Wednesday, March 7, 2018

Tips Berdepan Dengan Judgemental

Assalamualaikum,

Hari itu kita dah bincangkan siapa judgemental. Jadi kali ini kita bincangkan pula tips bagaimana menangani mereka yang judgemental. Kita take a break sebentar mengenai percutian kita ok.

Sebenarnya agak rumit berdepan dengan orang seperti ini namun bergantung kepada posisi orang tersebut. Tetapi dengan teknik dan gaya yang betul insyaAllah yang susah akan jadi mudah.

1. Kenali Siapa Dia

Ini adalah sangat penting jika kita ingin berhadapan dengan mereka seperti ini. Tahu kedudukan dia dan kita amat penting dalam memastikan keadaan tidak bertambah rumit.

Seperti juga berperang kita kena tahu siapa musuh kita, apa kekuatan dan kelemahan musuh kita dan bagaimana menangani musuh kita dengan baik.

Setiap strategi perlu disusun dengan baik.

2. Bersedia.

Kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. Kita akan tewas di peringkat awal jika kita terburu².

Apapun kena bertenang. Jika ada peluang. Kita buat solat sunat dua rakaat supaya kita lebih bertenang dan yakin semasa kita berhadapan dengan orang sebegini.

Ingat prinsip jika kita tidak mampu bergantung pada manusia maka kembalilah kepada Allah s.w.t. Sebelum berhadapan maka bacalah "Laillahaillah Anta Subhanaka inni kuntum minadzholimin"

3. Yakin.

Orang sebegini amat yakin untuk berhadapan dengan kita jadi kita jangan mudah mengalah dan lemah. Kita juga kena yakin dalam berhadapan mereka.

Keyakinan kita sedikit sebanyak mengendurkan sedikit keyakinan mereka. Apabila kita diajukan perkara yang mungkin pada peringkat awal akan mulakan dengan perbualan dan persoalan yang bisa meruntuhkan semangat dan keyakinan kita.

Namun, jangan mengalah. Kita kena tenang menangani tuduhan dan persolan keras dari mereka.

4. Lihat reaksi.

Apabila kita telah bersedia dan kita trlah berikan jawapan yang sebenar apa yang kita alami perkara utama selepas itu adalah dengan melihat reaksi mereka.

Kita mengenali mereka dengan lebih jelas   siapa mereka. Semakin kita melihat reaksi mereka kita kena dapat mengagak tahap mana pihak itu sebelum kita melakukan langkah seterusnya.

5. Dengar dan Analisa.

Jangan terburu² dalam memberi jawapan dan tindakan. Cuba jadi pendengar apa yang mereka cuba sampaikan.

Dalam membuat sesuatu tindakan lanjut perkara utama dalam perkara ini adalah dengan mendengar secara terperinci dan analisa sebaik mungkin samada betul atau salah dalam mereka memberikan penyampaian.

Penyampaian orang sebegini menjurus kepada perkara negatif semata². Jika ada pun mungkin daripada apa yabg berlaku mereka cuba memberi sedikit suntikan positif.

6. Berfikir Secara Waras dan Kritikal.

Semasa kita mendengar penyampaian mereka kita telah melihat semua perkara² tadi.

Kita telah menelaah siapa mereka dan kedudukan mereka, kita telah melihat cara mereka berfikir dalam reaksi mereka. Kita juga dapat mengetahui mereka orang yang bagaimana setelah kita dengar dan analisa penyampaian mereka.

Jadi disamping kita lakukan perkara tersebut kita kena pantas berfikir apakah yang perlu kita ending situasi tegang ini.

Sekiranya kita ada jawapan terbaik maka kita akan lega sekiranya keadaan tidak mengizinkan kita diam dahulu untuk sementara.

7. Bersedia Segala Kemungkinan.

Apa pun situasi kita kena bersedia. Sekiranya sesuatu betul maka tidak salah kita mengakui kesilapan kita dan memohon maaf.

Dan sekiranya perkara itu tidak menjejaskan kita maka kita tidak perlu memberi jawapan yang pasti. Setelah kita  analisa mereka. Andai ia tidak memberi kesan maka kita hindarkan sahaja.

Mencipta suasana tidak harmoni adalah menyebabkan kita lebih tegang. Jalani kehidupan seperti biasa. Pergaduhan dan perdebatan tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya kita melihat sendiri "siapa mereka itu"

Ingat pepatah "ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya"

Jangan biarkan mereka melemahkan anda. It is your time to shine.

Namun ia tidak bermakna kita biarkan mereka melakukan sewenang²nya. Tidak salah berhadapan dan memberikan jawapan yang tepat, ringkas dan padat. Penjelasan yang tepat, ringkas dan padat pasti mereka tidak akan semudahnya untuk memperlekehkan anda di kemudian hari.

XoXo,
Cik Lee
Bsc Human Development minor Consumer Science.