Tuesday, November 3, 2015

Koleksi Kesukaan Zaman Sekolah (wahhhhh..rindunyeeee...)

Assalamualaikum,
Haaaaaiii… (muka ceria kononnya) tetiba kaaannn.. akak kannnn.. teringat kat zaman muda belia dan remaja..(terasa mudaaaaaaa je..)

Pernah tak masa tu korang minatkan sesuatu zaman sekolah… baru hakak teringat yang hakak minat sangat part yang ini zaman hakak sekolah dulu… yeeeeee.. CR peminat GARFILED..

Hahahaa…kucing gemuk yang malas sama lah macam hakak ni “gemuk dan malas” ngehngehngeh… CR siap beli pencil case Garfiled yang ori tau masa tu koperasi sekolah ada jual, kulit fail, beg…wahhhh..baju….disebabkan masa itu fofular sangat kucing gemuk ni…


ni orang lain punye..hakak punye comel je kaler biru dua tingkat..tu yang termurah...

Sekarang orang minat “Hello Kitty” well memang comel, very the Ladies…pinky…tapi tak se top hakak minat Garfiled…kucing gemuk ni yang menang tau… sebab koleksi Garfield hakak jauh lebih mahal dari Hello Kitty.

Yes i Miss You 

Deep...hihu....

Hakak ni minah rock..mana nak pinky sangat..lagipun masa tu tak top sangat Hello Kitty ni..sekarang hakak peminat purple…so pink bukanlah champion kaler kesukaan hakak ye..

Jadi kembali mengimbau kesukaan CR zaman sekolah sangat melucukan.. Selain meminati Garfield, CR sangat suka brand Älien Workshop” dan masih segar dalam ingatan jam paling CR sayang sehinggakan tali jam rosak pun siap berkorban duit untuk pasang tali jam baru. Jam tu ‘Don’t Worry Be Happy” Serius sangat comel. Ingat2 lupa paten jam tapi masih ingat perkataan tu bergerak2 dengan jarum jam..wah….semuanya hilang sudah atas faktor persekitaran rumah yang sempit dah perubahan perabot menyebabkan outsource banyak benda..


Nanti sambung cite lain plak……tata


Kawan Baik Selamanya a.k.a BFF

Assalamualaikum sahabat2 CR,

Rindu rasanya inginkan sahabat sejati…dah lama rasanya tidak memiliki sahabat sejati sejak dari “Betrayal” Perit sebenarnya persahabatan yang dikhianati dan dipersendakan. Tidak mudah berhadapan dengan keadaan sahabat yang kita sayang ( I didn’t say it, but I prove it) dari mendengar masalah, membantu sehingga meluangkan masa semuanya telah CR lakukan tetapi bila sesuatu yang melukakan hati CR tak mudah CR nak memaafkan.

Dulu… CR mempunyai seorang sahabat, Kami memang belangkas sejak zaman persekolahan menengah. Dimana ada CR disitu ada dia. Kami merupakan anak tentera ( masa itu abah CR baru sahaja bergelar Äskar Pencen”) Jadi kami ni tak lah mewah sangat pada awal persekolahan menengah dulu. Almaklum gaji separuh. Belum lagi anak-anak ramai bersekolah semuanya lagilah terbeban. Pada peringkat awal pekerjaan abah CR setelah pencen buruh am je ( Pekerja am) ..tukang bersih2 stor, sapu sampah je..dan gaji tak seberapa sangat berbanding dulu. Mujurlah ada pencen dapat lepas sesak sikit2. Alhamdulillah rezeki tak putus cuma biasalah hidup yang biasa2 di ibu kota. Tak mudah ok…semuanya kena “duit” Mujur masa itu adanya bas mini. Dapatlah bernapas juga. Pada awalnya abah kasi belanja harian, sesak napas selalu tak cukup, dan meminjam 10 sen pada kawan. Itupun diungkit dan dimarah dengan jelik mengatakan “CR ni selalu tak cukup duit  10 sen” Manalah nak cukup, aku pegi sekolah dan balik sekolah naik bas, belum masuk aku makan lagi. Lainlah korang pegi sekolah ayah memasing hantar, balik je naik bas itupun duit belanja kita beza, RM1 plak (getus dalam hati kecil)

Mungkin akhirnya Allah swt mendengar kepayahan CR akhirnya abah berikan RM10 seminggu walaupun tetap sama RM2 sehari tetapi jauh beza ok. Masa itulah CR dapat menyimpan, belanja, shopping. Serius…akhirnya terlepas beban pinjam 10sen pada kawan disebabkan tak cukup duit. Masa bas mini masih cukup bermulanya perkhidmatan intrakota itu lah jadi tak cukup. Sebab tambang meningkat 2x ganda dari asal. Jadi akhirnya abah upgrade tambang jadi RM 3 sehari, jadilah, Rm1.80 dah pegi ke tambang sahaja..Zaman CR dulu takdanya zaman separuh harga untuk pelajar ye. JANGAN HARAP harga separuh pada zaman CR belajar dulu.

