Monday, July 31, 2017

Makeover Bedroom Ideas

Assalamualaikum geng² pembaca (^_−)☆,

Kali ini CL nak menyentuh tentang dekorasi. Kalau tengok bilik CL menyeramkan. Berhabuk sana sini. Itu belum lagi koleksi barang² lama dari zaman sekolah sampai sekarang. Rumah asal lah katakan.

Barang² bukan main banyak. Nak dibuang sayang. Tak di buang semak. Jadi sekarang dalam proses outsource barang² lama.

Oleh kerana masalah kesihatan jadi agak perlahan pergerakan CL dan nak mengemas beriya macam zaman muda remaja dulu²  memang susah. Dulu biat tiga beranak. Mengecat. Menyusun atur. Sekarang nak kena buat sendirian.

Oleh kerana bilik CL sangat kecil. Barang² banyak. Almari saja dah 3 buah. Boleh bayangkan penuh macamana? Saiz bilik 10' x 10' memang agak sempit. Jadi hanya boleh ubahsuai susunatur.

Kalau boleh nak elak barang² banyak dan menambah perangkap habuk. Lagi² sana sini sedang pembinaan rancak. Tak terlayan habuk² tebal.

Cadangan CL untuk makeover :

1. Cat bilik berwarna putih bersih. Dari dinding ke siling. Semua serba putih.

2. Membeli katil queen bed metal berwarna hitam. Katil dua single ini masih nak simpan. Harap² muat letak bawah katil nanti. Satu metal single bed black di beli di Courts Mamoth di kawasan rumah kerana katil lama patah. Katil ini sangat utuh dan masih teguh. Begitu juga katil dulu asalnya dua tingkat. Tinggal saki baki yang masih utuh. Kenangan zaman kanak² dan usianya mencecah lebih 25 tahun. Antik gitu.

3. Cadar berwarna hitam /putih kosong tanpa corak. Selesa cadar seperti hotel.

4. Tilam setebal lebih 8" sekurang²nya. Kalau boleh nak tilam latex atau getah.

5. Langsir pendek untuk tingkap rendah tapi memanjang warna hitam.

6. Susun atur bantal mini. Supaya dapat tidur lena dan selesa.

7. Karpet warna hitam gold corak mewah turkey.

8. Meja mekap dengan cermin berlampu.

Nampaknya kena simpan duit perlahan². Beli barang satu persatu.

1. Vakum mudah alih. Untuk sedut semua habuk dalam bilik. Habuk² be ready.

2. Cat dan berus cat.

3. Buang clutter dan barang² lama.

Haaaa....selepas ini kena kuatkan semangat kemas sampah² lama dari zaman sekolah sampai sekarang supaya dapat tidur yang berkualiti. Lebih sihat dan elakkan faktor usia yang memerlukan rehat secukupnya.

XoXo,
Cik Lee

Lipstik Baru Miss Young Fashion Matte

Assalamualaikum (ヘ。ヘ)

Hari ini CL nak kongsikan New Item On My List. Lipstik matte yang memang cantik. Tidak kering dan lembap.

Biasanya memang CL lebih sukakan matte berbanding lipstik lain. Lipstik ini dikatakan tahan lebih lama dari lipstik biasa (bergantung kepada cara penggunaan)

Lipstik ni baru CL cuba dan setakat ini tidak perit dan selesa. Bibir tidak rasa melekit dan terasa seolah tidak memakai lipstik.

Jadi tidak salah untuk mencuba. CL jamin anda akan berpuas hati sebagaimana CL. Jangan tak tahu CL pun amat cerewet orangnya.

XoXo,
Cik Lee

Bila Plug Meletop

Assalamualaikum (^_^),

Kali ini pertama kali sis berdepan dengan kepala fius meletop. Fuh, hebat. Kecoh satu ofis.

Rupa² nya kita xboleh sambungkan kepala USB dengan usb kipas. Kipas Usb ini aliran elektriknya agak tinggi.

Jadi bahaya jika kita sambungkan usb kipas dengan kepala fius. Rosak fius satu. Akibat meletop dan terbakar. Mujur tak trip. Kalau tidak susahlah.

Kipas usb ni baru sangat sis beli di DIY. Ni adalah kipas ke3 sejak berpindah bahagian ini. Sedangkan 2 tahun kat bahagian lama xpernah² rosak.

Sabar jelah...jadi CL harap jangan sesekali sambungkan kipas usb dengan kepala fius. Bahaya.

Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran. Mujur kipas masih ok. Cuma kesan hangus itu ada sikit pada kepala usb.

XoXo,
Cik Lee

Thursday, July 27, 2017

Penjagaan Wajah Berjerawat

Assalamualaikum,

Hari ini CL nak kongsikan penjagaan wajah minimalis CL.

Sebenarnya CL memiliki kulit yang amat sensitif dan berjerawat. Dah bermacam²  produk CL cuba sehingga muka semakin teruk berparut sana sini.

CL telah mencuba sabun jenama Acne Aid. Tak berkesan. Berminyak dan berjerawat. Berparut tak payah ceritalah. Memalukan habis. Itu belum DalacinT, Nixoderm serum Rose T Aprikot Scrub. Semua hasil menyedihkan.

