Friday, October 30, 2015

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum w.b.t. semua  sahabat CR sekalian,

Ceh..ceh…macam tulis surat zaman2 dedulu. Zaman xda internet. Bebas internet….sekarang ni nak taip pun sekerat2 juga. Dah mudah nak mudah lagi. Nama pun manusia, dah elok2 jalan kaki pastu sekarang pakai robot plak untuk tolong kita berjalan.

Sekarang ni CR nak cerita pasal apa yang berlaku hari ni…bukan yang buruk taw..nauzubillah…tapi sesuatu yang sangat baik. Pernah kita dengar bahawa ‘Poligami itu sunnah..” sunnah yang popular dikalangan lelaki dan digeruni oleh para wanita. Sedikit nak sentuh soal poligami ni…mungkin berkahwin sehingga 4 orang itu sekadar sunnah tetapi bukan wajib ye. Pernah tak kita ketahui selain Nabi Ibrahim a.s. berpoligami itu atas perintah ALLAH swt. Dan Muhammad saw itulah satu-satunya nabi yang berpoligami? (Kalau saya silap mohon maaf) dan menghairankan sahabat nabi bergelar Khulafa Ar Rashidin dan merupakan warga syurga bersama nabi kita Muhammad saw tidak seorang pun berpoligami…Dari Abu Bakar ke Ali….semuanya ahli perniagaan Berjaya, kaya raya, mampu menebus hamba (Bilal bin Rabah) dari orang kafir Quraisy yang begitu bencikan Islam. Mampu membeli telaga yang berganda2 harganya dari harga asal dari kaum yahudi untuk kegunaan umat Islam? (Kaya x kaya….billionaire dari zaman nabi…pergh hebak mung) Kalau nak dikira kekayaan mereka rasanya kalah Bill Gates tu…..jangan memain tau…. Dan mereka tidak berpoligami…kehkehkeh….Umar pulak dileteri si Isteri….hah….jadi kalau Umar Al Khatab pahlawan terbilang pun diam je bila isteri berleter….suami sekarang baru keje gaji lebih sikit bila dengar isteri berleter dah angan2 nak pasang dua..ape kes? Jadi lelaki zaman moden janganlah over confident nk berpoligami sangat kalau xkaya dan jadi pahlawan terbilang…pastu dijamin jadi ahli syurga….baru lebih sket tahap dari sahabat2 nabi kan…..ok..stop pasal poligami…” 

Hari ini CR mendengar ceramah sempena carnival Negeri Perak. Maka ustaz PU Yeop (sorry hakak xfollow sangat PU ni..) so hakak terkesima dengan sunnah yang satu ni…betul…terkesima….sebab kadang kita tak terfikir benda ni adalah sunnah. Yang nabi kita buat sejak baginda berusia 12 tahun sehingga baginda juga merupakan jutawan arab yang terkenal dengan perniagaan yang bersih dan amanah. Iye…”Berniaga” adalah sunnah. Dari kita sibuk nak sunnah poligami apa kata kita follow sunnah ini dah tentu-tentu kita senang. Kenapa perlu kaya? Supaya kita boleh bantu lebih ramaiiiiiiii lagi umat Islam yang lain. Bukan sengaja mengejar dunia..tetapi kita ada pepatah… “Kejarlah dunia seolah kamu hidup 1000 tahun lagi, kejarlah akhirat seolah kamu mati esok hari” Hah..lihat betapa kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat….jangan lupa kita pernah mendengar “97% dari kekayaan adalah datang dari perniagaan” Ramai ketahui kebanyakan perniagaan dikuasai oleh satu kaum sahaja sedangkan dulu zaman sebelum kita dijajah kita juga hebat berniaga, merentas lautan untuk ke China dan ke India untuk berniaga. Masa tu belum ada kisah “ Alexander the Great” yang kononnya telah menjelajah seluruh dunia…belum lagi kita dengar story Napoleons Bonaparte yang Berjaya ke Colombus…sebab peniaga-peniaga melayu dah sampai dulu….

