Monday, May 22, 2017

Bila Kesayangan Dah Pergi Sekolah

Assalamualaikum geng‼

Hari ini saja nak story pasal #kesayangan semua dah semakin besar. Dah jadi warga sekolah.

Semuanya rajin² membaca, buat kerja sekolah dan alhamdulillah dah hafal doa makan.

Hari pertama semua #kesayangan ke sekolah. Berdebar² pun ada. Alhamdulillah... Semua anak yang bijak dan berdikari. #kesayangan pertama aka sulung dalam keluarga bersekolah agama.

Pastinya sebagai makyung mengharapkan mereka berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak² yang soleh dan solehah. Kebanggaan keluarga. CL hanya mampu melihat dari jauh.

Hari pun dah nak masuk waktu luncheon. Rasa lapar la plak. Tiba² hati sebak merindukan mereka²... Semoga Allah sentiasa pelihara mereka walau dimana mereka berada 😘😘

Apapun mereka tetap #kesayangan dunia dan akhirat. 😍😅

XoXo,
Cik Lee

Sakit Tangan Kuku Dan Mulut (HFMD) Versi Dewasa

Assalamualaikum..

Kali ini CL nak share pengalaman kena sakit HFMD versi dewasa.

Nampak macam simple...tapi sakitnya...Tekak penuh dengan ulser. Demam xkebah² dekat 3 hari. Nak menelan siksa.

Malam plak berguling² kelaparan sebab nak makan sakit..siksa betul

Bila dah agak kena HFMD bila tangan dan kaki keluar bintik² merah. Macam campak halus² tu. Tapi sakit woooo... Berbiji² kat tapak kaki nak memijak pun boleh terasa maca guli² kecil. (tahap sakit berbeza² pada individu) Nak kata sakit terlampau tu tak la. Tapi kategori sakitlah juga.

CL pesan kat Abah beli aiskrim vanila. Dibelinya aiskrim purple aka keladi. Sabar jelah. Pastu aiskrim coklat. (Jangan makan aiskrim coklat ye) dia punya berdenyut...fuhhhhh...xdapat nak kata. Perit wooo....orang kata Aiskrim Coklat itu Panas.

So masuk hari keempat. Abah CL paksa makan. Belanja makan nasi Arab Khabsa. Bolehlah telan sikit².. Sulam air. Nak kasi kebas makan aiskrim perisa VANILA.

Maka akhirnya susutlah berat badan makcik CL dari 80 ke hampir 90kg tinggal 60 kg dan kini 55kg.

Peristiwa terjadi tahun 2015 awal tahun. Memang masa itu kerajaan takda lagi nyatakan Cuti Tanpa Rekod. Maksima 5d.

Seeloknya memang cuti. Sebab boleh berjangkit pada umum. Lagi² air liur. Sekarang penyakit ini dah menyerang ramai dewasa.

Tak pasti pula puncanya. Kebanjiran warga asing xmustahil menjadi salah satu punca.

Apapun hargai kesihatan kita k. Syukur selalu sebab nikmat Sihat itu Sangat Indah.

XoXo
CL

Fuhfuh

Assalamualaikum geng...

Lama xbersiaran...hihi.. 😅😅😅 merajuk punya pasal. Lagipun semakin bz dan mcm² hal yang berlaku sekarang ini.

Ada yang baik ada yang kureng. Biasanya hidup...selagi nama hidup itulah yg kita kena hadapi sampai kita dah menutup mata.

Saja nak warm up. Dah tumpul otak nak menulis. Almaklum lama xbersiaran. Mau² lebih berbulan² merajuk. 😂😂😂

Sempena Ramadan Al Mubarak tahun ini Semoga dipermudahkan segala segi. Mental dan fizikal. Tahun lepas jenuh nak berpuasa. Tahun ini nebes je.

Perut asik meragam. Angin dan gastrik bertukar²...yang nak ganti 3d tu xberganti lagi walaupun sih sempat. Perut je yang bikin panas. Ni dalam menaip dok menahan sakit perut masuk angin. 😑😑😑 sabarlah ujian. Sikitttt je...

Haaa...nanti CL chitchat lagi. Lagi se stesen nak sampai dah. Kalau mengadap mobile phone memang leka. Dah berkali² asyik terlepas stesen. Taubat x nak...(*^▽^*)(*^▽^*)

Ok daaa (^_−)☆