Thursday, August 3, 2017

Tips Packing Pakaian Percutian

Assalamualaikum (-o⌒),

Hari ini CL nak kongsikan pula apakah koleksi pakaian yang perlu ada dalam senarai barangan untuk di packing.

Apa yang perlu tahu miss stailista bukan sahaja bergaya waktu biasa malah waktu percutian juga.

Ini antara tips pakaian yang perlu ada dalam bagasi anda. Cuma pakaian t shirt pendek perlu di tukar tshirt yang berlengan panjang untuk wanita muslimah.

Jom kita semak antara idea² yang patut ada untuk percutian dan anda boleh tukarkan mengikut gaya anda. Cara suaipadan ini dapat beri panduan serba sedikit.

Selamat bercuti penuh gaya❗❗❗

XoXo,
Cik Lee

Bergaya dengan Blazer

Assalamualaikum (-o⌒),

Kali ini CL akan kongsikan gaya pilihan CL. Kalau style pilihan semua terutama celebrity adalah pemakaian Blazer.

Blazer menambahkan seri pemakaian dari formal kepada santai. Pemakaian blazer adalah salah satu pakaian wajib ada dalam gerobok anda.

CL juga memiliknya. Jadi tambahkan gaya anda dengan blazer. Seharusnya tampil bergaya dengan pemakaian blazer.

CL akan kongsikan beberapa gaya untuk memberikan idea kepada semua.

Hello miss stailista..

XoXo,
Cik Lee

My make up Collections

Assalamualaikum (ヘ。ヘ),

Pasti ramai wanita dan gadis² ada sesetengah suka bersolek kan? Alat dolrk ni tak perlu mahal² tetapi biarlah berpada².

CL tengah lagi belajar bersolek terutama tang makeup kening. Masih fail. Kena praktis lagi. Tapi CL lebih prefer makeup kening bold yang biasa berbanding trend terkini. Almaklum kening tebal dan xbercukur. Cukur dulu pun luka sebab xredha. Masa itu nak mekap kawen sepupu.

Sekarang ini CL perkenalkan separuh dari alat solek CL. Harap semua berpuas hati. Mana tahu yang lain serasi dengan kulit semua kan?

1. Primer ✔ jenama Make Up Base DLM - CL baru beli tadi dan baru mencuba. Saiznya agak kecil. Dan kemungkinan tidak tahan lama untuk yang heavy makeup. Tetapi sangat lembut. Bila kena kat wajah. Disebabkan tidak begitu makeup maka belum dapat di pastikan keampuhannya dalam menutup liang² roma yang terbuka, parut² jerawat. Namun yang pasti bila anda letak foundation dia akan rata.

2. Foundation ✔ Jenama Pixy - CL memang suka sangat foundation jenama ini. Berbentuk stick, sangat praktikal dan mudah di bawa kemana sahaja. Kadang² CL guna untuk bagi jerawat kering terutama lepas kita picit tu. Merah² dan berair. Bila tutup dengan foundation ini dan sapukan bedak Pixy. Nah...esoknya pasti susut. Jerawat dan kulit akan mengelupas. Bila dah kering apalagi kopek kulit menggelupas tu. Tadaaaa....parut tiada...jerawat pun tiada.

3. Two Way Cake ✔ Pixy - CL memang suka jenama Pixy. Biasanya kalau Two Way CL akan ambil tona gelap sedikit dari foundation. Sebab nak elakkan muka macam tepung gomak. Tapi tetap melepak juga (⌒▽⌒). Seperti biasa kegunaan lain selain dari bedak asas. Ia juga untuk memberi jerawat kering. Hahaha...Two Way Cake ini sebenarnya boleh di gunakan samada span basah atau lembap untuk sapuan yang rata. Jadi jika berminat untuk sapuan kering. Gunakan span sedia ada.