CL telah ternampak satu sabun di sebelah Acne Aid. Memang dah macam buruk². Kemungkinan memang tak popular. Nak tahu kesannya? Mujarab. Memang jerawat yang singgah di dahi pipi dagu semuanya semakin susut. Beransur² hilang. Tadaaaaa....muka ku semakin licin. Cewah....

Jenama sabun ini memang tradisional dari India. Tiada apa di kotak sabun itu melainkan perkataan Neem. CL membeli dari tahun 2002 ke atas. Sabun biasa macam sabun mandi. Berwarna hijau. Neem ini sejenis daun dan sangat popular di India,Pakistan dan sekitar. Rawatan tradisional dari sanalah untuk menghindar jerawat.

Sayang seribu kali sayang Watson dah tak bekalkan produk baik ini. Sedih sangat. Tak pastilah kandungan chemical tinggi atau apa. Cuba seingat CL semua dari bahan² organik. Memang jerawat tiada lansung setelah berputus asa. Pada awal Watson tak bekalkan frust macam hilang duit sejuta. Sodih makmek.

Tuptup...muncul satu produk berasaskan Neem juga. Himalaya. CL memang kurang serasi sebab dah cuba pencuci muka. Kurang berkesan. Kesan pada wajah semakin berminyak. Jadi CL tak berminat nak teruskan.

Bila muka dah ok sikit. Beranilah cuba sikit² produk Safi. Pada awalnya CL pakai safi warna biru. Rasa kurang sesuai. Akhirnya CL nampak adik CL pakai  Safi Balqis White Trilogy (Skrub Kiwi). Maka sis pakai. setakat ini ok.

Cuma bila CL mengalami kulit yang sangat sensitif. Berjerawat akibat bekerja dengan fail yang berhabuk. Yelah usia fail semuanya 5 tahun ke atas. Memang berhabuk jugalah sebelum sekarang dah ada alat penyerap habuk.

CL berjumpa dengan doktor panel mencadangkan untuk guna Cetaphil Gentle Cleanser untuk kulit sensitif. Lama kelamaan hasil marvelous. Jerawat badan nyah, jerawat muka pun kurang dan jarang ada. (Muka badan dan berjerawat memang tak dapat nak lari)

Dalam masa yang CL masih menggunakan Safi Balqis sebagai daily use. Bila jerawat naik naik terutama dah nak dekat period tu. Guna lah Cetaphil.

Untuk mengecutkan jerawat CL sangat suka guna Himalaya Acne And Pimple. Jerawat pasti kecut. Badan CL pun kadang² suka timbul jerawat batu tak bermata tu. Geram betul. Yelah peluh² kuat. Kalau tidur tu melekit² dek peluh. Memanglah berjerawat.

Itu 3 produk basic CL guna untuk atasi jerawat. CL tidak berani guna produk² kecantikan di pasaran. Yelah kulit sensitif. Guna sahaja produk yang serasi. Lagipun terjamin sebab di recommend oleh doktor Farmasi.

Untuk review semula produk tu :

1. Safi Balqis White Trilogy ( Kiwi Skrub)
2. Cetaphil Gentle Skin Cleanser
3. Himalaya Acne And Pimple (ANP)

Selamat mencuba!

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, July 26, 2017

Style Pilihan Cik Lee

Assalamualaikum geng (ヘ。ヘ)

Hari ini CL nk kongsikan gaya yang di gemari oleh CL. Sudah tentu gaya dari Jessica Alba.

Jessica Alba mempunyai gaya street (jalanan) yang bergaya. Tidak hairanlah koleksi gaya beliau banyak di dapati di Pintrest.

CL kongsi serba sedikit gaya untuk rujukan semua dalam gaya berpakaian. Gaya ini dapat memberikan inspirasi kepada semua bahawa gaya sederhana juga mampu memberikan impak walaupun tanpa gaya yang melampau.

Di harap semua berpuas hati. Selepas ini CL akan kongsikan pula penjagaan wajah. Almaklum wajah CL yang sensitif dan mudah berjerawat.

XoXo,
Cik Lee

Sunday, July 23, 2017

Style Celebrity Kesukaan

Assalamualaikum (^_−)☆,

Kali ini nak lari topik plak. Asyik pasal bridetobebyroselily dengan hal² peribadi yang merepek². Jom relax minda dengan beberapa topik menarik.

CL nak ceritakan celebrity yang CL suka stylo mereka. Kalau kebanyakn orang menjadi Victoria Beckham, JLO, The Kardishans & Jenners, HRH Kate Middleton tapi CL beza. Dan style CL suka dari dulu adalah dari Jessica Alba dan Sandra Bullock. Style mereka lebih santai dan tidak berlebih².

Sebagai wanita yang suka bergaya sudah tentu menjadi pilihan fesyen² terkini dan sentiasa ingin menonjolkan style masing² dengan cara tersendiri. Kerana faktor usia gaya JLO VB dan The Kardhasian Jenner adalah mengarut. Begitu juga style celebrity Korea. Kurang menarik minat CL.

