Tuesday, December 25, 2012

Perancangan Kos Perkahwinan ( 2 hari 1 malam)


  1.      Katering ( RM 8.00 per pax x 500pax ) : RM 4,000

  2.      Khemah (RM250 (siap scallop) x 7 ) : RM 1750

  3.    Goodies ( RM2.00 x 600 pax) : RM 1,200 ( bolehubah..lagi murah lagi bagus)
)
 4.      Pelamin ( set mekap 3x + pelamin + 2 pasang baju + sepsg mlm berinai + aksesori) : RM 3,000
 5.      Barang hantaran ( lelaki & perempuan  ) : RM 2,000 *

  6.    Hiasan Barang Hantaran ( lelaki & perempuan) : RM200 *

 7.      Baju nikah (kain ela dan tempahan lelaki & perempuan ) : RM 500

  8.      Kenduri sambut menantu (pihak lelaki ) : Khemah (RM250x 5 = RM1,250 + Katering (RM 8.00 x 300pax = RM2,400 + RM 500 (Pelamin (buat sendiri pun jimat juga)@ hiasan meja beradap) *

 9.       Karaoke ( RM 400 untuk 8 Jam)

 10.    Khatam Al- Quran dan Berzanji: RM 500 dan makanan minum petang

 11.    Kuih muih : RM 200

  12.   Hiasan Bilik Pengantin : RM 300 (termasuk cadar )

  13.   Kek Pengantin ( lelaki & perempuan) : RM 400

 14.    Fotografi : RM1,000 ke bawah


Kos keseluruhan perkahwinan dua-dua pihak : RM 19,600 (so sapa kata murah? Ni diambil kira perkahwinan keluarga sederhana dan kalau mewah…gandakan aje semuanya..hahahah~ selamat berjimat )
(* kos boleh ubah maknanya bergantung pada kegunaan semasa jika kita mahukan lebih penjimatan takda pun xpe. Ni sekadar anggaran untuk kita sediakan bajetnya.)

Cadangan RiNi :


 1.        Goodies (tempahan kek siap packaging RM 1.00 maksimum so xperlu beli barang lain2 )

  2.        Barang hantaran : belilah time gaji dan harga sale (setiap bulan at least 2 barangan satu lelaki dan satu perempuan)

  3.       Hiasan barangan ada yang murah dan ada yang mahal so rajin2 buat survey. Pilih style simple dan jimat)
44.       Baju nikah ( kebanyakan pasaran menjual set lelaki dan perempuan. Tetapi go for wanita je dulu sebab baju lelaki yang siap jauh lebih murah dari tempah)

 5.       Hiasan bilik pengantin tu kalau ada sedara mara yang ada koleksi cadar putih yang cantik pinjam je.Tak payah semua nak belik…membazir je tapi kalau kita yang sulung seeloknya beli supaya adik2 kita boleh guna pakai. Jimat untuk nxt wedding.

 6.        Pelamin : Jangan pilih yang berpanel sebab mahal kalau nak mudah satu panel je dah cukup. Go for pakej yang jimat. Jangan nak pandang cantik je…ingat kita bukan anak usahawan yang nak projek berjuta kalau buat wedding.

77.       Fotografi ni kena kaji bebetul hasil kerja dia.Kadang2 mahal tapi hasilnya teruk. Gambar sikit.Malas nak amik gambar yang ade moment2 indah.Moment tu yang nostalgia kita nak tengok semula. Pelamin mahal2 pun takat amik gambar muka kita je…baik tak payah…

 8.       Tak payahlah nak buat candy buffet la…wat ever la….kalau ade bajet lebih xpe la….merepekla semua tu….

 9.        Kek pengantin ini pun kena pilih bebetul…ade yang sedap dah murah. So buat ape nak membazir.
       Pihak wanita kena ada simpanan RM10,000 dan pihak lelaki pun kena lah lebih sikit RM13,000 to RM15,000. Baru dapat realisasikan perkahwinan yang simple je…..simple k…

 10.    Kalau ada sedara mara yang nk menyeponcer tu dapat jugakla jimat..ingat jgn harapkan semata2..takut nanti saat akhir takda pulak bendanya…tak ke haru…..

