Monday, April 20, 2015

Lawatan Kerja ke Istana Negara

Assalamualaikum..

Hah..gempak x? Alhamdulillah.. Tuah badan dapat masuk Istana Negara dan dapat menikmati masakan tukang masak Istana..pergh...

Memang gempak gile. Sebenarnya peluang ni datang secara tiba2. Lawatan ini lebih kepada protokol Istana yang xramai tahu adab mengadap tuanku dan bagaimana kehidupan istana serba sedikit.

Apa yang boleh CR share hanya sedikit sahaja demi menjaga keselamatan dan keunggulan istana.

Istana Negara interior bileh dikatakan agak gah. Limpahan lampu Chandelier menampakkan ciri2 mewah dalam Istana itu sendiri. Namun tidaklah pula hiasan melebih2. Kebanyakan dinding istana dipenuhi potret peribadi tuanku Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Kemilau limpahan lampu kuning menampakkan semua benda seperi keemasan. Sofa plak lembutnyeee..kami di ruang menunggu sebelum masum ke dewan untuk taklimat protokol.

Setelah diberi taklimat kami dibawa melawat sekitar istana tetapi tidak la sepenuhnya. Hanya ruangan perjumpaan tetamu sahaja tidak termasuk kawasan tuanku dan permaisuri.

Kami diberi taklimat oleh pegawai protokol hal ehwal istana. Cara2 mengambil darjah kebesaran. Bagaimana memberi hadiah kepada tuanku dalam majlis rasmi.

Mereka yang tidak biasa dengan protokol memang akan rimas. Berbeza dengan anak raja mereka telah di didik dari kecil mengenai protokol dilatih untuk memimpin dan menjadi raja.

Ada satu gambar penuh nostalgia dimana YDPA bergambar dengan dua pemimpin berbeza tetapi punya pertalian yakni Perdana Menteri kita yang kedua iaitu Tun Abdul Razak dengan Perdana Menteri sediaada iaitu DS Najib Tun Abdul Razak. Posisi yang sama dan gaya yang sama.

Mesyuarat Majlis Raja2 bertujuan bagi membincangkan masalah dan meluluskan sesuatu undang2 dan juga menetapkan fatwa, selain itu pengisytiharan bulan Ramadan dan hari perayaan ( Aidilfitri dan Aidiladha) sebelum pemangku raja2 mengumumkan di kaca tv.

Taklimat berakhir dalam sekitar jam 3.30 dan kami dijamukan minuman petang. Sebelum pulang pegawai mengambil peluang bersolat di surau khas sebelum pulang ke pejabat masing2.

Share sket selpie hakak kat ruang menunggu je..ruang lain cannot la..sebab xsempat nak selpie pun..kbai..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa