Friday, April 17, 2015

Trip to Tasik Banding Perak, Royal Belum Perak

Assalamualaikum..

Arini CR nak share trip to Tasik Banding selama 3d 2n. Sori xbanyak pic yang bole CR share kan sebab album asal xdicopy lagi.

Untuk makluman misi ini adalah khidmat sosial yang dianjurkan oleh jabatan CR.InshaAllah dilain masa CR akan share lebih banyak pic lagi untuk perkongsian umum.

Day 1 : Perjalanan ke Tasik Banding

Kami bertolak dari ibu pejabat jam 9 pagi. Biasalah yang paling lewat ofkos CR..kihkihkih.. Kami singgah sebentar di Hentian Tapah untuk laluan menuju ke utara. Kami minum pagi disana sebelun meneruskan perjalanan ke Lenggong, Perak. Perjalanan yang panjang kami singgah di PUSKEP ,Lenggong untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Oleh kerana hari itu.hari Jumaat maka peserta perempuan bersolat di surau di PUSKEP tersebut manakala peserta lelaki bersembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke MRSM Lenggong untuk mengambil bekalan makanan untuk di bawa ke Tasik Banding. Kami sampai di tepi hentian tasik dalam jam 5 petang dan agak lewat dari waktu yang ditarget.

Kami dibawa menaiki bot khas untuk ke pulau buatan yg mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit perjalanan. Laluan yang mendamaikan. Perjalanan yang panjang kami disulami dengan permandangan hutan dara yang cantik dan nyaman.

Tasik Banding adalah tasik buatan manusia terbesar adalah projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerajaan negeri Perak. Keluasannya kena google la sebab memang sangat luas dan memiliki pulau persendirian sebagai projek alam sekitar selain dan menjadi sumber air untuk kerajaan Perak jika berlaku kekurangan bekalan air. Walapun tasik buatan, Tasik Banding adalah tempat penggemar pemancing tegar dan peminat camping.

Tasik buatan ini juga menjadi lokasi percutian kegemaran YM Raja Nazrin  yang kini bakal ditabalkan menjadi raja Perak berikutnya setelah kematian ayahanda baginda almarhum Sultan Azlan Shah.

Perjalanan yang panjang adalah kerana melintasi banyak pulau persendirian. Setiap pulau ade nama yang berbeza dibeli oleh syarikat kerajaan sebagai kempen memulihara alam sekitar dan ada sesetengah pulau didiami orang asli di Perak.

Kami tiba di Pulau Mara. Berkeluasan lebih 10 hektar untuk dijadikan pusat untuk pelajar2 dan staf menjalani aktiviti team building. Kalau kat sini jangan la nak harapkan bilik tidur yang cantik dan selesa. Khemah kami diperbuat dari buluh dan dibuat oleh pelajar MARA. Memang xselesa dan sakit kaki ni nak pijak tangga naik ke bilik yang seperti bentuk tiga segi dan seperti dorm yang panjang.Tiada tilam dan bantal dibekalkan. Tiada kipas tiada tingkap tiada pintu.Semuanya berlangsir dan open air.

Bilik mandi diluar macam zaman CR kecik2 rumah nenek CR di Kolo Pilah. Masa tu jamban pun luar umah.Kalau nak beyak pun kena turun tangga..Oleh kerana penggeli tiap kali balik kg uwan mesti seboleh2 xnak beyak..hihi...geli punya pasal.air pun kena hangkut dari atas kat bilik mandi kalau orang Nismilan panggil kolah tempat simpan air yang besar.Nak kena turun tangga bawak baldi utk uk.uhhh..haha..

Berbalik kepada program kami sampai sahaja kami di pulau kami pun diberi sedikit taklimat dan diagihkan bilik masing2 atau pondok mini. Kami dihidangkan jamuan mini.Selepas itu, kami pun membersihkan diri dan bersiap untuk berjemaah maghrib di pondok surau yang dibina khas. Selepas jemaah isyak kami bersiap untuk menikmati jamuan makan malam.

Malam itu kami ade program khas sharing corner. Dan progran malam itu diselangi dengan mengenali lebih dekat alam sekitar. Lampu digelapkan dan kami diminta untuk menyenaraikan bau2 yang dapat dihidu pada malam itu.

Memula seram jugak tetapi selepas itu ditemani cahaya bulan malam. Kurang sedikit rasa seram walapun kami dok dekat2 je.hahaha...

Sebelum tidur kami dijamu supper. Jamuan ringan sebelum kami beredar untuk tidur kami dimaklumkan untuk program esok. Kalau nak tau...to be continued...

Aummm..

