Sunday, July 23, 2017

Style Celebrity Kesukaan

Assalamualaikum (^_−)☆,

Kali ini nak lari topik plak. Asyik pasal bridetobebyroselily dengan hal² peribadi yang merepek². Jom relax minda dengan beberapa topik menarik.

CL nak ceritakan celebrity yang CL suka stylo mereka. Kalau kebanyakn orang menjadi Victoria Beckham, JLO, The Kardishans & Jenners, HRH Kate Middleton tapi CL beza. Dan style CL suka dari dulu adalah dari Jessica Alba dan Sandra Bullock. Style mereka lebih santai dan tidak berlebih².

Sebagai wanita yang suka bergaya sudah tentu menjadi pilihan fesyen² terkini dan sentiasa ingin menonjolkan style masing² dengan cara tersendiri. Kerana faktor usia gaya JLO VB dan The Kardhasian Jenner adalah mengarut. Begitu juga style celebrity Korea. Kurang menarik minat CL.

Jadi kalau nak lihat. Boleh lah google dua celebrity ni. Bukan apa, banyak sangat sampai xlarat nak copy dan paste kat blog ini. (^▽^) anggap CL ni terlampau rajin. Yelah blogger lain dari tahun 2009 beratus² catatan sebulan.CL paling rajin seminggu tiga post. Hahaha (ヘ。ヘ)

Kalau nak tahu siapa celebrity pilihan CL boleh google atau cari saja di Pintrest. Jadi selamat bergoogle k.

Antara tips JA dan SB ni :

1. Jacket (mereka peminat jacket)

2. Blazer dan coat labuh

3. Boyfriend jeans (cutting besar dan berlipat di bawah)

4. Loose Long Sleeve Shirt

5. Loose kemeja labuh.

6. Kasut loafer

7. Beg sandang.

8. Beg sling.

9. Beg bimbit (satchel bag)

10. Cermin mata hitam (biasa)

Jadi tu wajib ada dalam list pakaian anda untuk follow style JA dan SB. Tips² ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada semua tentang gaya celebrity kesukaan CL.

XoXo,
Cik Lee

36 Vayadhinile (Tamil) atau How Old Are You ( Malayam) Movie Review

Assalamualaikum (^_^),

Hari ini CL nak kongsikan satu filem tapi dua versi yang sangat memberikan inspirasi kepada semua wanita seluruh dunia. Dua pelakon wanita hebat ini menjadikan filem ini box office dan banyak memenangi anugerah.

Filem versi tamil dilakonkan oleh Jyothika ( Jo) yang juga hero tamil Suriya. Jyothika banyak memenangi anugerah pelakon terbaik dalam kebanyakan lakonannya dan ini adalah lakonan pertama setelah beliau berehat lama selepas melahirkan anak dan menumpukan kepada keluarga. Filem ini diterbitkan oleh syarikat suaminya dan memenangi filem terbaik. Filem ini diinspirasi dan dialih suara dari filem yang juga popular dan memenangi anugerah iaitu "How Old Are You" dan filem ini diberi tajuk "36 Vayadhinile "

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Berjaya di zaman remaja dan zaman pengajiannya. Terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak asasi pelajar semasa di kolej pengajian beliau.

Entah kenapa sifat dan kepimpinan beliau terhakis dan terkurung dengan stigma masyarakat bahawa wanita yang berumur 36 tahun telah tamat tempoh untuk menyerlah dan hanya layak menjadi ibu dan isteri. Hidup hanya rutin untuk keluarga semata².

Satu hari beliau telah di beri peluang untuk berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara India untuk bertanyakan satu soalan. Beliau merupakan kerani wanita biasa di Jabatan kerajaan dan sering di pandang rendah oleh rakan sekerja kerana terlalu bercita² tinggi. Akhirnya peluang beliau berjumpa Ketua Menteri mendapat hebahan masyarakat setempat. Dan beliau berasa bangga mendapat peluang tersebut.

Masyarakat telah mula mengenali beliau dan mula memperkatakan hal tersebut hingga menimbulkan cemburu di hati kawan sekerjanya. Ada juga rakan sekerja  beliau yang menjadi kawan baik menyokong beliau untuk mengambil peluang keemasan ini.

