Thursday, November 19, 2015

Beras Herba Ponni Taj Mahal

Assalamualaikum,

Tiba-tiba nak story pasal pemakanan pulak. Beras ini adik abah CR yang test beli dulu. Lepas tu pun kami beli disebabkan masalah darah tinggi masing-masing. Selain itu, beras ini sesuai untuk pesakit diabetes kerana kurang kanji.

Tapi sejak dulu memang rumah CR ni bab makan alhamdulillah, Sebelum kami  bertukar beras kami adalah penggemar makan jenama beras Naga Mutiara. Harganya pun boleh tahan juga..Beras ini paling wangi dan sedap setakat ini kami beli. Harganya untuk 10 kg mencecah harga RM50. tetapi tak boleh nak challenge beras Taj Mahal ini untuk 5kg sahaja sudah bernilai RM 35++ tetapi demi kesihatan beli lah juga memandangkan kadang-kadang CR ni selalu makan lewat (bukan selalu ke? kehkehekeh..) Jadi less kanji dapat cepatkan bakar sikit dan boleh lah xpayah nak tunggu lama untuk zzzzz.. (tidur) .haaa...part ini jangan tiru plak...orang rajin macam CR ni memang tak boleh nak kata apa lah.

Beras Naga Mutiara ni memang wangi lebih-lebih lagi kalau masa tanak tu tengah menggelegak. Pergh...satu rumah berbau wangi. Bukan lah bau perfume. Tapi bau beras tu sendiri. Beras ini lebih putih dan tinggi kanji. Jadi sekarang dah tak makan dah.  Sebab tak larat nak makan beras mahal2 kesemuanya. Orang kat aelok beras wangi di campur beras herba ponni ini.

Dulu penggemar beras ini.
 Sekarang memandangkan kita makan bermacam-macam makanan yang manis dan bergula. Kenalah ada usaha untuk mengurangkan kadar gula. Selain dari menyebabkan gigi kita rosak kerana kandungan gula tersembunyi. Dan data di bawah diperoleh dari website

http://www.myfitnesspal.com/food/calories/beras-herba-faiza-taj-mahal-ponni-rice-239294374

selamat mencuba semua...daaa...


Nutrition Facts

Beras Herba Faiza - Taj Mahal Ponni Rice

  1.   
Calories175Sodium0 mg
Total Fat0 gPotassium0 mg
Saturated0 gTotal Carbs39 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber4 g
Monounsaturated0 gSugars0 g
Trans0 gProtein4 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A0%Calcium5%
Vitamin C0%Iron0%




Wednesday, November 18, 2015

My Final Itinerary To Japan For 5d 4n ( InshaAllah...)

Assalamualaikum (sharing corner je untuk next vacay trip) wowieeee.... (lompat bintang)

Day 1

Osaka

1. Memilih penerbangan dari Kl dan pilihan terbaik untuk ke Osaka adalah berhenti departure kat Osaka / Kansai International Airport

(* menaiki train tapi dengarnya naik bas lebih mudah. Tengok lah macamana nanti di airport)


http://www.japan-guide.com/e/e2033.html  <--- apa="" boleh="" guna="" ke="" kyoto.="" nak="" nbsp="" p="" pengangkutan="" pilih="">

2. Jika tiba awal makanya kami menginap sahaja di Osaka dan bersiap untuk ke Universal Studios Japan.


3. Jangan lupa ke Hard Rock Cafe Osaka untuk souviner hokey....Alang-alang dah datang ke sana kan.



Day 2

Kyoto

1. Pagi nya bersiap pack makanan dan breakfast serta check out sebab terus ke Kyoto pula jika nak jimat masa naik train jika tidak bas pun bolehlah.tengok perbezaan masa tak jauh beza pun.

2. Pilih kediaman di Kyoto

i. https://www.airbnb.com/rooms/4486385checkin=04%2F20%2F2016&checkout=04%2F22%2F2016&guests=8

--- untuk pegi family trip ramai-ramai ( murah juga dan cantik wooo)

ii. https://www.airbnb.com/rooms/7632504?checkin=04%2F20%2F2016&checkout=04%2F22%2F2016&guests=2&s=pZ9TUDaA

iii. https://www.airbnb.com/rooms/7367445?checkin=04%2F20%2F2016&checkout=04%2F22%2F2016&guests=2

---> untuk pergi berdua je. Bedroom simple sangat. Untuk tido sahaja.

3. Toie Kyoto Studio Park

Hah..jenuh nak spend time di sini..nak jd ninja nk pakai kimono
Untuk Family Home

by train --- https://www.airbnb.com/rooms/8266022?guests=5&s=kGZYAnSq

Untuk bilik Berdua

by train ---> https://www.google.com/maps/dir/4+Chome-20-7+Shimoshinj%C5%8D,+Higashiyodogawa-ku,+%C5%8Csaka-shi,+%C5%8Csaka-fu+533-0021,+Japan/Toei+Kyoto+Studio+Park/@34.8796976,135.492639,11z/data=!3m2!4b1!5s0x6001077124708905:0x126a9f8100e4d125!4m14!4m13!1m5!1m1!1s0x6000e473bb2f3791:0xd4287028e925a02d!2m2!1d135.5188824!2d34.7484679!1m5!1m1!1s0x6001077138dffbb9:0x2bba0881d61d9667!2m2!1d135.7086237!2d35.0168027!3e3

4. Ronda-ronda lah sekitar kediaman jika ada pasar malam (eh..hahahaha....nak beli souviner kan?) kejap je..pasti balik membuto la.....pe lagik....x dayo do..

Day 3

Tokyo

1. Jika larat dan nak jimat sebenarnya malam itu dari pada Kyoto ambil bas malam je ke Tokyo. So dah jimat satu malam ko shotel...hahaha...jarak perjalanan Kyoto -Tokyo macam KL ke JB dalam anggaran 5 - 6 jam..boleh pilih bas yang selesa untuk port tidur. Tapi sure penat di Studio Park.TIdur jelah..takkan nak seksa diri plak.