Jadi jangan patah semangat….kita mampu melakukannya semula. Kita boleh mulakannya sekarang tanpa meniru mana-mana konsep perniagaan. Tanpa perlu menjalani perniagaan berasaskan francais semata-mata. Sebagai contoh dibarat tidak banyak bergantung kepada KFC dan Mc Donalds sahaja malah mereka ada bermacam2 jenis ayam goreng ( kalau Malaysia kita terkenal dengan Marry Brown yang dibuka di JB sekarang telah melangkaui pelbagai Negara asean yang lain) Sekadar contoh….jangan pula kita terlalu focus satu perniagaan sahaja..contohnya Tudung dan Jubah.. banyak betul koleksi dan jenama tudung dan jubah sehinggakan berpinau mata nak memilih.

Kita tak banyak grab peluang dalam bidang makanan. Kalau ada pun selalunya kosnya sangat mahal dari biasa, packaging xmenarik dan tiada unsur komersial, kadang-kadang rasanya boleh berubah-ubah. Kalau seorang buat perniagaan makanan grill maka berpusu2 plak nak bukan kedai makanan grill ( western) itu belum jika buat perniagaan seafood ( Sbg contoh Shellout) maka di tempat yang sama (contoh di Bangi ) ada 3 ke 4 kedai cara yang sama, makan yang sama, presentation lebih kurang sama dan menumpang popularity yang sama. Apa salahnya kalau kedai A buat seafood, kedai B buat grill kedai c buat diet food kedai d buatlah masakan kampong ke…kan ke variety..pelanggan pun boleh memilih makan macam2.. ni tidak jika satu kedai cas RM79 per hidang kedai B hidangan yang sama cas RM69.90 kedai C plak downgrade lagi harga ke RM 67.00 hah….apa yang terjadi pula pada kedai A? bungkus….buat kedai lain plak….tak ke kelakar…kos nak buat kedai tu bukan murah derrrr…. Beratus ribu nak setting. Nak renovate lantai, kitchen, kaunter top..semuanya kos…belum pulang modal dah nak tukar bisnes. Kan membazir tu.. Kalau LV jual handbag boleh tahan berpuluh tahun takkan kita nak tahan setahun dua je?

So grab opportunity tu terutama student sekarang kerajaan dan bagi peluang tu..zaman hakak takda ye.. zaman sekarang untung sangat….jangan sia2 kan..lagipun parents sekarang lebih open minded berbanding hakak ni lebih tradisional. Keje..keje…kalau nak bisnes macam2 soalan nak keluar dari mulut…pening… So dengan pengumuman bajet 2016 nanti, adik-adik sekalian fikir nak buat bisnes apa…fikir strategi, marketing, packaging, jangan depends sangat kerja makan gaji macam hakak. Bukan tidak kasi, boleh..tapi terikat, dan boleh dikatakan penat kerja tetapi hasil bukan untuk kita berbanding kita berniaga, kita penat, kita rajin, kita capai KPI kita kaya, kita yang senang, kita yang untung…. Kalau nak berniaga plulak jangan sampai level pasar tani, pasar malam sahaja. Base meniaga boleh la kecil2, kemudian kita target buat kedat, supermarket, hypermarket…..baru ngam….dari kecil2 tau urus keuntungan, maintain urus kewangan dan akhirnya standing dengan Tan Sri Syed Al Bukhary..tak ke gempak…bukan hina meniaga pasar tani dan gerai kecil…tapi sampai bila kan? Mesti anak2 pun nak amik alih berfikir banyak kali. Bila dah ada kedai glamour maka kita pun bangga nak uruskan perniagaan malah nak kembangkan perniagaan ke peringkat lebih global..ye tak?


So hakak jeles….sebab tengok budak sekarang kreatif dalam perniagaan, muda2 dah kaya, dah pakai kereta besar, rumah besar, tapi hakak???? Nan hado, harta xda, kereta xda..melopong tengok orang Berjaya tapi hakak sekadar makan gaji sahaja…..daaa….


Tuesday, October 27, 2015

Laluan Transit Ringan (LRT ) Star...(sabar...sabar...)