Hari yang ditunggu² telah tiba. Hari ini beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri untuk menyuarakan satu soalan. Pada hari tersebut semua masyarakat setempat memberikan sokongan dan meminta beliau menyampai salam. Setibanya beliau di kediaman rasmi Ketua Menteri beliau mula rasa berdebar². Sistem kawalan keselamatan yang sangat ketat. Sana sini semua memegang senjata. Setiap pintu ke pintu akan discan dan disaring agar tidak membawa apa² senjata. Pada saat² genting, beliau mula berasa amat cemas. Beliau bertambah cemas apabila beliau apabila mendengar pegawai kawalan keselamatan mendapat arahan untuk bersiap sedia ketibaan Ketua Menteri. Manik² halus telah menghiasi dahi beliau dan semakin cemas. Setibanya Ketua Menteri memberi salam versi India "Namaste" beliau tiba² jatuh pengsan dan terjadi gamat suasana kerana tidak sangka beliau akan pengsan tanpa sempat bertanyakan soalan.

Maka sejak dari itu, menjadi perbualan masyarakat umum bahawa beliau pengsan semasa bertemu Ketua Menteri. Malah ada pula Facebook Fanpage dibuat semata² untuk troll beliau. Untuk makluman beliau tidak tahu apa itu Facebook dan media sosial. Kiranya dah ketinggalan dunia luar kerana sibuk kerjaya sebagai pekerja isteri ibu dan anak serta menantu. Beliau menjadi sedih apabila anak beliau tidak mahu bertegur sapa dengan beliau kerana malu diejek rakan sekolah. Suami beliau juga tidak memberikan sokongan moral. Oleh kerana malu, suami beliau memilih untuk bertukar kerjaya ke Ireland dan ingin membawa anak dan isteri untuk memulakan hidup baru.

Beliau menjadi tercabar dan sedih apabila anak beliau tidak mahu bertegur sapa dalam masa yang sama beliau tidak mahu ke Ireland kerana merasakan ada sesuatu yang tertinggal untuk dibuktikan. Beliau memilih untuk tinggal di India dan menghantar anak dan suami ke lapangan terbang sebelum anak dan suami berangkat terbang ke Ireland. Walaupun dalam hati sedih dan terluka tetapi belian ingin membuktikan pada semua bahawa beliau mampu berjaya walaupun usia beliau sudah mencecah 36 tahun.

Beliau meneruskan kehidupan beliau seperti biasa berbaik dengan masyarakat setempat. Beliau masih rasa kekurangan dalam diri dan masih mencari apa yang kosong. Satu hari ketika beliau duduk di bangku sekolah lama beliau, beliau terserempak dengan rakan sekolah dan sekolej beliau satu ketika dahulu. Dari segi gaya dan penampilan jauh berbeza. Beliau merasa sedikit sedih melihat rakannya berjaya sedangkan beliau hanya kerani biasa. Namun atas semangat rakan beliau,mereka mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka satu ketika dahulu dan berharap akan kembali ke zaman itu. Namun rakan beliau menyatakan beliau perlu menjadi seperti dahulu. Beliau perlu bangkit untuk berjaya kerana kejayaan tidak mengenal usia.

Pada satu hari, beliau ingin membeli buah² an dan sayur²an untuk di masak di pasar. Beliau telah tertarik untuk masuk ke dalam bahagian pemborong buah²an dan sayur²an yang menyimpan berpek² stok simpanan sayur dan buah²an. Beliau menegur kepada peniaga terbabit mengapa menyembur bahan kimia kepada sayur dan buah²an ini. Malah dengan senang hati, peniaga itu menjawab ini untuk menjamin kesegaran dan pengekalan rupa bentuk dayur dan buah²an terbabit. Peniaga itu mengaku telah melakukan perkara terbabit sejak sekian lama. Ini menyebabkan beliau sedih kerana pemakanan harian afalah tidak sihat walaupun dari bahan semulajadi.

Sejak kejadian itu beliau menjadi sedih mengenangkan nasib anak bangsa akan datang yang memakan dari sumber bahan kimia yang tinggi. Yang boleh menyebabkan kematian dn penyakit berbahaya pada generasi akan datang. Beliau telah termenung di teres atas rumah (rumah di India terutama di bandar tiada atap cuma ada teres lapang tanpa bumbung untuk menyidai pakaian atau berehat. Ini kerana kawasan menjadi sempit dan kepadatan penduduk. Jadi ruang tereslah untuk beristirehat dan menjemur pakaian) . Beliau merindui anaknya dan menyiram tanaman kesayangan anaknya. Dengan melihat tanaman dan setelah menghubungi anaknya beliau memandang teres yang kosong yang tidak digunakan dengan sebaiknya memandang di bandar tiada tanah untuk berbudi. Setelah lama termenung beliau mendapat satu idea. Maka beliau memulakan dari rumah beliau sendiri. Beliau mendapat idea untuk membina rumah hijau di setiap teres² rumah supaya mendapat makanan yamg segar dan bebas kimia.