Punca CR berkecil hati adalah masa itu CR ada perbuatan sahabat CR ini ketika itu kami sama2 ingin bekerja sambilan selepas tamat pengajian di U masing-masing ( Kami dari U yang berbeza) Kononnnya kawan CR ini mengajak CR ke tempat tersebut kerana ada kekosongan jawatan dan ada sahabat dia disana akan tolong (satu U dengan dia ) Semasa hari kejadian CR dan dia hantar resume tetapi kami menunggu agak lama di bawah jambatan itu ( CR bawa myEmak) sebab sambil kami hantar Resume CR bawa lah myEmak jalan2 sekali Memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan pusat bandar jadi mudahlah kami berjalan2 sebab setakat hantar borang bukanlah lama sangat. Kami puas menunggu dekat 30 minit tetapi beliau tak muncul2. (Zaman itu kami dah ada hp ye abah CR belikan masa CR dapat masuk U )  Jadi apa salahnya dia kol bagitau kami pulang dulu sebab dia nak jumpa kawan dia. Ni tak kami melangut dia boleh senyum sumbing je bila dah lewat camtu.

Oleh kerana lama, jadi myEmak belanja kami berdua makan ( walaupun mak tak keje tau, nak dapatkan duit dari abah memang la liat nak dapat) jadi kami berpisah membuat haluan masing2. Sudahnya CR dengar dia dapat, dan CR tak dapat. Terkilan pun ada, sebab jika kekosongan itu Cuma 1, dan kawan dia offer dia sorang tak perlulah maklumkan pada CR. (ingat duit tu datang bergolek ke, dahla mintak duit mak ayah..tak berbaloi plak tu) CR pulak lurus bendul masa tu. Yelah tak da sapa nak beri pandangan. Almaklum segalanya sulung jadi  semua benda Nampak bengap je. Satu hala je. Padahala ada beberapa opis berdekatan. Dan serius hakak tak tau lansung kewujudan ofis hakak keje sekarang walaupun hakak p makan kat bangunan sebelah itu je. Kalaulah…hakak tau mesti awal2 hakak p hantar resume kat situ juga. Maknanya simple “Serampang dua mata”Harap2 terkena.. Itulah kelemahan takda teknologi masa tu. Sekarang serba mudah…semua klik internet je. Kalau tak tau juga memang kome ni datang dari planet mana ntah. Bukan soal miskin ke kaya.  Tapi soal teknologi ni tak boleh terbelakang. Kerajaan dan supply kat kampong WiFi free. Takkan itupun nak beri alasan. Belum lagi harga hp yang jauh lebih murah, prepaid plan yang murah. ( dulu hakak pakai Celcom, network pun kena beli topup, nak kol pun kena beli topup…jadi kena doubel topup…cekik darah betul ) Takpe.. Allah swt kan maha adil, dia tak bekerja jadi wife sepenuh masa dan ada 3 cahaya mata ( jumpa jodoh kat tpt kerja tu) manakala CR sudah pun bekerja di kawasan berkaitan dan berjawatan tetap berpencen..alhamdulillah..Cuma bab jodoh dan zuriat je masih belum lagi ada rezeki.. slow2 laaa…1st step dah settle…lagipun xsemestinya kawen lambat xdop zuriat…kalau ada rezeki tetap ada juga…bukan lambat tapi tepat pada masanya….Masalah CR ialah menganggap semua orang adalah sama sahaja...dan tak mudah melupakan sesuatu..pendendam...memang susahkan masalah cani..slow2 perbaiki...

Kelemahan dia ni pula suka membandingkan kehidupan rumah dia dengan saiz rumah cotet kami tu..kadang buat terasa juga.. Ada sekali tu buat bebetul Cr berpatah arang bila dia mendesak abah CR untuk ambil borang permohonan rumah awam di ibu pejabat abah CR..No..No..No…this is too much..CR sendiri tak pernah perintah lelebih..kalau ada pun sebab anak dia k…tapi dia desak2 untuk kawan dia..so lagilah CR hangin satu badan…pe kaitan kawan dia dengan abah CR pulak yang terpaksa bersusah payah….lagipun abah CR duduk site opis bukan HQ pun….agak2 lah…lainlah memang dekat satu opis maybelah…itupun kena mintak izin abah CR juga kan…

Dan bermulalah perang dingin antara kami. Sehingga makan tahun juga kami tak bertegur sapa…dia pun dah berulangkali minta maaf. So Fb –lah tempat kami berbaik semula. Mungkin kami sudah bertegur sapa namun untuk kami berbaik seperti dulu mungkin makan masa…ye-lah masa pun dah berlalu namun kekok itu masih ada. Dengan kehidupan yang berbeza mungkin juga menjadi penyebab.

Deep sangat...sobsss..sobssss

Tapi sebenarnya BFF lah buat kita senantiasa muda belia. Sentiasa tempat kita bergurau senda…berkongsi masalah pegi travel..share problem..share happy..bukan berkongsi SUAMI ye….hahaha..dah ramai sangat dari kawan baik sampai laki kawan pun dia nak rembat….hangguk betoi orang macam ni…tak guna..ibarat kasi anjing makan kita digigit balik… jadilah kawan sejati sebab kawan sukar dicari ganti…sama seperti part of our life and family…susah senang bersama…bukan kawan makan kawan…



Yeay.....xsabar nak ada BFF

Awesome..memang inilah kami dulu


Jom ramai2 cari BFF nak...

Panjang lebar sudah…macam karangan sekolah plak..harap adik2 yang ada kawan baik..ingat rapatkan silaturahim sebab jika diluar sana nanti tak mudah jumpa kawan sejati lagi….chiowww..