Thursday, November 19, 2015

Beras Herba Ponni Taj Mahal

Assalamualaikum,

Tiba-tiba nak story pasal pemakanan pulak. Beras ini adik abah CR yang test beli dulu. Lepas tu pun kami beli disebabkan masalah darah tinggi masing-masing. Selain itu, beras ini sesuai untuk pesakit diabetes kerana kurang kanji.

Tapi sejak dulu memang rumah CR ni bab makan alhamdulillah, Sebelum kami  bertukar beras kami adalah penggemar makan jenama beras Naga Mutiara. Harganya pun boleh tahan juga..Beras ini paling wangi dan sedap setakat ini kami beli. Harganya untuk 10 kg mencecah harga RM50. tetapi tak boleh nak challenge beras Taj Mahal ini untuk 5kg sahaja sudah bernilai RM 35++ tetapi demi kesihatan beli lah juga memandangkan kadang-kadang CR ni selalu makan lewat (bukan selalu ke? kehkehekeh..) Jadi less kanji dapat cepatkan bakar sikit dan boleh lah xpayah nak tunggu lama untuk zzzzz.. (tidur) .haaa...part ini jangan tiru plak...orang rajin macam CR ni memang tak boleh nak kata apa lah.

Beras Naga Mutiara ni memang wangi lebih-lebih lagi kalau masa tanak tu tengah menggelegak. Pergh...satu rumah berbau wangi. Bukan lah bau perfume. Tapi bau beras tu sendiri. Beras ini lebih putih dan tinggi kanji. Jadi sekarang dah tak makan dah.  Sebab tak larat nak makan beras mahal2 kesemuanya. Orang kat aelok beras wangi di campur beras herba ponni ini.

Dulu penggemar beras ini.
 Sekarang memandangkan kita makan bermacam-macam makanan yang manis dan bergula. Kenalah ada usaha untuk mengurangkan kadar gula. Selain dari menyebabkan gigi kita rosak kerana kandungan gula tersembunyi. Dan data di bawah diperoleh dari website

http://www.myfitnesspal.com/food/calories/beras-herba-faiza-taj-mahal-ponni-rice-239294374

selamat mencuba semua...daaa...


Nutrition Facts

Beras Herba Faiza - Taj Mahal Ponni Rice

  1.   
Calories175Sodium0 mg
Total Fat0 gPotassium0 mg
Saturated0 gTotal Carbs39 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber4 g
Monounsaturated0 gSugars0 g
Trans0 gProtein4 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A0%Calcium5%
Vitamin C0%Iron0%