Jadi kalau nak lihat. Boleh lah google dua celebrity ni. Bukan apa, banyak sangat sampai xlarat nak copy dan paste kat blog ini. (^▽^) anggap CL ni terlampau rajin. Yelah blogger lain dari tahun 2009 beratus² catatan sebulan.CL paling rajin seminggu tiga post. Hahaha (ヘ。ヘ)

Kalau nak tahu siapa celebrity pilihan CL boleh google atau cari saja di Pintrest. Jadi selamat bergoogle k.

Antara tips JA dan SB ni :

1. Jacket (mereka peminat jacket)

2. Blazer dan coat labuh

3. Boyfriend jeans (cutting besar dan berlipat di bawah)

4. Loose Long Sleeve Shirt

5. Loose kemeja labuh.

6. Kasut loafer

7. Beg sandang.

8. Beg sling.

9. Beg bimbit (satchel bag)

10. Cermin mata hitam (biasa)

Jadi tu wajib ada dalam list pakaian anda untuk follow style JA dan SB. Tips² ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada semua tentang gaya celebrity kesukaan CL.

XoXo,
Cik Lee

36 Vayadhinile (Tamil) atau How Old Are You ( Malayam) Movie Review

Assalamualaikum (^_^),

Hari ini CL nak kongsikan satu filem tapi dua versi yang sangat memberikan inspirasi kepada semua wanita seluruh dunia. Dua pelakon wanita hebat ini menjadikan filem ini box office dan banyak memenangi anugerah.

Filem versi tamil dilakonkan oleh Jyothika ( Jo) yang juga hero tamil Suriya. Jyothika banyak memenangi anugerah pelakon terbaik dalam kebanyakan lakonannya dan ini adalah lakonan pertama setelah beliau berehat lama selepas melahirkan anak dan menumpukan kepada keluarga. Filem ini diterbitkan oleh syarikat suaminya dan memenangi filem terbaik. Filem ini diinspirasi dan dialih suara dari filem yang juga popular dan memenangi anugerah iaitu "How Old Are You" dan filem ini diberi tajuk "36 Vayadhinile "

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Berjaya di zaman remaja dan zaman pengajiannya. Terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak asasi pelajar semasa di kolej pengajian beliau.

Entah kenapa sifat dan kepimpinan beliau terhakis dan terkurung dengan stigma masyarakat bahawa wanita yang berumur 36 tahun telah tamat tempoh untuk menyerlah dan hanya layak menjadi ibu dan isteri. Hidup hanya rutin untuk keluarga semata².

Satu hari beliau telah di beri peluang untuk berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara India untuk bertanyakan satu soalan. Beliau merupakan kerani wanita biasa di Jabatan kerajaan dan sering di pandang rendah oleh rakan sekerja kerana terlalu bercita² tinggi. Akhirnya peluang beliau berjumpa Ketua Menteri mendapat hebahan masyarakat setempat. Dan beliau berasa bangga mendapat peluang tersebut.

Masyarakat telah mula mengenali beliau dan mula memperkatakan hal tersebut hingga menimbulkan cemburu di hati kawan sekerjanya. Ada juga rakan sekerja  beliau yang menjadi kawan baik menyokong beliau untuk mengambil peluang keemasan ini.

Hari yang ditunggu² telah tiba. Hari ini beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri untuk menyuarakan satu soalan. Pada hari tersebut semua masyarakat setempat memberikan sokongan dan meminta beliau menyampai salam. Setibanya beliau di kediaman rasmi Ketua Menteri beliau mula rasa berdebar². Sistem kawalan keselamatan yang sangat ketat. Sana sini semua memegang senjata. Setiap pintu ke pintu akan discan dan disaring agar tidak membawa apa² senjata. Pada saat² genting, beliau mula berasa amat cemas. Beliau bertambah cemas apabila beliau apabila mendengar pegawai kawalan keselamatan mendapat arahan untuk bersiap sedia ketibaan Ketua Menteri. Manik² halus telah menghiasi dahi beliau dan semakin cemas. Setibanya Ketua Menteri memberi salam versi India "Namaste" beliau tiba² jatuh pengsan dan terjadi gamat suasana kerana tidak sangka beliau akan pengsan tanpa sempat bertanyakan soalan.

Maka sejak dari itu, menjadi perbualan masyarakat umum bahawa beliau pengsan semasa bertemu Ketua Menteri. Malah ada pula Facebook Fanpage dibuat semata² untuk troll beliau. Untuk makluman beliau tidak tahu apa itu Facebook dan media sosial. Kiranya dah ketinggalan dunia luar kerana sibuk kerjaya sebagai pekerja isteri ibu dan anak serta menantu. Beliau menjadi sedih apabila anak beliau tidak mahu bertegur sapa dengan beliau kerana malu diejek rakan sekolah. Suami beliau juga tidak memberikan sokongan moral. Oleh kerana malu, suami beliau memilih untuk bertukar kerjaya ke Ireland dan ingin membawa anak dan isteri untuk memulakan hidup baru.

Beliau menjadi tercabar dan sedih apabila anak beliau tidak mahu bertegur sapa dalam masa yang sama beliau tidak mahu ke Ireland kerana merasakan ada sesuatu yang tertinggal untuk dibuktikan. Beliau memilih untuk tinggal di India dan menghantar anak dan suami ke lapangan terbang sebelum anak dan suami berangkat terbang ke Ireland. Walaupun dalam hati sedih dan terluka tetapi belian ingin membuktikan pada semua bahawa beliau mampu berjaya walaupun usia beliau sudah mencecah 36 tahun.

