Tuesday, March 6, 2018

Umrah Ziarah 2018 - Day 2 Bursa

Assalamualaikum,

Hari adalah hari check out hotel Bursa dan bersedia ke perjalanan seterusnya. Kali ini kami dibawa ke Munira.

Munira

Di sini adalah salah satu tempat wajib dikunjungi jika anda berada di Bursa, Turkiye (sebutan Mr. B)

Makanan terkenal di sini yang wajib anda ada dalam bucketlist anda kerana di sini terdapat makanan sinonim Turkiye iaitu Turkish Delight. Ada pelbagai perasa anda boleh pilih. Nutella, Coklat, Delima, Pistachio dan tak terkata. Semuanya sedap² lebih lembut dari yang sudah dipacking.

Pengunjung dari Indonesia kebetulan bersama kami di dalam Munira sakan memborong Turkish Delight. Hiruk pikuk mereka membeli belah. Dari suasana yang tenang jadi kacau bilau.

Di sini anda diberi peluang menikmati teh saffron yang hanya diberikan kepada rombongan kami. Harga yang ditawarkan agak berpeluh juga.  50gm harganya mencecah RM200.00.

Di sini juga ada madu asli pelbagai jenis. Anda boleh pilih perasa madu yang mana berkenan dihati.

Anda juga boleh memilih pewangi cacair dalam botol yang lebih besar. Selalunya jika selebriti nak buat minyak wangi sendiri mereka membeli pati di negara timur tengah. Harga jauh lebih murah dan jika diletakkan dalam botol kecil sudah menguntungkan.

CL sangat sukakan tembikar Turkey. Di sini ada bermacam koleksi tembikar cantik². Cuma fikirkan banyak tempat persinggahan maka lupakan saja nak beli tembikar idaman.

Munira ibarat one stop centre. Semua ada. Malah frigde magnet dijual murah dan berkualiti. Begitu juga sejadah² cantik buatan Turkey semua dapat pada harga berpatutan.

Sebelumnya kami telah ditawarkan untuk kedua tempat dengan bayaran tambahan RM150 seorang. Ini adalah untuk ke Uludag dan Panorama Museum.

Uludag

Seperti yang dijanjikan kami akan main salji. Yahoooo...💗💗💗 oleh kerana sekarang ini adalah musim winter maka kami masih berpeluang merasai salji.

See u next chapter

Xoxo,
Cik Lee