Tuesday, February 21, 2012

DiEt???

Salam,

”DIET” semuanya ingat adalah menahan diri dari makan. Tafsiran itu alah salah sama sekali. ”PUASA” adalah makna tepat untuk menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. ”DEIT” dalam erti kata sebenar adalah ”PEMAKANAN” . Jadi jangan takut untuk makan sekiranya ingin menurunkan berat badan.Hari ini RiNi sudi nak kongsikan beberapa kaedah terbaik yang sesuai untuk mereka menurunkan berat badan. Ramai andaian yang tidak benar dan sahih mengenai pemakanan. Ada antara mereka sanggup berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza-beza terutama mereka yang memiliki genetik yang agak besar dan mempunyai selera yang besar tapi kadar metabolisme mereka yang rendah telah melambatkan proses pemakanan dilakukan dan melambatkan penurunan berat badan.

Badan kita kena menerima makanan yang sihat 5x sehari. Ini adalah untuk melatih perut kita gar makan dalm kuantiti yang sikit tapi kerap dan mengelakkan makan terlalu banyak untuk menu-menu tertentu. Mereka yang tinggal bujang memang sukar u ntuk mengikut aturan ini memandangkan kos yang tinggi untuk satu-satu menu tetapi ia lebih effisien dari membelanjakan membeli satu produk pelansingan yang lebih mahal. Mereka yang berbadan besar memang tidak dapat mengelakkan dari makan makanan yang banyak sekiranya beliau berminat untuk menurukan berat badan tetapi sering berasa lapar.

Cara terbaik sekiranya kita tidak mahu makan adalah berpuasa bagi orang muslim. Kita dapat berdiet disamping pahala. Sebaik-baiknya lakukan setiap Isnin Khamis :) tetapi jika kita rasakan puasa itu tidak mampu kita lakukan kerana kurang tahan lapar maka seeloknya seperti yang saya sarankan lakukan pemakanan seimbang selama 5x atau 6x sehari.

Pemakanan yang kerap sebegini mempercepatkan metabolisme pembakaran makanan dalm tubuh dan dalam masa yang sama mengurangkan rasa lapar serta mengelakkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa waktu puncak.

Sampel pemakanan yang boleh kita praktikkan semasa ingin menjalani pemakanan yang seimbang dan menurutkan berat badan.

Sarapan/ Breakfast – Minum secawan susu atau minuman buah-buahan, Kalau baik secawan air dan sebiji kurma.Tetapi sekiranya ikut sunah Rasulullah s.a.w. bangun sahaja dari tidur minum segelas air supaya bakteria baik dari mulut kita membantu melancarkan penghadaman kita :) Jadi minumlah segelas air pembuka kata. Ini juga amat penting memandangkan kita telah berlapar selama 8 jam waktu tidur. Pemakanan awal membantu perut tidak terkejut untuk menerima makanan seterusnya membekalkan sedikit tenaga untuk bergerak ke tempat kerja/sekolah.

Minum pagi – Minum segelas air susu/ kopi/ bersusu + kuih 2 biji (kurang manis) / setengah senduk mee goreng/beehoon / setengah senduk nasi lemak.

Tengahari – Setengah senduk nasi + ayam (tanpa kulit) / ikan / daging ( makanan berprotien) + sayuran + buah-buahan
Digalakan makan buah dahulu seperti kita berbuka puasa buah-buahan dulu baru makanan berat supaya perut kita dapat menghadamkan makanan yang bakal kita makan. Ini sunnah tau. Rasulullah s.a.w. kekasih Allah s.w.t. amalkannya. Sunnah juga minum air sebelum makan dan selepas makan ( anggaran 40 langkah baru kita minum air) Jangan kita makan sambil minum air pulak. Nanti perut buncit :)

Minum Petang – Minum air susu ( bersusu) / air buahan-buahan ( serat tinggi) + mee sup semangkuk / roti 2 keping / mee goreng

Makan Malam - Setengah senduk nasi + ayam (tanpa kulit) / ikan / daging ( makanan berprotien) + sayuran + buah-buahan ( kita boeh surf cara-cara masak dan makanan karbohidrat + protien + sayuran ( Vitamin)

Lewat malam – Sekirnya kita masih lapar minum susu hot chocolate + sebiji pisang sebagai menu penutup sebelum kita tidur :)

Yang penting kena elakkan makanan manis terlalu banyak, makanan segera, makanan berminyak :) untuk meneutralkan kandungan gula. Nasi boleh juga diganti dengan makanan karbohidrat yang lain asalakan seimbang dari segi protien + vitamin dan dan karbohidratnya. Di galakkan minum air suam sekadar diperlukan dalam badan. Lebihan air juga boleh menggemukkan. Apa yang utama makan biarlah berpada-pada. Satu lagi rahsia rasulullah s.a.w. yang elok kita amalkan ialah dengan menjilat ujung jari kelingking kita dengan dicolek sedikit garam sebelum dan selepas makan. Baik untuk kesihatan dan boleh mengelakkan sihir. Selamat mencuba :)



Kurus x semestinya cantik...bentuk badan seperti model ni tidak kurus dan tidak gemuk tetapi sederhana :)