Beliau meneruskan kehidupan beliau seperti biasa berbaik dengan masyarakat setempat. Beliau masih rasa kekurangan dalam diri dan masih mencari apa yang kosong. Satu hari ketika beliau duduk di bangku sekolah lama beliau, beliau terserempak dengan rakan sekolah dan sekolej beliau satu ketika dahulu. Dari segi gaya dan penampilan jauh berbeza. Beliau merasa sedikit sedih melihat rakannya berjaya sedangkan beliau hanya kerani biasa. Namun atas semangat rakan beliau,mereka mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka satu ketika dahulu dan berharap akan kembali ke zaman itu. Namun rakan beliau menyatakan beliau perlu menjadi seperti dahulu. Beliau perlu bangkit untuk berjaya kerana kejayaan tidak mengenal usia.

Pada satu hari, beliau ingin membeli buah² an dan sayur²an untuk di masak di pasar. Beliau telah tertarik untuk masuk ke dalam bahagian pemborong buah²an dan sayur²an yang menyimpan berpek² stok simpanan sayur dan buah²an. Beliau menegur kepada peniaga terbabit mengapa menyembur bahan kimia kepada sayur dan buah²an ini. Malah dengan senang hati, peniaga itu menjawab ini untuk menjamin kesegaran dan pengekalan rupa bentuk dayur dan buah²an terbabit. Peniaga itu mengaku telah melakukan perkara terbabit sejak sekian lama. Ini menyebabkan beliau sedih kerana pemakanan harian afalah tidak sihat walaupun dari bahan semulajadi.

Sejak kejadian itu beliau menjadi sedih mengenangkan nasib anak bangsa akan datang yang memakan dari sumber bahan kimia yang tinggi. Yang boleh menyebabkan kematian dn penyakit berbahaya pada generasi akan datang. Beliau telah termenung di teres atas rumah (rumah di India terutama di bandar tiada atap cuma ada teres lapang tanpa bumbung untuk menyidai pakaian atau berehat. Ini kerana kawasan menjadi sempit dan kepadatan penduduk. Jadi ruang tereslah untuk beristirehat dan menjemur pakaian) . Beliau merindui anaknya dan menyiram tanaman kesayangan anaknya. Dengan melihat tanaman dan setelah menghubungi anaknya beliau memandang teres yang kosong yang tidak digunakan dengan sebaiknya memandang di bandar tiada tanah untuk berbudi. Setelah lama termenung beliau mendapat satu idea. Maka beliau memulakan dari rumah beliau sendiri. Beliau mendapat idea untuk membina rumah hijau di setiap teres² rumah supaya mendapat makanan yamg segar dan bebas kimia.

Pada peringkat awal, tiada siapa yang menyokong walaupun keluarga sendiri. Malah beliau mencadangkan kepada semua penduduk taman untuk membina rumah hijau. Mereka hanya tertawa dan menyatakan tidak berkemampuan untuk membina rumah hijau tersebut. Beliau tidak berputus asa. Beliau meminjam kepada sahabatnya untuk mendapatkan modal membina rumah hijau. Mujur sahabat sekerjanya sudi membantu dan ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha. Ketika beliau melalui depan rumah bekas gurunya. Gurunya memaklumkan tahniah anda telah menjadi diri adan dan cikgu akan sentiasa menyokong. Suntikan semangat itu menambahkan lagi keyakinan beliau.

Ketika tanaman rumah hijaunya telah berbuah beliau ingin melawat seseorang yang pernah beliau menunjuk² untuk berjumpa Ketua Menteri dan kemudian pengsan. Beliau diejek oleh wanita terbabit kerana pengsan. Satu hari beliau terserempak dan mengetahui wanita tua terbabit merupakan sebatang kara dan berasa kasihan. Beliau telah memberi hasil tanaman rumah hijau anaknya.

Pada ketika itu, beliau telah mendapat tawaran dari seorang yang kaya untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Orang kaya itu menginginkan sayur²an organik dan bebas kimia. Orang kaya terbabit diperkenalkan oleh perempuan tua terbabit dan pada masa itulah titik tolak beliau melihat kedai² borong yang menyediakan stok sayur²an yang disiram bahan kimia untuk ketahanan.

Idea membina rumah hijau terbabit demi untuk memberi peluang perniagaan kepada warga setempat di samping memenuhi keperluan dari orang kaya terbabit. Apabila tiba masa menuai beliau dan penduduk setempat bergotong royong dan bersatu hati untuk memenuhi keperluan terbabit.

Berita tentang rumah hijau di atas teres mendapat liputan meluas. Beliau di panggil oleh para pengamal perubatan untuk memberi ucapan atas kejayaan beliau menghasilkan tanaman bebaa kimia dan sihat dan selamat untuk di makan. Beliau sekali lagi di panggil oleh Ketua Menteri untuk bersua muka. Ini juga mendapat persetujuan parlimen sebulat suara parti kerajaan dan pembangkang bersetuju melantik biau sebagai exco pertanian.

