Tuesday, May 12, 2015

Tranformasi Hiasan Rumah

Assalamualaikum,

Arini CR nak touch mengenai dekorasi. Dekorasi semakin mendapat tempat kini dan ingin kediaman mereka kelihatan stailista dan nyaman. Namun sebagai penggemar deko bajet rendah pemilihan barangan sangat dititikberatkan supaya deko tidak melampau dari kemampuan yang ada.

Biasalah deko yang benar2 cantik bergantung kepada kos yang sanggup dilaburkan. Anda boleh meminati dekorasi en.Nahar yang total membuat pengubahsuaian rumah apartment menjadi kediaman yang indah dan menghiasi majalah dekorasi seperti Impiana dan Apartment.

CR seperti biasa baru melakukan 60% transformasi dapur, bilik mandi dan ruang tamu. Selain meratakan, wiring, mozek,plaster siling dan pelebaran kawasan dapur menyebabkan kos pengubahsuaian menelan belanja lebih RM 15,000. Itu hanya dekorasi yang basic tanpa perubahan major.

Bilik tidur perlu kumpul modal untuk pengubahsuaian lantai dan kemasan dinding. Kemungkinan hanya melakukakn penggunaan lantai lamina sahaja. Selain kos yang lebih murah.

CR adalah peminat dekorasi ala country yang simple dan elegan. Ada sedikit sentuhan classic dan mewah terutama cermin dan perabot. Terutama kerusi antik.

Okie dokie...nanti kita sembang lagi...