4. Blusher ✔ Ushas - Selain dari jenama Pixy CL juga peminat jenama Ushas. Lebih menarik dan sapuan dia lebih cantik. Ushas mesra dengan kulit CL. Jadi CL tak teragak² nak guna jenama ini.

5. Lipstick ✔ Miss Young - Ni adalah pertamakali CL guna. Rasanya jenama dia bertukar² tapi apa CL dapati sapuan lebih cantik. Tahan lebih lama dari jenama biasa. Bila kena di bibir tidak melekit dan berat. Selesa sebab dia jenis matte. Kalau berminat boleh google. CL gunakan warna 5.,

Itu sahaja koleksi kali ini. Di lainkali akan CL kongsikan beberapa lagi koleksi makeup CL. Jangan risau CL hanya guna jenama biasa. Tapi hasilnya marvelous.

XoXo,
Cik Lee

Cara Pemulangan Barangan Lazada

Assalamualaikum semua,

Hari ini CL nak kongsikan cara mudah untuk memulangkan barangan Lazada. Ini adalah pertama kali CL pulangkan barangan Lazada (kalau tahu dulu tak suka je pulangkan...keh..)

Ok jom semak langkah² pemulangan yang telah CL lakukan.

1. Buka aplikasi mobile jika ada. Jika tidak boleh buka pada website.

2. Semak barangan di ruangan My Order. Caranya klik pada sebelah kanan atas ada<--- (3 •  bukan 2) selepas itu pilih barangan yang ingin kita pulangkan. Klik Return Order. Untuk makluman barangan yang kita belum terima pun kita boleh Cancel Order.

3. Selepas itu klik tanda ✔ pada kolum petak sebelah gambar barangan yang ingin kita pulangkan. (Tak perlu cari lah ✔ sebab klik pada kotak auto keluar..heheh...)

4. Kemudian klik diruangan petak sebelah itu sebab² barangan kita pulangkan. (Ni pun auto jawapan, pilih sahaja)

5. Kita berpindah ke ruangan tengah. Cara Pembayaran. Isikan data² nama, nombor akaun dan bank yang ingin di gunakan. Kita juga boleh memilih untuk dipulangkan secara e voucher. Jika kita ingin buat pembelian akan datang just masukkan sahaja number voucher tersebut.

6. Klik pada Cara Pemulangan. Yang ini auto jawapan. CL memilih cara pemulangan. Klik sahaja. CL memilih cara Pos Laju. Ini kerana dekat dengan pejabat pos.

7. Akhir sekali, Lazada akan keluarkan penyataan cara² pemulangan. Nombor prabayar pos laju. Dan juga alamat untuk pemulangan. Jika untuk kemudahan, snap dan simpan.

8. Cara² pemulangan kena :

a) Pastikan barangan masih dalam keadaan seperti yang di terima. ( Label jangan di cabut, plastik walaupun dah dibuka seeloknya simpan untuk rujukan)

b) Jangan simpan barangan terlalu lama baru ingin dipulangkan takut barangan rosak dan tidak valid.

c) Pastikan alamat supplier masih ada. Supaya memudahkan pemulangan.

9. Pergi ke pusat pemulangan dengan segera. CL memilih pejabat pos.

10. Semasa di kaunter pos laju, maklumkan ingin memulangkan barangan Lazada.

11. Nanti pihak pejabat pos akan serahkan satu borang warna merah jambu (rujuk gambar)

12. Isikan maklumat. (Jangan risau kalau anda lupa nombor Lazada berikan. Pihak pejabat pos dah ada rekod. Sebab pos berbayar dari Lazada)

13. Pastikan anda ada salinan alamat supplier (pada kertas penghantaran yang terdapat pada plastik wrapping postage)

14. Buat penyerahan pada kaunter dan dapatkan salinan borang.

15. Abis dah....tadaaaaaa...hahahha...tak apa dah. Tunggu duit je. Selepas itu shopping lagi. Ngehngehngeh...


XoXo,

Cik Lee