Thursday, May 25, 2017

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Assalamualaikum pembaca setia blog Cik Lee.

Sejak Cik Lee tukar blog traffic slow je..sobss..sbosss... Sedih tau...

Tapi lupakan kesedihan sebab kita akan memyambut hari kebesaran kita yang penuh rahmat dan kasih sayang. Sekelumit kebaikan kita buat berganda² pahala yang berganda²...

Dengan kehadiran ramadhan tahun semoga CL tabah menghadapinya tak seperti tahun lepas. Sungguh mencabar. Setiapkali nak berbuka berguling² lah atas katil.

Tahun ini sampaikan xdpt nk ganti puasa. Bukan banyak pun 3d je. Itupun jenuh. Terpaksa plak membayar fidyah. Nak buat camana dugaan.

Tu belum asyik lapar memanjang. Gastrik dan masuk angin tak payah cakap. Jenuh. Berkawan dengan minyak angin je. Adoilah...

Harapan tahun ini dipermudahkan dan semoga berpuasa tahun ini berjalan lancar. Berbaik²lah duhai perutku. Sila beri kerjasama ye.

Tidak lupa juga tingkat ibadah kita, pohon keampunanNYA, serta perbanyakkan ruang² amalan sampingan kita supaya menambahkan lagi berkahnya bulan mulia ini nanti.

Selamat berpuasa semua.

XoXo,
Cik Lee