Pengangkutan awam…adessss…poning kepalo dan sakit2 badan ni berhimpit yo dalam train duo tigo arini…Osahlahhhh…kepalang sakitttttttt yo ati ni.. Berpusu2 orang naik train sekarang..sampaikan hakak nak masuk pun xdapek…maun yo hakak tobalikkan train ni tekau…hahahha..kang cam incredible hulk plak…wpun hakak pun dengan hulk dah setaraf tahap kemarahan eh.

Tapikan nak buek camano..rel kono jugak direpair….kuk buek xghoti, tocabut lak screw kang..tolambung lak awak kang….isk…nauzubillah…Kono diselenggaro…yang masuk jam 9 kono jugak kuar pagi  mano yang transit kek Hang Tuah nak naik monorel…tu bolun monorel berlapis2 beratur heh….soba yola…Yang ko stesen Putra kono lak turun kek Masjid Jamek.

Sistem pengangkutan awam bukan x efisyen. Bukan xbagus cumo kalau lambek dari time sepatut eh..berpusu2 orang..bayangkan lambek 5-10 minit yo akan menyobabkan trafik di stesen2 LRT ponuh seponuh eh…maun sosak napeh dibueknyo. Dahla bukan cam putra ando ekon bagai…ni open space….xdo lak kipeh…(osah kodokut) tambahanlah kipeh…pepagi tu maun eh xpaneh….polak nyawo ni…


Semuo eh memasing koja maso. Nak kojo. InshaAllah dongan ado MRT nanti dapek kurangkan la kesosakan LRT sok…tompi nak tunggu potongahan 2016 bapak lamo…tompi janganlah plak cakap mano poie duit2 kerajaan ni. Kito ni kono reserve duit gak….apo2 leh jadi….zaman sekarang ni. Kono reserved makanan cukup untuk rakyat. Kono cukup bajet untuk system pertahanan. Kono belanja terancang. Cam gak duit kito. Kito rancang kan? Kalau x…maun deh cukup sampai ujung bulan…sosak pun anak kek umah nk makan, bil nk kono bayar jugak, sewo / duit loan kono dilunehkan apo yang patut. Tak gunolah ado perbentangan bajet untuk bagitau satu Malaysia mano poie eh duit2 kito. Ado jugak xdapek diisytiharkan umum bapo simpanan kita, bapo kos pertahanan kito…untuk keselamatan negaro kito jugak.. Kuk satu dunio tau tak ko payah kito nanti. Ado plak yang bokonan mo negaro kito…osah parah…kito pun xkan nak bagitau plak kek jiran sobolah bapo simpanan kito kan? Cukup kito tau, sosak2 sok kerajaan kono cari jalan agar rakyat taklah kebuluran, darurat ko apo, simpanan kito cukup untuk survive. Selain kito dah usoho simpan yang lenlain tawakal yo.

Erm, koba eh lrt nak pakai gerabak baru tompi sampai ko saat ni bayang eh pun xnampak…kuk la Nampak testing ko…x ando do..bilo gek eh nak pakai? X soba  plak raso eh…bodoba lak nak tunggu naik train baru cam seseronok naik komuter baru buek pertamo kali…cantik dan bosih..tapi sekarang haram kuk cantik….dongan gulo2 gotah la…kotor, kasut eh tu dilotak kat topi comin tu..hitam dari putih…dopan kusi tu disanda eh kaki dongan kasut2 eh tu..tak ke kotor…osah lah org Malaysia ni pengotor….tak ghoti nak jago leklok ghoto. Camano nak jimat duit kerajaan kalau semua eh ghusak dan kotor…kang anta poi bosih dan servis…xcukup lak train, marah jugak orang…ado ghoto bersamo tu jago la leklok. Supayo kos selenggaro x mahal do….jangan di sesuko ati nak rusak dan koto an. TU semuo duit kito tu…kono la kito jago….