Family Room

by train -----> https://www.airbnb.com/rooms/8288680?checkin=04%2F21%2F2016&checkout=04%2F22%2F2016&guests=5&s=cfkwJ9TN

Room For Two

by train ------> https://www.airbnb.com/rooms/7392136?checkin=04%2F21%2F2016&checkout=04%2F23%2F2016&guests=2&s=d9-dbPzO

https://www.airbnb.com/rooms/8375568?guests=2&s=d9-dbPzO

Sesampai di Tokyo jika menaiki train maka masa akan lebih cepat tetapi kos agak mahal lah. Bedallah...masa itu juga berharga. Takkan nak jimat sangat sampaikan masa kita terbuang dalam perjalanan pula kan?  Jika dah boleh check in makanya kami check in dulu. Mandi-mandi dan bersiap keluar pula. Kalau rajin bikinlah makan pape untuk sapedek dulu baru keluar.

Pada peringkat awal ingin ke Disneyland namun tengok-tengok Disneyland it is not very nice place to spend time. Jadi hakak bercadang nak ke Sanrio Puroland. Syurga Hello Kitty.

2. Sanrio Puroland ( Hello Kitty Park )

Sediakan ongkosnya

Syurga asal Hello Kitty
3. Tokyo Tower 

Night vew

4. Hard Rock Cafe Tokyo

Ni permandangan siang. kalau x sempat pegi malam pun ok je. Berhampiran juga dengan Tokyo Tower

Day 5

1.  One Piece Tower

Peminat One piece bolehlah datang tgk trick dan koleksi One Piece

2. Harajuku 

Tak spend sangat kot sekadar nak tengok kawasan popular ini

Jika flight malam, kami akan ke airpor Narita International Airport selewat-lewat jam 6 petang wajib bergerak ke sana untuk merehatkan diri di sekitar airport dan mandi manda kat airport je kot..sebelum balik. Jika tidak spend one more night dan pulang esok paginya. tapi macam rugi je...hahahahaha...

Tara....habis perangcangan CR ke Japan, belum pergi dah rasa macam dah sampai ke sana. huhu....xsabar you see.. Japannnnn mu tunggu aku datang..........





Tuesday, November 17, 2015

Trust in Allah swt

Assalamualaikum,

Erm..tahun baru sudah sampai ke penghujungnya. Apa yang hakak dah usahakan sebaiknya dah semampunya hakak laksanakan dan berikan terbaik kepada semua orang yang CR sayang. Namun CR sedih juga adakala apa yang CR buat ini tidak berharga, tidak memberi apa-apa makna kepada mereka dan masih kurang pada mereka. Sedih sangat rasanya..

Kadang-kadang bukan mengungkit tapi pedih sangat nak menerima sebuah kenyataan dan apabila orang mempertikaikan kita. Apa yang kita dapat ini sudah belum buat mereka bersyukur. They always expect me more tapi mereka juga sebenarnya belum mampu memberikan yang terbaik kepada kita.

Ye, apa yang mereka harapkan itu juga yang CR harapkan. Apakan daya CR, CR hanya insan biasa. Tiada siapa tidak inginkan yang terbaik dalam hidup mereka. Tapi melemahkan CR dan memperkecilkan CR sesuatu yang CR tidak nak terima. Sepatutnya mereka memberi sokongan supaya CR terus bersemangat untuk usahakan yang terbaik dan semestinya CR juga manusia biasa yang lemah dan hampir tersungkur untuk mengalah dengan keadaan lebih-lebih lagi dalam keluarga kami semuanya dengan anak perempuan sulung. Sudah semestinya menjadi perbandingan antara satu sama lain amat melukakan hati CR.

CR dah lakukan segala yang terbaik. Jika dilihat segala usaha CR melakukan sesuatu untuk orang yang CR sayang pasti mereka tak sangka yang CR mempunyai fail khas untuk membuktikan usaha demi kasih sayang CR kepada orang tersayang.

Tapi.......

Yelah kasih sayang kita terlalu mahal untuk orang lain hargai, terlalu berharga untuk orang lain menilai , terlalu halus untuk orang lain nampak, dan terlalu seni untuk orang lain fahami.

Harapan CR,

Semoga ada sinar untuk CR, kerana CR juga sudah lelah, sudah lemah, sudah berputus asa dengan segala-galanya. Ya...memang ditegah berputus asa...tapi apakan daya CR lagi...sekiranya tiada lagi indah dimata umum...hanya kekurangan menjadi ukuran...

Kalau nak di kenang, kerapkali juga CR diabaikan, kerapkali juga CR dilupakan, kerapkali juga dilukakan oleh semua pihak. Apakan daya selagi kita bergelar insan kita takkan pernah lepas dari diuji. Tanda-tanda kita diuji menjadi tanda bahawa Allah swt tidak pernah melupakan kita.

Semoga ada esok ada sinar untuk CR...inshaALLAH...

Aamin... Ya Rabb

InshaAllah..tiap kebaikan akan dibalas dengan yang lebih baik

Semoga segalanya baik-baik sahaja

deep...and indeed

Monday, November 16, 2015

Saya Penakut Makan Ubat... (shhhh..ni rahsia haaaa..jangan bagitau orang k...)

Assalamualaikum,

Hihu..malu plak rasanya bila hakak CR orang tau penakut ya ampun makan ubat.  Jangan dibuat-buat.. pil tu rasa cam tak masuk je dalam anak tekak..Berkali-kali try pun tak masuk.

Orang kata belajar makan ubat. Sampai bila nak takut. Bukan takut..segan je...lagipun dah training berkali-kali tak teror jugak..stress taw..

Erm...orang kata macamana nak beranak esok. Lagi kena makan macam-macam ubat...akar kayu (errr..tak makan xpe kan? ) Pastu kena lagi sedassss..kalau tak makan macamana badan nak sihat, nak kuat, nak jaga baby...blaaa.blaaaa...blaaaa.. (alamak...banyak plak komplikasi tak makan ubat nanti)

Hakak paling panik kalau pegi klinik doktor suruh makan ubat on da spot (telan air liur) panik wooo... cecepat rasa nak lari dari klinik itu,

Kenangan masa kecil dulu, bayangkan hakak CR ni demam, abah paksa makan ubat (ubat air je kot...kuikuikui..) sampai semua adik2 CR kena standby pegang kaki tangan...kelakar sungguh la..ntah pape...minum ubat macam paksa minum racun.

Erm..so kepada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, kena ajar anak-anak mahir makan ubat. Bukan sebab suka-suka tapi sebab senang esok. Takdalah macam CR ni menggelabah bila kena suruh makan ubat.

