Monday, April 20, 2015

Trip To : Tasik Chini, Pahang

Assalamualaikum,

Hehe..pulun story la..ada banyak story bertahun2 perap je..xsempat nak share..share pun pada fb je.

Tapi kepada pembaca setia blog Bicara Rini so rajin plak nak menghapdet story.

Time rajin la..time malas berhabuk la blog ni. CR jadikan blog ni sebagai diary peribadi. Mana2 pic yang hilang tu. Xsempat plak nk update. Lagipun ade pic2 tu free hair so kadang2 benda terjadi tu bersebab..

Mana2 yang CR hapdet bukanlah tujuan nak menunjuk2. Tapi sekadar share percutian murah.Sambil2 kerja sambil2  ngantar orang kawen.

Ade jugak dah lama sgt so xkose nk selak balik pic2 percutian ke kedah mengantar sepupu bernikah di Permaipura Kedah, mengantar adik bongsu bernikah di Gurun, Kedah..esok2 sepupu plak nak menikah di Kulim. Mana tau kan...dia pun comey dah ade boipren hensem.

Pasai Kedah lupakanlah ye sebab memang xsempat. La ni story pasai anta sepupu perempuan bertandang plak ke felda Chini di Pahang.

Rombongan bergerak jam 10 pagi ke tempat yang dituju lah..makan2 kenduri..kenyang dah sapedek maka kami mengambil keputusan untuk singgah di Tasik Chini.

Dia lebih kepada resort yang mengadap permandangan tasik. Tasik memang kelihatan damai je. Tapi air yang tenang jangan disangka...

Ok kami berehat di Resort ini untuk bersolat dan bersantai. Minum2 petang sambil nak ronda2 naik bot menyelusuri tasik. Best woo kalau gian nak naik bot

Pakej harga ada disediakan mengikut jauh pulau yang ingin dilawati. Pakej satu bot xsilap dalam rm90. (Lupa sebab dah lama sangat) kami dibawa meronda melihat keluasan tasik dan memang iya sangat luas...

Oleh kerana semuanya menaiki bot maka rugilah stay je kat kedai makan kan...kami book lebih kurang 3 bot. Enjoy...bukan selalu nak ke Tasik Chini ni. Dengar story je..hah ni live depan mata.

Kalau nak bermalam ada penginapan di sediakan.Mana kan tau nK rilek kapla..nak merasai kenyamanan hutan. Bagi pencinta alam sekitar. Highly recommend..

So pic tu utk tatapan korang supaya supaya jeles dan cecepat pg ke Tasik Chini..wokeh???

Tata..

Esok Makan Free

Assalamuaikum,

Tengok tajuk..kelasss mak...makan free yabedabedu....alhamdulillah..

Esok CR ade kursus "Potensi Diri Super" bertempat di Seri Pengantin, Janda Baik, Pahang...hooreyyyy...

Kawan2 CR cakap tempat tu mahal la..bestla.tapi bila google biasa je..jgn byk nyamuk..unggas dan sebagainya..almaklum tuan puteri...semuanya sensitip..

Sebenarnya bukan best pun sensitif macam2.Lagi better kalau semua ok..Xperlu nak jadi orang asing..xmudah woo nak elakkan semua jenis sensitif tu..alergi sana sini..kadang2 menyampah juga..

Tapi semua itu kan dah Allah swt jadikan. Nak buat mcmna..alhamdulillah...jika itu terbaik utk CR.kita dah terpilih..kena terima hakikat la..

Cuma..biasalah.bab alergi ni kadang2 kita bimbang persepsi orang..opkos ayat diorang "mengada-ngada" "itu pun xbole" "xkan itupun alergi" "kalau xnk jgn kasi alasan" "mana ada orang alergi matahari"

Kita yang menanggung ni xtau azabnya. Ingat best sgt ke terkurung je..itu xbole ini xbole..padahal masa sekolah kena jemur dari pg sampai tengahari pun rilek je.

Mungkin punca dari pemakanan herba "ratu pari" saspek CR. Kononnya utk kesihatan. Sudahnya menyusahkan..kepada yang kasi tu dulu "Terima Kasih Banyak2 Menyusahkan Hidup Saya"

Apapun hati2 dengan apa jenis pemakanan herba. Ini kerana sakit tersebunyi akan diaktifkan tanpa sedar. Jangan follow CR..

Ingat tak mudah untuk berdepan dengan alergi..kena banyak2 sabar. Dan bertenang. Rilex..dapatkan sokongan orang tersayang (family) supaya kita dapat bertahan dalam sejam dua..paling minima kesannya untuk baik..

Ada alergi peluh (anak buah CR Dhafea) kadang CR kesian juga pd dia sebab CR tau sudahnya bila merenyam sakit..perit..maybe orang ingat memain.tp itulah hakikatnya...kulit rasa perit..macam dalam kulit kena air panas. Berdenyut..nyeri..tegang..dan merenyam...mandi pun xjalan..kena letakkan air sedikit dan hadap kipas sampai tempat alergi tu kembang dan lama2 akan hilang sendiri.

Takit wooo...ok..doakan esok berjalan lancar perjalanan CR. InshaAllah CR berkursus 3d2n di sana. Rilek kapla yang dah makin mental.

Syukur sangat Allah swt senantiasa permudahkan jika CR bersusah hati. Dapat lapangkan sikit masalah dalam hati. Tiap kekurangan pasti disertakan kelebihan...alhamdulillah..

Lawatan Kerja ke Istana Negara

Assalamualaikum..

Hah..gempak x? Alhamdulillah.. Tuah badan dapat masuk Istana Negara dan dapat menikmati masakan tukang masak Istana..pergh...

Memang gempak gile. Sebenarnya peluang ni datang secara tiba2. Lawatan ini lebih kepada protokol Istana yang xramai tahu adab mengadap tuanku dan bagaimana kehidupan istana serba sedikit.

Apa yang boleh CR share hanya sedikit sahaja demi menjaga keselamatan dan keunggulan istana.

Istana Negara interior bileh dikatakan agak gah. Limpahan lampu Chandelier menampakkan ciri2 mewah dalam Istana itu sendiri. Namun tidaklah pula hiasan melebih2. Kebanyakan dinding istana dipenuhi potret peribadi tuanku Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Kemilau limpahan lampu kuning menampakkan semua benda seperi keemasan. Sofa plak lembutnyeee..kami di ruang menunggu sebelum masum ke dewan untuk taklimat protokol.

Setelah diberi taklimat kami dibawa melawat sekitar istana tetapi tidak la sepenuhnya. Hanya ruangan perjumpaan tetamu sahaja tidak termasuk kawasan tuanku dan permaisuri.

Kami diberi taklimat oleh pegawai protokol hal ehwal istana. Cara2 mengambil darjah kebesaran. Bagaimana memberi hadiah kepada tuanku dalam majlis rasmi.

Mereka yang tidak biasa dengan protokol memang akan rimas. Berbeza dengan anak raja mereka telah di didik dari kecil mengenai protokol dilatih untuk memimpin dan menjadi raja.

Ada satu gambar penuh nostalgia dimana YDPA bergambar dengan dua pemimpin berbeza tetapi punya pertalian yakni Perdana Menteri kita yang kedua iaitu Tun Abdul Razak dengan Perdana Menteri sediaada iaitu DS Najib Tun Abdul Razak. Posisi yang sama dan gaya yang sama.

Mesyuarat Majlis Raja2 bertujuan bagi membincangkan masalah dan meluluskan sesuatu undang2 dan juga menetapkan fatwa, selain itu pengisytiharan bulan Ramadan dan hari perayaan ( Aidilfitri dan Aidiladha) sebelum pemangku raja2 mengumumkan di kaca tv.

Taklimat berakhir dalam sekitar jam 3.30 dan kami dijamukan minuman petang. Sebelum pulang pegawai mengambil peluang bersolat di surau khas sebelum pulang ke pejabat masing2.

Share sket selpie hakak kat ruang menunggu je..ruang lain cannot la..sebab xsempat nak selpie pun..kbai..