Monday, November 9, 2015

Seni Memasak Bahan Murah Rasa Sedap

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah peluang mereka bercuti panjang dan menghabiskan masa bersama yang tersayang. Berbeza dengan CR menghabiskan masa sendirian sahaja di rumah selama 3 hari ini tanpa pulang ke kampung dengan lama.

Peluang ini diambil untuk merehatkan minda, untuk sendirian melakukan apa sahaja yang disukai. Tak payah pk nak masak, mandi awal, cuma santai sendirian di rumah dan merehatkan perasaan yang berkecamuk beberapa minggu ini melibatkan ramai orang yang tersayang.

Lupakan soal perasaan, jom kita teruskan bincang mengenai masakan. Umum CR ini bukanlah terlalu bagus soal memasak. CR masak tidak lah begitu vavaboom. Simple home cook sahaja tanpa memerlukan bahan-bahan yang merapu. Malah incik Fisher kata masakan CR tak sedap...(sedih kan?) Almaklum orang tak biasa masakan semenanjung nampak wajahnya agak pelik menikmati makanan di sini..hahaha... Well as you know saya juga tidak biasa masakan Borneo ye..tapi takda lah sampai cakap xsedap cuma tidak semua makanan menepati citati citarasa hakak ni.

Kepantangan hakak adalah mengunakan bahan perasa. Akak memang perticular mengenai bahan perasa terutama melibatkan homecook ini Homecook wajib berbeza dengan masakan kedai melibatkan perasa Ajinomoto ( pening kepala dan nak muntah....memang tak boleh makan) , perasa seperti kiub bilis lah...bla..bla...Satu-satunya perisa yang CR boleh guna hanya kiub pati ayam. Itupun bukan sepenuhnya,

Memasak ini sebenarnya mencabar jika bahan terhad, tetapi nak sedap. CR banyak meneliti beberapa resepi yang ada di blog dan lamam sosial yang adakalanya melampaui kos beli kat kedai. Masakan di rumah sewajarnya sedap dan murah kerana itulah function kita bila kita homecook. Bukan merapu dan menyusahkan nak mencari bahan-bahan pelik semata-mata untuk sedap (kalau sedap..kalau biasa-biasa sahaja kan dah membazir?)

Bahan utama yang CR kaji dalam semua masakan:-

1. Sos cili
2. Sos tomato
3. Cuka
4. Sos tiram
5. Lada hitam
6. Garam
7. Kicap manis
8. Lada sulah
9. Mayonis
10. Gula
11. Serbuk kunyit
12. Serbuk kari
13. Tepung

Jadi pastikan semua bahan ini wajib ada dirumah. Anda cuma perlu olah supaya sesebuah masakan itu menjadi enak.

Bahan-bahan basah pula :

1. Asam keping
2. Belacan bakar (optional)
3. Bahan menumis ( kulit kayu manis, bunga lawang. bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga (optional) )
4. Asam jawa
5. Serai (kalau tanam lagi bagus..segar)
6. Halia
7. Bawang putih
8. bAwang merah
9. Cili merah
10. Telur (better yang less cholestrol)
11. Lada / cili merah (yang siap diblender lagi bagus tapi yang original bukan yang di pack)
12. Limau nipis
13. Kentang
14. Cili api
15. Daun Limau purut dan daun kari serta daun kunyit
16.Bilis

Bahan-bahan orang kaya yang hakak tak beli sangat ( setakat ni beli serbuk pasley dan madu je)

1. Serbuk cili ( for what? too mat salleh lah sangat)
2. Whipping cream (better cari resepi pakai susu je...kosnya mahal)
3. Mozarella/ parmesan...bla..bla... ( guna satu cheese sudah....jimat kos...)
4. Rosemary/ pasli / oregano/ tyme.. bla..bla.. (pilih salah satu je..pasli lebih comel dalam masakan)
5. Cream tartar ( apakah? sorry konpem tak beli...)
6. White Chocolate / chocolate bar..
7. Madu (elok yang original untuk perasa makanan dan CR beli satu sekadar readymate je..)
8. Mustard sos
9. Strawberry / chocolate sos

Bahan-bahan masakan wajib untuk buat kek

1. Baking powder
2. Esen vanilla
3. Sebuk penaik
4. Butter
5. Serbuk koko

Bahan-bahan lain

1. Beras Taj Mahal ( less kanji untuk elak diabetes, biar mahal...makanan kita sekarang banyak gula sembunyi)
2. Susu pekat manis (kalau xberapa suka optional tetapi sedap untuk bahan buat kek)
3. Serbuk cokolat ( untuk buat air atau pun sebagai bahan buat cookies/ kek)
4. Milo
5. my peberet Nescaffe
6. Planta

Semua bahan-bahan wajib dalam rumah CR dan CR banyak aplikasi gunapakai bahan-bahan wajib untuk buat sesebuah resepi. Takda bahan-bahan yang melalut dan mebazir asalkan seimbang untuk kesihatan dan menjimatkan.

Bahan-bahan tambahan sebagai perencah yang wajib beli :-

1. Lada benggala ( 3 warna)
2. Brokolli
3. Carrot (lobak merah)
4. Salad
5. Pasta ( makaroni dan spiral )
6. Sardin ( wajib ada sebagai backup plan walaupun tak pakai sangat ...hihu)
7. Roti
8. Hotdog
9. Meatball ( jenama Azmy)
10. Daging burger ayam ( Selalu beli jenama Ramli)
11. Kentang goreng
12. Tortilla wrap
13. Prata wrap
14. Aiskrim ( express desert...hehe)
15. Cheese ( kraft )
16. Kobis
17. Lamb
18. Daging
19. Ayam
20. Dory
21. Siakap
22. Salmon
23. All makanan laut (udang, sotong, ketam)

 (ini sebagai tambahan sahaja nak jimat makan sebulan..jadi kena lah pelbagai kan )

Sebenarnya bahan-bahan ini sesuai untuk orang berdua atau ramai, jika kuantiti ramai kenalah kerap beli. Jimat buat breakfast dan juga lunch treat yang express tapi home made. Kos pun murah, tak perlu nak pening-pening. Sebagai amatur bawa bekal ke pejabat ini adalah sekadar untuk panduan sahaja terpulang kepada semua.

Nanti akan datang CR akan share resepi mudah dah tidak perlu gunakan banyak bahan-bahan. XOXO..