Saturday, January 22, 2011

Tips untuk mereka menyewa, bekas pelajar dan belum berkeluarga Bergaji RM 1,000 Sebulan

Salam,
Rasanya lama sungguh saya tidak menulis dalam blog saya ni.Kali ni saya cuba nak buat pembaharuan sikit demi sedikit. Kali ni saya nak tambah ruangan baru. Tips lebih ke arah memotivasikan diri sendiri dan pembaca yang sudi melayari blog saya.

Berikut adalah tips-tips yang boleh digunapakai dan saya pelajari mengenai panduan perbelanjaan seharian untuk mereka yang merasakan bergaji dibawah RM1,000.Semoga ia memberi manfaat kepada semua.


Tips untuk mereka menyewa, bekas pelajar dan belum berkeluarga Bergaji RM 1,000 Sebulan

1. Pastikan perbelanjaan wajib harus ditolak terlebih dahulu; contoh : tambang, sewa, makan, bil air dan letrik, belanja dapur harus ditolak terlebih dahulu.

2. Baki yang ada pula tolak dengan hutang belajar

3. Beri sedikit sumbangan kepada keluarga ( ibu bapa)

4. Sekiranya kita ada sesuatu yang kita nak beli untuk diri sendiri pastikan tidak melebihi RM 50 untuk mengelakkan dari kekurangan tunai sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

5. Lebihan yang ada pula buat potongan gaji untuk paling maksima RM50 (atau lebih secara berkala )

6. Adakan satu tabung khas RM 20 sebulan ( untuk pergi bercuti )

7.Lebihan yang ada jangan bergembira dahulu tetapi sabar sehingga hujung bulan untuk terima gaji yang berikutnya.



Gaji anda : RM 1,000
Sewa : RM 150 ( sekiranya sewa 4 org satu rumah RM 600)
Baki : RM 850


Baki : RM 850
Tambang : RM 100 ( RM 5 sehari x 20 Hari bekerja )
Baki : RM 750


Baki : RM 750
Bil : RM 60 ( anggaran perkongsian )
Baki : RM 690


Baki : RM 690
Belanja Dapur : RM 100 ( beras, susu, kicap, ayam, & sebagainya sebagai stok makanan )
Baki : RM 590


Baki : RM 590
Hutang belajar : RM 150
Baki : RM 440


Baki : RM 440
Sumbangan : RM 100
Baki : RM 340


Baki : RM 340
Simpanan : RM 50
Baki : RM 290


Baki : RM 290
Tabung : RM 20
Baki : RM 270

Baki : RM 270
Makan : RM 100 ( semasa bekerja anggaran RM 5 sehari)
Baki : RM 170

Baki : RM 170
Shopping : RM 50
Baki : RM 100 ( untuk bertahan sehingga akhir bulan )

Mungkin lebihan ni agak berbaloi untuk bergaji RM 1,000. Sekiranya kita bertahan dan bersabar lebihan tersebut akan meningkat jadi anda berpeluang bershopping 3 bulan sekali mengikut citarasa samada untuk keluarga atau untuk diri sendiri dan pastikan tidak habiskan keseluruhan mana tau barang yang anda suka itu akan ada jualan murah. Jadi tunggu saja jualan murah lebih jimat walaupun Out of Season. Kerana biar out of season asalkan tak pokai. Hehehehe.. malah anda masih mampu tersenyum untuk berbelanja setelah penat bekerja dan juga mampu untuk bercuti.

Namun begitu saya tidak menyarankan sekiranya masih bujang tinggal menyewa sekiranya gaji RM1,000 adalah lebih baik memilih pekerjaan yang jarak dekat dengan rumah keluarga, selain dapt menjimatkan kos sewa, makan, bil-bil dan belanja dapur. Tetapi tidak bermakna anda tidak menyumbang pada isi rumah perbelanjaan tersebut. Sebagai contoh :

Sewa + Bil + Belanja Dapur + Sumbangan = RM 150 + RM 60 + RM 100
= RM 410

Tukar kepada Sumbangan + Belanja Dapur = RM 100 + RM 200
= RM 300 ( jadi anda dah tambah lebihan menjadi RM 200 )

Pilihan ditangan anda, buat keputusan yang bijak...daaaa.....