Tapiiiii..kena pantau juga..jangan demam sikit makan ubat, sakit sikit makan ubat....nanti makin lama makin tinggi dos ubat sebab kuman dan bakteria dah imun dengan ubat-ubat yang kita makan tu tau..(ceh..ceh..) Tapi itu, kenyataan, sebab sebagai pelajar aliran sains masa matrikulasi, sedikit panduan mengenai kesihatan juga di dedahkan dalam subjek di U dulu. Jadi memang bakteria akan imun dengan ubat-ubat kita makan membina pertahanan peringkat awal sekiranya bakteria yang sama menyerang. Tetapi sekiranya sudah imun dengan pertahan itu maka kena upgrade lagi dos ubat tersebut.

Sebab tu hakak CR ni cerewet, takut sakit bukan sebab apa, ngeri nak makan ubat. Kontrol kolestrol, awal-awal dah makan beras kurang kanji (untuk pesakit diabetes tu, Taj Mahal) sebab sakit ni datang macam ribu pergi macam siput...slow motion sangat...cuma Cr ni sejak-sejak ini suka sangat emosi menyebabkan paras darah tinggi dah mula meningkat sesekali...migrain...stress dengan orang sekeliling. Soal kerja banyak pun salah satu penyebab juga. Mujur sekarang dah bertukar bahagian..buat masa ini kerja tak banyak sehingga bulan Feb 2016 tahun depan bila peruntukan dah masuk.

Apapun kalau hakak CR sakit selalunya hakak CR gunakan minyak angin Kwan Loong. Memang favourite berbanding minyak cap kapak. Tapi awas sekarang ada pulak produk tiruan dan pernah sekali terkena produk tiruan ini. (berhati-hati ye) Minyak ini lah untuk sakit perut, sakit kepala (dua sakit ini memang tak boleh nak lari dah) Dan hakak CR memang highly recommended sebab satu family memang guna minyak angin ini. Mak CR pun sama. Jadi sesiapa yang rasa nak mencuba blehlah sebab memang bau dia wangi dan berangin (kalau yang original) so jangan sapu banyak-banyak..meraung kang...ok daaa..

Minyak Angin Cap Kwan Loong






Grrrrr.... Berak Kucing Lagi....Stressnyeeeeee

Assalamualaikum,

Pantang betul hakak dengan kucing2 ni..Hakak ni penggeli tau x...apatah lagi nak cuci najis2 ni. Memang tak la...euwwwww......

salah satu sebab hakak memang tak suka sebab bau dia....ya ampun...busuknya...sebab tu hakak memang xda nak bela2 pape. Satunya hakak konpem malas. Kedua, hakak tak larat jaga maintainence..

Kucing bukanlah tak comel. Tapi bab najis dan kencing dia tu...pergghhhh...tak boleh nak tahan,...selalunya mak hakak ler tukang cuci tapi dah dua bulan tak balik keyel maka timbunan berak tersebut makin lama makin tinggi dan banyak (nak muntah tengok)

Masalah nya lubang air kat luar tu baru direpair oleh pihak DBKL , maka lagi susahlah hakak nak bersihkan, Kalau berak2 tu tak masuk dalam lubang tu dah berterabur seluruh kawasan. Menyusahkan betullah....

Hakak memang semakin geram sebab kucing dah buat rumah hakak port melepaskan berak....tak guna betoi la.....pasni  hakak terpaksa bayar la kat cleaner bawah tu untuk kutip berak2 ni..nama hakak nak pegang...memang konpem tak...biarlah hakak bayar sikit asalkan segala peralatan hakak tak ade kaitan dengan najis kucing ni...

Kucing...aku bagi amaran kat ko....selagi lagi ko berak depan rumah aku......memang nahas ko .... (mood geram....macam berani je dengan kucing...kuikuikui) Pasni hakak terpaksa repot kat DBKL untuk pecahkan semula jaring itu. Menyusahkan hakak je. Kedua, terpaksalah kasi duit free kat tukang sapu sampah kat bawah untuk kutip najis2 ni....(dah la aku nak jimat...kucing punya pasal aku kena keluar duit palk...sabo jelah...)

Kepada kucing jalanan dan pemilik kucing...sila jaga kucing anda....jangan anda nak pahala konon bela kucing (binatang kesayangan nabi) tapi menyusahkan orang lain. Berak dan kencing merata-merata.. Xpasal2 dapat caci maki jiran. Sediakan tempat berak bukan sekadar kasi makan je. Ada paham? Kbai....

Sunday, November 15, 2015

Ku Ada Di sini by Rio Febrian

saat semua asamu
hilang dan tak tersisa
usah kau berkecil hati
ku ada di sini
saat engkau sadari
tiada arti hidup ini
usah kau ragukan lagi
ku ada di sini
* tak akan ada
satu pun yang bisa
memisahkan kita
sebutkan namaku di hatimu
reff: tak perlu seribu bintang
yang bertaburan di langit sana
tuk temani malam-malammu
ku ada di sini
tak perlu seribu sahabat
dengan senyum sapa dan hangat cinta
cukup satu alasan indah
ku ada di sini
saat semua lelahmu
tak terbuangkan lagi
usah kau simpan sendiri
ku ada di sini
saat semua cintamu
pergi dan tak kembali
usah kau tangisi lagi
ku ada di sini
repeat *
repeat reff

(Lagu ini sering mengingatkan CR mengenai apa yang diperlukan oleh wanita seperti CR, inshaAllah..kalau kita buat baik pada orang, orang lain akan buat baik pada kita walaupun bukan dari orang yang kita bantu itu..) 
Single ladies..apa lagi..pergi bercuti la...daripada asyik makan hati. Baik pergi happy.. Japan mu tunggu aku datang!

Wednesday, November 11, 2015

Japan Trip Planning ( 5 days 4 Nights)

Assalamualaikum,

Hari ini akak CR dah planning beberapa tempat yang wajib pergi jika hakak melawat Japan nanti. Walaupun begitu, hakak merasakan tidak semua tempat yang hakak boleh cover memandangkan perjalanan yang agak jauh dan tempoh percutian yang terhad. Jadi kena planning sebaiknya agar apa yang utama hakak dapat pergi menjelajah tempat-tempat tersebut dan bajet hakak sebolehnya tidak terlalu tinggi. Selain dari kena berjimat cermat, hakak juga bukan penggemar makanan Jepun. Sushi? euwwww..tak penah dibuat nak makan...wasabi ke..hapa ke....alamak..boleh ke ni?