Tips Persediaan bajet Pra Perkahwinan


 1.  Senaraikan bajet yang ada (peruntukan perkahwinan) : Ramai dikalangan kita menyenaraikan keperluan dahulu baru sediakan bajet. Sewajarnya untuk berjimat kita dah siap peruntukan dahulu baru kita boleh membeli mengikut keperluan duit yang ada.
22.       Jangan habiskan semua peruntukan semata-mata untuk mendapatkan kemegahan dan kenangan seumur hidup. Ingat prinsip “yang terbaik tidak semestinya mahal dan yang mahal tidak semestinya terbaik.”
33.       Ramai antara kita semakin tergila-gilakan berbentuk DIY namun kadang-kadang kos DIY jauh lebih mahal dari yang ada dipasaran. Jadi berhati-hati dan buat pilihan bijak dan terbaik.
44.       Dapatkan gambaran khusus yang kita inginkan dalam perkahwinan. Ingat jika kita terikat dengan bajet yang ketat maka kita kena pilih salah satu yang terbaik. Contohnya : Pelamin, Fotografi, Hantaran, Mekap, Pakaian, Malam Berinai..semua aspek perlu diambil kira
55.       Kena membuat perancangan mengikut kemampuan bukannya nak yang terbaik J tiada siapa pun inginkan caca merba….setiap perkara mahukan terbaik tetapi kena sesuaikan juga kemamupuan kita.  Ramai yang memilih terbaik dan berhabisan….Ingat yang kaya berhabis kerana memanggil jemputan kenamaan VIP dan VVIP so pulangan tinggi dari segi bisnes..kalau takat kita ni orang biasa…yang menanggung hanya beban hutang…
66.       Perbincangan sentiasa dilakukan dengan pasangan asalkan bebanan tidak menjadi seumur hidup…kerana yang kita lalui selepas perkahwinan adalah lebih memerlukan wang berbanding semasa majlis perkahwinan.
77.       Senaraikan kos untuk membuat catering atau memasak sendiri. Kos yang termurah adalah yang terbaik. Jalan selamat juga penting..Jangan pilih catering yang mahal. Ingat bila kos meningkat beban bertambah jadi elok bersanding muka senyum dah bersanding muka kelat…

(p/S : next session bagaimana kita merancang kos sesebuah majlis sebelum pernikahan)

Catatan Kenangan 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang yang menyempurnakan hari-hari RiNi walaupun ada pelbagai pahit namun setelah diimbas terlalu banyak manis yang perlu kita banggakan....







Setiap apa yang berlaku memang pantas...tapi tahun ini tahun penuh warna warni....sebelum akhir tahun ini tamat...RiNi panjatkan doa agar Allah swt dapat makbulkan satu permintaan istimewa ini. Dan RiNi bole katakan itulah hadiah dari Allah swt paling istimewa pada RiNi untuk tahun ini...in sha Allah....amin..... See you next session :) muahxxx

Koleksi Peribadi :)

Assalamualaikum,

Kalini RiNi sudi berkongsi beberapakoleksi peribadi RiNi...well salu belik je tak sedar dah melambak rupanya....tapi......RiNi beli time harga murah...dah mark down hokey....normally sepasang tidak melebihi RM 55 hengget....so jom kita tgk...sharing is caring...so kalian bole tau taste RiNi...hahahaha~


Yang merah tu paling di sayangi...sbb paling mabeles.....dan paling mahal dalam kelompok ini.. :) yang lain juz wedges :)

Koleksi yang pelbagai...ade juga kasut yang dah rosak sbb makan hari...terutama kulit,,,kasut snake tu pun macam dah nk tunggu hari je...plis......jgnler......kesayangan tu....

p/s : ade lagik sekeping pic koleksi kasut...cume tak sempat nak amik...nt dah ready..will update this segmen :) tungguuuuu....

Monday, December 24, 2012

Veil Pengantin


Assalamualaikum,

Kali ini konsep yang ingin RiNi ke tengahkan dalam sesebauh perkahwinan adalah veil. Ramai yang cerewet dala memilih veil yang cantik untuk perkahwinan namun ada yang menarik untuk RiNi kongsikan bersama. Less is More..kata omputih. Ada yang suka memilih yang sarat. Ada yang gemar bertudung ala Dato’ Siti. RiNi kongsikan beberapa veil perkahwinan yang RiNi rasa boleh kita praktikkan dan kongsi bersama. Haaa….pereka Malaysia pun belum terfikir nak buat taw…..so jom tgk…..





