Tuesday, December 15, 2015

Aik..Geng UTM pulak

Assalamualaikum,

Kali ini turn myCousin pula nak kenalkan kawan dia. Mereka ini pula geng UTM.. (ceh…nak kawan budak U je..padahal sekolah pun tak habis lagi) di sebabkan dia memang pun budak U. Mungkin dia tak berapa suka kot. Sekarang dia dah kahwin dan dah ada anak 4 orang..(time flies…)
Rumah ini nampak lebih mesra alam dan baik-baik orangnya. Takda orang gatal, suka cakap yang kotor dan bersopan.

Pada mulanya CR kenal dengan lelaki Terengganu namanya Y***Y ( sama seperti nama mamat handsome yang jiran pakcik CR kebetulan juga dia juga berasal dari negeri Terengganu dan memang confirm bukan orang yang sama)

Kelemahan lelaki ini, suara dia (maaf cakap) macam kebudakan sikit dan cukup suka gelak. Tak tahu bila dia marah pun dia boleh gelak. Kadang-kadang ok juga orang macamni bila dah semakin matang ni baru faham. Cuma masa itu tidak berapa berkenan sangat sebab dia asyik terrrrgelakkkk je..sabar je-LAH. Asal bercakap gelak, sikit-sikit gelak..(fed up juga) Tapi dia memang sangat baik.

Satu hari dia balik kampung ke Terengganu. CR pun call macam biasa. Dia cerita dia kat atas bot nak memancing..teruja sangat nak ikut. Dia kata lainkali dia ajak balik kampung..bestnya….tak sabar rasanya ( masa itu) lepas itu mamat ini sentap. Merajuk terus..tak tau sebab apa…sabar je-LAH.

Dalam masa yang sama kawan dia ni pun kamcing juga dengan CR. Lupa nama dia. Tapi ok juga orangnya. Pemain ragbi UTM tau. Badan dia Though original. Zaman dulu mana ada orang ber gym sangat. Maybe faktor badan dia agak besar (bukan gemuk pun) dan dia ini tak berapa tinggi.

Tapi bagus dia sangat protective dan dialah lelaki paling protective yang pernah hakak CR kenali. Dia akan pastikan CR selamat dalam zon selesa bila berjalan dengan dia. Dia tak benarkan lelaki sekeliling merapati secara sembarangan. (zaman dulu orang memang ramai jika berjalan kaki, tak macam sekarang kurang sedikit)


Cuma kami tak berkawan lama sebab pun tak pasti. Maybe macam biasa..hakak MIA (missing in action) sebab hakak CR ni kan orang yang tak boleh di jangka dan memang kalau tak boleh nak get along daripada melukakan hati sesiapa biarlah membawa haluan masing-masing. Lagipun kebetulan hakak CR nak SPM kot (masih nak menggedik? What? Tak senonoh betul)

Mungkin sekarang mereka-mereka sudah berjaya bergaji puluhan ribu dan berkahwin serta mempunyai keluarga. Almaklum budak engineering masa itu memang most wanted tapi hakak CR ada cita-cita. Nak ke menara gading. So study ye..SPM dah nak dekat.

Indah Hidup Bagaikan Puteri

Assalamualaikum,

Masih lagi meniti usia remaja masih mereyam kerja nak menggedik je…aiyakkk…seperti remaja lain semua orang mengimpikan kehidupan nan indah.

Begitu juga CR. Kadang-kadang lemah. Kadang-kadang berduka,jarang-jarang gembira. CR dikenali sebagai Cik Muka Ketat , muka kalau tak berkerut memang tak sah. Tapi memang kadang-kadang tak perasan pun kalau dahi asyik berkerut sahaja. Macam-macam nak fikir kot. Sebab itu orang takut nak dekat. Muka fikir CR ni sombong...no..no...no..tegur dulu baru tau...hihu

Kalau arwah pakcik kedai di bawah rumah CR tu, mesti mengejek muka ketat CR (buat muka berkerut) secara otomatik CR tergelak sebab terperasan mesti dia mengejek dahi berkerut ni.