Sekian, nanti kito cito lak pasal konon pasal ekonomi walaupun hakak xbapo nak tau ekonomi….hahahahahaha….chiow…


Sunday, October 25, 2015

Kempen Bawak Bekal Ke Pejabat

Assalamualaikum…

Warga pencinta blog. Ramai yang sudah tidak aktif berblog. Semuanya sudah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Yang berkeluarga bz menguruskan anak-anak dan suami, yang single sibuk dengan kehidupan mereka yang adakala tidak pasti apakah yang bz sangat…maleh kot..hahah..
Biasalah nak mengarang ni memerlukan masa yang panjang. Kena spend masa untuk upload lah, taiplah, memerah otak mencari idea apakah  yang ingin dicoretkan. Opsss.. kebanyakan membebel je…huhu..

Oke, nak bagitau semalam dan mengangkut balik are-ikan pan hakak untuk hakak menceburkan diri dalam bidang grill dan nak try bake plak…Almaklum semangat membara nak bawa bekal ke pejabat. Sebab teramat jeles tengok orang membawa bekal…iye hakak jeles hokey..

Walaupun ada yang kata jimat lah, kedekutlah…tapi sebenarnya menu lebih sihat dan berkhasiat. JIMAT itu bergantung kepada kuantiti barang yang kita nak masak. Kalau dulu maybe sepiring sekarang kena add on lebih dari sepiring untuk bekalan esok, TETAPI dari segi harga sangat worth it.

Berbaloi jika estimate kos kita RM 10 sehari untuk makan di pejabat belum masuk makan malam dirumah, Kita boleh spend RM10 untuk menu dari makan malam dan makan tengahari…well jimat kan? Malah including breakfast pun kita boleh nikmati. Jika kena gaya.

Zaman globalisasi ini harga barang sangat bergantung kepada pasaran. Malah nilai harga perkhidmatan yang berubah2 menyebabkan kos produk meningkat melampau2. Sapa larat weiii…Sesekali boleh la…tetapi jika kita rajin memasak waktu Isnin-Jumaat xsalah reward pada samada Sabtu ATAU Ahad makan diluar…maybe bawa anak-anak keluar…dan hujung minggu apakata sesekali bake cake untuk buat kids enjoy. ( CR memang peminat kek mak CR bikin masa kecik2…cake fresh from oven pun boleh habis cepat tak sempat tunggu sejuk sebab sangat garing…..dan wangi….)

Sebagai bekas pelajar subjek ekonomi keluarga tidak malu CR memngajak kempen “BEKAL DARI RUMAH” Jom ramai2 kita buat. Lama-lama jadi potluck so macam2 makanan kita boleh makan tiap2 hari…seronok kan? Lapar plak…..jom pekena nessss….daaaa…

(* esk nak wat bekal ni ler,,,hihi,,,pic sumber google termasuk resepi...)

Tuesday, October 20, 2015

Oh..Lunch BOx

Assalamualaikum,

Harini hakak jadi orang ekonomi tak bertauliah. Oleh kerana hakak mendapat pendidikan dalam subjek degree hakak berkenaan Ekonomi Isi Rumah. Iye prof hakak tu yang pemes dalam magazine wanita tu Prof. Dr. Jariah Maasud. Lecturer hakak subjek ni.

Jadi oleh kerana hakak xberapa nak amalkan prinsip kewangan isi rumah dengan ekonomi yang xberapa indah ini maka hakak mengambil keputusan untuk menjimatkan kos-kos tertentu dengan pemakanan yang lebih sihat dan bermutu tinggi (kata kau)

Yup…Lunch boxhakak penah beli box khas untuk separate main, dan side dish. Jadi selepas ini hakak akan merajinkan diri untuk masak lebih dari biasa sebab memang hakak masak lebih pun “sold out” kat umah sampai tak boleh nak spare untuk esok. Walaupun kami berdua je. Kadang2 setengah ekor ayam size kecil pun bole licin.. (opppssss…) lapar kot.

Kadang2 bila berlebih sangat baru hakak boleh bawa bekal ke pejabat. Kalau x, x merasa. Mujur ofis lama hakak dulu ada microwave oven so boleh la gunapakai. (hadiah kemenangan) Sekarang dah tukar bahagian rasanya payah sedikit memandangkan hakak tengok “pantry”dia agak kurang functional walaupun staf mereka ramai. Berbanding kami di bahagian lama lebih guna pakai “pantry”tersebut. Lebih bersih dan tidak terlalu suram.