Gaun perkahwinan klasik yang di gayakan oleh Natalie Portman boleh dijadikan contoh veil yang anggun ofkos mahal…huhu~

Comelnye pengantin ni (model) hahah~ veil dia pun unik maa….pakaian dia pun bersopan je…
Penampilan dia....aduhai......

Pengantin yang sukakan kelainan tidak terikat dengan satu trend je. I ilke this style . Ade bulu-bulu..hahahah~ opss… ( from Jailan Atef designer)

Comelnyeeee….ade rerama kat tepi tu…tergoda ai……ni untuk pernikahan memang vass…(edisi Jailan Atef)

Pengunaan komnbinasi chiffon dan net memang dramtik.Letakkan simple kerawang. Dah buatkan sang jejaka cair.

Veil Unik wanita arab memang kelas dan bercitarasa mewah…mana tau sesuwai dengan bajet memasing ye x?

I like lace….xtaulah nape……so sexy…


Erra style mmg kesukaan RiNi lau RiNi free hair….cam princess sangat2…

My idol dalam citarasa fesyen. Mendiang Grace Kelly sangat dramatic dan cantik. Sehingga kini citarasa beliau most of the best in the whole world. Mendiang Diana pun xlawa taste dia 


Veil ini sesuai untuk mereka yang berbajet lebih. Tampak grand dan extravaganza 

Sapa kata veil perlu sarat2? Hanna Tajima ikon fesyen muslimah juga mengenakan simple satin untuk wedding dia sendiri.

Jailan Atef pereka terkenal arab memang tidak asing menghasilkan gaun pengantin.  Veil dihasilkan memang menyerlah keanggunan wanita arab yang cintakan fesyen : )

Pemakaian shawl biasa juga mampu menyerlah seri pengantin..ribon yang cantik telah membuatkan pengantin tampak bergaya.

Penggunaan kain satin dan net ditambah dengan perincian batu menambahkan lagi keanggunan pengantin yang bercitarasa mewah

Klasik Is always on date…xlapuk fesyen klasik ni….juz tambah tudung/ shawl…gerenti meletop…

Fesyen dikebanyakan pengantin Malaysia…cantik pengantin ni……dah ade yang punye…soriiii…hahahah~

Veil Unik wanita arab memang kelas dan bercitarasa mewah…mana tau sesuwai dengan bajet memasing ye x?

Cantiknya kerawang dari benang yang dibentuk….tampak elegen dan mewah….thumbs up utk pereka gaya ni

Riben yang diserikan manik…mmg kelasss…..
Bertudung biasa mampu membangkitkan kejelitaan seseorang wanita muslimah dalam memilih veil perkahwinan mahupun pertunangan. Nice kan? Tampalan bunga di sisi tudung membangkit kan seri pengantin itu sendiri.
Dan simplicity wins…most efisyen wedding….yang xpenah kita terfikir kan…..cadangan terbaik dari RiNi…I ilke it maximum


Sunday, December 23, 2012

Wedding Style To Follow :)

Assalamualaikum,

Kali ini RiNi ingin kongsikan beberapa fesyen yang cantik dan boleh diterapkan untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga persandingan. Untuk tampil cantik perlu kreatif namun sediakan saja bajetnye. Namun jangan nanti dibelenggu beban hutang yang tidak berkesudahan. Apa yang tetap RiNi tekan kan adalah ingin tampil cantik dan kos yang rendah. Semoga idea ini dapat memberi inspirasi kepada bakal-bakal pengantin di sana. Angan-angan tu bole tapi kalau terlalu berangan hinggakan hutang sana sini bukan cari bahagia namanya tp cari nahas....hahahaha~






Top ranking kalu tang seledang :) rasanya mesti semua stuju

Bentuk kain yang cantik flow tp sesuai dengan mereka yang kurus tinggi

Idaman RiNi kalau inginkan kelainan skirt tu sungguh cantik :) 

Baju nikah Fasha Sandha menjuarai hati RiNi so simple and sweet :)

Macam biasa RiNi sukeeee yang cam ala-ala princess :) Princess RiNi...wuhuuuuu..

Dato' Siti nampak anggun dengan rekaan Rizman Ruzaini.Yang unik tang bling..bling....