Selalunya kalau pagi-pagi nak pergi sekolah, nak menghappykan diri sambil melangkah ke sekolah wajib menyanyikan lagu “Bagaikan Puteri´nyanyian penyanyi Farra tu. Melangkah dengan penuh yakin walaupun malas gila nak mandi nak pakai baju sekolah (tak selesa)nak kena jimat cermat..nak fikir macamna nak bagitahu cikgu kerja rumah tidak siap…huhu…macam-macam fikir…


Jika Dunia Aku Yang Punya
Akan Ku Dirikan
Sebuah Syurga Malam Tanpa Siang
Untuk Ku Bermimpi Sepanjang Masa
Tanpa Kecewa
Bertemankan Bintang Yang Setia
Bagaikan Puteri Kisah Khayalan
Yang Hidupnya Suci Dan Sempurna

Tapi Sayang
Hanyalah Impian
Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman
Dan Bila Mentari Datang
Pulanglah Segala Kenyataan……


Beranganlah tu nak jadi puteri satu hari nanti. Berharap “putera idaman hati” bawa keluar dari segala kesengsaraan yang di alami kala itu dan sampai kini masih berharap…Mana tahu kan..tiba-tiba impian itu menjadi kenyataan. Lompat Bintanggggggg

Ruang Sahabat Dalam Majalah

Assalamualaikum,

Lupakan soal incik salah number. Kami memulakan esperimen miang kami berkenalan dengan lelaki dalam majalah pulak. Zaman tiada internet. Ruangan sahabat itulah yang menjadi pilihan. Sekarang jangan buat pasal. Jika ada ruangan itu mahunya beratur pulak orang datang depan pintu rumah masing-masing. Lagi-lagi orang sekarang sukar dijangka. Dapat pulak mereka tinggal sendirian di rumah ketika itu. Tak ke naya? Faktor pemakanan sekarang, internet dan macam-macam pengaruh menjadikan manusia sendiri hilang pedoman.

Kami berkenalan dengan geng rumah pelajar UPM. Dulu zaman itu, student  U memang suka masuk ruangan sahabat. Kelakar betul kalau nak di kenang. Biasalah bila kepala bengong kami ber4 membuat perangai. Sapa tak tau peel kami sehingga top kat sekolah pelajar nakal….tapi …bijaksana ye….hahahahahah (perasan…)

Sambung cerita, CR berkenalan dengan I*K****R, manakala seorang lagi A*R**N (nama sama macam rumah incik salah number) dan dia ni musuh utama CR (selalu gaduh..) dan seorang lagi CR lupa namanya. Tetapi memang diorang miang lah…goli den…kecuali A*R**N.

Walaupun selalu juga berbual dengan I*K****R satu hari dia mengaku dia dah bertunang dan bakal berkahwin jadi CR just kata ok dan tamat begitu sahaja. (lantaklah..sebab bukan handsome pun kalau nak frust tak berbaloi lansung) Kejap dia cakap suka pastu lain plak. No..no...no....nak jadi sparepart..cukup lemak spare kat pinggang si I*K****R dah la...whahahahha....tak payah nak menggatal sangat kalau dah bertunang.


Bercerita mengenai musuh ketat dekat rumah ini adalah A*R**N. Tak tahulah kenapa mesti ada bad experience dengan orang nama ini. Bukan-lah worst sangat Cuma memang kami kaki gaduh sampaikan semua orang tahu kami suka bergaduh.

Dia ini marah kerana kami selalu call kat rumah tu kot. Bila pass cakap ada ke patut dia “haaa…tadi suara budak-budak..ini suara orang tua pulak…” menyirap pulak dengar….. apa lagi dengan mulut celuparnya CR “suka hati je cakap orang tua. Awak ingat awak handsome sangat ke? Muka awak tu di bawah tapak kaki saya je..”dia terdiam dan marah “dahla orang tua..malas aku nak layan kau…macam lawa je” sakit pulak hati kita. Apa lagi hempas telefon lah jawab nya. Nasib baik telefon awam…kehkehkeh….