Memandangkan semua lokasi menarik terdapat di Japan adalah di Tokyo. Amat menggerunkan hakak sebagai orang tak berapa kaya nak bercuti ni. Tokyo terkenal sebagai bandar termahal di dunia jadi untuk menginap di Tokyo sangat berbahaya kepada fulus...

Hakak belum lagi survey hotel tapi kemungkinan akan stay di Tokyo hari last day kerana sebelum balik ke KL semula. Ini memandangkan semua tempat menarik terletak di Tokyo. Namun bergantung kepada situasi duit, dan pengangkutan yang efisien juga boleh membantu stay diluar Tokyo untuk menjimatkan kos penginapan.

Tempat yang akan dilawati

1. Japanese Sword Museum

- Ini adalah port melihat pedang-pedang samurai. Kalau kita tengok kat tempat-tempat lain cuma immitation. So boleh melihat secara jelas pedang samurai ini. Hairan juga kan, orang lain pakai samurai, pedang panjang tapi orang melayu hanya pakai keris pendek berlekuk....hebt betul orang melayu dulu. Selain tengok sejarah kewujudan samurai hakak juga boleh melihat pedang yang pernah digunakan untuk memancung satu ketika dahulu di zaman kebangkitan Jepun semasa perang dunia 1.

_ Kedudukannya di Tokyo. Tapi sekada melihat sword je -lah. Erm, jika ada duit lebih baru pegi ke sini kot. Macam tak berapa siok je.


Address: 4-25-10 Yoyogi, Shibuya-ku, Tokyo
Phone: 03-3379-1386 
Hours open to visitors: 10:00-16:30
(Last admission at 16:00)
Admission Fee: 600 yen
Closed: Mondays, New Years holidays
Directions: About 8 min. walk from Sabgubashi Station on Odakyu Line
About 7 min. walk from Hatsudai Station on Keio Shinsen Line


web : http://www.jnto.go.jp/eng/location/spot/museum/japanesesword.html

2. Toie Kyoto Studio Park

- Di sini ada pertunjukan ninja dan pemakaian pakaian kimono costume.  Kat sini juga boleh dapat multipurpose antaranya pertunjukan ninja,malah terdapat museum manga. Wahhhh...tak payah pergi jauh2..sekitar kawasan ini bolehlah menjamu mata sekali harung. Erm...full pakej ada disini.

web 1 : http://marikekyoto.com/?page_id=951
web 2 : http://www.toei-eigamura.com/en/attraction.html

3. Universal Studio Japan

- Tak masuk pun..hahaha...sekadar amik pic kat globe je. Nak masuk pun boleh. Tapi saya lebih suka nak masuk Disneyland. Jadi simpan duit kita ke Disneyland yuk...sebab costnya boleh tahan juga...rabak poket.


 1Day Studio  Pass  /  2Day   Studio  Pass  Price  List
The admission ticket includes park entrance and use of all attractions in the park.

1Day Studio  Pass  /  2Day   Studio  Pass  Price  ListThe admission ticket includes park entrance and use of all attractions in the park.
TypeAdults[Aged 12 or over]Children[Ages 4 to 11]Seniors[Aged 65 or over]
1 DAY Studio Pass6,667 yen(7,200 yen with tax)4,612 yen(4,980 yen with tax)5,991 yen(6,470 yen with tax)
2 DAY Studio Pass11,213 yen(12,110 yen with tax)7,797 yen(8,420 yen with tax)-
Guests aged 12 or over are considered adults, those who are aged 4 to 11 are children, and 65 or over are seniors.
web : https://www.usj.co.jp/e/ticket/
4. Disneyland Japan

-Tarikan wajib pergi ini sebab kalau bawa anak-anak kenalah menikmati kemeriahan Disneyland kan? Harga memang konfem berpeluh. Jadi kenalah berjimat sebab kita akan spend a whole day kat sana.
web : http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/
5. Harajuku
- khabarnya kedudukan Harajuku sekitar Tokyo jadi kita ambil peluang melihat kota fesyen terkenal Japan. Walaupun sebenarnya niat berfesyen dan bershopping mata sahaja. Hahahahah..Cannot beli..beli....mahal semuanya....
web : http://www.japan-guide.com/e/e3006.html
6. Tokyo Tower  
Melawat sahaja...kalau nak pegi pun ok tak jauh dari Harajuku tu. Tower ala Eiffel Tower, Paris.
Kesimpulannya, kesemua tempat jauh-jauh dan kos yang tinggi serta memerlukan tenaga yang banyak. Penat woo...kalau dari Kyoto ke Tokyo memakan masa 3-4 jam perjalanan. Jadi kena membuat perancangan yang tepat.
1. Route From KL- Osaka - Kyoto
Day 1 : Arrival. Rehat ler
Day 2 : Toie Kyoto Studio Park / Universal Studios Japan ( Perjalanan di anggarkan 2 jam pegi dan 2 jam Balik ) so kena mental kuat ye.
Day 3 : Tokyo trip ( perjalanan memakan masa 4 jam dari Kyoto) Jika larat kita tengok Tokyo Tower dulu...
Day 4 : Disneyland ler ape lagi
Day 5 : Harajuku pagi dan terus ke airport. Haneda International ke KL yo!
untuk stay tokyo web : https://www.airbnb.com/s/Ota--Japa (tenkiu blogger http://novaleeza.blogspot.my/ )

Next kita hapdet more detail next future travel ye...tata.




Tuesday, November 10, 2015

Next Year Wishlist To Japan

Assalamualaikum,

Hai dah lama rasanya tak melancong ke luar.. Kalini hakak tak nak trip melancong tapi travel. Sempoi punya travel bukan ala diva.

Perancangan ini harap terlaksana tahun depan. Tak sabar rasanya nak ke negara  matahari terbit itu. Dulu masa kanak-kanak tunggu depan tv nonton cite Samurai kat tv.. ramai-ramai tengok tv satu family. Lagi-lagi kalau abah pulang dari kem...meriah satu rumah. Cerita favourite Ninja..serius popolar sangat selain Maero Attack (pasal bola tampar). Hari-hari tunggu depan tv, ada Sasuka, Yin, Sin, semuanya teror ninja. Best wooo...

Dulu kita suka tengok bukan sahaja hensem tapi mesti gagah heronya. Sekarang fenomena kpop...jiwang, lelaki stylo tapi lembek je. Nangis sana sini. Ofkos buat hakak teruja nak jumpa hero hakak kat Jepun kan.

Tapi itu dulu la, sekarang nak tengok sejarah. Lagi-lagi mangsa perang dunia kedua itu. Nak tengok bersih dan sistematik sangat ke idok negara Jepun itu yang terkenal dengan disiplin.

Sebagai penggemar bunga Sakura, kalau ada peluang nak pergi bulan April disebabkan sakura berkembang mekar masa itu. Kan hakak lahir bulan April mestilah ada kaitan dengan Sakura...hahahaha..tapi mesti mahal kan...so rejek la route nak tengok Sakura. Sekadar bunga je kot hakak nak belanja besar sesuatu yang tidak berbaloi.

Sebagai penggemar cerita ninja dan samurai, tak sabar nak tengok sejarah samurai sebenar. Dan menggayakan kimono. Ala princess jepun gitu...bukan ala geisha.....hahahaha...ofkos nak jadi princess.

Sebagai penggemar gajet, melihat teknologi terkini sangat mengujakan, robot-robot macam dalam cerita Doraemon itu kan....Semua boleh, semua ok....hahahaha,,,

Dan sebagai penggemar fesyen. teringin juga tengok style remaja di sana walaupun hakak tak berapa remaja dah. Cuma nak tengok sahaja. Kalau ada bajet dan berkenan barulah beli.

Dan paling best teringin nak pegi...ofkos Disneyland Tokyo.....yabedabedu.....tak sabar yo! So mulai bulan depan kena start planning duit, beli tiket, book hotel dan prepare travel bajet. Pastu makan-makan pack dari Malaysia. Dan planning mesti baikkkk sebab bajet sangat tight. Bukan kira semasa percutian. Balik percutian pun kena pikior jugak.

Wish me luck! XOXO..daaa...

Monday, November 9, 2015

Seni Memasak Bahan Murah Rasa Sedap

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah peluang mereka bercuti panjang dan menghabiskan masa bersama yang tersayang. Berbeza dengan CR menghabiskan masa sendirian sahaja di rumah selama 3 hari ini tanpa pulang ke kampung dengan lama.

Peluang ini diambil untuk merehatkan minda, untuk sendirian melakukan apa sahaja yang disukai. Tak payah pk nak masak, mandi awal, cuma santai sendirian di rumah dan merehatkan perasaan yang berkecamuk beberapa minggu ini melibatkan ramai orang yang tersayang.

Lupakan soal perasaan, jom kita teruskan bincang mengenai masakan. Umum CR ini bukanlah terlalu bagus soal memasak. CR masak tidak lah begitu vavaboom. Simple home cook sahaja tanpa memerlukan bahan-bahan yang merapu. Malah incik Fisher kata masakan CR tak sedap...(sedih kan?) Almaklum orang tak biasa masakan semenanjung nampak wajahnya agak pelik menikmati makanan di sini..hahaha... Well as you know saya juga tidak biasa masakan Borneo ye..tapi takda lah sampai cakap xsedap cuma tidak semua makanan menepati citati citarasa hakak ni.

Kepantangan hakak adalah mengunakan bahan perasa. Akak memang perticular mengenai bahan perasa terutama melibatkan homecook ini Homecook wajib berbeza dengan masakan kedai melibatkan perasa Ajinomoto ( pening kepala dan nak muntah....memang tak boleh makan) , perasa seperti kiub bilis lah...bla..bla...Satu-satunya perisa yang CR boleh guna hanya kiub pati ayam. Itupun bukan sepenuhnya,

Memasak ini sebenarnya mencabar jika bahan terhad, tetapi nak sedap. CR banyak meneliti beberapa resepi yang ada di blog dan lamam sosial yang adakalanya melampaui kos beli kat kedai. Masakan di rumah sewajarnya sedap dan murah kerana itulah function kita bila kita homecook. Bukan merapu dan menyusahkan nak mencari bahan-bahan pelik semata-mata untuk sedap (kalau sedap..kalau biasa-biasa sahaja kan dah membazir?)

Bahan utama yang CR kaji dalam semua masakan:-

1. Sos cili
2. Sos tomato
3. Cuka
4. Sos tiram
5. Lada hitam
6. Garam
7. Kicap manis
8. Lada sulah
9. Mayonis
10. Gula
11. Serbuk kunyit
12. Serbuk kari
13. Tepung

Jadi pastikan semua bahan ini wajib ada dirumah. Anda cuma perlu olah supaya sesebuah masakan itu menjadi enak.

Bahan-bahan basah pula :

1. Asam keping
2. Belacan bakar (optional)
3. Bahan menumis ( kulit kayu manis, bunga lawang. bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga (optional) )
4. Asam jawa
5. Serai (kalau tanam lagi bagus..segar)
6. Halia
7. Bawang putih
8. bAwang merah
9. Cili merah
10. Telur (better yang less cholestrol)
11. Lada / cili merah (yang siap diblender lagi bagus tapi yang original bukan yang di pack)
12. Limau nipis
13. Kentang
14. Cili api
15. Daun Limau purut dan daun kari serta daun kunyit
16.Bilis

Bahan-bahan orang kaya yang hakak tak beli sangat ( setakat ni beli serbuk pasley dan madu je)

1. Serbuk cili ( for what? too mat salleh lah sangat)
2. Whipping cream (better cari resepi pakai susu je...kosnya mahal)
3. Mozarella/ parmesan...bla..bla... ( guna satu cheese sudah....jimat kos...)
4. Rosemary/ pasli / oregano/ tyme.. bla..bla.. (pilih salah satu je..pasli lebih comel dalam masakan)
5. Cream tartar ( apakah? sorry konpem tak beli...)
6. White Chocolate / chocolate bar..
7. Madu (elok yang original untuk perasa makanan dan CR beli satu sekadar readymate je..)
8. Mustard sos
9. Strawberry / chocolate sos

Bahan-bahan masakan wajib untuk buat kek

1. Baking powder
2. Esen vanilla
3. Sebuk penaik
4. Butter
5. Serbuk koko

Bahan-bahan lain

1. Beras Taj Mahal ( less kanji untuk elak diabetes, biar mahal...makanan kita sekarang banyak gula sembunyi)
2. Susu pekat manis (kalau xberapa suka optional tetapi sedap untuk bahan buat kek)
3. Serbuk cokolat ( untuk buat air atau pun sebagai bahan buat cookies/ kek)
4. Milo
5. my peberet Nescaffe
6. Planta

Semua bahan-bahan wajib dalam rumah CR dan CR banyak aplikasi gunapakai bahan-bahan wajib untuk buat sesebuah resepi. Takda bahan-bahan yang melalut dan mebazir asalkan seimbang untuk kesihatan dan menjimatkan.