Ini pun rekaan Rizman Ruzaini pun ade copypaste rekaan biasa...tp untuk muslimah  sgt sesuai dan simple :0

Dato' Siti masih setia dengan Rizman Ruzaini. Sebenarnya Dato' Siti pelopor pada popularity rekaan Rizman Ruzaini. Fesyen ini agak sarat dan glamer jika mereka sukakan extravaganza

Masih lagi rekaan Rizman Ruziani. Sebenarnya potongan ni ada pada mana2 designer cuma pengolahan je berbeza. Kalau nk kelainan masih boleh diterima pakai style penuh glame ni


Ofkos yang flowy tu yang RiNi suke sebab time jadi pengantin je best pakai...kalau biasa_biasa xd special pun .Pengunaan renda menaikkan seri baju ni....cume kalu muslimah adjaslah lengan tu biar panjang dan lining

Peplum..fesyen lama menjadi kegilaan ramai semula . Ini pun sangat sesuai untuk pengantin yang sukakan simple dan penuh dengan kelembutan :) tampak keayuan gitu

Wow ini pun flowy....tang belakang kain tu memang tampak elegen dan seksi (bkn yang atas hokey ) bila  kaler putih di serikan dengan kain coklat.Memang kelasss,,,

Clear cut macam ni untuk pengantin yang sukakan simple :)  sangat comel kalau ade selendang yang tidak sarat. dan serabut

Ni pun suweet sangat..kat tepi cam penyeri ade unsur dramatik. Kalau tudung selendang chiffon yang simple dah memang ngam hoo...

Kesukaan kerna inspirasi Grace Kelly wedding. Sangat romantik u see... :) 

So traditional kebaya dan kain potongan duyung...cantikkan?  

Ini juga wajib untuk perkahwinan. Fesyen baru dalam pakaian songket..like sejuta kali :)

Ni pun cantik juga gabungan lace dan  songket...thumbs up Linda (pinjam pic erk)

Tak perlu tanya banyak2 sebab saya mmg sukeeee cm priincess,,,,hahahahah~

p/s : semua tu baru idea je. Kita boleh olah mengikut keperluan dan bajet kita. Kalau muslimah buatlah lengan panjang. Yang ade lace jarang maka lining lah..supaya nampak sopan.

Thursday, December 13, 2012

Jalan- Jalan Tawau

Assalamualaikum,

RiNi dah lama menulis dalam Blog rase dah dekat setahun. Keje semakin banyak life semakin banyak aktivti so terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging. Kali ni suka sangat nk menceritakan tentang percutian RiNi di Sabah especially Tawau. :)


Perjalanan Tawau memang panjang...memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit (ofkos kelaparan dan kebosanan) Perjalanan flight 3x sehari menyebabkan kesesakan luar biasa bila Tawau - KL. Kalau perjalanan melalui MAS adakalanya perlu transit di Kota Kinabalu.



Pintu masuk pertama jika tiba di Tawau ( sumber pic blog lain)
Balai Ketibaan Di Tawau ( sumber gambar blog lain )
Sesampainya di Tawau selalunya hari sudah gelap. Selalunya RiNi akan sampai paling awal jam 6.30 petang. Hari sudah beransur Maghrib dan kepenatan melanda terus direct check - in hotel King Park. Selain murah. Kawasan agak privacy dan tidak sesak dengan jem.

Hari Pertama

Kami akan mula dengan "refresh" badan. Perjalanan seharian yang memenatkan jadi kami akan mandi dan bersiap sedia mencari port makan malam. Selalunya kami pergi kawasan yang berdekatan. Ofkos tempat pilihan adalah "Secret Recipe" betul-betul dibelakang hotel kami. Walaupun price jauh lebih mahal dari semenanjung. Menu juga amat berbeza :) jadi kami memilih makan nasi bersama chicken grill yang price dalam katalog je RM 18.50 tidak termasuk tax serta air mineral. Suasana disini sangat santai dan jarang sekali orang Tawau nak makan disini. Selain mahal dan personally makanannya x sefresh makanan di Secret Recipe Sogo tu hah..penuh orang.


Sesudah menikmati makan malam kami sekadar melepak dalam bilik dan berehat sambil menonton. Ceh mcmlah kat umah xbole menonton. Hari pertama banyak buang masa lepak dan tidur :(
Suasana Secret Recipe Tawau di Waktu Malam :)


Hari kedua





Permandangan Kingston Executive Hotel untuk ke Restoran Seri Maju
KFC Tawau tempat beli Bucket tu ( sumber pic blog lain)
Sebelum masuk perkarangan kg incik Fisher Shinobi :)
(pic dr blog lain * bkn incik Fisher..hahah)
Early morning kami pergi bersarapan di Restoran Seri Maju ( bukak 24 jam hokey) berhadapan dengan Kingston Excutive Hotel. Menu boleh lah. Megi goreng dengan air nescaffe. Selepas makan tu kami pulang untuk mandi...whahahahah~ baru ready nk ke destinasi seterusnya ke KFC Tawau. Kami beli bucket KFC untuk ke dibawa pulang ke Batu 5 Tawau. Kami pergi ke sana menaiki bas Batu 5. Kami turun sebelum ke Batu 5 satu simpang untuk ke Sekolah Menengah Jalan Apas Tawau. Kami menaiki kenderaan teksi "sapu" untuk masuk ke kawasan perkampungan. Sampai di perkampungan kami menikmati KFC yang dibeli tadi. Perjalanan je dah cukup buat perut ni lapar. Kebetulan rehat sekejap jam menunjukkan sudah jam 5. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke bandar sebelum hari menjadi gelap. Kali ini mudah sedikit dah ada kenderaan.. Yahuuuuu.. :)


Suasana Di Pasar Tani
Ais Batu jagung
Kami sempat singgah di Pasar Tani untuk menikmati ABC. RiNi memilih ABC buah-buahan. Memang mabeles...sedap! Kalau kat situ la. Manakala incik Fisher memilih ABC milo. Ok jugak rasenye tu. Pasar Tani disana pun hampir nak berkemas-kemas memandangkan hari hampir gelap. Suasana yang digambarkan oleh owner mitsuwira tidak jauh beza...dan permandangan tu memang boleh dilihat dari gerai kami menikmati ABC. Kami singgah sebentar di panggung wayang untuk melihat movie yang menarik untuk ditonton malam nanti tetapi tiada yang menarik perhatian so kami amnbik keputusan pulang di hotel.

 .
Nasi Lalap ( sumber pic blog lain) my peberet :)

Malam punye program memandangkan sampai di hotel jak jam menunjukkan angka 6 so kami "refresh" dan berehat. Jam 8 kami pun mula operasi jalan-jalan cari makan. Lokasi kami di hadapan simpang masuk Kuhara Court Apartment. Setiap malam ada gerai-gerai makan yang dibuka di situ. Tiapkali ke Tawau mesti tak miss makan "Nasi Lalap" mmg siok bah. Ayam dua ketul digoreng panas2 ala KFC. Walaupun simple tapi pekena dengan sup panas dan sayur rebus dan sambal (lain sikit sambalnya ada campuran tomato) dan cukup okey :) alas perut. Malam di Tawau tak pernah sunyi macam di KL. Terang tetapi nyaman. Kami jalan sekitar bandar Tawau sebab kalau nak ke kedai dah xda yang open...huhu~ .Setelah penat kami pulang dan berehat. Masa di Tawau cepat berlalu. Kalau jam 10 malam macam dah 11 malam. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang dan tidur.





Hari Ketiga




 Eastern Mall Tawau ( Promenade Hotel)
McDonald Tawau
Pagi2 bangun ingatkan dah jam 9 rupanya baru jam 7 pagi. Punyelah terang benderang. Ikutkan RiNi ni pemalas bangun pagi tapi di Tawau punyelah rajin bangun awal...heran lak....Hari ini kami ambil keputusan jalan-jalan di bandar. Lokasi nya di Eastern Mall Tawau. Sebelum ini ada juga pergi tetapi belum banyak kedai yang buka tetapi  kali ini dah banyak. Jadi kesempatan lihat-lihat dan shopping baju di sini. Murah dan cantik-cantik. Tapi bajet sangat tight so pendamkan aje-LAH..huhu~ Kebetulan ada open booth untuk penggemar PS3. Tapi tak semua mampu memiliki PS3 termasuk saya...whahahaha~ kos nya xberbaloi-baloi. Seharian juga habiskan masa di sini. So dapat-LAH spek mata hello kitty...setelah tawar menawar harganya dapat beli dalam seploh hengget. Makan time, kami pun teringin nak pergi Mc Donald pertama di Tawau :) cantik , besar dan luas..merasalah jugak..hikhikhik...