(Gambar adalah sumber dari google mereka yang pernah pergi ke Pulau Mara)

Karya Agung by Nasron Yasin

Assalamualaikum..

Haaa..anda peminat buku? Teringin tgk buku yang lain dari novel cinta dan penuh kejiwangan? Ingin novel santai sambil minam kupi dok di beranda membaca?

Meh sini hakak nak promosi sebuah buku yang ditulis oleh penulis blog terkenal jugak tau mengenai bola sepak sokernet.blogspot.com dan blog peribadi lkny.blogspot.com dan ultrajang.wordpress.com

Beliau memang otai ultras N9 also known as jorji. Mista Nasron Yasin telah menerbitkan sebuah buku pertamanya Karya Agung.Buat masa ini buku ini dijual secara online di DuBook Press. Boleh lawat sendiri fb DuBook ni untuk dapatkan buku ini. (Sapotlah skit penulis melayu ni) sedikitn

Sebagai anak buah penulis hakak sendiri telah membeli sebuah sebagai tanda sokongan.Anda bila lagi? Sempat jugak penulis otograph buku hakak CR dan selpie(biasalah hobi).

Daaaaa..(jgn jeles erk...hakak selpie)

Software terkini kalau xdop xupdate la

Assalamualaikum..

Hah..hambek sehari berapa byk post nak hapdet. Haha..sebabnya hakak CR ni dah delete Fb software untuk sementara..

Macam bosan je FB ni..bukan menarik sangat pon.Satu post ntah brp jenis halaman post mende yang sama..bosan plak.

Baru2 ni CR macam menjebakkan diri dalam G+ aka google plus..perisian lebih kurang seperti FB dan sewaktu dengannya. Tapi lebih open. Keseronokan gile glame ni ialah berapa ramai yang yang view. Ops..view hakak untuk gmail ni je alhamdulillah dah menjangkau 300ribu ++ hokey..masa tu blur..blur je..nape plak pic hakak open sgt ni..so kalau korg ade nmpak post yg xdop pic.tu tandanya hakak dah restricted pic...tapi skrg hakak da lupa cara nk open pic.hancur blog hakak..

Konsep dia sama je cuma CR tgk xbrp digemari ramai.terutama org Malaysia. Saya lihat hp canggih semuanya dah tersedia google g+ hangout namun kurang sambutan.FB tetap menjadi pilihan ramai kerana mesra pengguna..jika hp ramai pengguna line, whats up, telegram, viber dan facebook wechat versi hp. Semua nya CR da donload tp CR dah uninstall sbb penuh.

CR dulu ade akaun friendster, Myspace dan dan paling xreti guna lansung adalah twitter. Twitter juga menjadi pilihan ramai terutama retis2 dan pemimpin. Sori CR mmg bleklis la Twitter. Dan paling in sekarang adalah instagram. Ramai lah menjadi kaki selpie termasuk hakak. 

Kalau nak cari on9 shopping memang sesuai..gambarrrr je.sampai rambang mata nk tgk. Semua ada.klik je. antara bazar yang pemes dalam instagram #bazarpaknil pemes seh.review Nora Danish pun xpemes.

Sekarang ofis CR dah bz tukar software email terkini Microsoft 365 erm...belum lagi dapat CR share sepenuh kerana email itu berkuatkuasa 1 Mei nanti.

Kbai..


Luahan Hati by Kristal

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga

Oh kasih…..
Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih….

(Tetibe hakak tersuka lagu ni bila youtube oto bukak lagu ni masa layan lagu..best jugak..jom layan)

Anjeee..dah 3 tahunlaa..

Assalamualaikum..

Anjeee makyung dah 3 tahun taw..sape lagi kalau bukan Nurqalisa..anje mengade..

Oleh kerana anje dah 3 tahun anje kena jadi anak yang baik tau. Jangan cepat sedih kalau si Fira (anak jiran kat umah uwan Klang) nanti cakap "kita ada mama..." jangan sedih2 sebab  mama.kerja jauh untuk cari rezeki..tunaikan permintaan adik p salan2..adik nk permainan..adik nak baju sadido..baru2 ni adik dapat beg baru kan?..adik bertuah tau..Fira belum tentu dapat.

Adik ade uwan2 atok2 yang selalu memanjakan adik. Mak sedara yang selalu kena marah dgn adik..haha..sebab adik ni garang. Tahun ni adik p jalan2 Langkawi ngan uwan Klang..ngan abg jamil ngan papa da dan mama da..mama dan papa

Happy belated birthday 28 Feb 2015 adik..semoga adik juga menjadi anak solehah..penyenang dan penyayang. Adik comel jgn garang2..makyung sayang adik ngn pea.