Wednesday, June 21, 2017

Lazada Oh Lazada

Assalamualaikum,

Pasti semua adalah pengguna Lazada kan? Shopping online di Lazada. Hurm...CL ada kisah sedih dengan Lazada (个_个) sudah dua kali order di reject dan refund.

Ni bukan masalah refund. Tapi masalah kita ni dah berharap tapi in the end benda tu cancel tiba². Tak ke hangin. Dah la kita nak pakai untuk raya. Malas nak bersesak beli baju raya di luar.

Alih² kita excited nak check tracking dapat email dari Lazada mengatakan order cancel sebab barang tiada.

Mau tak hangin satu badan. Dah rancang tak lusa tulat dapatlah item kita. Sebab postage dijangka esok. Sudahnya hampa.

Lazada kena semak kesediaan supplier Jangan supplier cincai. Jual konon² item available kemudian last minute cancel sebab item out of stock.

Tadi CL try beli semula. Kalau nak tahu, masih boleh order dan item akan send lewat. Lepas raya pula tu. Tak ke haru (ㄒoㄒ) berangan pakai first day raya sebab dah aim lama. Sudahnya keciwa.

Selepas ini CL serik nak order untuk raya. Cukup² lah dah dua kali terkena. Tak nak dah order item² baju raya.

Lazada perlu tapis dan pastikan supplier mematuhi kehendak pelanggan dan senantiasa update stock status. Jangan lah mempermainkan perasaan pelanggan.

Kita berharap kita kecewa. Bye² Lazada versi RAYA. Ini kali terakhir order untuk baju raya. Cukuplah dua kali dan pernah beraya tanpa baju baru.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. We will miss ramadhan kareem.

XoXo,
Cik Lee

Thursday, June 15, 2017

Caffein Withdrawal Symptoms

Assalamualaikum pembaca setiaku,

Kalau nk story saya ni mmg banyak dugaan sejak dua tiga bulan ni bila di sahkan hyper. Kalau ikut number saya xsebanyak kawan² lain. Cuma saya rasa sgt worst dengan kesihatan saya beberapa bulan ini.

Bilamana saya disahkan. Saya blur. Taktahu apakah sakit saya ini. Sehingga saya google. Bila saya google makan mcm² makanan lah saya avoid. Terutama "nescaffe". Saya adalah tegar nescaffe sejak saya berusia 7 tahun. Saya hanya minum nes sebagai minuman panas pagi dan ptg. Xcukup segelas. Dua tiga gelas. Malam pun kadang² bila saya balik kampung. Sesekali layan San Fansisco dan Starbuck.

Bila saya diagnos Hyperthyroid. Saya drastik stop kafien aka nescaffe. Maka bermulalah suffering terhadap kesihatan. Saya lesu selesunya. Saya hari² sakit sekepala. Asal bangun tidur sakit. Sehingga saya kerap mc.

Saya juga semakin teruk gastrik dan heartburn. Di sebabkan tinggal dengan adik lelaki. Beliau bekerja. Maka bila saya sakit kepala. Saya akan gastrik kerana makan lewat. Maka berterusan sehingga berbulan².

Saya jumpa doktor tanyakan kenapa saya asyik sakit kepala. Adakah punca dari thyroid saya. Doktor nafikan. Dan akhirnya dua doktor panel suspect saya "anxiety" walaupun saya telah nyatakan "adakah berkaitan jika saya stop drastik nescaffe?" namun doktor menafikan. Saya agak kecewa.

Satu lagi panel doktor saya berjumpa dan menyatakan jika thyroid kita akan ada simptom² anxiety tetapi bukanlah anxiety sepenuhnya. Dia suggest saya minum caffien sedikit. Dan drop. Alhamdulillah.. Saya minum secawan saya terkejut sakit kepala saya macam lenyap tiba²... Saya semakin kurang sakit kepala (saya minum secawan sahaja sejak doktor sajes sehingga kini)

Saya join grup "anxiety" dan "depression survivor" saya melihat mereka sangat berbeza. Walaupun xjauh beza simptom saya. (Nampak bergerak² pada line kadang², muka rasa benda bergerak (saya ada resdung) , sedikit kebimbangan)

Saya merasakan saya bukan sepenuhnya warga "anxiety" dan "depression" sehingga saya terbaca satu komen di grup ini menyatakan "caffien withdrawal" dan dari situ saya google dan mendapatkan maklumat.