Walaupun ia adalah idea 2013 namun tidak lewat lagi untuk kita jadikan panduan dan mulakan hari ini, saat ini dengan gaji yang akan bermula esok (walhal dah nk beli macam2 tau, sabo jela) Namun start try saving up your income. Bukan sahaja untuk kecemasan tetapi survival untuk next gaji. (untuk bergaji rendah seperti hakak)

Semua mencadangkan saving dulu baru guna. Lebih elok kita teruskan potong gaji ke akaun tertentu ( tabung haji contohnya) Lebihkan potongan supaya masa penghujung kita ada more cash flow. Jika kita kesempitan, tak mengapa kita gunakan dari kita meminjam.

Selebihnya bolehlah tengok jadual kat bawah ni nanti. Mana yang boleh kita jimat, kita jimat. Kos estimate tambang hakak pergi kerja sehari > RM 15 < so memang suffer sikit. Sebab banyak menggunakan public transport. Hujung minggu balik kampung add-on lagi RM 15. So In a week, hakak dan spend more than RM90.00 untuk tambang sahaja. Jika lump sum keseluruhan 4 weeks (sebulan) hakak dan spend RM360 hanya untuk penggunaan tambang ke tempat kerja –rumah-kg-rumah. Tu belum termasuk belanja wajib tanpa belanja dapur, makan di tempat kerja (normally I take only breakfast dan roti untuk jam antara 3-4 ptg sebagai alas perut), bil air. Manakala bil letrik dan bil astro dibayar adik lelaki hakak (husband- wife – doter pjj) sebab dia yang nonton sampai pagi dan banyak nonton sports channel.


Lets began now. Jangan fikir terlewat….lebih baik mencuba daripada tak pernah berusaha mencuba….kbai…



Beli Rumah dan Kekuatan Kuasa Pengguna

Assalamualaikum,,



Kalini izinkan hakak share informasi pengetahuan hakak mengenai pendidikan kepenggunaan. Sebagai salah sorang yang mendapat pendidikan kepenggunaan adalah lebih baik hakak share sedikit sebanyak kepentingan kuasa beli pengguna dalam urusan jual beli.

Hakak yang ambil degree berkaitan kepenggunaan ini sangat bertuah didedahkan soal kepentingan dan hak kita sebagai pengguna samada dalam perundangan dan juga perbelian seharian.
Sebagaimana yang kita tahu, orang kita “SANGAT TAKUT HARGA BARANG NAIK” tanpa dididik sepenuhnya mengenai kepentingan dan hak kita sebagai pengguna kerana bila kita PANIK DAN TAKUT dalam situasi di atas maka kita akan SENTIASA DIMANIPULASI OLEH PENIAGA.

Kita sering terlupa bahawa kitalah yang sebenarnya wajar memanipulasi harga barang. KEPENTINGAN MENGETAHUI KUASA BELI PENGGUNA dan cara MENANGANI MANIPULASI HARGA OLEH PENIAGA. Peniaga sering menjadikan dan mencipta pelbagai alasan untuk memanipulasi dan menindas pengguna dengan pelbagai cara.

Kita sering mencontohi pelbagai perkara dengan CARA HIDUP MASYARAKAT BARAT dari segi EKONOMI tetapi kita lupa BAGAIMANA KUATNYA KUASA PENGGUNA mereka. Mereka ini sangat teguh pendirian dan persatuan mereka sangat kuat sehinggakan PENIAGA TIDAK BERANI MEMANIPULASI HARGA SESUKA HATI. Jika mereka BOIKOT mereka akan boikot habis-habisan sehinggakan peniaga akan bankrap dan terpaksa menjual kedai mereka. Berbeza dengan masyarakat kita yang TAKUT DENGAN PENIAGA, IKUT RENTAK PENIAGA.  Tahukah anda jika dibarat mereka boleh menukar pakaian yang mereka tidak sukai dalam masa 14 hari dengan barangan yang baru? Walaupun pakaian itu telah mereka pakai? Mereka boleh menikmati barangan import jauh lebih murah.