Hari yang di tunggu² telah tiba untuk sekian kalinya. Beliau akan bertemu Ketua Menteri. Suami dan anak beliau ada menemani. Debaran anak beliau di coretkan dalam Facebook bahawa bangga memiliki seorang ibu seperti beliau (dulu malu di ejek kerana ibunya pengsan bertemu Ketua Menteri)

Akhirnya beliau bertemu empat mata dengan Ketua Menteri dan dapat menyuarakan soalan kepada Ketua Menteri. Ketua Menteri berasa bangga dan menyatakan terkilan wanita yang dulu ingin di jumpa telah pengsan tanpa sempat menyuarakan soalan. Di meja makan, Ketua Menteri menyatakan bangga terhadap wanita seperti beliau dan menyebabkan suami beliau terharu sambil mengenggam tangan beliau. Ketua Menteri mengajukan soalan kepada anak gadis beliau dan adakah beliau bangga mendapat ibu seperti beliau? Sudah tentu jawabnya pendek. Soalan terakhir Ketua Menteri pada beliau pula apakah hari paling bermakna? Hari ini jawabnya pendek. Beliau telah di lantik sebagai exco pertanian dan telah berhenti kerja di Jabatan Hasil.

Sempena meraikan kejayaan beliau telah menghubungi rakan yang kebetulan berada di luar negara untuk menghadiri Conference mengucapkan terima kasih kerana memberi semula semangatnya yang hilang. Rakannya sempat mengusik "apakah usia anda?" Beliau dengan yakin menjawab usia tidak penting, yang penting ingin berjaya.

P/s: Kisah ini sangat menginspirasikan. Setiap wanita ada kekangan. Keluarga dan tanggungjawab sehingga terlupa kita juga mampu berjaya walaupun usia melebihi 30an. Kejayaan tidak mengenal putus asa. Tidak mengenal usia. Yang penting ada rasa ingin berjaya dan berusaha. Semoga kisah ini memberi semangat pada wanita di luar sana.

XoXo,
Cik Lee

Wednesday, July 19, 2017

Seronok ke mengular?

Assalamualaikum geng (┯_┯) ,

Topik kali ini seronok ke mengular? Sebenarnya tak. Tipu lah mengular itu kepuasan. Pergi kerja untuk mengular baik tak payah pergi. Baik rehat² je kat umah. Tidur.

Masalah sekarang sukar tidur. Jadi apa bestnya mengular jika tidur pun susah? Mungkin orang kata rezeki berkat. Berkat kah rezeki kita?

Ramai anggap orang rajin, menunjuk² kerja rezeki dia berkat. Manakala orang malas, asyik mengular rezeki dia tak berkat. Sebab itu dia selalu sakit. Sakit dan rezeki?

Semalam mami kol semata² nak suruh tengok motivasi Dr. Fadzilah Kamsah. Mengenai rezeki, berkat, bos dan sakit.

Hurm ~( ´•︵•` )~ lebih kepada nak cakap sakit tu sebab rezeki tak berkat, sakit tu sebab melawan cakap bos, sakit tu sebab selalu datang lewat bla...bla...bla...

Kalau camtu orang yang sihat 247 rezeki dia berkat kot, takda mengular, sentiasa bersih dan suci bagai embun pagi sehinggakan orang yang sihat menjadi sombong dan memandang rendah pada yang sakit. Orang yang jarang dan susah mc (cuti sakit aka medical certificate) sebtiasa bagus, baik, cemerlang, unggul dan dihormati. Gila apakah?

Kalau orang sakit dia tak minta sakit. Kalau orang sengaja lembik, lesu tak bermaya dia tak minta ity semua. Yang di nak sihat. Dia boleh jadi orang normal. Dia boleh menjalani kehidupan biasa dan positif. Tapi sapa sebenarny pembunuh senyap? Pelemah semangat? Pengejek dan memandang sinis?

Ya sudah tentu orang sekeliling. Orang yang menganggap remeh tentang orang lain. Orang yang fikir sakit tu sengaja dibuat². Orang yang paling dekat dan rapat. Adakah kita perlukan sokongan? Tidak juga. Bukan galakan untuk terus sakit. Tapi galakan untuk terus sihat. Sama² beri kekuatan. Sama² jadi pemangkin untuk sihat. Ye orang sakit itu degil, orang sakit tidak mahu mendengar kata dan apatah lagi makan ubat dan orang sakit tidak mahu mengaku dia sakit.

Sampai bila kita nak kondem orang camni. Men"down"kan orang yang sudah "down" sakit je dah bikin down serba serbi. Lagi dibandingkan dengan orang sihat.
A
_ノ乙(、ン、)_ hidup ini ujian. Jadi jangan kita dengar kata² negatif. Berusaha berubah dari hari ke hari sehingga berubah sihat dan kembali seperti sediakala. Insyaallah.. Sakit itu anugerah. Penghapus dosa.

Best sangat ke bergaduh dengan bos? Kita ini kalau boleh nak berbaik dengan semua orang. Tapi kalau bos kita buat kita paranoid. Sentiasa perhati tindak tanduk kita. Tenang ke nak bekerja? Maki² ugut² depan orang? Seronok ke? Indah ke kalau kita tak menjawab? Geram tu ada. Manusia biasa akan geram. Rasa nak marah bila diperkotak katikkan. Bagi pula markah rendah. Happy ke?

Sudah tentu tidak. Sudahlah sakit. Nikmat bahagia dan tenang hilang. Sudah letih dengan permainan semua ini. Hilang rasa motivasi dan nikmat bahagia. Sabarlah. Allah lebih mengetahui.

Jangan bandingkan diri dengan orang sihat tapi kita berusahan untuk sihat. Jangan dengar kata negatif dan teruskan hidup positif. CL akan ada bersama anda.

XoXo,
Cik Lee

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Assalamualaikum, 

Hari ini CL nak share beberapa tips kopipes dari blog lain mengenai keperluan servis kereta anda dan apakah yang perlu ditukar. Jadi harap ia memberi manfaat kepada semua.

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya! 

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.



Sumber: eiyoei.blogspot.com

Tuesday, July 18, 2017

Nak beli kereta baru atau terpakai? (-o⌒)

Assalamualaikum geng,
Hari ini CL tengah confius sebab nak memilih kereta. Kereta pilihan adalah kereta import Tapi mereka cakap x elok membeli kereta terpakai. Sebaiknya beli kereta baru.
Kelebihan kereta baru :
1. Warranty lebih dari 5 tahun.
2. Bayaran bulanan yang lebih munasabah (bergantung pada jenama dan komposisi Auto /Manual Standard /Premium)
3. Kalau perempuan kurang arif hal ehwal kereta jadi warranty itu penting (kurang pasti warranty itu berbentuk apa)
4. Insurans dan roadtax diskaun untuk tahun pertama.
5. Hadiah² iringan selepas pembelian (tinted /payung / kalendar / aksesori lain)
6. Lebih terjamin penjagaan kerana masih dalam warranty.
Faktor untuk membeli kereta terpakai.
1. Kena tengok tahun pembelian (selalunya warranty dah expired)
2. Kos baikpulih setelah beli adalah tanggungjawab sendiri.
3. Bersedia menghadapi kerosakan selepas jualan.
4. Bulanan yang lebih rendah. Jika berkemampuan ada lebihan wang untuk faktor 2 &3.
5. Jika bernasib baik dapat barangan yang tiptop kondisi (setelah dipandu uji dan khidmat nasihat pomen)
6. Bayaran insurans dan roadtax yang rendah.
7. Lebihan duit bulanan. (Mampu installment kutu untuk bayaran rodtax dan insurans, lebihan duit untuk adar harga petrol yang berubah²)
8. Kena mahir melihat minyak hitam, air dan lain² faktor berkaitan kereta (tayar kurang angin, alignment, tayar botak)
9. Kena bersedia alat² ganti dan pomen yang mahir dan berbaloi bergantung pada aspek upah kerja dan kos alat ganti.
Jadi CL masih melihat² samada untuk memilih kereta terpakai atau kereta baru. Tapi buat masa ini selesa kereta terpakai. Memandangkan kos yang jauh lebih murah tetapi kena pertimbangkan kos selepas jualan.
Baik buruk membeli kereta. Pertimbangkan bayaran bulanan, petrol, servis dan alat ganti. Mungkin kita fikir kita mampu bayar bulanan namun kemampunan untuk yang lain² masih paras hidung. Terutama berkenaan insurans dan roadtax.
Apapun sekarang CL hanya menggunakan pengangkutan Grab dan pengangkutan awam untuk kemana². Memandangkan sekarang faktor Grab sekarang semakin cekik darah harganya terutama waktu peak hour menyebabkan CL kena pertimbangkan semula perbelanjaan bulanan CL yang semakin meningkat mendadak ni.
XoXo,
Cik Lee

