Friday, April 24, 2015

Minum Di MyRail Coffee

Assalamualaikum..

Hari ni CR nk btau Mr.Abah demam. Jadi seleranya kurang. So dengan mata yang berat celikkan biji mata sebab Mr.Abah nk minam (kata org kg CR kek Pilah) di luar walaupun kat umah Madam Mami dah sediakan minam pagi...opkos heaven dok sini sebab pepagi Madam Mami dah sediakan minam pagi (wajib) sebab anak dia konpem xkn buat..sebab minam2 kdg2 fail rasa xsedap..Mami punye buatan peberet alam semesta sampaikan adik2 dia pun akan cakap camtu.

Kami pun p lah order merajinkan diri(CR je sebab memang pemaleh) p kedai MyRail Coffee untuk menikmati minam pagi. Arini si Mista Abah order makan nasi lemak dengan kopi susu panas ( sebab sejak tengahari semalam xmakan walaupun malam td dah offer ajak makan luar, tapi dia takit perot) my Madam Mami, plak nak makan roti bakar dan Curry Puff (karipap daaa..) dan CR plak order telur separuh masak ( kat situ paberet sebab dia wat cair, menepati taste hakak) dan roti bakar serta air yang peberet sepanjang masa Nescaffe.

CR memang kalau ade gaji mesti wajib makan kat luar sebab saja kasi relax cuti2 masak. Tapi..lau lunch kalau bole nk makan kat umah sebab sedap lagi makan kat umah. Esok hakak nak pegi pasar beli puyuh sebab dah lama xmakan gulai puyuh.

Ok lah...CR xsempat nk story sebab terhenti berborak dengan Madam Mami. Sekian sahaja sebab CR nak santai kan diri plak..hahah...

Seindah Biasa by Siti Nurhaliza

Jalan pernah takut ku
tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi
berdendang
Saat malam manjadi terlalu
dingin
Hingga pagi tak seindah
biasanya

Chorus

Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bias merubah yang telah
terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang
terbaik
Agar kita tak pernahmenjandi
jadi
Meski beza dermaga untuk kita
berlabuh

Ulang Chorus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari tu
Dan kita mencuba melawan

Sebuah Cinta Sejati Yang Agung

Assalamualaikum..

Tahniah kepada yang ketemu cinta sejati. Bukan mudah dan xsemua bertuah.

Bila jauh terasa rindu, bila dekat rasa masa bergerak begitu pantas sehingga betul2 cemburu bila bersama..bila dekat rasa membahagiakan dan bila berjauhan mudah berjauh hati, cemburu, inginkan perhatian dan kemanjaan.

Kata orang bila berjumpa jodoh kita mata ' lelaki akan terasa getaran dirusuknya' xdapatlah juga ditafsir kebenarannya kerana jika kita benar2 sayangkan wanita tidaklah kita melukankannya dengan kata dan perbuatan kerana hati wanita ni lembut dan sensitif ibarat kerak nasi yang boleh lembut bila dicurah air. Malah lelaki bertanggungjawab akan segera menikahi wanita kesayangannya.

Ada sesetengahnya menyatakan bila kita rasa jodoh kita bila berdekatan kita rasa tenang dan bahagia. Kita akan sepi dan sunyi bila berjauhan dan semua yang ada disisi kita akan senantiasa buatkan kita terkenang2 kannya?

Wanita ini sangat hebat..bila mencintai seorang lelaki sanggup menerima apa sahaja kekurangannya. Dari jalan kaki berkilometer, naik bas kelililng kota, mula bertukar menaiki motor hingga ke memiliki sebiah kereta. Semuanya demi sayang dan cintanya. Wanita akan cuba melengkapi kekurangan dan berharap jejaka tersayang menerima kekurangannya. Wanita bersedia bersusah bersama. Namun jika hatinya terluka dia akan mudah melupakan apa yang dilalui.

Semoga kita saling berkasih sayang kerana kasih sayang itu lahir dari zaman Nabi Adam di syurga lagi menemui Hawa yang sudi menemani dan menghiburkan hatinya dikala kesepian. Tiada lah lebih indah bila berdua jiwa bersatu walaupun bila tiba didunia terpisah beribu batu dan bertemu di Jabal Rahmah. Indahnya semua kasih sayang.

Cinta khadijah r.a. terhadap suaminya Muhammad s.a.w menjadi cinta agung paling ulung. Disaat tiada siapa membenarkan ke'nabi'an Muhammad s.a.w dia lah yang pertama membenarkan. Berada disisi ketika Muhammad s.a.w. menggigil disaat menerima wahyu pertama dari Jibril.

Disaat Muhammad s.a.w. berada dalam kemiskinan dan perlukan pekerjaan maka Siti Khadijah Al Qubra telah mengambil Muhammad s.a.w. sebagai pekerjanya dan demi amanah dah kasih sayang Muhammad s.a.w telah membawa kejayaan dan menambahkan kekayaan Siti Khadijah Al Qubra.

Dia juga telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Muhammad s.a.w untuk menyebarkan Islam. Agungnya cinta Khadijah membuatnya Muhammad s.a.w. sangat berduka cita bila kematiannya dan sehingga hidupnya menjadi suram sehinggalah baginda bernikah semula.

Cinta Zulaika dan Yusuf senantiasa menjadi ukuran kepada umum. Begitu juga Adam dan Hawa..tetapi agungnya cinta Siti Khadijah kepada kekasih Allah s.w.t Muhammad s.a.w. menjadikannya wanita paling bertuah..