Lama selepas kejadian itu, kawan-kawan masih merenyam nak call lagi. Hahahaha..bila call akhirnya si A*R**N nak cakap plak dengan hakak CR. Apa lagi mamat sengal ini nak (dalam hati je) Berat hati..kami pun berbual. Kali ini suara mak aiihhh..lembutnya. Nak hampir tergoda plak (gatal plak…huhu) Peristiwa kami bergaduh memang jadi sejarah sebab kawan-kawan siap pujuk. Dan akhirnya kami saling bermaafan. (mujur sempat bermaafan)

Perancangan Allah s.w.t itu indah, kami ber4 mengambil keputusan untuk chiow dari kol mereka ini. Dan perhubungan terhenti begitu sahaja. Mujur sempat bermaafan. Mereka pun masa itu hampir cuti pengajian dan pulang ke kampong masing-masing. Dan masa itu kami mengenali pula warga lelaki serumah kelate. Setelah berkenalan orang serumah dari Penang …Daaa…..

Kawan Incik HOT Yang Tak Boleh Blah..

Assalamualaikum,
Jom sambung story mengenai incik salah number. Kali ini berkenaan dua lelaki yang CR kenali juga di rumah tersebut. Ketiga-tiga mereka memiliki huruf depan “A” . Dalam 3A ini salah seorang yang CR kenali secara in person adalah A****N nama dia ala wanita sedikit. Tapi gatal nauzubillah…
Walaupun CR berjumpa tetapi tetap tak boleh lawan betapa sukanya CR pada incik Salah number yang HOT itu. Serius, walaupun dalam merapu, dia memahami, walaupun kadang-kadang dia sakitkan hati (perasaaan cemburu) dia tetap sabar dan melayani. Walaupun dalam poyo-poyo dia matang bila memerlukan.
2A ini memang rasanya tak berapa menawan hati. AM***L ini pada awalnya berkenalan dengan salah seorang dari kami ber4. Kemudian mengenali CR. Selalu juga CR risik-risik mengenai Incik HOT itu dari dia. Dia ini pun bukan lah jejaka hot. Gatal juga tahap 2 berbanding A****N tahap tertinggi..hahahha…dan paling gatal memanglah incik HOT tetapi tak pernah ambil kesempatan macam mereka berdua ini..haish

Apa pun, kalau dalam novel itu macam nampak indah mengenai cinta. Tiba-tiba salah number dan berkenalan dan bermesra kemudian bergaduh dan putuskan hubungan. Cuma dalam novel berkahwin dan adan anak comel part CR plak tak kesampaian berjumpa dan berkahwin dan happily ever after…  

Incik Salah Number Yang HOT

Assalamualaikum sahabat CR,

Hari ini nak sambung cerita soal hati. Cewahhh…

Kali ini CR memang benar-benar ANGAU dan DILAMUN CINTA Malu juga nak mengakuinya. Tapi tengok perangai tak semenggah diri sendiri memang dapat dipastikan bahawa pertama kali mengenal ertinya cinta.

Walaupun kami tidak pernah bersua muka, dengar suara sahaja dah angau. Bengong betul…dengar suara dah angau tahap gaban. Bermula dari salah nombor di talian tetap membawa kepada perhubungan tanpa rupa.

Suara dia bukanlah lemak merdu. Dahlah kadang-kadang dok keluaq loghat utara dia. Orang Penang mai..Tapi telah menyentuh hati wanita untuk terus mengenali si empunya diri. Namun sayangnya sampai ke sudah CR tak kenal lansung siapakah gerangan jejaka ini.

Jika sehari tak dengar suara dia macam dah rasa tak sempurna hidup hari itu. Lain rasanya. Walaupun nak berjumpa tapi mungkin beliau tak sudi mengenai gadis comot ini.

Maybe perancangan Allah s.w.t. itu lebih baik, jika dah jumpa mungkin terus bengong dan rasanya lebih frust terlungkup. Mahu taknya, dia tu memang menjadi idaman kalbu. Nak kata terigau-igau itu tidak lah. Tapi memang sehari tak dengar suara macam resah sangat.