Pada malamnya kami bercadang ingin makan sup tulang tetapi malangnya kedai tutup maka santapan malam ni nasi lalap depan Kuhara dan jagung rebus manis ler...huhu~ Cuaca yang agak mendung membuatkan kami segera pulang dan makan di hotel sak bimbang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan hujan lebat.naaa...xsampai beberapa minit hujan pun menyembah bumi.Mujur kami sempat sampai ke hotel :)


Hari Keempat


Mee Tauhu
Hari ini aktiviti kami pagi bersarapan Mee Tauhu di Batu 3. Ini juga salah satu kegemaran mereka yang duduk disekitar bandar Tawau menikmati menu tersebut. harga di sekitar RM2 tetapi RiNi tambah telur mata sebab mee tu mee kosong semata-mata.huhu~ Jadi harga upgrade ler. Tauhu pula bole pilih ikut suka, Tapi seperti pic sebelah antara paling disukai ramai. Tauhu bulat :)




Mahkamah Tawau dari pandangan depan :)
Kami mengambil keputusan meronda kawasan sekitar sebelum untuk target jam 2 petang ke Mahkamah Tawau atau urusan Saman. Mahkamah Tawau dapat dilihat berhampiran dengan Maybank Tawau dan kecil. Mungkin disebabkan mahkamah itu tidak handle kes yang besar dan kapasiti kes agak kecil. Selesai urusan kami mengambil keputusan untuk membeli makanan tengah hari sebelum berangkat pulang. Memandangkan cuaca macam cerah amat sangat dan berbahang semacam hari nak hujan. Jadi kami  singgah di Big Apple membeli kuih sebelum mengambil keputusan rehat di hotel sementara hujan masih lebat.


Big Apple Tawau yang aku salu singgah..hikhikhik



Femes dengan sup tulang...hot and sadap :)
Malam ni kami bercadang nak makan sup tulang sebab program semalam dah terbantut sebab kedai tutup so apa lagi berhenti je hujan kami pun siap-siap mo pigi ka Restoran Maskur. Restoran sup daging yang fofular di Tawau.Sadap bah :) hahaha~ Restoran ini terletak berhadapan dengan Giant Tawau. Memang meriah suasana di Giant ni. Ramai betul orang yang berkunjung. Laluan nya dari Mc Donald Tawau terus ke Kolej Komuniti Tawau..naaa baru lah kita jumpa satu pekan kecil suasana nya hebat. meriah dan terang benderang. Walaupun laluan masuknya macam gelap dan scary...hahaha~ Memang sedap..kalau pegi ke Sabah jangan lupa singgah Restoran ni (tuan restoran jgn lupa komisen sbb dh pomot free* hahah)

Hari Kelima


Nasi Kuning
Pagi yang indah ini diserkan dengan hujan renyai-renyai sepanjang pagi....morning Tawau...errrr....terperangkap je dalam bilik sehingga hujan reda...erm... Jam dah hampir jam 10.30 so kami ambil keputusan keluar menikamtai makanan enak di Tawau iaitu Nasi Kuning...memang sedap...boleh pilih samada lauk ikan atau ayam...macam biasa si cerewet ni memilih ayam.. :)

Dah nampak sign ni baru tnda nk menghala ke bandar
 Restoran ini menghala ke Kampung Titingan (err...agaknya) dan pusat jual beli Motor terkenal di Tawau iaitu Inti Deras. Dalam perjalanan tu juga bolehlah kita lihat Kompleks Sukan Tawau. Boleh tahan besar juga. Sepanjang laluan dapat lihat port lori-lori yang membawa barangan kastam dan berdekatan dengan perlabuhan Tawau.


Jalan-jalan Bandar tawau
Untuk menghabiskan masa yang ada kami lepak-lepak di Eastern Mall. Al maklum laluan yang panjang dan panas mula nk cr ekon untuk menyejukkan kulit2 tangan yang hampir terbakar ni :) Kat sini sempat jugak lah tgk incik Fisher fight FIFA 2013 tp malangnya emosi lak...sbb dia kalah :P nyampessss...Sambil dia main bola saya jadi tukang sokong dan sorak....tu yg emosi sbb kalah...huhu~ panas ati hakak.. Sambil tu dia nk sejukkan hati maka di bawa round-round bandar Tawau sebab hari ni last kami jalan petang-petang....esok dah mo pulang suda

Giant Tawau waktu siang
 Kami beransur pulang dengan hati panas...whhahaha~ setelah refresh RiNi tingin bebeno p Giant Tawau... meriah buat RiNi berkobar-kobar nak masuk melihat sendiri apa bestnye Giant Tawau padahal kat mana-mana Giant pun sama je....hahaha~ Memang meriah dan macam-macam ada..Tengok family dan kanak-kanak terdetik rasa hati rindukan family di semenanjung jadi kami beli jagung dekat Daily Fresh :) yang bestnye incik Fisher try waffle mayonis tp rasanya xsedap...mujur xbelik....hahahah~ dan kami tapau sup daging manakala RiNi lak nk Nasi lalap :) sebelom pulang dan menjamu selera.....pastu tdo kekenyangan.