Ternyata saya sangat terkejut. Saya adalah "caffein withdrawal symptoms" Rupanya kesan drastik stop caffien akan efek pada kesihatan.

1. Sakit kepala
2. Mengantuk
3. Cpt marah
4. Kelesuan
5. Sembelit
6. Kemurungan
7. Muscle Pain, Stiffness (kaku), Cramp (kejang)
8. Kurang daya tumpuan
9. Simptom Seperti Selsema
10. Sukar Tidur ( Insomnia)
11. Pening dan Muntah
12. Anxiety (Kebimbangan) ,Panic attack
13. Brain Fog ( Sukar berfikir, sukar memberi tumpuan, dan melakukan tugas biasa)
14. Pening
15. Retak jantung yang tidak normal.

Jadi jika anda mengalami simptom ini. Segera maklumkan pada majikan jika anda sedang "caffien withdrawal" sebab memang akan memakan masa untuk badan bertidak balas.

Say pula sampai tahap di warning kerana kerap tidak datang bekerja akibat kerap mc.

Jika anda mengalaminya jangan drop drastik. Tapi perlahan² sebab kesannya memang memudaratkan seperti yang saya alami. Medical saya burst. Dari rm500 menjadi rm1500++ . Jaga kesihatan. Dan sayangi diri.

Sekarang saya hanya consume milo sahaja. Walaupun dulu saya amat mengantuk minum milo. Sehingga kini saya minum milo pun masih mengantuk. Cuma jika saya berdepan sakit kepala saya akan minum caffien secawan kecil.

Semoga anda tidak seperti saya sebab semua simptom² di atas saya alami.

Bilamana saya sedari kini saya lihat ada cara menghilangkan simptom tersebut.

1. Kurangkan secara beransur- ansur
2. Ambil ubat tahan sakit (tidak sajes cuma ini dalam website lain) untuk kurangkan sakit kepala dan muscles pain.
3. Minum banyak air mengelakkan dehidrasi.
4. Banyakkan berehat. Banyakkan tidur (utk sehari dua yang pertama)
5. Senaman.
6. Makan makanan yang sihat seperti sayur² buah²

XoXo,
Cik Lee

Friday, June 9, 2017

Perkahwinan Tradisi Minangkabau

Assalamualaikum pembaca setia ♥♥,

Hari ini CL nak menceritakan tentang pakaian tradisi masyarakat minangkabau di Negeri Sembilan.

Kebanyakan pakaian ini kurang mendapat  sambutan dikalangan masyarakat berbanding zaman dahulu.

Masyarakat Negeri Sembilan hanya lebih senang mengenakan pakaian tradisional songket untuk majlis perkahwinan mereka. Namun, ada sesetengah tempat masih berpegang teguh kepada adat dan budaya nogori.

Kalau nak cerita soal adat. CL bukan orang yang arif. Tetapi secara am bolehlah CL ceritakan serba sedikit. Namun biar kali ini kita tumpukan dengan pakaian tradisi minangkabau di Negeri Sembilan dan juga masyarakat Padang di Indonesia.

Pakaian wanita Negeri Sembilan kebanyakannya bersopan kerana masyarakat minangkabau menitikberatkan agama islam. Pada zaman sebelum perang, kebanyakan masyarakat minang Padang merantau menyebarkan agama islam. Jadi tidak hairanlah pakaian mereka perkahwinan lebih simple dan tertutup.

Masyarakat minang di Padang juga kebanyakan merantau sebagai pedagang. Jadi tidak hairan merata² perniagaan orang minang.

Antara pakaian lazim untuk wanita minangkabau adalah perhiasan kepala. Tidak hairanlah hiasan kepala wanita minang/minangkabau antara termewah berbanding kaum² lain.