Sekarang ini ORANG BERPUSU-PUSU BELI RUMAH  walaupun umum telah tahU HARGA HARTANAH MELAMBUNG TINGGI. Mengapa ini terjadi? Seperti biasa saya katakan, peniaga sentiasa memanipulasi harga. Lihat sahaja 10 orang tersenarai Billionaire terbaru dalam MALAYSIA adalah sektor HARTANAH.  Hakak juga pernah menceburi dalam bidang ini sejak tahun 2004 walaupun tidak lama. Industri ini sangat menguntungkan dan lumayan.


Nak salahkan siapa? Ye..memang tetap saya menyalahkan PENGGUNA. Sektor hartanah memang sangat menguntungkan kerana PERMINTAAN YANG TERLAMPAU TINGGI DARI PENGGUNA dan PENGGUNA ITU SENDIRI YANG MEMANIPULASI HARGA HARTANAH TERSEBUT KERANA BIMBANG IA AKAN SEMAKIN MAHAL. Kehendak pengguna yang melampau akibat keinginan memiliki rumah sendiri kononnya lebih baik dari menyewa.

Keinginan itu memang tidak salah tetapi MENJADI MANGSA MANIPULASI HARGA itu SALAH.  Jangan begitu, pernah terjadi sektor hartanah jatuh kerana tiada pembeli dan merundum teruk. Sehinggakan banyak projek terbengkalai dan tidak dapat disiapkan? Sektor hartanah dalam Malaysia sangat teruk. DENGAN KELUASAN KECIL, SEMPIT DAN TIDAK MESRA PENGGUNA DIJUAL DENGAN HARGA TIDAK MUNASABAH ATAS ALASAN HARTANAH MAHAL.

Kenapa saya katakan alasan tidak munasabah? Pembelian hartanah katakan RM 2 Juta kos pembinaan RM1juta tetapi rumah dibina minima 40 unit? Berapa keuntungan mereka perolehi untuk satu unit perumahan? Katakan rumah itu dijual RM 400k dan pembeli seramai 40 orang dengan mengambilkira 10%  d/payment? Mereka telah mengaut Rm 40k per person dan mengaut RM 1.6 juta cukup untuk mereka memulakan kerja-kerja pembinaan. Sehingga 80% siap mereka akan diminta menguruskan loan pembiayaan. Jadi kentungan tetap milik pemaju dan bukan pengguna sedangkan yang mengeluarkan duit adalah PENGGUNA

Hakak bukan lah bersetuju dengan statement menteri yang sering digelakkan kerana memberi alasan tidak logik. Memang nampak tidak logik pada kita tetapi secara logiknya adalah benar dari sudut kepenggunaan. Dari sudut ekonomi sekalipun kita pernah dengar tentang “PENAWARAN”ddan “PERMINTAAN”benda basic dalam semua pengetahuan. Jika “penawaran banyak, permintaan rendah maka harga akan rendah” dan “jika penawaran kurang tetapi permintaan tinggi maka harga akan naik” Jadi berpeganglah kepada prinsip ekonomi tersebut.

Hakak merasakan memang sukar mendidik pengguna yang degil. Seperti kata bekas menteri kita “jika daging mahal, makanlah ikan” bukan bermakna kita tak mahu makan daging tetapi kita tak mahu dimanipulasi harga peniaga daging. Dan itulah statement ekonomi dan mengekang harga tinggi. Jika benar-benar inginkan impak dan Nampak hasil boikot? Jenama coklat terkenal satu ketika dahulu dan kini apa yang terjadi? Begitu juga dengan jualan makanan segera syarikat terkemuka kini berlumba2 promosi set terkini..hihi….tepuk dada tanya duit..jika berduit layankan sahaja permainan harga…daaaa….

Duit oh Duit

Assalamualaikum,

Fuhfuh..lama dah hakak CR xupdate story mory. Masalahnya hakak bz sesangat dengan macam2 tugasan baik kek umah maupun kek opis.

Semenjak hakak mintak tuko. Sekarang ni berpeluang la hakak menghapdet sesikit. Biarlah ayat hakak xmacam formal. Xcanggih macam blogger2 lain. Ni kan story jadi tak syok plak nak cerita macam dalam buku.