Hari keenam ( Last day...sob..sob..sob..)


Pasar Ikan Tawau

Borong jangan tak Borong
Pagi ini dah relax kan diri kami pun bercadang nak membeli belah di Pasar Ikan untuk dibawa pulang ke semenanjung. Banyak juga yang kami borong disini...Ikan mak ampun murahnyee...hanya 2 3 ringgit sekilo. Kalau ikutkan ati macam-macam nak diborong tp duit ciput maka ciput jugak lah kami borong hangus jugak beberapa keping lima ploh hengget kerana memborong ketam, udang sampai 3 jenis, ikan kerapu, ikan senagin saiz xl. Tertarik dengan seorang kanak-kanak comel persis mak saleh gitu merayu-rayu pada kami untuk dibantu buat angkat bungkusan yang ikan yang dipack dengan box polisterin. Jenuh jugak kami cari yang murah...dapatlah rm 13. Tu yang paling murah la tu. Kanak-kanak tu ada tiga orang.kebetulan bajet nipis.kami serahkan 2 hengget sorang kepada 2 orang kanak-kanak tu. Tersentuh jugak bila  mereka cakap "terima kasih kakak" walaupun time tu aku tengah bz nk susun box tu seboleh-boleh nak aku menoleh pada mereka berdua...
Sabindo Plaza.(sempat gak  merajuk kt cni)
Sebelom kami memborong tu jenuh survey kalau-kalau price murah sebelom nak pos ke semenanjung sebab masa pegi dulu kakitangan Air Asia xkasi bawak makanan basah ke dalam kabin dan kargo. Kami ke sekitar bandar Tawau mencari syarikat penghantaran semuanya berharga RM200 ke atas. Punyelah mahal. Akhirnya incik Fisher mencadangkan supaya tanya semula kepada Air Asia. setelah ambil nombor giliran dan beratur tiba giliran kami yang penuh
Pasar Tanjung Tawau
debaran..jeng..jeng..jeng....lega sungguh rasa hati bole dibawa ke kabin tapi dengan syarat pack dengan sempurna untuk mengelakkan bau.Barulah kami shopping sakan di Pasar Ikan.Mulanya kami cadang nak makan di Pasar Tanjung Tawau tetapi kami tukar plan pi ke Pekan Batu 5 pekena nasi lalap kat sini memang femes dan sedap.....sebab mesti full house je..tapi ABC dia xsedap...harap maklum...hahahah~



Suasana Airport di Tawau
Jam dan menunjukkan jam 1.30 kami pulang dan baru nk refresh sebab dari pagi xsempat...hahahahah~ kami rest sehingga jam 4 sebab pakcik teksi dah nak datang hantar kami ke airport :'( Sementara tu kami mrefresh semula dan siap-siap packing barang sebelom check out..Tepat jam 4.00 pakcik dah terpacak depan hotel dan kami berangkat pulang dengan hati yang berat.



Balai Berlepas..huwaaa....
Setelah sampai kami repacking semula box untuk mudah dibawa ke kabin.Mak ampun punyelah berat box tu..nk longgar tulang RiNi menghangkutnya.Sementara masa masih ada kami pun jalan-jalan sekitar airport yang comel je tu. kami makan goreng pisang dekat bawah eskelator tu...sedap jugak sambal cicah goreng pisang panas tu...huhu~ Selepas tu kami ke atas untuk menunggu masuk ke Balai Berlepas dan imegresen. Masa ni memang cedey sesangat...huwaaaa..... nak tau RiNi adalah orang terakhir yang check in di kaunter Air Asia....dan cepat betul masa tu berlalu.....Tawau i will be back again next time.....daaaaaa....


Antara permandangan sekitar Tawau dan tempat yang pernah RiNi pegi...


Permandangan Bandar Tawau 
Pernah dapat rawatan kat sini. 1st time naik wilcha....hahahahah~
Pernah makan disini. Bersebelahan dengan shopping complex milimewa :) sodap :)
Bersebelahan hotel kami King Park dan belakang je Big Apple Tawau