Tuesday, June 6, 2017

Anxiety Disorder

Assalamualaikum semua,

Haaa...kalini CL akan mengupas tentang penyakit Anxiety Disorder (AD). Penyakit ini adalah salah satu dari penyakit mental.

Penyakit ini adalah kebimbangan yang melampau. Ada banyak cabang untuk sakit ini dan adakala kena dikawal melalui pemakanan ubat bergantung jenis dan tahap sakit.

Ada di antara pesakit AD adalah Skizofrenia, insomia dan ada juga pelbagai sakit berkaitan mental disorder.

Kebimbangan ini adalah disebabkan rasa bimbang yang melampau terhadap sesuatu perkara. Ia mengganggu gugat seseorang untuk menjalani kehidupan normal.

Oleh sebab itu, pesakit perlu dikawal melalui pemakanan ubat. Ada juga kena berkala berjumpa pakar psikatiri ataupun kaunselor.

Jadi penyakit ini dah semakin menular dikalangan orang. Bahayanya sakit ini jika tidak di kawal akan menyebabkan kes bunuh diri atau mendengar bisikan untuk melakukan pembunuhan.

Jadi ramai antara kita tanpa sedar mengalami penyakit ini. Terdapat banyak simptom² petunjuk awal penyakit AD. Antaranya simprom ini lebih kurang seperti simptom Hyperthyroid.  Salah satu simptom AD adalah sukar tidur malam (insomia) dan detak jantung laju. Mudah diserang panik (panic attack) mudah gastrik ( angin dalam badan), takut mati, sering membayangkan sakit kronik dan banyak lagi simptom² petunjuk kepada pengidap AD.

CL suspect AD. Aiyoyo...nanti orang kata gila plak. Jadi CL tidak mendapatkan rawatan khusus untuk AD terutama melibatkan berjumpa psikatiri.

Namun begitu, ada cara lain untuk mengesan tahap kebimbangan kita melalui ujian online oleh Public Health. (Link hilang pulak (~_~メ) )

Ok apa keputusannya CL AD ringan. Cuma perlu dikawal. Bahaya juga kalau kita ada AD. Sukar nak berkahwin kerana efek pada keturunan nanti.

Bukankah syarat nikah kahwin adalah waras dan tidak gila. Semak tahap kesihatan mental anda sekarang kerana dibimbangkan akan menjejaskan keturunan anda akan datang.

Namun begitu, semua boleh follow group FB : Depression Survivor

Di sana ramai lagi senasib dengan anda dan anda dapat melihat lebih ramai mengalami Depression teruk. (Ngeri kalau baca komen²) pesakit. Apapun, jangan bimbang dan buruk sangka.

Mereka masih normal dan cuma berbeza hanya penyakit dan pemikiran mereka. Jadi buat test untuk melihat kecenderungan mental anda. Cegah sebelum parah.

XoXo,
Cik Lee