Ok lah kepada sahabat hakak sekalian, sukacita dimaklumkan pasni hakak mengisytiharkan diri membawa bekal ke tempat kerja.

Pergh....kos makanan siap nak beli jejak RM 10 sekali makan. Mau tak terbeliak biji mata hakak menengok kadar penyusutan Ringgit Malaysia hakak ni. bukan kat Forex je dah menyusut. Poket hakak pun semakin menyusut.

Bukan nak masuk elemen politik. Tapi setelah dikaji semua negara Asean mengalami penyusutan matawang. Percaya atau x, kerajaan China telah melahirkan ramai billionare.....diulangi BILLIONAIRE dan bilangan ini meningkat dari tahun lepas oke.Keadaan luarbiasa ini memang memeranjatkan hakak sebagai pengkaji amatur. Yup…hakak ni pengkaji amatur berdasarkan pandangan umum, dan pemerhatian kurang teliti. Secara rambangnya, kita melihat kerjasama PM kita dengan Kerajaan China pada awalnya menerusi “PANDA”mungkin boleh memberi sedikit bantuan dari segi kerjasama ekonomi. Sebagai rakyat marhaen, maybe kerjasama ekonomi ini adakah memberi peluang dan ruang untuk kita semua bernafas? Kadar matawang  yang semakin susut malah menyusutkan lagi kewangan yang ada . Kita mengharapkan kadar matawang bukan sahaja pulih malah barangan kiita dapat lebih murah dan berkualiti. Ini mengurangkan kadar kuasa beli pengguna terhadap kelembapan ekonomi ini.

Sebagai rakyat marhaen yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakak turut merasa terkesan dimana simpanan semakin menyusut, pendapatan yang biasa dan kadar barangan yang semakin tinggi. Bukan kadar barangan sahaja yang meningkat, kos perkhidmatan juga tururt meningkat. Menyentuh sedikit mengenai konsesi tol. Selalu sangat kita dengar konsesi namun apakah erti sebenar konsesi?Dalam kamus dewan Bahasa “Konsesi  : 1. Keizinan yang diberikan kepada syarikat untuk menggunakan sesuatu kawasan untuk tujan cth; pembalakan dll. 2. Tolak ansur (dalam tuntutan, perundingan,) persetujuan kedua-dua belah pihak mebuat…~” Pernahkah kita mendengar atau mengalami samada diri / keluarga yang diambil tanah oleh pihak kerajaan dan diberikan pampasan ( megikut nilai hartanah) untuk membina jalan, laluan atau sewaktu dengannya? Iye, tuntutan biasa melibatkan banyak pihak kerana kadar kilometre membina sesuatu laluan bukan lah takat 1km malah beratus KM melibat puluhan ribu owner tanah sebenar.

Sedar atau tidak pemilik tanah xsemestinya memiliki berhektar2 tanah, dan mungkin melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang pemilik hanya untuk laluan sejauh 1km sahaja? Dan jika seorang pemilik memiliki pampasan minima RM 100k per ekar maka boleh imejin tak berapa juta dan billion dibelanjakan untuk membina laluan tol sepanjang dari KL – Utara? Atau KL- Selatan? Pergh…berpoluh nak bayar pampasan itu. Itu belum lagi kadar tolak tanah, ratakan kawasan, tebang pokok, bersihkan kawasan, ukur jalan, kos beli batu, pasir, pagar besi, tiang lampu. Laluan untuk 1KM secara peribadi saya anggarkan dalam mencecah RM1juta tidak termasuk kos tanah. Kos pekerja, kadar baikpulih, penyelenggaraan laluan memang meningkat. Saya bukan menyokong syarikat konsesi yang juga mungkin berhutang bank untuk hanya projek sejauh 1KM dan satu laluan berkemungkinan melibatkan berpuluh syarikat konsesi. Erm…namun begitu, disaat ekonomi kita semakin lembap tidak perlu kita menyusahkan lagi pengguna laluan untuk ekonomi satu hala (syarikat konsesi mungkin nak naik gaji mereka disebabkan kos meningkat) malah perlu bersama-sama Negara dan rakyat mengharungi kelembapan ekonomi kita.