Pada peringkat awal, tiada siapa yang menyokong walaupun keluarga sendiri. Malah beliau mencadangkan kepada semua penduduk taman untuk membina rumah hijau. Mereka hanya tertawa dan menyatakan tidak berkemampuan untuk membina rumah hijau tersebut. Beliau tidak berputus asa. Beliau meminjam kepada sahabatnya untuk mendapatkan modal membina rumah hijau. Mujur sahabat sekerjanya sudi membantu dan ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha. Ketika beliau melalui depan rumah bekas gurunya. Gurunya memaklumkan tahniah anda telah menjadi diri adan dan cikgu akan sentiasa menyokong. Suntikan semangat itu menambahkan lagi keyakinan beliau.

Ketika tanaman rumah hijaunya telah berbuah beliau ingin melawat seseorang yang pernah beliau menunjuk² untuk berjumpa Ketua Menteri dan kemudian pengsan. Beliau diejek oleh wanita terbabit kerana pengsan. Satu hari beliau terserempak dan mengetahui wanita tua terbabit merupakan sebatang kara dan berasa kasihan. Beliau telah memberi hasil tanaman rumah hijau anaknya.

Pada ketika itu, beliau telah mendapat tawaran dari seorang yang kaya untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Orang kaya itu menginginkan sayur²an organik dan bebas kimia. Orang kaya terbabit diperkenalkan oleh perempuan tua terbabit dan pada masa itulah titik tolak beliau melihat kedai² borong yang menyediakan stok sayur²an yang disiram bahan kimia untuk ketahanan.

Idea membina rumah hijau terbabit demi untuk memberi peluang perniagaan kepada warga setempat di samping memenuhi keperluan dari orang kaya terbabit. Apabila tiba masa menuai beliau dan penduduk setempat bergotong royong dan bersatu hati untuk memenuhi keperluan terbabit.

Berita tentang rumah hijau di atas teres mendapat liputan meluas. Beliau di panggil oleh para pengamal perubatan untuk memberi ucapan atas kejayaan beliau menghasilkan tanaman bebaa kimia dan sihat dan selamat untuk di makan. Beliau sekali lagi di panggil oleh Ketua Menteri untuk bersua muka. Ini juga mendapat persetujuan parlimen sebulat suara parti kerajaan dan pembangkang bersetuju melantik biau sebagai exco pertanian.

Hari yang di tunggu² telah tiba untuk sekian kalinya. Beliau akan bertemu Ketua Menteri. Suami dan anak beliau ada menemani. Debaran anak beliau di coretkan dalam Facebook bahawa bangga memiliki seorang ibu seperti beliau (dulu malu di ejek kerana ibunya pengsan bertemu Ketua Menteri)

Akhirnya beliau bertemu empat mata dengan Ketua Menteri dan dapat menyuarakan soalan kepada Ketua Menteri. Ketua Menteri berasa bangga dan menyatakan terkilan wanita yang dulu ingin di jumpa telah pengsan tanpa sempat menyuarakan soalan. Di meja makan, Ketua Menteri menyatakan bangga terhadap wanita seperti beliau dan menyebabkan suami beliau terharu sambil mengenggam tangan beliau. Ketua Menteri mengajukan soalan kepada anak gadis beliau dan adakah beliau bangga mendapat ibu seperti beliau? Sudah tentu jawabnya pendek. Soalan terakhir Ketua Menteri pada beliau pula apakah hari paling bermakna? Hari ini jawabnya pendek. Beliau telah di lantik sebagai exco pertanian dan telah berhenti kerja di Jabatan Hasil.

Sempena meraikan kejayaan beliau telah menghubungi rakan yang kebetulan berada di luar negara untuk menghadiri Conference mengucapkan terima kasih kerana memberi semula semangatnya yang hilang. Rakannya sempat mengusik "apakah usia anda?" Beliau dengan yakin menjawab usia tidak penting, yang penting ingin berjaya.

P/s: Kisah ini sangat menginspirasikan. Setiap wanita ada kekangan. Keluarga dan tanggungjawab sehingga terlupa kita juga mampu berjaya walaupun usia melebihi 30an. Kejayaan tidak mengenal putus asa. Tidak mengenal usia. Yang penting ada rasa ingin berjaya dan berusaha. Semoga kisah ini memberi semangat pada wanita di luar sana.

XoXo,
Cik Lee