Tuesday, February 1, 2011

Tips Berbelanja Barangan Berjenama ( Gaji Dibawah RM1,000)

Tips Membeli Barang Mahal tetapi Gaji DiBawah RM1,000

Ramai yang menyangka hanya gaji besar sahaja mampu memiliki sesuatu yang mahal dan berjenama. Sekiranya kena pada gaya anda yang bergaji bawah RM1,000 juga mampu memiliki barangan tersebut tetapi kenalah jenama yang berpada-pada. Banyak yang perlu kita korbankan untuk dapatkan sesuatu yang luar kemampuan sebenar kita.

1. Sekiranya sebulan anda bajet makan RM 200 sebulan cuba kurangkan RM50 dari belanja makanan bulanan anda untuk mendapatkan lebihan yang lebih tinggi.

2. Elakkan menggunakan perkhidmatan teksi. Keluar lebih awal ke tempat kerja dan gunakan perkhidmatan bas yang jauh lebih murah. Namun berhati-hati sekiranya keadaan gelap pastikan ada ahli keluarga yang menemani. Anda dah menjimatkan 20% dari perbelanjaan tambang.

3. Kurangkan makan makanan diluar. Memasak dirumah jauh lebih menjimatkan. Sekiranya ingin juga membeli pastikan anda berpakat-pakat untuk membeli menu makanan sesama rakan serumah. Jadi lebih berbaloi.

4. Jimat penggunaan tenaga letrik, air dan penggunaan telefon. Sekiranya ada pelan pembayaran yang jauh lebih murah. Elok kita gunakan. Ia bukan sahaja memudahkan kita menghubungi orang yang tersayang tetapi juga dapat menjimatkan kos tambah nilai.

5. Sekiranya anda ingin berlibur hujung minggu menonton wayang jangan singgah dimana-mana kedai makanan segera.ia bukan sahaja mengganggu bajet pembelian anda tetapi melambatkan proses untuk mendapatkan apa yang anda hajati.

6. Sekiranya membeli online pastikan anda melihat dan meyemak harga untuk blog-blog online dan mencari yang termurah. Dan sekiranya berkenan berbincang dengan pemilik blog untuk reservation dan downpayment.

7. Sekiranya masih tidak mencukupi rancang selama dua bulan atau tiga bulan gaji sebelum membuat pembelian kerana tidak menyiksakan dan mengajar anda bersabar untuk mendapatkan sesuatu.

8. Sekiranya anda tidak mendapatkan apa yang anda hajati kerana tiada diskaun, saiz, warna atau kehabisan stok jangan bersedih dan terburu-buru membuat pembelian. Ini kerana mungkin ada keluaran terkini yang jauh lebih cantik. Bajet pun sudah ada dalam tangan jangan lepaskan peluang membelinya. ( TETAPI YANG MURAH TIDAK BERMAKNA TIDAK BERKUALITI DAN TIDAK CANTIK YANG PENTING ANDA GEMBIRA DAN BERBALOI )

9. Antara jenama yang saya minati : Padini, Esprit, Mango, Vincci, CK, DKNY, Baby Phat, Paris Hilton, Guess, Charles & Keith, err..tak payah promote brand lebih-lebih..hahahahaha..yang penting MURAH….that’s my principle. Tak kira apa brand pun dan WAJIB cantik bergaya!