Sanggul lintang wanita minangkabau sangat besar seolah² hampir serupa dengan wanita di Melaka dipanggil suntiang. Namun hiasan kepala bentuk tanduk kerbau dan berpakaian bundo kanduang. Kerbau sinonim dengan masyarakat minangkabau kerana singkatan dari menang kerbau (pertandingan kerbau). Rujuk blog

http://kelompokbudaya.blogspot.com/2014/03/pakaian-adat-minang-kabau-dan.html

Seharusnya masyarakat dapat mengekalkan tradisi pakaian minangkabau untuk mengelakkan luput ditelan zaman.

Semoga dengan catatan kali ini dapat memberikan sedikit informasi dan sekaligus memberi idea perkahwinan kepada bakal pengantin yang inginkan pakaian tradisional suku kaum masing².

XoXo,
Cik Lee

Thursday, June 8, 2017

Fairy Tale Wedding Idea @ bridetobebyroselily

Assalamualaikum O(≧▽≦)O,
Hari ini banyak post sikit kebetulan CL ada mendapat semangat. Biasalah dan perap blog ini hampir setahun (><)
Jadi kali ini CL nak post mengenai fairytale wedding idea. Wah, konsep ini jarang sangat dipertontonkan di Malaysia.
Kebanyakan bakal pengantin mengemari konsep selamat. Jarang sangat nermain dengan gaya dan kelainan. Malah konsep² bertemakan songket telah mendapat sambutan meluas semenjak dua ini.
Kalini konsep Pink Fairytale akan memberikan anda inspirasi dan idea dalam menggayakan koleksi bridetobebyroselily. Kebanyakan wanipa pasti sukakan pink dan warna² pastel.
Jadi biar CL share dengan semua idea dari bridetobebyroselily untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik. Untuk kelainan konsep. Bakal pengantin perlu berani mengetengahkan dan menonjolkan diri dengan fesyen agak sarat.
Selamat berbuka,
XoXo,
Cik Lee

Wednesday, June 7, 2017

Romantic Wedding @ bridetobebyroselily

Assalamualaikum ヽ(´▽`)/,

Yeay akaun instagram bridetobebyroselily telah berfungsi semula. Kali ini CL akan share  konsep romantik wedding bersama bridetobebyroselily. Baru semangat nak share mengenai koleksi² yang ada.

Untuk makluman koleksi dress bridetobebyroselily berbentuk premium. Harganya memang boleh tahan agak mahal sedikit dari koleksi² orang lain. Namun begitu jangan risau. Dari segi material dan rekabentuk semuanya ada kelainan dari seller² lain.

Kali ini CL nak bincangkan konsep Romantik. Tidak ramai yang berani untuk membuat konsep ini kerana bimbang kos yang amat mahal. Tiada masalah jika anda ingin dapatkan sedikit idea dari koleksi bridetobebyroselily dan juga beberapa idea yang diy untuk merealisasikan impian anda sebagai bakal pengantin.

Untuk makluman, koleksi dress romantik dari bridetobebyroselily ini sangat cantik dan flowy. Koleksi romantik ini boleh didapati di instagram bridetobebyroselily.

Bakal pengantin boleh melakukan kerja² diy lain dalam merealisasikan impian perkahwinan romantik.

Jom semak idea² menarik dan simple untuk menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan anda.

Semoga idea² dari CL dapat memberikan serba sedikit idea dan cara untuk menjimatkan wang anda disamping mendapatkan majlis yang diidamkan.

XoXo,
Cik Lee

Gastrik Atau Perut Kembung

Assalamualaikum pembaca setia,

Hari ini CL nak ceritakan serba sedikit penyakit yang menghantui CL Gastrik tapi CL merasakan CL lebih kepada perut kembung.

Sejak puasa ini mencabar betul dua tahun ini berpuasa. Hari² hampir masuk angin. Kalau lapar biasalah berpuasa. Tapi kalau masuk angin. Memang sakit dari biasa.

