Saturday, April 18, 2015

Alergi Akibat Gigitan Nyamuk Hutan

Assalamualaikum..

Berbalik pada story lepas lawatan untuk program CSR ke Tasik Banding Royal Belum Perak itu telah meninggalkan kesan mendalam sungguh pada CR.

Kejadian ini mungkin berlaku semasa CR ade program memasak di hutan.  Biasalah kawasan itu jarang di gunakan maka banyaklah serangga berkeliaran. CR nampak jgk spesis nyamuk berkeliaran dikawasan kami memasak.

Pada awalnya rasa gatal.yang biasa tetapi lama kelamaan makin gatal plak. Menjadi2 plak tu. Miang sungguh rasanya. Pada awalnya pergi rujuk di klinik berdekatan ofis hanya diberikan krim untuk sapuan. katanya gigitan nyamuk hutan. MC la hakak sebab xbole nak fokus kerana hakak menggaru je. Kata doktor nyamuk hutan. Air liur dia buat kulit saya alergi. Dia mengigit berkali2 di tempat yang sama.

Xjalan jadi hakak CR pg ke klinik berdekatan dengan rumah. Alamak kena injection kat montot..sakit woo...dapat krim dan ubat tahan sakit serta mc.

Selang dua hari gatalnya dah kurang dan bengkaknya mulai susut. Yabedabedu..alhamdulillah. Tapi keroja menimbun sbb byk mc.

Kbai

Last Day @Pulau Mara, Tasik Banding,Royal Belun Perak

Assalamualaikum

Today is the last day here.So pagi pas kami berjemaah subuh dan kami ada menjalani aktiviti jungle tracking.

Pergh..penat seh...tinggi gile bukitnya. Penat weiii. Kami diperkenalkan dengan beberapa jenis herba dan kami dapat melihat secara lansung pokok Tongkat Ali. Mereka kata pokok ini memang sangat dicari dan adakalanya mereka tidak menyatakan kepada umum rupa bentuk sebenar pokok  tongkat ali itu. Sempat juga merasa pokok ori tu.Pahitnya...huhu..

Selepas itu kami dipisahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan tengah hari secara berkumpulan dan masak di hutan. Kami dibekalkan beberapa bahan dalam baldi khas dan setiap kumpulan wajib memasak mengikit bahan yang diberi.

Punya lah meriah makanan tengahari kami masa tu. Sedap plak tu..hahaha..kemudian selepas memasak kami berehat dan siap sedia untuk menjamu selera.Akhirnya semuanya habis dimakan.

Kami bersiap sedia dan berkemas untuk pulang ke KL. Dan susun semula semua brg2 dalam stor agar x dikacau babi hutan. Makanan dan sisa makanan dibersihkan agar kawasan hutan simpan itu terjamin bersih.

Kami sampai ke KL agak selepas maghrib. Mujur perjalanan agak lengang dan kurang kesesakan. Alhamdulillah semuanya selamat...tapi...CR tetibe mendapat alergi...adeh...see in the next post..

(Pic ni verangan time dalam bot on dway nak balik.dalam bot baru selesa nk tdo sbb kat kabin tu mmg xbole nak tdo lansung.)

Day 2 : Pulau Mara, Tasik Banding Royal Belum Perak

Assalamualaikum,

Jom sambung story day 2..@Pulau Mara. Bangun subuh awal supaya xberebut masa mandi. Ade lah akak sorg ni 4 pg lagi da bangun..bagusnye..kalau mata hakak CR yang ni cepat terbukak lau ade gangguan sket mata ni oto celik.

So selepas solat subuh jemaah kami pun minum sarapan yang disediakan. Program pagi ini adalah water confident.Hakak memang konpem xkonpiden.Menjerit2 cam budak kecik sebab nak cuba mulanya tapi pastu alamak fail..memalukan betoi la.. Adeh..

Selepas program water confident kami ade berkayak di atas tasik yang sangat dalam..sebab tu hakak nebes. Bila dapat tau ke dalaman tasik tu. Oleh kerana hakak ni penakut jadi hakak hanya menikmati permandangan dengan menaiki bot sahaja. Jangan mendambakan kulit putih sebab kulit hakak dah merah2 alergi matahari menyebabkan kulit hakak bertukar gelap. Program berakhir sekitar jam 1 kami menikmati hidangan makan tengahari yang telah siap di sediakan.

Selepas jemaah Zuhur kami telah bersiap sedia untuk ke perkampungan orang asli yang dibawa oleh tokwan yang bergitu baik dengan tok batin perkampungan asli disana.

Ke perkampungan orang asli memgambil masa sekitar 30 ke 40 minit perjalanan menaiki bot. Kami beramah mesra dengan orang asli di situ. Kami mengadakan demonstrasi menggosok gigi. Ada jugak pertunjukkan sumpit dari penduduk asli disitu.

Oleh kerana hakak ni penyibuk hakak pun tinjau2 dalam kawasan rumah penduduk asli tu..penyibuk sungguhlah minah CR ni..tapi memang mereka sangat simple. Dapur dan bilik. Kalau nak lepak ade satu pangkin sebelum di hadapan pintu masuk.

Mereka ini kata tokwan kena maklum awal2 kedatangan kita. Kalau x...adeh...xlalu mata memandang..huhu..dikawasan sana mereka masih membela anjing.Ada katanya mereka adalah orang asli yang telah memeluk Islam. Namun begitu keperluan mereka as a muslim masih kurang. Seperti telekung, surau, Al Quran dan sejadah. Jadi mereka ini tidak dapat mengamalkan secara sempurna sebagai muslim. Harap2 kerajaan dapat terutama jabatan orang asli dan jabatan agama dapat menangani hal ini.

Kehidupan mereka sangat simple..mereka akan berlonggok dari pagi sampai ke hari hampir gelap utk pulang ke rumah masing2 untuk tidur. Kerajaan telah bekalkan satu generator berkapasiti besar yang perlu diisi petrol untuk kegunaan mereka. Tapi menurut mereka telah rosak walhal mereka xno mengisi petrol tersebut.

Keperluan sebegini jarang mereka manfaafkan dan mengharapkan bantuan petrol setiap bulan. Lagipun pandapatan mereka 100% hasil kerja kampung.

Mereka akan bergelap bila malam bila bekalan diesel abis. Ada juga orang asli bergaya moden.

Dalam sejam kami berada disana kami mengagihkan bekalan makanan setiap keluarga disana. Kami juga memberikan gula2 kepada setiap orang. Yang lelaki agak pemalu dan jarang nampak. Mungkin mereka di hutan mencari makanan untuk di makan.

Pada malam harinya, di kem di Pulau Mara kami mempelajari ilmu bintang melalui salah seorang motivator disana. Dia menyatakan bintang yang kita lihat sekarang berusia berjuta tahun dahulu.

Canggihnya motivator tu ada alat yang boleh terus memacarkan lampu ke langit. Terasa dekat bila kami melihat lampu suluh motivator itu suluh ke langit.

Dia juga telah melihatkan kami bintang paling terang di angkasa. SubhanAllah Cantiknya..

Oleh kerana malam itu malam terakhir kami di Pulau Mara maka kami melakukan bbq. Xramai yang turut serta. Kemungkinan mereka kepenatan aktiviti pada sepanjang hari.

Malam berakhir kami tidur jam 1.30pagi..