Bahan-bahan tambahan sebagai perencah yang wajib beli :-

1. Lada benggala ( 3 warna)
2. Brokolli
3. Carrot (lobak merah)
4. Salad
5. Pasta ( makaroni dan spiral )
6. Sardin ( wajib ada sebagai backup plan walaupun tak pakai sangat ...hihu)
7. Roti
8. Hotdog
9. Meatball ( jenama Azmy)
10. Daging burger ayam ( Selalu beli jenama Ramli)
11. Kentang goreng
12. Tortilla wrap
13. Prata wrap
14. Aiskrim ( express desert...hehe)
15. Cheese ( kraft )
16. Kobis
17. Lamb
18. Daging
19. Ayam
20. Dory
21. Siakap
22. Salmon
23. All makanan laut (udang, sotong, ketam)

 (ini sebagai tambahan sahaja nak jimat makan sebulan..jadi kena lah pelbagai kan )

Sebenarnya bahan-bahan ini sesuai untuk orang berdua atau ramai, jika kuantiti ramai kenalah kerap beli. Jimat buat breakfast dan juga lunch treat yang express tapi home made. Kos pun murah, tak perlu nak pening-pening. Sebagai amatur bawa bekal ke pejabat ini adalah sekadar untuk panduan sahaja terpulang kepada semua.

Nanti akan datang CR akan share resepi mudah dah tidak perlu gunakan banyak bahan-bahan. XOXO..




Sunday, November 8, 2015

Rumah Tradisional Negeri Sembilan

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang pernah hakak CR janjikan dulu nak menceritakan serba sedikit rumah tradisional Negeri Sembilan. Sebenarnya zaman hakak sekolah dulu ada sebuah buku berkaitan seni menerangkan secara jelas rekabentuk rumah negeri ini. Malangnya setelah di Outsource dari rumah maka tak dapat hakak nak tunjukkan secara jelas kedudukan rekabentuk rumah asal nogori ini.

Walaupun hakak tak la dibosakan di nogori kerano asal eh hakak memang dah stay KL maso sebelum wujud dan maso dalam perut laie hahaha..semuo laporan pemeriksaan bulanan semuo kek KL jadi hakak tak pasti nak kato hakak orang nogori patriotik ko tak...hahahaha...

Tetapi sejak myEmak dengan myAbah dah pindah ko nogori maka terpanggillah hakak untuk mempromosikan semula kampung hakak yang tercinta. Walaupun myAbah orang Selangor tetapi masih mewarisi darah nogori dari arwah abahnya. ( Iye abah CR panggil Abah dia "Abah" dan hakak pelik adik2 lelaki hakak sorg pun tak mewarisi panggilan ini sebab semua anak-anak lelaki arwah atuk CR membiasakan diri dengan panggilan "abah" kepada anak-anak mereka...semua ok....dan anak lelaki adik lelaki abah CR pun menggelarkan diri "abah" tetapi adik2 hakak plak nak panggil "ayah" comes from gelaran bapa untuk belah mentua dia..and sorang lagi sebagai "papa" which is pilihan his wifey untuk panggilan mereka as a parents..so sad...)

Sekarang CR stay di Seremban
Nanti kita akan promosikan pula sebelah keluarga abah CR ye. at the moment, sekarang kita bercerita mengenai salasilah rumah tradisonal Negeri Sembilan. Rumah tradisi sangat menitikberatkan menjaga kaum ibu/wanita. Oleh kerana masyarakat nogori sangat melebihkan wanita maka mereka juga sangat menjaga kaum wanita mereka tak kira dari segi keselamatan dan aurat kaum wanita mereka.

Luak  9 dalam Negeri Sembilan membentuk Negeri Sembilan
Asal perkataan "nogori" dalam istilah sebenar bahaso nogori bermaksud "daerah" atau "luak". Ini bermakna nogori memiliki 9 daerah/luak dan setiap luak ada wakil ketua masing2 dipanggil tok Luak. Kawasan kampung CR terletak di kawasan Juasseh berhampiran Jelebu (laluan untuk ke Pahang). Oleh kerana dah sampai ke penghujung memang sangat jauh dan memenatkan ye...Manakala, myAbah pula keturunan asal dari Jelebu (which is come from myAtuk) Kononnya mereka ini ada bau-bau bacang...sobab dokek sangat. Keluarga myAbah ini terletak di Simpang Durian, Jelebu. Ni lagi hebat jauhnya.lagi beberapa kilometer sampai ke Pahang (Bentong).

Ok, rekabentuk rumah minangkabau sangat berbeza dengan rumah limas di negeri-negeri lain. Di sini terletak keunikan rumah asli minangkabau. Ingat ye minangkabau tidak semestinya orang "minang" ye. walaupun serumpun namun tak semua menggemari di panggil warga "minang" dan mereka lebih selesa dipanggil "orang nogori" Atap rumah mereka memiliki ciri-ciri bertanduk seperti kerbau. (sebab itu digelar minangkabau) Namun rumah atok CR belah myEmak tidak lah begitu menekankan sangat paten tanduk kerbau ni secara jelas walaupun ada sedikit suntikan paten tanduk kerbau ini sebagai identiti rumah asli minangkabau.

Ciri jelas rumah asli atuk CR ni ada terdapat dibeberapa kediaman lain sekitar Negeri Sembilan, berbeza dengan adik sepupu beliau yang mewarisi sedikit sebanyak kediaman berciri rumah asli minangkabau itu dimana jika melawat muzium nogori maka anda boleh melihat ciri rumah yang lebih rendah dan ruang hadapan yang sedikit kecil.
rekabnetuk ini seperti rumah atok CR di kampung