CL ni dah macam makcik² (kata incik Fisher) yelah asyik berbau minyak angin. (个_个) xpatut betul. Sakit kepala dan perut berulang² (simptom anxiety dan thyroid)

Gastrik ini kadang² sakit teramat. Mahu berguling menahan sakit. Gaviscon jangan cakaplah. Dah makan. Namun xkebah² juga sakitnya kalau dah tahap masuk angin.

Bayangkan puasa tahun lepas tiga hari je pun tak terganti. Dek kerapnya masuk angin dan gastrik. Sampai fobia. Kalau xmakan bolehlah cerita. Setiap kali sahur masak. Makan nasi penuh sepinggan. Tu belum lagi jamah kurma 3 ulas buat penguat.

Namun seperti biasa "masuk angin" juga. Maybe mengadap kipas selepas sahur. Mahu xmengadap kipas. Panasnya dua tiga hari ini. Berpeluh². Mandi peluh. Asyeeemmm dibuatnya.

Namun, walaupun bermandi minyak angin CL tetap tabah berpuasa. Setakat ini baru tiga hari tidak berpuasa kerana keuzuran (wanita) dan gastrik teruk setelah ambil blood test di Klinik Kesihatan kelmarin (6 Jun 2017)

Biarlah ujian kecil saja ini. Insyaallah semoga CL tabah menghadapi hari depan. Kuat untuk berpuasa dan terus instiqamah. Yelah bila melibatkan perut ini nak sujud dan rukuk boleh jadi penyebab untuk gas asid naik.

Doakan CL berjaya berpuasa ya. Untung² dapat puasa enam. Tahun lepas dapat empat hari. Sebab tu berbaki puasa tak berganti. Fighting ٩(。•ω•。)و

XoXo,
Cik Lee

7 Nov 2016 Pemergian Atuk Tersayang

Assalamualaikum kawan²,

Pada 7 Nov 2016 CL telah kehilangan atuk tersayang. Maka CL dah xda atuk dah. Atuk pergi dengan tenang jam 12.00 tengah hari.Ketika itu, beliau baru dibersihkan dan ditukarkan pampers oleh makcik (adik mami ke 7) sebelum beliau keluar menjemput suami dan anak di pekan.

Kesedihan tak dapat dibendung melihat tubuh atuk yang sangat² kurus, kerana tidak berselera makan. Kali terakhir terlihat beliau sihat adalah ketika raya haji ada kenduri akikah anak buah sedara dan cucu sulung makcik di Senawang kiranya cicit atuk. Atuk masa itu masih sihat dan berisi. Cuma biasalah beliau semakin kurang daya ingatan. Cuma xpernah lekang dan lupa nenek je (isteri beliau) Kalau kelibat nenek hilang depan mata wajib dia cari dan paksa orang cari nenek.

Selang beberapa minggu. Kami dikejutkan atuk masuk ke hospital. Dan bermulalah episod kesihatan atuk berubah. Nak kata atuk sakit sebenarnya tidak sakit. Cuma beliau tidak mahu makan. Jamah pun susah. Dahulu 3 kali sehari wajib pekena nescaffe. Minuman kesukaan atuk. Pada akhir usianya. Beliau semakin kurang minum dan makan. Anak² beliau belikan air kurma untuk memberikan tenaga dan mengalas perut.

Dua minggu sebelum atuk dijemput ilahi. Atuk dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas. Beliau warded selama tiga hari sebelum isterinya aka nenek minta untuk bawa atuk pulang. Beberapa hari CL mendapat mesej dari makcik dimarahi kerana tidak balik kampung lawat atuk. Mereka kata atuk rindukan CL dan mami.

Minggu akhir sebelum atuk pergi CL pulang ke kampung dengan adik perempuan CL dan suami serta mami. CL hanya mampu mengalirkan air mata melihat atuk yang dulu gagah. Kuat serba serbi tiba² menjadi terlampau kurus dan hanya terbaring. lembaga suku atuk. Suku aser balik ke rumah CL hanya menangis sepanjang jalan. CL terasa takut kehilangan atuk.

