Friday, June 13, 2014

Yeay meja comel da dapat...

Assalam..

Excitednye meja CR da sampai...sangat epi lo..harga berbaloi...comel sesangat...

Xsabar nak buat makeover terutama seat..ade sponge la sket...baru montot xsakit...kihkihkih...

Kayu dia memang elok..solid wood...puas ati sesangat...menepati citarasa CR.Highly recommendation..beli di Luzano Sdn. Bhd. di Bandar Hussien Onn..

Walaupun ade sedikit terpeleot pada meja...mencacatkan permandangan..sebab kalau kat bawah tu bole la pejam mata...kat sudut u nampak ketara sangat...so belum konfem receive lagik nanti dia tuka meja..

Anyway selamat membeli..kalau nak simple iys better untuk kitchen punye meja makan..kalau kat luar baru yang canggih riban2 kan...xpela umah kecik sesuwai yang kecik dan simple...okies...chiow...

So macam xbestla...so mintak

Trip To Zoo Negara

Assalam..

Save the date 11 Jun 2014 bahawa CR dan kanak2 taska p melancong ke Zoo Negara..yippie...

Pada awalnya CR xdiberitahu aktiviti ke sana sehingga ari Selasa pagi terpaksa pegi atas arahan bos kerana unit perlukan wakil untuk melihat kanak2 disana..

Awalnya memang smooth..seronok..kanak2 excited dan bersemangat untuk ke sana namun cuaca sangat panas dan memenatkan menyebabkan haiwan di zoo memang 100% takda mood...mereka banyak berhibernasi a.k.a. tdo dan berehat ditempat sejuk..manakala haiwan yang berendam semuanya berendam..badak sumbu dan tapir...

Banyak tempat masih memerlukan proses renovasi...haiwan seperti spesis monyet dan kera kena diletakkan agak berjauhan sedikit dari laluan kerana buah2 yang dibuang meninggalkan bau kurang enak..well mereka ni memilih maoan buah2 an yang manis.Jadiyang masam tu mereka campakkan diluar kandang...bersepah2..

Kami juga berpeluang menghadiri show yang diadakan di Zoo Negara.Show ni hanya jam 11a.m. to 12 p.m. sahaja k..so kalau nak pegi kena pegi seawal yang bole untuk mengelakkan anda xberpeluang menontonnya..ni tertakhluk untuk weekdays..Pertunjukan anjing laut dan kawan2 nya memang menarik..namun macam biasa cuaca luarbiasa hari ni menyebabkan haiwan ini tiada mood lansung...

Kesian jugak tengok sebab mereka macam terpaksa menghiburkan orang sedangkan badan mereka lesu dan tidak bertenaga..mereka menjadi cepat lapar..bayangkan mereka makan lebih kurang 1kg ikan sehari untuk seekor anjing laut...sebab tu kos mereka sangat tinggi..

CR memang berminat  nak melihat secara lansung panda ini...namun masih dikuarantinkan mungkin pemantauan cuaca dan keserasian penginapan baru..jadi memerlukan masa..

Sempat jugak CR bergambar dengan panda hensem..haha..cameraman tu selalu cakap panda tu hensem...namanya Ady Putra oke...kalau nak cari jodoh bolehla jumpa panda hensem ni..kihkihkih..memula nak bergambar ramai2 dengan kanak2 namun penjaga dan cikgu taska xnak..hahah...so CR amikla pic sensorang..kosnya pula RM50 untuk 3 keping gambar...berbaloi jugak..

Selepas kami menonton persembahan kanak2 mula menjerit lapar dan keletihan..kami pula bercadang nak naik tram melewati seluruh kawasan Zoo Negara ini..adeke cikgu taska nak mintak tolong jaga makanan..memang x la..dia da pegi tiap2 tahun..so ai xpenah pg kenala round2 naik tram..baru nampak semangat sikit..well sepatutnya awal2 lagi kena naik tram ni...kanak2 dah berpeluh2 basah lenjap badan mereka..kesian tengok.

Selepas makan CR memastikan sisa2 makanan dibuang ditempat yang betul dan dikemaskan seperti sediakala..sapa lagi nak diharapkan kan? Sementara mereka xnak bergambar dan membantu kanak2 bershopping CR plak sibuk sakan berposing untuk bergambar...kenala enjoy...hahaha...hilangkan stress keje.

Kami sampai semula di Taska jam1.30 petang.Penatnya tuhan je tau..bayangkan panas kat luar duduk plak dalam aircond..mengantukla mata ni..tersengguk2 buat keje..keje kena buat jugak..oke...tu je untuk kali ni..

Kalau ditanya kalau diberi peluang melihat panda adakah CR nak tengok...ofkos...haiwan yang hampir pupus didunia dan bilangannya xsampai 1000 diparas bahaya...so kena la amik peluang..jangan tengok melalui gambar je kalau dah ade peluang depan mata..nak ke China memang xtaula bila...ade kat Malaysia kita amik peluang tu...okies...chiow...