Rumah ini meskipun sudah nampak seperti lama ditinggalkan namun rekabentuknya tidak jauh beza dengan rumah atok CR. Memang sebijik lah..tapi rumah atok CR cantik lagi..ngehngehngeh.. bukan nak bangga diri tetapi rekabentuk tingkap kami dan seni ukiran dan tiang nampak lebih mewah.Di atas tingkap kami ada seperti "glass berwarna" menampakkan ciri-ciri mewah. Disekitar sudut bawah atap kami terdapat ukiran-ukiran. Nampak tak lauan rumah kecil atara rumah utama dan belakang? Disitu adalah ciri tradisional dimana penghubung antara rumah ibu dan bapa. ( I wish i have that book untuk tunjukkan pelan rekabentuk) Tingkap rumah depan kami tingkap panjang dan ada kaki ukiran sebagai pagar ( grill zaman dulu tau..) Tingkap kami plak macam ada rekabentuk macam tingkap zaman moden sekarang kaca tapi kami plak dari kayu. Jadi kalau malam2 tu xperlulah nak buka tingkap besar-besar. Boleh tinjau je kat tingkap kecil tu. Heh...hebat tak aktikek zaman dulu? Ada yang mengatakan orang pilah ni kebanyakan eh orang kayo (kaya) tetapi berdasarkan rekabentuk rumah I am 99.9% sure yang kata-kata itu tampak benar. Rumah di kawasan Kuala Pilah memang sangat besar (banglo zaman dulu) dan rekabentuk jauh lebih cantik dari rekabentuk kawasan lain dan sebab itu istana asal nogori terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah. Nogori Sembilan. Oleh kerana kawasan rumah atok di kampung ini sangat terhad kerana tanah kami berbukit bukau. (pesisir Banjaran Titiwangsa tau..) dan tanah kami dikatakan melamgkaui gunung (ontah..iyo kot..ada sekali je tengok geran tu. pastu yakpur salam...tak dapat tengok dah)

Lebih kurang begini tapi ukiran ni over sangat untuk rumah atok yang real...paten tingkap yang sama


Pernah diceritakan PM Malaysia satu ketika dulu pernah ke mari dan perabot rumah kami (rumah atok-ler) digunakan untuk tempat duduk VIP (PM masa itu) siapa lagi PM yang disayangi semua rakyat Malaysia (arwah Tun Abdul Razak) Pada zaman 13 Mei dahulu. rumah kami menjadi tempat berkumpul orang kampung berlindung. (besar tak besar....adik beradik mak je dah 11 orang termasuk atok dan nenek ditambah orang kampung...pergh....) Rumah itu juga tempat berkumpul untuk membincangkan bantahan Malayan Union satu ketika dahulu terutama konsep "jus soli" Sejarah tu..tapi sekarang dah jauh beza...dah xcantik macam dulu disebabkan dekorasi yang out of date dengan warna yang merosakkan keaslian rupabentuk rumah tu...so bad....

Ini adalah sekadar sample rekabentuk rumah atok CR. Kami takda beranda ye macam kebanyakan rumah limas. Kami tiada tempat santai diluar rumah nak ambil angin petang. Kadangkala, rasa hairan pula kebanyakan pelan lantai mengatakan rumah tradisional nogori ada beranda untuk kaum lelaki yang datang bertandang. pelik...pelik.....raso eh orang nogori sangat mesra sampaikan tetamu tidak dibiarkan bertandang luar rumah melainkan dalam rumah...

Dan ciri yang tepat, rumah tradisional nogori mempunyai tiang yang tinggi dan tidak menggunakan banyak paku semasa membina sebuah rumah. Rumah nogori sangat kukuh walaupun berpuluh tahun telah ditinggalkan masih teguh berdiri dan masih tidak lari senibina rumahnya. Kalau tak percaya cuba jalan-jalan sekitar kampung nogori,

Berkemungkinan kayu yang digunakan sangat mahal dan terbaik. Ada sesetengah rumah memiliki "tiang seri" salah satu rahsia yang ada didalam rumah nogori ini. namun bukan semua rumah memiliki "tiang seri" tetapi istana lama di Seri Menanti dikatakan memiliki "tiang seri" Untuk mengetahui ciri tiang seri biasanya tiang ini ditengah-tengah rumah dan diikat dengan kain kunig (katanya) Peranannya pula untuk menjaga keselamatan rumah almaklum dahulukala mengembara berbulan-bulan lamanya jadi disitulah peranan "tiang seri" bermula. Wallahualam...

Apapun rumah tradisional minangkabau, tidak mencampurkan lelaki dan perempuan sembarangan. Jika kaum ibu/wanita yang datang ke rumah, mereka akan masuk melalui pintu belakang. Sebaliknya jika kaum bapa/lelaki pula yang datang maka mereka akan masuk melalui pintu hadapan.Unik kan?

Orang nogori sangat menjaga tertib mereka melibatkan lelaki dan perempuan. Kini dah ramai perantau dan kadangkala sukar menebak keaslian warga nogori melainkan jika ada upacara kekeluargaan. Nogori is nice place to go and to explore....tata....

Tentang Rasa by Astrid

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

( my favourite songs of the year...)
I wish the moment happen again...and again...

Have You Ever Really Loved Women by Bryan Adams

To really love a woman
To understand her - you gotta know her deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - when she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
Ya know ya really love a woman

When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
Cuz she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
til ya know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Til you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
Ya know ya really love a woman

When you love a woman
you tell her that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
Cuz she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...



She'S The One by Robbie Williams

I was her she was me
We were one we were free
And if there's somebody calling me on
She's the one
If there's somebody calling me on
She's the one

We were young we were wrong
We were fine all along
If there's somebody calling me on
She's the one
When you get to where you wanna go
And you know the things you wanna know
You're smiling
When you said what you wanna say
And you know the way you wanna play
You'll be so high you'll be flying

Though the sea will be strong
I know we'll carry on
Cos if there's somebody calling me on
She's the one
If there's somebody calling me on
She's the one

When you get to where you wanna go
And you know the things you wanna know
You're smiling

When you said what you wanna say
And you know the way you wanna say it
You'll be so high you'll be flying

I was her she was me
We were one we were free
If there's somebody calling me on
She's the one
If there's somebody calling me on
She's the one

If there's somebody calling me on
She's the one
Yeah she's the one

If there's somebody calling me on
She's the one
She's the one

If there's somebody calling me on
She's the one


Friday, November 6, 2015

Kebahagian Wanita

Assalamualaikum semua sahabat,

Hari ini kita bercerita mengenai wanita. Wanita ini sesuatu yang unik dan adakalanya mereka sukar difahami dan memahami diri mereka sendiri. Mereka tidak benar-benar dapat memahami diri mereka hingga ada yang memberi teguran dengan cara yang terbaik tentang kelemahan mereka.

Tetapi banyak kehendak wanita yang kadang-kadang memeningkan lelaki. Namun walaupun kehendak lelaki itu tampak mudah namun tak semudah kehendak wanita. Kerana kehendak wanita ini adakala menjurus kepada material dan lebih kepada sikap seorang lelaki.

