Monday, June 23, 2014

Dekorasi Bilik Katil Berkembar (Twin bed)

Assalam,

Hari ni CR nak share serba sedikit dekorasi bilik CR..almaklum katil lama jadi sayang pulak nak buang dan jual...

Dekorasi rumah inggeris yang terdapat dalam internet kebanyakannya semua mempunyai set katil yang cantik dan sepasang...well kalau benda tu dah cantik dan namanya perabot cantik dan baru mestilah cantik dalam dekorasi.dan CTR xfaham kenapa perabot putih mebdominasi dekorasi inggeris...is not easy to well maintain kalau perabot warn putih ok...kalau lap pub bukan dengan kain sembarangan untuk kekal kilat...berwarna putih bersih..

Kebanyakan blog2 yang disearch gunakan konsep DIY semuanya xmenepati citarasa CR sebab serabut..bilik tidur adalah tempat berehat dan melepaskan kepenatan..dan paling utama selesa...

Selesa bukan lah dari perabot nan cantik dan indah..bukan juga dari chandelier yang mahal..cadar yang mahal dan semuanya tersusun rapi...cukup sekadar bersih dan kemas.

CR tertarik dengan dekorasi yang tidak  memerlukan perabot baru sedondon tapi menggunakan perabot sedia ada cuma perlu sentuhan emas menjadikannya cantik dan berseri2..

Cadangan CR untuk kekalkan sedondon CR akan spray cat kaler hitam untuk katil lama CR ni..asalnya katil dua tingkat masa zaman kami kecil dahulu..usianya xperlu tanya..dah puluhan tahun...tapi kini tinggal satu je..satu set dah patah...satu pulak yang atas terpaksa dibuang sebab adik perempuan CR dah nikah dan xlarat nak panjat katil lagi..so kepala katil bertukar kepada kaki katil part atas sebab part kepala adalah tempat letak buku..dan baru nampak kelas bila berukir tu bertukar jadi kepala katil.

Kedua CR akan beli gantungan berukir yang plastik warna hitam untuk CR letakkan di atas kepala katil.

CR masih pertimbangkan untuk letak side table dan table lamp..cuma masih dalam perancangan je.belum ada keputusan rasmi..masih tercari2 untuk gunakan table lamp..

CR akan tukar tilam baru untuk kedua2 katil..dan xselesa lansung. Bila dua tilam ditindihkan dan sukar nak nampak kemas dan cantik semasa menghias cadar. Xlicin..huh..mencik...

CR akan membeli karpet mini untuk kemudahan solat. Yela nak sujud pasti nak selesa kan? Terutama semasa nak letak lutut tu..adeh...sakit weiii...

CR akan cat bilik ini warna putih untuk kasi kesan luas..sebab perabot pun warna hitam dan dark chocolate..so baru naik seri perabot lama tu nanti.

CR akan tampal cermin panjang ni untuk memudahkan lihat dress up full package...kihkihkih..mood verangan la kunun..

Misi berikutnya CR akan beli runner yang panjang untuk tambah seri dihadapan almari baju CR.Adeh..bilik CR ada 3 almari dan memang terasa semaknya...penuh betul untuk letak baju2..masalah kedua semuanya pintu sliding dan sukar nak susun baju dengan menggantungkan baju..like omputih gitu..tapi takpe terpaksa nak lipat baju (well ni yang paling malas..)

CR juga bercadang membeli aksesori tambahan kaler orenje...jam da kaler orenje kan so nak kasi sedondon sket la..

Kebanyakan barang dalam bilik CR ni banyak.nostalgia zaman sekolah..dah puluhan tahun usianya..zaman blaja dipusat pengajian tinggi dan kini.belum lagi koleksi beg lama..adeh penuh gile...bertukar tempat keje...bertukar bahagian..xsabar nak buang..tapi selagi keje elok simpan sebagai panduan..mana tau boleh digunapakai.Buku yang ada tulisan jawi kenalah dibakar..dan kalau ada yang elok mungkin bole diwakafkan kepada yang berminat..dan kata orang kita panjangkan pahala.Baju yang masih cantik dan elok boleh diwakafkan juga..

Semoga projek tranformasi bilik menjadi kenyataan dan modal paling besar ialah nk gunakan lantai kayu untuk kedua2 bilik...in sha Allah...aamiin...

Jom tengok beberapa inspirasi terutama hiasan atas kepala katil..bantal aksesori..karpet dan susunatur dekorasi..semuanya sumber dari internet je...jom tengok inspirasi piihan CR..