Monday, February 20, 2012

Dekorasi Pilihan Black + White + Red = i Like it!


Dah lama rasanya tidak update blog ini, jadi kali ini RiNi nak menampilkan sedikit pandangan mengenai rekabentuk hiasan dalaman yang simple dan sejuk mata memandang. Ini juga antara konsep kediaman yang bakal RiNi duduki bersama yang tersayang nanti. Jadi perancangan konsep ini sangat simple dan elegan :) tak sabar rasanya untuk mendekorasi kediaman baru nanti. Jadi untuk itu RiNi sudi kongsikan bersama dekorasi ini untuk panduan bersama..mudah-mudahan rumah kita cantik, kediaman yang mesra dan selesa membuatkan penghuni tenang berada di rumah.

Walaupun kekemasan rumah sangat dititkberatkan namun begitu kediaman yang kita tinggal melebihi 15 tahun sangat sukar untuk diberi nafas baru terutama barangan lama yang terlampau banyak dan sukar untuk diagihkan mengkut kepentingan. Terutama setiap barangan tersebut cermat digunakan dan masih elok tetapi dalam masa yang sama kita juga memiliki barangan baru dan terkini.

Namun jangan kita beratkan fikiran semata-mata inginkan kediaman yang kemas dan selesa kita membuang barangan yang masih elok dan masih boleh digunakan. Cadangan saya jgn semua barangan yang masih elok kita buang namun kita memperelokkan dan mencantikkan lagi dekorasi kita agar tampak indah. Konsep mix and match sangat sesuai digunakan. Ada antara perabot lama yang kita rasakan terbaik. Jadi kita kekalkan konsep baru mengikut perabot lama kita tersebut dengan susunatur yang lebih mudah dan simple. Perabot atau almari yang besar kita jual kepada barangan terpakai sekiranya masih elok atau berikan kepada jiran mahupun sedara mara dan membeli barangan yang kurang berbucu bulat kerana ia memakan byk ruang. Jika kita ada ruang luar yang lebih luas kita buat ruang santai untuk kawasan luar rumah kita dengan perabot2 lama tersebut.

Contoh yang sesuai untuk jimatkan ruang adalah rak televisyen, Meja makan yang mempunya empat kerusi dudukan atau enam dudukan tetapi saiz sama. Sofa sama 2+3 atau 3+1 untuk mejimatkan ruang. Sekiranya hanya 3 dudukan tidak sesuai untuk menyambut kedatangan tetamu dirumah kita nanti. Kita tukar dekorasi lampu yang lebih anggun dan cantik :) Kekemasan rekabentuk perabot sangat penting dan ini bukan saja mudah diuruskan tetapi juga mudah untuk susunatur dan penjimatan ruang terutama untuk kediaman yang kecil dan sempit.

Sebenarnya imaginasi dekorasi hiasan dalaman lebih mudah sekiranya rumah tersebut kosong berbanding perabot yang sedia ada digunapakai dan dihias semula :) dan bajet yang ada pula terhad dan ruang pula sempit dan kecil. Pengunaan kabinet tempahan pasang siap memang cantik namun kos sememangnya tinggi dan membosankan untuk jangka panjang. Jadi sedikit panduan ini memberikan inspirasi bersama untuk menghias kediaman masing2. Apa yang utama rumah bukan ruang pameran kedai tetapi kediaman untuk beristirehat bersama keluarga tersayang :)

Contoh koleksi ruang tamu :)














Hiasan susun atur dan perabot untuk ruang makan:








Koleksi lampu kesukaanku :)









Hiasan Bilik tidur yang tenang :)