Monday, May 29, 2017

Hari Ketiga Ramadhan

Assalamualaikum.

Tuptup...hari ketiga dah umat Islam sedunia menyambut ramadhan. Kemeriahan ramadhan sangat luar biasa secara amnya.

Masa inilah nak tengok kemeriahan bazaar. Bukan sahaja bazaar ramadhan untuk berbuka. Bazaar untuk raya pun bersepah.

Punya lah seronok rakyat Malaysia menyambut ramadhan. Berpusu² orang ke bazaar memilih juadah berbuka. Ada yang berbuka nasi ada yang bernuka ala kadar kerana mudahkan solat terawih.

Jangan pula ada bazaar ni kita bertambah membazir. Tapi orang Malaysia. Bab makan sentiasa berpesta sakan. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah. Mana nak dapat kenikmatan ini. Dapat berpuasa dengan aman, pulang kerja sibuk pula ke bazaar membeli belah makanan. Selepas berbuka ramai² pula berterawih.

Mau tak rasa semua nak makan. Setelah menahan lapar dan dahaga. Tengok makanan hati mula rasa teringin. Bila dah berbuka teringin tukar membazir sebab yang kita makan sehabis baik pun hanya air. Hahahaha...air berteguk² je dah cukup buat kembung dan kenyang. Apatah lagi nak makan lain.

Jangan pula kata terawih je penuh surau dan masjid. Jangan marah²..terawih setahun ada sebulan je. Alhamdulillah. Penuh la sana sini.Bertarawih dan bertaddarus antara kemeriah ramadhan.

Syukur selalu alhamdulillah.

Selamat berpuasa esok ye. Haaa...waktu dah bermula untuk tarawih. Yangxdapat berjemaah masih boleh bertarawih sendirian di rumah. Apapun...selamat berterawih semua.

XoXo,
Cik Lee