermudahkan dan semoga berpuasa tahun ini berjalan lancar. Berbaik²lah duhai perutku. Sila beri kerjasama ye.

Tidak lupa juga tingkat ibadah kita, pohon keampunanNYA, serta perbanyakkan ruang² amalan sampingan kita supaya menambahkan lagi berkahnya bulan mulia ini nanti.

Selamat berpuasa semua.

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, May 24, 2017

Pencuri Hati VS Penembak Cinta

Assalamualaikum... Geng² setia blog CL
Kali ini CL nak story mengenai lelaki idaman iolls 
Hahahaha..dari suka dan jatuh cinta terus membeli konon nanti rindu boleh verangan lagi.
Watak Keith Rajh Dhan aka Ahmad Rizky Dhan atau GUN dalam novel karya Ailah Diela memang kegilaan CL ok.
Dalam sebulan xmiss baca part yang menjadi kerinduan. Sebenarnya dalam realiti susah nak cari sebab Gun ni kaya raya. Anak Tan Sri Amrith Dhan. Tauke lombong emas. Boleh imagine kaya dia? Anda silap. Tak tercapai dek akal sebab penulis sangat over imaginasi. Terutama rumah tauke lombong emas ini. Gun adalah lelaki kacak kacukan India (bapa) dan German(Ibu). Anak sulung dua beradik. Adik perempuannya Fetty mewarisi kecantikan ibunya lebih kepada iras German.Manakala Gun sering disalah tafsir sebagai melayu celup.
Tapi apa yang buat jatuh cinta. Sikap gun yang sempoi. Xmenunjuk² kekayaan dia. Suka menyakat ,romantik, Sederhana, alim walaupun mualaf.
Nak kata dia lelaki perfect dah tentu tidak. Tetapi kelebihan dia buat dia sangat mempersonakan CL. Kalau ikut CL takda lah nak berangan lelaki kaya sebab isteri Gun dalam novel ini juga anak orang berada. Sesuailah kan.
Eh...tercakap novel ke? Memanglah novel...sampai terbawa² pula ke alam realiti. Dalam imaginasi penulis. Gun dianggap seiras Dennis Trillo pelakon Filipina. Tapi dalam imaginasi CL Gun seiras dan sebiji macam Oyo Sotto suami Kristine Hermosa tu masih pelakon Filipina.
Jadi kalau nak tahu siapakah Gun idaman hati CL ni cepat² beli novel ini. Gerenti puas hati. Silap² kalau real berebut² gadis² nak kan dia. Tapi yang paling menawan hati dia kalis godaan dan setia pada Allah dan cintanya.
Buat CL rindu plak dengan GUN ni. Oklah, CL nak baca novel ini semula...mana tahu dapat orang dalam realiti...gerenti kunci dalam rumah xbagi keluar (⌒‐⌒) bukan apa takut orang rembat plak. 
XoXo,
Cik Lee

Tuesday, May 23, 2017

Idea Perkahwinan

Assalamualaikum geng,

Semalam CL dah promote instagram CL mengenai bisnes terbaru CL.

Kesibukan CL dengan kesihatan, kerjaya dan peribadi membuatkan masa CL terhad untuk memperkenalkan bisnes CL tu.

Jangan pula terasa hati tau.😞 Kasihan CL. Apapun CL ada khidmat rundingan perkahwinan secara percuma jika beli koleksi baju CL.

Ramai kata mahal-LAH. Ok...ok...Sabar ye. Yang terbaik semestinya ada harga yang perlu dibayar. Kalau simple sudah tentu harganya jauh lebih murah.

Lagi² koleksi yang boleh pilih warna, saiz ikut bentuk badan dan material. Seolah pakaian itu adalah tempahan khas.

Sudah tentu harganya tinggi sedikit. Jadi kalau nak kelainan dan cantik dan tentulah kena belanja lebih. 😘😘😘

Oklah. Nanti CL akan kupas sedikit mengenai koleksi² pada catatan akan datang. Sesekali kena keluar topik lain juga. 😅😅

Bisnes tetap bisnes tapi kenalah juga layan potpet CL ni. 😞😞😞

Ok daaa...

XoXo,
Cik Lee

A Wedding Hot Spot

Assalamualaikum..

Sebenarnya banyak yang Cik Lee nak share. Tp CL rasa tak tertulis nak cite macam² perubahan dalam setahun ini.

Sebelum ini CL hanya memperkenalkan Passione Dellamoda. Koleksi pakaian dan aksesori wanita. Lama juga xupdate. Sebab xsempat. Yelah nak update kena fokus. Kita ni macam² nak buat. Tambah² kalau weekend #kesayangan semua balik. Lagilah busy.

Dalam busy² CL, sempat juga launching Wedding Hot Spot. Macam² koleksi pengantin dari 👗👠💍👑 sampai ke man suit dan bridemaid pun ada...

