Sunday, November 1, 2015

Happy Bornday Abah 31/10/2015.. (stay cool and young always...)

Assalamualaikum,
Harini nak story pasal bday myabah semalam 31/10/2015.. memula hampir lupa sekali buka fb ternampak ikon bday today. Barulah teringat…huhu..kalau tak dok tenung date tu tapi tak pasti apa lah yang tak kena dengan tarikh ni…ingat kan dalam hati tak nak balik kampong minggu ni.. Kes makan ati dan merajuk tetapi nak digerakkan ati tu berat je nak balik. Macam kalau tak balik tu rasa menyesal plak..rupanya gerak hati tu tepat je. Mujur kuat nak balik. Sempatlah birthday treat kat kawasan rumah tu. Biasalah tempat peberet abahMyrail Coffee

Ni celebrate tahun lepas. Pea memang suka potong cake ( tgk muka dia tu)
Berebutkan atok masa kecik2 dulu
Tempat port makan peberet myabah (kat kawasan umah je)
Esok tu ajak abah ke Mydin Seremban tetapi terlajak pulak ke “Palm Mall” Banyak cerita-cerita horror kononnya ade “h****” disebabkan bangunan itu lama tinggal dan terbengkalai tetapi baru beberapa tahun ini siap sepenuhnya. Cantik dan exclusive tau. Siap ada hotel tersergam indah. Cuma ramai tak suka parking di tempat parking di dalam bangunan berkemungkinan kos yang agak tinggi ( secure parking maybe..sebab dah ade pengalaman pagi interview kami di cas RM 20++ untuk 2 jam semata-mata pergi interview syarikat Secure Parking..dahla tu tak dapat plak tu..puik…)

Palm Mall Seremban ( versi lukisan ) 
Pegi jangan tak pegi "Palm Mall" Seremban 

Hakak pun membeli lah Nutella kononnya petang nanti nak bikin kek brownies Nutella tu, (menjadi plak tu…hihi ) dan abah plak belanja makan lunch kalini di Wazer Restoran. Apa lagi pekena baryani la…sedap jugak nasinya. Tak mual dan berminyak. Kos dia plak RM 9++ per set dimana nasi + lauk + acar + papadom. Ok ler kan…

Dalam masa yang sama hakak CR ada buat pelan internet DiGi untuk Super Deals RM 1 for  30mb. Nak tau kredit yang berbelen RM 7, lesap tak sampai sehari disebabkan kononnya lebih penggunaan 30mb (pakai opera je kot..takkan abis )

Hakak memang ada bad experience dengan pelan internet DiGi ni dari sebelum ada plan lagi..bayangkan bil internet di cas sampai RM 200++ prepaid je tau….kalau tak topup maknanya number tu dah tak boleh pakai… ( tak guna…) Nak tak nak bayar jelah RM 200++ topup tu. Bila ada plan pun kredit kena sedut sedangkan baru activate jam 15.35 pm tak sampai jam 4.45pm esoknya dah abis kuota dengan kredit2 sekali dia rembat.

Hakak nasihatkan jangan gunakan plan internet DiGi kalau xkonfiden sebab memang bila penggunaan 80% kuota digunakan tiada warning. Memang total dia oto amik kredit kita. Naib topup tak sampai RM 10 kalau topup RM 50 mau menangis air mata darah..nak koling2 topup abis…jadi berhati-hati ye. Jangan terpedaya dengan pelan yang cepat betoi abisnya kuota 30mb dalam masa xsampai 24 jam. So better jangan subscribe la…bukan nak menidakkan tetapi jika DiGi tak upgrade service cekik darah macamni hakak kira boikot pelan internet…biarlah sebab itu duit hakak…jangan kerana servis tak seberapa hakak yang sengsara.


Berbalik kepada story myabah, "happy bornday abah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu dan akan datang dan diberi kesihatan yang baik..aamin…" (terima kasih kepada yang mendoakan juga) 

Tok Abah dan Cucunya merempit nk balik dari Kafe My Rail Coffee
Masa CR nak pg interview so singgah di sini untuk posing je,,,