Ingin juga rasanya mencadangkan menaikkan tol melibatkan sempadan Negara. ( Johor –Singapore) namun bila lawatan baru-baru ini ke Negara seberang tambak melihatkan begitu ramai rakyat Malaysia mencari rezeki disana seperti Negara seberang laut ke Malaysia untuk mencari rezeki. Malah kebanyakan pekerja ini lebih kepada pekerja buruh (menggunakan motorsikal) untuk laluan masuk sempadan. Kalau lihat secara jelas, memang rasa nak pening, sebab terlampau banyak bilangan motor yang ingin melepasi sempadan. Dari kaum Melayu, cina dan india semua berebut2 mencari rezeki diseberang tambak. Sangat berbeza dengan Negara seberang tambak yang ingin masuk ke Malaysia kebanyakannya semua menggunakan kereta2 mewah.

Kita sudah bergantung pula pendapatan ke Negara seberang tambak terutama mereka wajib berusia 40 tahun ke atas. ( Syarat ini juga patut diperketatkan oleh Malaysia supaya kadar pengaliran matawang ke luar lebih rendah berbanding sedia ada dari mereka seawal usia belasan tahun dan pulang diusia 40 ke 50 tahun telah mengaut kekayaan selama lebih 20 – 30 tahun dalam selama itu juga kadar matawang mengalir keluar) untuk mendapatkan pendapat yang lebih dan kuar seawal jam 4 pagi dan pulang jam 8 malam dirumah. Mandi, makan, solat, tidur…dan bangun 4 pagi untuk bergegas mencari rezeki untuk beratur..(tabah betoi la…serius hakak xsanggup..)

Macamana kita nak mengekang dengan orang seberang tambak dan orang luar mampu memiliki aset hartanah jutaan RM di Johor malah mungkin ditempat2 lain. Sekarang ini kena perketatkan syarat kena memiliki tanah minima RM 5 juta dan dalam bukan bersatus hak milik kekal. Aik, mana adil kan kalau dah rakyat pun beli rumah hampir mencecah jutaan ringgit. Kerajaan juga tidak patut serius memikirkan kemasukan pelabur dan mengurangkan rizab hartanah untuk rakyat. Sewajarnya, berpada-pada dalam apa jua kita lakukan kerana kesannya anak cucu kita nanti.

Apapun jalan terbaik sekarang kena banyakkan berjimat dan mencari cara ekonomi menerusi penciptaan. Eksport produk yang berkapasiti besar. Jangan asik export minyak je. Nah sekarang minyak jatuh 2x ganda kita pun tak da income dan keberhutangan Negara pun sukar dipulihkan kerana kadar pinjaman semakin banyak. Kita xda benda nak diexport selain minyak, sawt dan getah sedangan semua ini sudah jatuh ke paras terendah. Orang lebih percaya kebaikan soya dari sawit. Getah sintetik. TIba masanya kerajaan mula buat persiapan semua sektor perladangan dan pertanian. Malah mungkin kita seperti Negara maju lain menjadi nelayan berskala besar. Bukan lagi nelayan kecil2.  Petani kecik2, ramaikan lagi pengkaji2 kualiti produk pertanian. Kurangkan import makanan dari luar. Seperti juga ingin rakyat berjimat. Kerajaan juga wajar menggunakan pendapat kearah lebih baik.

Panjang lebar plak penerangan hakak, kuk ad eke yang nak baca ni? Hahahahah…rileks…sesekali kena asah minda kita nix la asik dengar cakap-cakap orang tanpa kita menyelami masalah sebenar sekeliling kita.Semoga kita semua tabah dalam menghadapi desakan ekonomi kuasa besar dan permainan ekonomi kuasa besar. Bertabahlah wahai duitku...jangan lari laju sangat...pelan2 dari siput lagi ok...

Next enteries kita story pasal kuasa beli pengguna dan perlu bersatu dalam persatuan pengguna. Daaa…..