Friday, October 30, 2015

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum w.b.t. semua  sahabat CR sekalian,

Ceh..ceh…macam tulis surat zaman2 dedulu. Zaman xda internet. Bebas internet….sekarang ni nak taip pun sekerat2 juga. Dah mudah nak mudah lagi. Nama pun manusia, dah elok2 jalan kaki pastu sekarang pakai robot plak untuk tolong kita berjalan.

Sekarang ni CR nak cerita pasal apa yang berlaku hari ni…bukan yang buruk taw..nauzubillah…tapi sesuatu yang sangat baik. Pernah kita dengar bahawa ‘Poligami itu sunnah..” sunnah yang popular dikalangan lelaki dan digeruni oleh para wanita. Sedikit nak sentuh soal poligami ni…mungkin berkahwin sehingga 4 orang itu sekadar sunnah tetapi bukan wajib ye. Pernah tak kita ketahui selain Nabi Ibrahim a.s. berpoligami itu atas perintah ALLAH swt. Dan Muhammad saw itulah satu-satunya nabi yang berpoligami? (Kalau saya silap mohon maaf) dan menghairankan sahabat nabi bergelar Khulafa Ar Rashidin dan merupakan warga syurga bersama nabi kita Muhammad saw tidak seorang pun berpoligami…Dari Abu Bakar ke Ali….semuanya ahli perniagaan Berjaya, kaya raya, mampu menebus hamba (Bilal bin Rabah) dari orang kafir Quraisy yang begitu bencikan Islam. Mampu membeli telaga yang berganda2 harganya dari harga asal dari kaum yahudi untuk kegunaan umat Islam? (Kaya x kaya….billionaire dari zaman nabi…pergh hebak mung) Kalau nak dikira kekayaan mereka rasanya kalah Bill Gates tu…..jangan memain tau…. Dan mereka tidak berpoligami…kehkehkeh….Umar pulak dileteri si Isteri….hah….jadi kalau Umar Al Khatab pahlawan terbilang pun diam je bila isteri berleter….suami sekarang baru keje gaji lebih sikit bila dengar isteri berleter dah angan2 nak pasang dua..ape kes? Jadi lelaki zaman moden janganlah over confident nk berpoligami sangat kalau xkaya dan jadi pahlawan terbilang…pastu dijamin jadi ahli syurga….baru lebih sket tahap dari sahabat2 nabi kan…..ok..stop pasal poligami…” 

Hari ini CR mendengar ceramah sempena carnival Negeri Perak. Maka ustaz PU Yeop (sorry hakak xfollow sangat PU ni..) so hakak terkesima dengan sunnah yang satu ni…betul…terkesima….sebab kadang kita tak terfikir benda ni adalah sunnah. Yang nabi kita buat sejak baginda berusia 12 tahun sehingga baginda juga merupakan jutawan arab yang terkenal dengan perniagaan yang bersih dan amanah. Iye…”Berniaga” adalah sunnah. Dari kita sibuk nak sunnah poligami apa kata kita follow sunnah ini dah tentu-tentu kita senang. Kenapa perlu kaya? Supaya kita boleh bantu lebih ramaiiiiiiii lagi umat Islam yang lain. Bukan sengaja mengejar dunia..tetapi kita ada pepatah… “Kejarlah dunia seolah kamu hidup 1000 tahun lagi, kejarlah akhirat seolah kamu mati esok hari” Hah..lihat betapa kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat….jangan lupa kita pernah mendengar “97% dari kekayaan adalah datang dari perniagaan” Ramai ketahui kebanyakan perniagaan dikuasai oleh satu kaum sahaja sedangkan dulu zaman sebelum kita dijajah kita juga hebat berniaga, merentas lautan untuk ke China dan ke India untuk berniaga. Masa tu belum ada kisah “ Alexander the Great” yang kononnya telah menjelajah seluruh dunia…belum lagi kita dengar story Napoleons Bonaparte yang Berjaya ke Colombus…sebab peniaga-peniaga melayu dah sampai dulu….