Monday, July 17, 2017

Sambung Pengajian Peringkat Masters

Assalamualaikum  (-o⌒),
Sekarang ni CL tengah berusaha nak segera sembuh dari Thyroid. Yelah, thyroid buat sesak nafas dan jantung laju. Bila dah laju penat lain macam. Kalau boleh tak sudi nak bergantung harap dengan makan ubat penenang je. Bahaya woo. Mahu taknya, kawan CL admit seminggu kat hospital sebab dia terlupa bawa ubat dan skip ubat 3 hari. Apa lagi pengsan dan bawa ke icu. Mujur tiada apa² berlaku.
Dengan pengharapan sihat supaya sis CL tak lemah serba serbi. Lembek dan asyik nak berehat je. Maybe orang lain boleh aktif sebaliknya sis kalau aktif hari ni esok baring aje.
Ok back to our main story. Nak sambung pengajian peringkat master. Bila baca blogger lain. Komen² belajar susah. Tambah² ada yang komen tu dari pelajar sepenuh masa dan baru tamat pengajian peringkat ijazah. Jadi bertambahlah rasa confused kenapa susah ye?
Bila tanya pula rakan² yang telah bekerja dan berjaya tamatkan pengajian peringkat master. Sebenarnya tidaklah sesusah peringkat ijazah. Peringkat ijazah ini bergantung kepada peperiksaan , quiz (masa belajar ijazah pertama kali pensyarah cakap nak bagi quiz kita ingat macam main game kat tv tu, alih² soalan²  kerja rumah.)
Namun begitu, peringkat master ini adalah kekuatan individu. Ini kerana, tiada lagi group assigment. Paper² di bentangkan secara individu. Bukan tidak boleh berbincang berkumpulan tapi kesimpulan akhir perbentangan tetap berbentuk individu. Soalan² quiz juga lebih mencabar. Tiada lagi pendedahan oleh pensyarah. Pensyarah hanya sampaikan informasi dalam kuantiti yang sedikit. Bahan² lain wajib dicari oleh pelajar dan sekiranya perlukan panduan masih boleh berkomunikasi dengan pensyarah.
Seperti diketahui umum, pensyarah adalah berbeza² dan sistem pengajaran, pemahaman , maklumat, panduan dan sporting juga berbeza. Namun, bagi pelajar yang telah atau sedang mendalami pengajian peringkat master menyatakan peratusan mendapat CGPA 4.0 lebih tinggi berbanding peringkat ijazah.
Jadi tiada pelik, cuma usaha tetap sama. Melihat rakan yang sedang belajar dengan kerjaya,keluarga dan pengajian memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Kata orang, boleh bikin down kalau tak dapat handle secara tersusun. Jadi jika anda pelajar sepenuh masa, masih muda, punya tenaga kuat ke sana kemari maka tidaklah sesusah mana jika dibandingkan akak² ini, dah tinggalkan pengajian ijazah lebih 12 tahun. Otak sedikit tepu. Pergerakan lembab. Otak nak proses slow. Itu mujur akak ini bujang kalau dah berkeluarga mau berpinau 。・°°・(>_<)・°°・。
Jadi jika anda baca blogger muda yang komen susah nak bahagikan masa kerana masa senggang untuk peringkat master memang banyak jika pelajar sepenuh masa. Lain pula dengan pelajar senior seperti CL yang sudah bekerjaya. Masa yang ada terhad dan padat.
Jadi jangan patah semangat. CL berminat akan meneruskan peringkat master insyaallah tahun depan. Dan pengajian yang di pilih setakat ini adalah MSc in International Business. Mengapa ambil MSc bukan Mba? Kerana sis ada graduan Bsc. saja nak kekalkan Sc dalam pengajian. (^_^)
XoXo,
Cik Lee

Wednesday, July 12, 2017

BODMAS dalam Matematik

Assalamualaikum,
Haaa...nak tanya. Pernah dengar tak operasi BODMAS dalam mathematic? Ada sesetengah antara kita tak pernah didedahkan dengan bodmas kan?
Jangan risau anda² tidak bersendirian. Mari sini CL nak share apakah itu bodmas. Bodmas ini sebenarnya turutan dalam pengiraan. Jadi ibu² bapa² sekalian kena ambil tahu apakah itu bodmas.
Sini CL akan share apakah itu bodmas dalam kira² dan menjadi rujukan kita di masa akan datang sekiranya anak² berdepan dengan soalan matematik.
Pakar matematik dalam keluarga CL adalah mami CL. Fuh..dia punya hebat boleh kira congak je. Tak payah guna kalkulator. Hebat..hebat.... Kalau abah CL plak dia pakar dalam akaun. Haaa..almaklum unit Gaji zaman askar dulu².
Jadi sedikit sebanyak CL share ilmu² terkini dalam matematik untuk memudahkan anda mengajar anak² nanti.
Mari lihat contoh soalan
8+2x10÷2 =
Jika di lihat dari pengiraan bodmas
Maka, 
8+2x(10÷2) = 8+2 x (5)
Mengikut turutan bodmas operasi "÷" perlu dikira terlebih dahulu. Kemudian
8+(2 x 5) = 8 + (10)
Kemudian di turuti dengan operasi "x" 
Maka
8 + 10 = 18#

Dan jawapannya adalah 18.

Ingat prinsip "Mathematics Makes Money" jadi jangan pelik masa sekolah dulu cikgu tulis singkatan untuk jadual kelas matematik adalah M3. Bukan saja² ok. So  tidak salah belajar matematik. Sangat menyeronokkan.
XoXo,
Cik Lee

Tuesday, July 11, 2017

Bad Lazada Refund v(´-ι_-`)v

Assalamualaikum,

Hati CL ni bengkek je dengan Lazada Malaysia. Dah dua minggu refund tak clear² 。・°°・(>_<)・°°・。

Bengang sangat. Apa ntah susah sangat nak refund duit orang. Dah la chat sibuk, kol berkali² pun masih sama juga. Xsettle masalah ini. Nak kata beribu tu tak lah. Tapi tetap duit. RM150. Memang tak puas hati.

Bila ntah nak selesai masalah ini. Kita je nak usaha. Dia nama nak return call, nak respond email harammmm kot ada. (ง ˙ω˙)ว rasa nak tumbuk je.

Lazada oh Lazada. Dah semakin teruk. Mujur sekarang dah kurang shopping Lazada. Semua beli COD je. Kalau camnilah service Lazada untuk refund. Jeran lah nak shopping lagi.

Kita beli dengan Lazada ini dah lama. Dah macam² barang kita beli tapi bila dah melibatkan pakaian ini selalu bad idea. Jangan beli di Lazada berkaitan pakaian. Selalunya hanya 10% sahaja yang trusted seller. Yang lain, bukan xboleh percaya. Tapi nak update stock product available pun susah.

Sudahnya menyusahkan pelanggan. Dan kita plak yang bersusahpayah nak dapatkan duit kita semula.