CR pun tak faham apakah CR inginkan sebenarnya. Nak kata dia itu handsome setakat imaginasi je kot. Masa dulu kan lurus bendul dan blur. Baru dengar suara dah rasa lelaki itu kacak sangat. Jejaka impian. Ntah apa-apa lah.

CR ini mengenali bersama 3 lagi kawan CR. Memang sengaja CR kenalkan walaupun CR ini angaukan si dia. Selalu juga kami berbual mesra beramai-ramai.

CR pernah terbit rasa cemburu bila satu hari CR hubungi sidia dan ada nada suara wanita. Tiba-tiba CR terbayang pula betapa cantik dan semestinya seksi wanita disamping dia walaupun dia cakap itu hanya rakan sekerja. Ada hati nak cemburu tu…tetapi walaupun kadang-kadang sakit hati tetapi sidia pandai juga mengambil hati (playboy kot..biasalah..ayat manis..)
Selalu juga dimarahi emak sebab sering ke public phone dan pernah dimalukan di kawasan perumahan kerana kerap ke public phone (bukan kerap sangat pun..xsampai sejam pun paling tinggi 15 minit).
Sejak peristiwa terdengar suara wanita, CR semakin kurang menghubungi sidia. Satu hari ketika kami berlepak bersama kawan-kawan CR (geng ber4 temasuk CR) telah mencadangkan menghubungi sidia. CR pula hanya mendiamkan diri dan tidak pula ingin berbual dengannya walaupun cemburu dengan teman-teman lain berbual dengannya.
Akhirnya mamat itu paksa-paksa nak bercakap CR. Nak ku hempuk tak kenal. Suka sangat mempermainkan perasaan kewanitaan CR ini. Dia siap bercakap bahawa CR dah sombong dan tidak mahu berbual dengannya lagi.(puik..nak muntah hakak CR dengar..) Tapi berbual je macam biasa walaupun nervous juga sebab dah dekat beberapa hari memang tak hubungi sidia.
Akhirnya, bila CR dah boleh bertenang (walaupun masih angau tahap gaban) CR membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Walaupun terdengar dicorong dia terdiam. CR mengambil keputusan drastik untuk melupakan sidia seterusnya meninggalkan si dia begitu sahaja.
Apa khabar kah sidia sekarang? Walaupun hati masih merindui suaranya.. Teringin juga mengenali si dia. Mungkin benar si dia anak orang berada.Dan kini memiliki keluarga yang bahagia dan bersama anak-anak tersayang. (masa mengenali sidia sudah berusian 20 an sedangkan CR masih muda remaja belasan tahun) Semoga sidia bahagia selalu dan terima kasih kerana sudi memberi kasih sayang walaupun tanpa bersua muka. Sudi menjadi pendengar yang setia dengan lawak-lawak merapu dia. Sudi melayan budak comot ini yang sering menghubungi bila kesunyian malah tidak pernah sekalipun menolak untuk tidak melayani diri ini. Dan sudi mengajar apa erti sebenar cinta dan mengawal perasaan angau dan jatuh cinta. (pelajaran inilah mengajar bahawa jika sayangkan orang berpada-pada) Mungkin menganggap CR sebagai adiknya sahaja.Terima kasih juga memberi nasihat sekiranya diperlukan dan matang.

Bila CR menyambung pengajian , tiba-tiba tergerak hati untuk menghubungi dan talian telefon telah dipotong. Dia insan yang penyabar dan sudi memahami diri ini. Terima kasih sekali lagi.

Kejadian Doble Trouble

Assalam,

Kali ini sambung lagi story sengal berkenalan dengan orang ntah apa-apa. Ini semua gara –gara kawan CL yang kang cakap tak sampai hati pulak. Dia ini bertudung tau berbanding kami ber4 ni free hair. Tapi bab lelaki dia memang social. Ramai kawan kononnya.