Jadi jangan patah semangat….kita mampu melakukannya semula. Kita boleh mulakannya sekarang tanpa meniru mana-mana konsep perniagaan. Tanpa perlu menjalani perniagaan berasaskan francais semata-mata. Sebagai contoh dibarat tidak banyak bergantung kepada KFC dan Mc Donalds sahaja malah mereka ada bermacam2 jenis ayam goreng ( kalau Malaysia kita terkenal dengan Marry Brown yang dibuka di JB sekarang telah melangkaui pelbagai Negara asean yang lain) Sekadar contoh….jangan pula kita terlalu focus satu perniagaan sahaja..contohnya Tudung dan Jubah.. banyak betul koleksi dan jenama tudung dan jubah sehinggakan berpinau mata nak memilih.

Kita tak banyak grab peluang dalam bidang makanan. Kalau ada pun selalunya kosnya sangat mahal dari biasa, packaging xmenarik dan tiada unsur komersial, kadang-kadang rasanya boleh berubah-ubah. Kalau seorang buat perniagaan makanan grill maka berpusu2 plak nak bukan kedai makanan grill ( western) itu belum jika buat perniagaan seafood ( Sbg contoh Shellout) maka di tempat yang sama (contoh di Bangi ) ada 3 ke 4 kedai cara yang sama, makan yang sama, presentation lebih kurang sama dan menumpang popularity yang sama. Apa salahnya kalau kedai A buat seafood, kedai B buat grill kedai c buat diet food kedai d buatlah masakan kampong ke…kan ke variety..pelanggan pun boleh memilih makan macam2.. ni tidak jika satu kedai cas RM79 per hidang kedai B hidangan yang sama cas RM69.90 kedai C plak downgrade lagi harga ke RM 67.00 hah….apa yang terjadi pula pada kedai A? bungkus….buat kedai lain plak….tak ke kelakar…kos nak buat kedai tu bukan murah derrrr…. Beratus ribu nak setting. Nak renovate lantai, kitchen, kaunter top..semuanya kos…belum pulang modal dah nak tukar bisnes. Kan membazir tu.. Kalau LV jual handbag boleh tahan berpuluh tahun takkan kita nak tahan setahun dua je?

So grab opportunity tu terutama student sekarang kerajaan dan bagi peluang tu..zaman hakak takda ye.. zaman sekarang untung sangat….jangan sia2 kan..lagipun parents sekarang lebih open minded berbanding hakak ni lebih tradisional. Keje..keje…kalau nak bisnes macam2 soalan nak keluar dari mulut…pening… So dengan pengumuman bajet 2016 nanti, adik-adik sekalian fikir nak buat bisnes apa…fikir strategi, marketing, packaging, jangan depends sangat kerja makan gaji macam hakak. Bukan tidak kasi, boleh..tapi terikat, dan boleh dikatakan penat kerja tetapi hasil bukan untuk kita berbanding kita berniaga, kita penat, kita rajin, kita capai KPI kita kaya, kita yang senang, kita yang untung…. Kalau nak berniaga plulak jangan sampai level pasar tani, pasar malam sahaja. Base meniaga boleh la kecil2, kemudian kita target buat kedat, supermarket, hypermarket…..baru ngam….dari kecil2 tau urus keuntungan, maintain urus kewangan dan akhirnya standing dengan Tan Sri Syed Al Bukhary..tak ke gempak…bukan hina meniaga pasar tani dan gerai kecil…tapi sampai bila kan? Mesti anak2 pun nak amik alih berfikir banyak kali. Bila dah ada kedai glamour maka kita pun bangga nak uruskan perniagaan malah nak kembangkan perniagaan ke peringkat lebih global..ye tak?


So hakak jeles….sebab tengok budak sekarang kreatif dalam perniagaan, muda2 dah kaya, dah pakai kereta besar, rumah besar, tapi hakak???? Nan hado, harta xda, kereta xda..melopong tengok orang Berjaya tapi hakak sekadar makan gaji sahaja…..daaa….