Masih terasa seolah atuk memang nak CL balik. Sebagai cucu sulung semestinya atuk tahu dan xpernah lupa walaupun semakin pelupa. Malah ketika atuk minum petang di kampung masa kami balik kampung selepas raya. Sempat adik perempuan CL menyakat atuk. Tanyakan samada atuk ingat x lagi cucunya yang sulung. Terharu sangat atuk masih ingat dan nyatakan cucunya sibuk bekerja. Jadi tak balik kampung melawat dia kerana sibuk bekerja.Sebak you see.

CL pernah merajuk dengan atuk satu ketika dulu. Di sebabkan penat menyapu dan berkemas CL duduk bermain dengan sepupu kecil. Sudahnya CL dimarahi dan mengadu dengan mami. Malu satu hal. Almaklum makcik CL ada kat situ (wife pakcik CL, anak lelaki bongsu adik mami ke 8) dan kami sebaya. Sejak peristiwa itu CL terus merajuk dan tak mahu tegur sapa dengan atuk. Nak dijadikan cerita atuk mengadu dengan makcik CL (adik mami yang ke 3) mengatakan CL tidak mahu bertegur sapa dengan dia (atuk).

Rentetan kes merajuk atuk tak pernah meninggikan suara lagi dengan CL. Kalau tidak, silap sikit marah saja. Pernah sekali peristiwa CL kena kacau dalam rumah sendiri. CL jadi sangat takut nak tidur. CL diganggu bayang² hitam setiap kali tidur. Ada sekali kami berjaga malam beramai² kerana CL diganggu. Macam² bunyi selepas kami baca ayat Qursi. Mujur malam tu mami dan abah ada. So CL tidur sekatil dengan adik perempuan CL dan adik lelaki CL tidur di lantai. Tak lama selepas itu adik lelaki CL ditindih semasa tidur. Kami semua hampir terkejut sebab tiba² dia terbangun dan mengalunkan azan.

CL minta mami untuk minta atuk nenek buat air pendinding. Doa² dibuat selepas maghrib. Dan akan di renjis di sendi² rumah. Itulah air terakhir dari atuk ketuka dia sihat mampu bersolat.

Kalau nak bercerita panjang. Ketika kecil CL dan adik lelaki sering ditinggalkan di kampung. Kadang² temankan atuk kat luar rumah sambil dia asah parangnya. Tempat tidurnya pasti ada celait ( torch light) besi tu. Serta senapang patah sejak zaman perang dulu. Sekarang senapang itu dipulangkan ke balai polis kerana takut berebut dan merbahaya. Yelah bimbang disalah guna.

Ketika zaman sihat dan muda beliau merupakan ahli politik tegar. Penyokong umno dan kemudian menubuhkan parti sendiri kerana keciwa dengan umno. Akhirnya masih setia bersama umno. Cuma sejak pulang dari menunaikan fardu haji beliau sudah kurang berpolitik dan lebih menumpukan pada ibadah. Beliau digelar khatib oleh orang kampung. Siapa tak kenal.

Pada zaman 13 Mei 1969 ada penduduk cina berlindung di rumah kami di kampung memandangkan atuk memiliki senapang. Begitu juga peristiwa komunis. Hampir orang kampung berkumpul di rumah kami.

Peristiwa masa zaman bapa pm kita sekarang allahyarham Tun Abdul Razak melawat kampung kami dan merasmikan masjid di kampung kami. Atuk diberi penghormatan mengiring Tun Abdul Razak. Dan sofa rumah kami ketika itu digunakan untuk majlis dan dijadikan tempat duduk Tun ketika itu.

Di petang yang hening hampir² maghrib upacara pengkebumian selesai. Permandangan atas bukit nan indah dan damai. Kabus² menemani suasana petang itu. Atuk dimandikan dan dikafankan dengan mudah. Alhamdulillah... Ciuman terakhir dari anak² dan cucu menghiasi dahi atuk. Dan sebelum di masukkan ke liang lahad. Wajah atuk dipertontonkan buat kali terakhir. Kulit atuk putih bersih. Kekuningan. Bercahaya. Perginya atuk tersayang. Atuk ditalkin oleh tok lembaga suku atuk. Suku Seri Melenggang ( nama kampung kami) atau Somolenggang. Memandangkan imam ada dua dan sibuk persediaan jemaah maghrib. (Sabar jelah iman camni)

Kini masih terbayang² atuk² dan uwan CL. Semoga damai di sana. Diberkati dan diampunkan dosa²nya. Allahumma firlahu waafihi wa'fuanhu.

