Tuesday, December 25, 2012

Perancangan Kos Perkahwinan ( 2 hari 1 malam)


  1.      Katering ( RM 8.00 per pax x 500pax ) : RM 4,000

  2.      Khemah (RM250 (siap scallop) x 7 ) : RM 1750

  3.    Goodies ( RM2.00 x 600 pax) : RM 1,200 ( bolehubah..lagi murah lagi bagus)
)
 4.      Pelamin ( set mekap 3x + pelamin + 2 pasang baju + sepsg mlm berinai + aksesori) : RM 3,000
 5.      Barang hantaran ( lelaki & perempuan  ) : RM 2,000 *

  6.    Hiasan Barang Hantaran ( lelaki & perempuan) : RM200 *

 7.      Baju nikah (kain ela dan tempahan lelaki & perempuan ) : RM 500

  8.      Kenduri sambut menantu (pihak lelaki ) : Khemah (RM250x 5 = RM1,250 + Katering (RM 8.00 x 300pax = RM2,400 + RM 500 (Pelamin (buat sendiri pun jimat juga)@ hiasan meja beradap) *

 9.       Karaoke ( RM 400 untuk 8 Jam)

 10.    Khatam Al- Quran dan Berzanji: RM 500 dan makanan minum petang

 11.    Kuih muih : RM 200

  12.   Hiasan Bilik Pengantin : RM 300 (termasuk cadar )

  13.   Kek Pengantin ( lelaki & perempuan) : RM 400

 14.    Fotografi : RM1,000 ke bawah


Kos keseluruhan perkahwinan dua-dua pihak : RM 19,600 (so sapa kata murah? Ni diambil kira perkahwinan keluarga sederhana dan kalau mewah…gandakan aje semuanya..hahahah~ selamat berjimat )
(* kos boleh ubah maknanya bergantung pada kegunaan semasa jika kita mahukan lebih penjimatan takda pun xpe. Ni sekadar anggaran untuk kita sediakan bajetnya.)

Cadangan RiNi :


 1.        Goodies (tempahan kek siap packaging RM 1.00 maksimum so xperlu beli barang lain2 )

  2.        Barang hantaran : belilah time gaji dan harga sale (setiap bulan at least 2 barangan satu lelaki dan satu perempuan)

  3.       Hiasan barangan ada yang murah dan ada yang mahal so rajin2 buat survey. Pilih style simple dan jimat)
44.       Baju nikah ( kebanyakan pasaran menjual set lelaki dan perempuan. Tetapi go for wanita je dulu sebab baju lelaki yang siap jauh lebih murah dari tempah)

 5.       Hiasan bilik pengantin tu kalau ada sedara mara yang ada koleksi cadar putih yang cantik pinjam je.Tak payah semua nak belik…membazir je tapi kalau kita yang sulung seeloknya beli supaya adik2 kita boleh guna pakai. Jimat untuk nxt wedding.

 6.        Pelamin : Jangan pilih yang berpanel sebab mahal kalau nak mudah satu panel je dah cukup. Go for pakej yang jimat. Jangan nak pandang cantik je…ingat kita bukan anak usahawan yang nak projek berjuta kalau buat wedding.

77.       Fotografi ni kena kaji bebetul hasil kerja dia.Kadang2 mahal tapi hasilnya teruk. Gambar sikit.Malas nak amik gambar yang ade moment2 indah.Moment tu yang nostalgia kita nak tengok semula. Pelamin mahal2 pun takat amik gambar muka kita je…baik tak payah…

 8.       Tak payahlah nak buat candy buffet la…wat ever la….kalau ade bajet lebih xpe la….merepekla semua tu….

 9.        Kek pengantin ini pun kena pilih bebetul…ade yang sedap dah murah. So buat ape nak membazir.
       Pihak wanita kena ada simpanan RM10,000 dan pihak lelaki pun kena lah lebih sikit RM13,000 to RM15,000. Baru dapat realisasikan perkahwinan yang simple je…..simple k…

 10.    Kalau ada sedara mara yang nk menyeponcer tu dapat jugakla jimat..ingat jgn harapkan semata2..takut nanti saat akhir takda pulak bendanya…tak ke haru…..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa