Tuesday, May 30, 2017

Cara Memilih Konsep Perkahwinan

Assalamualaikum geng,

Kali ini CL akan berikan tips tentang pemilihan konsep perkahwinan.Ramai bakal pengantin tidak menitikberatkan konsep dan lebih suka menyerahkan kepada perunding semata² samada dari keluarga mahupun katerer dalam menentukan konsep.

Seharusnya bakal pengantin perlu memiliki bayangan untuk perkahwinannya. Perkahwinan berkonsep tidak semestinya menelan belanja yang besar. Tetapi dapat memberikan kepuasan pada majlis yang bakal berlansung.

Pemilihan konsep ini bergantung kepada bajet dan penawaran yang ada. Mungkin pada konsep barat. Lokasi perkahwinan adalah keutamaan. Kos sewa lokasi,khemah, hiasan dan kugiran. Ini menjadikan kos perkahwinan di barat jauh lebih tinggi. Namun begitu ada juga yang sederhana dan biasa.

Bagaimana pemilihan menentukan konsep perkahwinan dan warna?

1. Perkara asas adalah pemilihan konsep. (Romantik, Desa,Bali, Tradisional, Moden, Simple, Roman,Luruh, Bunga)

2. Pemilihan warna yang sesuai untuk scallop khemah. (Putih, Pink, Baby blue, Gold, Oren, Hitam, Kuning dsb)

3. Susunatur meja.

4. Bunga² an

5. Pelamin

6. Hiasan meja (buffet, meja beradap,meja tetamu dan meja kek)

7. Penawaran yang ada di pasaran mengikut bajet.

8. Pemilihan mengikut konsep.

Jadi dengan ini bakal pengantin kena kerja keras memastikan konsep menepati impian bakal pengantin.

Yang utama penawaran yang ada di pasaran dapat memenuhi kehendak dan konsep yang kita inginkan. Apapun jangan panik dan risau kerana jika kita benar² buntu tidak mengapa serahkan kepada pakar samada perunding perkahwinan (di Malaysia jarang guna kerana kos yang mahal) mahupun keluarga dalam merealisasikan majlis kita nanti dan berbincang dengan mereka mengenai konsep idaman.

Jumpa next chapter. Daa...

XoXo,
Cik Lee


Perkara Asas Merancang Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum,

Hari ini CL nak share sikit tentang perkahwinan. Post ini khas untuk mereka² yang bakal berkahwin kelak.

Sebagai perunding di Bridetobebyroselily ingin sekali CL share sedikit sebanyak mengenai konsep perkahwinan.

Pokok utama dalam merancang majlis perkahwinan tidak kira kecil atau besar adalah BAJET. Bakal pengantin perlu tetapkan bajet dan wajib berpegang pada bajet yang ada.

Klasifikasi bajet bukan sekadar pelamin, baju, goodies dan perkara remeh. Pokok utama dalam majlis adalah makanan untuk tetamu undangan. Ramai pengantin lepas tangan soal ini dan lebih suka menyerahkan bulat² pada keluarga (ibu ayah) Ini adalah salah sama sekali.

Sebagai bakal pengantin kena ambil tahu apakah konsep hidangan yang bakal dihidangkan dan berapa peruntukan maksima untuk bilangan tetamu dan katering.

Pernah kita lihat berapa ramai antara majlis indah tetapi dirosakkan dengan hal remeh? Makanan tidak cukup untuk tetamu. Ini sesuatu yang memalukan apabila kita mengundang tetamu tetapi peruntukan untuk tetamu habis.

Ini mengundang persepsi kurang baik kepada tetamu apatah lagi tetamu yang datang memeriahkan majlis dari jauh kebetulan lapar. Hampa melihat makanan tiada.

Sebagai pengantin kita tidak mampu gembira melihat tetamu merungut. Malah jika nak salam dengan ibu ayah dan wakil serba salah kedua² pihak. Bukankah ini situasi kurang baik walhal meraikan tetamu adalah baik?

Berikut CL memberi tip² menarik untuk perkongsian bersama. Ini sekadar panduan kepada bakal pengantin dalam mengatur bajet dan memastikan majlis berjalan lancar.

Soalan asas yang perlu tahu :-

1. Berapa peruntukan anda?
2. Apakah bajet untuk khemah tetamu dan pengantin (pilihan)?
3. Berapa jenis menu sesuai untuk bajet?
4. Menu apakah yang sesuai?
5. Berapa bilangan tetamu yang boleh diundang?
6. Semak bilangan undangan sepadan dengan peruntukan makanan?

Soalan tambahan untuk mereka yang berbajet sederhana besar.

1. Jenis khemah? Piramid/Arabian/Transparent/
2. Bilangan khemah keseluruhan?
3. Konsep warna scallop? Dua warna atau satu?
4. Kipas dan lampu? Lampu biasa atau chandelier?
5. Susun atur meja. Memanjang atau bulat?
6. Kerusi tetamu bersarung atau tidak?
7. Berapa Khemah pengantin?
8. Susunatur dalam khemah pengantin. Round table / memanjang?
9. Peruntukan untuk dome di khemah pengantin?
10. Hiasan untuk buffet. Ada dua table atau satu?
11. Menu tambahan? Kuih/ bubur kacang/ agar²/ cendol/aiskrim?
12. Menu tambahan untuk pengantin? Ayam golek/ udang/ ikan/

Jadi jangan terlalu memikirkan konsep seperti baju /pelamin / goodies sebagai keutamaan. Kerana baju /pelamin / goodies terdapat banyak pilihan dalam pasaran samada murah atau mahal.

XoXo,
Cik Lee