XoXo,
Cik Lee

Tuesday, June 6, 2017

Anxiety Disorder

Assalamualaikum semua,

Haaa...kalini CL akan mengupas tentang penyakit Anxiety Disorder (AD). Penyakit ini adalah salah satu dari penyakit mental.

Penyakit ini adalah kebimbangan yang melampau. Ada banyak cabang untuk sakit ini dan adakala kena dikawal melalui pemakanan ubat bergantung jenis dan tahap sakit.

Ada di antara pesakit AD adalah Skizofrenia, insomia dan ada juga pelbagai sakit berkaitan mental disorder.

Kebimbangan ini adalah disebabkan rasa bimbang yang melampau terhadap sesuatu perkara. Ia mengganggu gugat seseorang untuk menjalani kehidupan normal.

Oleh sebab itu, pesakit perlu dikawal melalui pemakanan ubat. Ada juga kena berkala berjumpa pakar psikatiri ataupun kaunselor.

Jadi penyakit ini dah semakin menular dikalangan orang. Bahayanya sakit ini jika tidak di kawal akan menyebabkan kes bunuh diri atau mendengar bisikan untuk melakukan pembunuhan.

Jadi ramai antara kita tanpa sedar mengalami penyakit ini. Terdapat banyak simptom² petunjuk awal penyakit AD. Antaranya simprom ini lebih kurang seperti simptom Hyperthyroid.  Salah satu simptom AD adalah sukar tidur malam (insomia) dan detak jantung laju. Mudah diserang panik (panic attack) mudah gastrik ( angin dalam badan), takut mati, sering membayangkan sakit kronik dan banyak lagi simptom² petunjuk kepada pengidap AD.

CL suspect AD. Aiyoyo...nanti orang kata gila plak. Jadi CL tidak mendapatkan rawatan khusus untuk AD terutama melibatkan berjumpa psikatiri.

Namun begitu, ada cara lain untuk mengesan tahap kebimbangan kita melalui ujian online oleh Public Health. (Link hilang pulak (~_~メ) )

Ok apa keputusannya CL AD ringan. Cuma perlu dikawal. Bahaya juga kalau kita ada AD. Sukar nak berkahwin kerana efek pada keturunan nanti.

Bukankah syarat nikah kahwin adalah waras dan tidak gila. Semak tahap kesihatan mental anda sekarang kerana dibimbangkan akan menjejaskan keturunan anda akan datang.

Namun begitu, semua boleh follow group FB : Depression Survivor

Di sana ramai lagi senasib dengan anda dan anda dapat melihat lebih ramai mengalami Depression teruk. (Ngeri kalau baca komen²) pesakit. Apapun, jangan bimbang dan buruk sangka.

Mereka masih normal dan cuma berbeza hanya penyakit dan pemikiran mereka. Jadi buat test untuk melihat kecenderungan mental anda. Cegah sebelum parah.

XoXo,
Cik Lee

Friday, June 2, 2017

Hyperthyroid

Assalamualaikum geng,

Harini CL nak share mengenai sakit yang pada awalnya CL rasa zero tak tau menahu lansung kewujudan sakit ini.

Pada awalnya orang suspect kurus. Ok, awal tahun 2015 kena HFMD (refer post sebelum ini) so berat drastik turun sebanyak 12kg. Banyak tu. Dari berat 80++ turun mendadak jadi 68kg..banyak tu...turun dan terus turun dan sekarang tinggal 55kg.

Yelah macamana tak kurus kan. 3 hari berlapar. Kemudian baru² ini mengalami sakit lutut yang sangat teruk. Berbulan² menderita sakit lutut. Sampaikan nak duduk, nak berdiri malah nak tidur pun sakit amat²..