Jadi harapan akan datang semua peminat Lazada lebih berhati². Jangan terkena seperti CL. Sebab itulah, Customer Chat Online pun busy memanjang.

Fed up betul ~( ´•︵•` )~_ノ乙(、ン、)_

XoXo,
Cik Lee

Monday, July 10, 2017

Koleksi Terkini bridetobebyroselily bulan Julai17

Assalamualaikum,
Kemeriahan syawal masih mendapat tempat ke saat ini. Sana sini upload gambar berhari raya. Mengunjungi rumah terbuka. Seronoknyaaaa. (⌒▽⌒)
Kalini CL nak share pula item terkini untuk bridetobebyroselily. Jadi jangan lupa follow instagram bridetobebyroselily nanti k.
Ramai yang masih idamkan perkahwinan romantis disertakan gaun² romantis untuk menyerlahkan suasana romantis. Berikut adalah item terkini yang Sale❗Sale❗Sale❗
Jangan tunggu lama² . Dapatkan segera di bridetobebyroselily samada melalui email gmail atau instagram. Tidak lupa juga fbpage bridetobebyroselily.
Selamat membeli belah.
XoXo,
Cik Lee

Thursday, July 6, 2017

Pewarna Kuku Peel Off

Assalamualaikum,
Pasti semua dah tahu, pewarna kuku hangat di pasaran. Water base (berasaskan air) dan selamat digunakan.
Sejak remaja dulu, belasan tahun umur memang sangat sukakan mewarna kuku. Mesti melepak bilik kawan untuk berseronok mewarnakan kuku.
Hobi gitu..suka tengok kuku wara warni. Pernah lah sekali nak ambil result SPM. Mewarna kuku kebetulan ABC (Allah bagi cuti) jadi melepak rumah kawan non muslim suruh dia warnakan kuku kita. Ustazah pun jeling² tengok kuku kita berwarna. (Saja buat tak tahu, padahal perasan je jelingan ustazah tu)
Hobi tu berterusan ke zaman matrikulasi. Ada kawan dari Sarawak non muslim pun selalu warnakan kuku. Nak di jadikan satu hari kami melepak ramai² kat hall dan mewarnakan kuku. Nak di jadikan cerita peluntur kuku tu terjatuh. Maka peluntur tu mengalir ke penutup calculator saintifik CL. Apalagi, dengan cover² tu pun luntur mengerengkot (macam kemik la, kalau plastik terbakar, macam tulah lebih kurang) maka kami pun tak berani dah nak warnakan kuku. Gila apa.. Tengok cover tu hampir rosak (mujur calculator masih ok) inikan pula letak kat kuku kita. Ngeri woo.. (。-_-。)
Jadi sekarang ini dah ada peel off pewarna kuku. Xperlu risau lagi. Yang penting senang nak tanggalkan. Tak perlu guna peluntur dah. Takuttt (´°_°`)
Apa pun CL ada jual kalau berminat. Harganya RM8.00 sahaja. Boleh hubungi CL melalui email tertera. Jangan risau. CL selalu buka email.
Pewara kuku semakin style. Apa lagi dapatkan segera.
XoXo,
Cik Lee

Wednesday, July 5, 2017

Temujanji Doktor 3/7/2017

Assalamualaikum pembaca CL,

Sedar tak sedar kelmarin ada appointment doktor. Nak jadikan cerita keadaan klinik sesak di ruangan menunggu untuk berjumpa doktor. Lagi² hari Isnin pertama. Orang baru balik bercuti panjang.

Punyalah seramai² manusia. Hurm, aka terjangkitlah demam. Maybe badan terlalu penat menunggu dengan keadaan riuh. Orang berbual. Dengan sesak. Bertambahlah sakit kepala.

Keputusan ujian darah masa ramadhan lepas agak mengecewakan. Kadar TSH masih tinggi 63.00++ (T-T)

Tak dapat terbendung hati kecewa melihat keputusan itu. Sudahlah bersesak. Penat, ramai orang. Kena plak tambah dos ubat. 

╥﹏╥

Nampaknya kena jumpa doktor lagi pada 2/8/2017 untuk ambil darah dan 28/7/2017 untuk appointment doktor. Lotih eh lak.

Lagi² CL penakut makan pil. Suka atau x, kena belajar perlahan². Jeranlah dua kali ngadap dua kali tu jugak sakit selepas tu. Dengan keadaan sesak dan semak kepala orang ramai sangat.

Macam biasa ambil stock ubat sebulan lagi. Ubat dan ubat (ㄒoㄒ) Carbimazol 7 biji dan Propanolol 1 biji (Dos 20mg) (!o~o!) berpinau tengok ubat dan nak makan ubat. Banyaknya 。゚(゚´Д`゚)゚。


XoXo,
Cik Lee

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438

Assalamualaikum,

Sorry lah ye, lambat nak update nak wish. Almaklum raya cuti panjang. Bz memanjang. Full jadual beraya dan itupun masih ada lagi yang tak dilawati.

Kesempatan ini CL ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1438 kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Semoga bahagia berhari ray bersama keluarga tersayang. Hargai kasih sayang semua.

#eidmubarak1438 #raya2017 #eid2017

XoXo,
Cik Lee