Ada yang lebih lucu siap bertumbuk berebutkan si I*****M tu. Tak pasal-pasal hakak CL kena jadi orang tengah. Tapi si I*****M ni memang kuat mengayat. Sesiapa berbual dengan dia memang dijamin akan tangkap lentok. Suara dia memang menggoda (sedap) didengar di corong telefon tapi bab rupa paras wallahualam. Khabarnya orang ada rupa juga. Tapi tak pernah pula CL hadap nak jumpa.

Dia kenalkan lagi seorang budak Sabahan yang memang ala hiphop. (pelik-pelik kawan dia ni, mana lah dia kenal pastu suka-suka nak pass kat aku) Siap jumpakan kami di Pudu Plaza (port pelajar melepak satu ketika dahulu) tapi jumpa ramai-ramai.

Sebagai wanita melayu terakhir yang pemalu (memang sangat pemalu ye zaman itu) jangan kata nak cakap tengok wajah lelaki lain pun rasa tak terangkat muka ni nak tengok.

Teringat lagi masa makcik (belah myEmak)  CL  tengah di alam pertunangan. Kami terserempak di Bandar Seremban masa itu CL berjalan dengan makcik CL belah abah. Dia ajak makan semeja. Bayangkan CL tak mampu nak makan lansung. Nak tengok muka pun tak sanggup. Teruk bebenar pemalu pada masa itu ( lebih tepat sangat low self-esteem, rendah diri)

Siap serahkan satu surat pengakuan cinta daripada budak ini. Lupa nama dia, kasihan sebab kenal sekejap sangat. Padahal CL rasa surat itu untuk dia. Dia cepat-cepat serahkan pada CL surat itu kononnya surat itu untuk CL. CL baca sepintas lalu dan surat tersebut di rampas pengawas sekolah pula. Tapi CL layankan sahaja sebab memang CL tahu dari gaya budak itu pun tak berminat pada CL. Hello….i have instinct la…walaupun blur dan lurus bendul bab cinta ni.

Satu hari, ketika perjalanan ke stesen bas CL terserempak dengan anak jiran pakcik CL yang memang serius handsome. Rambut perang, mata coklat kulit cerah. Persis mat saleh kacukan. Namapun sedap Y***Y bila kami berpandangan kami sama-sama senyum walaupun tahu dia memang gilakan sepupu CL masa itu walaupun jarak umur berbeza. Sepupu CL lebih tua daripada dia.

Tiba-tiba kawan CL bersuara “Patutlah tersenyum..senyum…rupanya ternampak boyfriend dia..” blurrrr..siapa pulak ini. Macamana diorang boleh tahu aku suka mamat tadi. Setahu aku, aku tak pernah cerita kat sesiapa pun. “”Siapa? Aku tak faham maksud korang..” sepintas lalu tengok lagi mamat idaman hati. “”Tu kat depan tu..takkan tak nampak..” mereka perli sambil gelak-gelak. (dalam hati aku menyumpah seranah..weii…aku tak berminatlah mamat pendek tu) tapi ku gagahkan senyum kat mamat yang kawan CL rekomen kan tu sambil dalam hati cakap apasal pulak dia ada ni.

“Aku tak senyum kat dia-lah, tu aku tengah senyum dekat budak tu, anak jiran pakcik aku..” geram betul. “Eleh malu-malu pulak. Kalau dah suka tu mengaku je-lah”  dalam hati aku lantak koranglah nak percaya ke tidak. Apa korang ingat aku ni tak kenal mamat yang handsome ke? Apa korang ingat aku ni suka sangat dengan budak tu ke? Memang tak-LAH..( cakap dalam hati je)

Last kami jumpa kat stesen bas. Beberapa hari selepas kejadian itu. Selepas itu dia Missing In Action entah kemana. Mungkin sebab cintanya di tolak oleh kawan CL tu. Nasib…nasib… dan itulah kenalan terakhir yang CL suruh kawan CL kenalkan sebab semuanya takda yang senonoh pun.


(Kesimpulan  :  Jika kita rasa orang yang kita nak kenalkan pada kawan kita itu bukan orang yang baik-baik, jangan kita aniaya kawan kita sendiri semata-mata nak elak dari orang itu. Mujur CL tak nak ambil serius, jika sentap mau tak tegur bertahun-tahun)