Puncanya kurang pasti. Masa CL menyertai Train The Trainer di Seremban, Negeri Sembilan masih ok. Dalam bulan lapan tahun lepas 2016 masa tu dah terasa sakit on off. Selepas itu bermulalah episod ngeri. Kecederaan yang berpanjangan.

Susahnya serba serbi sampai nak poopoo kena beli kerusi. Sebab masa repair rumah xnak buat jamban duduk. Fuh..memang jeran la sakit lutut.

Kecederaan ACL. Otot tu rasa terpusing bila kita bergerak. Kalau terpusing dia punya sakit, xdapat bayangkan. Hari² sakit sampaikan beli pad khas untul lutut.

Alhamdulillah awal tahun ini semakin sembuh dan telah sembuh sepenuhnya. Xperlu solat duduk, dah boleh mencangkung, naik turun tangga. Lega sangat².

Namun, kesihatan itu tidak berpanjangan bila doktor mengesahkan CL ada simptom² Thyroid kerana tangan shaking dalam istilah perubatan tremor. Maka kenalah mengambil ujian darah sebagai pengesahan.

Dalam bulan Mac 2016 maka sahlah CL sebagai pengidap Hyperthyroid. Sangat menyedihkan dan sukar terima kenyataan kerana CL penakut makan ubat. Dan terpaksa menjamah ubat setiap hari.

Untuk peringkat awal, CL sering mengalami penat yang melampau kerana detak jantung yang amat laju. Hampir 100+ kadar detak jantung CL. Untuk orang normal adalah 70 ke bawah. CL sering mengalami Palpitasi ( detak jantung yang laju)

Hari² sentiasa penat dan tak bermaya. Sentiasa ingin berbaring dan bermalasan. Bukan sengaja k. Tetapi itulah hakikat. Sampaikan kerap mc kerana sering sakit kepala dan gastrik. Yelah macamana x gastrik. Badan penat. Pemakanan x terjaga. Semua nak buat sendiri. Nak masak makanan sendiri pun tak berdaya. Memang la sakit berulang².

CL mula dengan pemakanan organik. Berhenti serta merta nescaffe walhal CL adalah pentegar nescaffe sejak kecil. Maka salah satu punca CL sering sakit kepala migrain kerana berhenti pengambilan kafein.

CL mula bertukar kepada minuman Coklat. Tapi detak jantung sama seperti pengambilan nescaffe. Tiada perubahan drastik semasa bertukar. Senantiasa sakit kepala.

Jadi CL meminta nasihat doktor lain dan dia menerangkan Coklat juga mengandungi kafien. Padanlah tiada perubahan positif. Konon nak bertukar kepada teh. Masih juga kategori berkafein.

Jadi sekarang suka atau tidak CL bertukar ke milo untuk minuman panas. Biasalah sehari mesti nak minum air panas kalau x, badan lemah. Dahla sakit hyperthyroid buat lesu dan penat kerana denyutan jantung biasa seolah tengah bersukan walaupun tengah berehat.

Next chapter CL akan share pula punca menjadi hyperthyroid dan suspect anxiety disorder.

XoXo,
Cik Lee


Thursday, June 1, 2017

Sedih Akaun Instagram Kena Hack

Assalamualaikum geng,

Hari ini pertama kali merasai akaun instagram digodam oleh pihak tak bertanggungjawab. Usaha penat lelah cari item download. Rekod. Sangat memenatkan.

Bukannya follower sis beribu pun. Paling² 200++ je. Itupun nak di godam. Apalah punya manusia busuk hati.

Nasib sis xbanyak berurusan di dm. Kebanyakan whatsapps saja. Terkilan sangat.

Baru nak merangkak bisnes orang dah busuk hati inikan pula kalau bisnes kencang. CL redha ketentuannya. Insyaallah ada hikmahnya yang sis tak tahu.

Baru nak promote item digodam. Tak dapat sis share koleksi² sis. Tuhan je yang tahu bila kita nak buka akaun error yang terpapar.

Buat peminat blog CL nanti CL akan maklumkan jika akaun CL dapat kembali. Insyaallah... Doakan yang baik² je. Nanti dah akaun jangan lupa follow k.

XoXo,
Cik Lee