Sunday, May 8, 2011

Tips : Menangani CABARAN dengan SENYUMAN

Salam,

Lama Juga tidak menulis dalam blog ni. Saya sekadar memberi inspirasi fesyen, hiasan dalaman, lanskap, dan juga motivasi dalam menjalani kehidupan seharian. Harapan saya supaya kita semua mendapat manfaat bersama. Insya'allah...

Berikut adalah sebab kenapa kita perlu bersenyum dalam menjalani kehidupan yg mencabar.

1. Senyum dapat mengurangkan urat-urat tegang disekitar mata, dahi, dan sangat menyihatkan minda.

2. Senyuman sebagai terapi positif. Hidup kena selalu berfikiran positif walaupun adakala kita rasa perkara negatif banyak menyelubungi hidup kita. Jangan patah semangat dan jangan terlalu mengharapkan orang lain memberi kata-kata semangat. Dizaman moden ini lebih ramai yang suka menjatuhkan dari memberi kekuatan untuk berjaya.

3. Zaman sekarang terlalu ramai orang mencari kesalahan, kekurangan dan keburukan kita untuk mencipta kejayaan, perhatian dan kelebihan diri. Jangan bersedih...kerana orang sebegitu akan mudah jatuh. Bila kekurangan dia lebih terbongkar dia akan malu dengan sendirinya. Jangan melayan setiap perilaku mereka. Ini menambahkan tekanan diri sendiri. Anggap saja mereka umpama sampah yang tidak diperlukan. Bila kita melayan bermakna kita mengiyakan bila kita berdiam PERKARA itu akan sepi dengan sendirinya kerana tiada respon dari kita.

4. Jangan terlalu memandang rendah kemampuan diri. Percayalah sesiapa pun dalam dunia ni tidak tahu kelebihan sebenar dalam diri mereka. Just go with the flow...Life is too short to think more. The more u think the more u feel stress.

5. Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain. Percayalah dalam diam ada juga orang mengkagumi kita secara senyap. Jika kita kurang kemampuan dari segi material bukanlah selamanya tetapi lambat aje. Dengan perancangan yang betul kita mampu miliki segalanya tetapi kena bersabar.

6. Elakkan menambahkan tekanan dengan berhutang. Semakin banyak kita berhutang semakin terhimpit hidup kita dengan masalah.

7. Jangan terlalu mendengar dan percaya kata-kata kawan. Kaji setiap kata-kata, kesan, dan gerak gaya badan seseorang sebelum kita percaya. Ini kerana manusia terlalu banyak yang berpura-pura. Semakin dia cuba berbuat baik dengan tiba-tiba semakin hati-hati setiap nasihatnya. Ini adalah perang yang paling sukar. Perang psikologi....

8. Jangan jadikan kata-kata atau pesanan dalam buku-buku motivasi sebagai tepat dan betul. Setiap orang melalui jalan hidup yang berbeza. Jadilah diri anda.....

9. Jangan melayan drama-drama indah disekeliling kehidupan anda. Kerana manusia cenderung menutup kekurangan dengan menonjolkan kelebihan. Jadi buat tak tau je..lama-lama dia mulai bosan dan menganggap anda membosankan..hehe... ( cara nk selamatkan diri )

10. Hargailah diri anda sesekali dengan sesuatu yang istimewa. Selain meredakan sedikit tekanan dalam masa yang sama mengajar anda lebih menghargai diri anda. Sayangi hidupmu. Ceriakan hatimu..Hargai kehidupanmu...


Jadi hadapi lah kesemua cabaran kehidupan dengan tabah. Tiada apa yang mampu membahagiakan diri kita. Hanya kita je mampu cipta kebahagiaan dengan membahagiakan diri kita.