Memperkenalkan ❤Bridetobebyroselily❤   A Premium Wedding Hot Spot. Lepas ini nak cari berkaitan wedding tak payah pening² sebab apapun boleh bincang 😉😉 don't worry.

Boleh follow

fbpage : Bridetobebyroselily
Instagram : Bridetobebyroselily

Nanti CL akan teaser sikit² koleksi CL yang meletop.

XoXo,
Cik Lee

Monday, May 22, 2017

Bila Kesayangan Dah Pergi Sekolah

Assalamualaikum geng‼

Hari ini saja nak story pasal #kesayangan semua dah semakin besar. Dah jadi warga sekolah.

Semuanya rajin² membaca, buat kerja sekolah dan alhamdulillah dah hafal doa makan.

Hari pertama semua #kesayangan ke sekolah. Berdebar² pun ada. Alhamdulillah... Semua anak yang bijak dan berdikari. #kesayangan pertama aka sulung dalam keluarga bersekolah agama.

Pastinya sebagai makyung mengharapkan mereka berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak² yang soleh dan solehah. Kebanggaan keluarga. CL hanya mampu melihat dari jauh.

Hari pun dah nak masuk waktu luncheon. Rasa lapar la plak. Tiba² hati sebak merindukan mereka²... Semoga Allah sentiasa pelihara mereka walau dimana mereka berada 😘😘

Apapun mereka tetap #kesayangan dunia dan akhirat. 😍😅

XoXo,
Cik Lee

Sakit Tangan Kuku Dan Mulut (HFMD) Versi Dewasa

Assalamualaikum..

Kali ini CL nak share pengalaman kena sakit HFMD versi dewasa.

Nampak macam simple...tapi sakitnya...Tekak penuh dengan ulser. Demam xkebah² dekat 3 hari. Nak menelan siksa.

Malam plak berguling² kelaparan sebab nak makan sakit..siksa betul

Bila dah agak kena HFMD bila tangan dan kaki keluar bintik² merah. Macam campak halus² tu. Tapi sakit woooo... Berbiji² kat tapak kaki nak memijak pun boleh terasa maca guli² kecil. (tahap sakit berbeza² pada individu) Nak kata sakit terlampau tu tak la. Tapi kategori sakitlah juga.

CL pesan kat Abah beli aiskrim vanila. Dibelinya aiskrim purple aka keladi. Sabar jelah. Pastu aiskrim coklat. (Jangan makan aiskrim coklat ye) dia punya berdenyut...fuhhhhh...xdapat nak kata. Perit wooo....orang kata Aiskrim Coklat itu Panas.

So masuk hari keempat. Abah CL paksa makan. Belanja makan nasi Arab Khabsa. Bolehlah telan sikit².. Sulam air. Nak kasi kebas makan aiskrim perisa VANILA.

Maka akhirnya susutlah berat badan makcik CL dari 80 ke hampir 90kg tinggal 60 kg dan kini 55kg.

Peristiwa terjadi tahun 2015 awal tahun. Memang masa itu kerajaan takda lagi nyatakan Cuti Tanpa Rekod. Maksima 5d.

Seeloknya memang cuti. Sebab boleh berjangkit pada umum. Lagi² air liur. Sekarang penyakit ini dah menyerang ramai dewasa.

Tak pasti pula puncanya. Kebanjiran warga asing xmustahil menjadi salah satu punca.

Apapun hargai kesihatan kita k. Syukur selalu sebab nikmat Sihat itu Sangat Indah.

XoXo
CL

Fuhfuh

Assalamualaikum geng...

Lama xbersiaran...hihi.. 😅😅😅 merajuk punya pasal. Lagipun semakin bz dan mcm² hal yang berlaku sekarang ini.

Ada yang baik ada yang kureng. Biasanya hidup...selagi nama hidup itulah yg kita kena hadapi sampai kita dah menutup mata.

Saja nak warm up. Dah tumpul otak nak menulis. Almaklum lama xbersiaran. Mau² lebih berbulan² merajuk. 😂😂😂

Sempena Ramadan Al Mubarak tahun ini Semoga dipermudahkan segala segi. Mental dan fizikal. Tahun lepas jenuh nak berpuasa. Tahun ini nebes je.

Perut asik meragam. Angin dan gastrik bertukar²...yang nak ganti 3d tu xberganti lagi walaupun sih sempat. Perut je yang bikin panas. Ni dalam menaip dok menahan sakit perut masuk angin. 😑😑😑 sabarlah ujian. Sikitttt je...

Haaa...nanti CL chitchat lagi. Lagi se stesen nak sampai dah. Kalau mengadap mobile phone memang leka. Dah berkali² asyik terlepas stesen. Taubat x nak...(*^▽^*)(*^▽^*)

Ok daaa (^_−)☆