1. Wanita itu cemburu. (Walaupun mereka cantik, atau mampu memikat ribuan lelaki di dunia namun mereka tetap cemburu kepada lelaki yang mereka sayang. Mereka cemburu bukan kerana mereka tidak percayakan lelaki itu semata-mata tetapi mereka tidak yakin dengan diri mereka. Mereka rasa terancam, mereka merasakan lelaki yang ,mereka sayang sudah tidak memberikan perhatian kepada mereka. Jadi mereka sangat rendah diri. itulah kelemahan wanita, seyakin mana pun mereka. Perasaan "rendah diri" itu membuat mereka lemah dan selalunya merimaskan lelaki,. Jadi sudah menjadi tanggungjawab para lelaki/suami untuk memberikan sokongan dan semangat. Mereka tidak perlukan pujian lelaki lain melainkan daripada lelaki yang mereka sayang. Ingat, mereka memiliki sixth sense yang tinggi jadi mereka dapat merasakan pujian itu ikhlas atau tidak..)

2. Mendengar ( jarang lelaki memberi fokus untuk mendengar. Mereka ini sangat berbelit. Sekiranya mereka menerangkan sesuatu mereka akan menerangkan step by step dimana membosankan lelaki untuk mendengar. Tetapi wanita pendengar yang baik. Walaupun adakala mereka suka menyampuk. itu menunjukkan mereka mendengar. Jarang lelaki memahami bahasa wanita dan begitu juga sebaliknya. Disitulah timbul cabaran berkomunikasi. Lelaki memerlukan kesabaran bila wanita memerluka perhatian anda untk mendengar. selagi mereka tidak luahkan..mereka tidak akan tenang. Percayalah....mereka tidak akan rasa selesa dengan diri mereka. Tidak tenang...rasa sesuatu yang menggangu fikiran mereka setiap saat...diulangi SETIAP SAAT. Sebab itu, mereka memerlukan sedikit je masa anda untuk mendengar luahan mereka agar mereka boleh bertenang dan menjalani kehidupan mereka seperti sediakala seperti seolah apa yang mereka ceritakan itu tadi tidak memberi kesan kepada mereka sama sekali. Jadi lelaki disana jadilah pendengar yang baik. Bukan masa yang lama pun...bila mereka dah cerita,tamat..dia tenang..anda akan jauh lebih tenang....percayalah..kerana mereka sudah dapat bertenang, mereka akan gembira dan membuatkan anda juga gembira)

3. Penghargaan ( mereka bukan inginkan anda berikan hadiah mahal semata-mata. Mereka faham kemampuan anda sebagai lelaki/ suami. Penghargaan ini ada bermacam cara. Memberi pujian dalam masakan..(memasak itu penat pada wanita, kerana mereka berfikir apakah menu yang dapat menggembirakan keluarga dia sudah cukup memenatkan kerana mereka sentiasa berfikir...terus berfikir...dan berfikir kerana mereka tak sespontan lelaki...) memberi pujian dengan susun atur rumah, memberi pujian mereka ini cantik dengan cara mereka sendiri. memberi ucapan terima kasih dengan pelukan yang penuh kasih sayang. Sudah membuatkan wanita mengalirkan air mata terharu..)

4. Pelukan (wanita memerlukan pelukan kasih sayang. Ia membuatkan mereka berasa sangat disayangi. Mereka juga sangat emosi dan mudah menangis terutama waktu mereka dalam proses "datang bulan" menjadikan mereka "makhluk paling sensitif" dengan pelukan mereka merasakan secara tidak lansung dihargai, Mereka akan berasa selamat dan tenang di dalam pelukan seorang lelaki. Sebab itu, pasangan bercinta itu nampak indah kan? kerana mereka saling memahami, mendengar, dan memberikan pelukan kasih sayang berbanding mereka yang telah berumah tangga...mereka sangat jarang mendapat pelukan kasih sayang. Sentiasa berharap suami/lelaki mereka memeluk mereka dengan kasih sayang. Mereka juga seperti anda, rindukan saat indah semasa bercinta. Bila sudah mempunyai keluarga, tubuh mereka yang kecil menjadi lemah kerana menguruskan keluarga tanpa henti. Bekerja mencari rezeki, perhatian kepada anak dan suami namun mereka tidak diperhatikan....kesian..)

5. Pembantu ( wanita ini jika boleh ingin melakukan semuanya. Namun benda ini tidak akan terlaksana tanpa bantuan lelaki yang dicintainya. Mereka ingin menghabiskan masa bersama dengan cara melakukan aktiviti bersama orang yang mereka cintai. Mereka tidak mahu anak-anak sebagai penghalang dia menghabiskan masa bersama orang yang dicintainya. Dalam masa yang sama mereka tidak akan tenang sekiranya meninggalkan anak-anak kepada orang lain walaupun ahli keluarga mereka sendiri. Jadi mereka ingin semuanya berada dihadapan mata..makanya, bantulah mereka melakukan kerja rumah agar semuanya segera siap dan dia dapat menikmati anda dan anak-anak dengan aman dan bahagia. Jika mereka inginkan sesuatu ringankan tulang anda untuk membantu kerana mereka jarang memohon bantuan orang yang mereka sayang sekiranya mereka mampu melakukan sendirian. Itulah kasih sayang seorang wanita...)

6. Sokongan ( mereka ini suka menguji diri mereka untuk sesuatu diluar kemampuan diri mereka, dalam berfikir, atau apa sahaja untuk menggembirakan hati orang disekeliling mereka. Bagi seorang wanita kegembiraan orang disekeliling mereka adalah lebih utama. Mereka jarang memikirkan kebahagiaan mereka sendiri. Itu hakikatnya. Mereka tidak akan membeli belah untuk diri mereka seorang tanpa sedikit pun tidak memikirkan orang yang tersayang. Sebab itu lah, jika wanita membeli belah..kesemua orang yang dia sayang akan terlintas di benaknya secara otomatik dan secara tak lansung wanitalah lebih banyak membeli belah..haha...Sokongan bukan lah hanya berbentuk wang ringgit semata-mata. Tetapi wanita ini seperti yang saya cakap mereka ini mudah merendah diri dan tidak yakin dalam apa yang mereka lakukan. Kata-kata mudah dari seorang suami/lelaki akan memberi mereka semangat dan akan berada disisi mereka jika berlaku kegagalan memberi sepenuh keyakinan kepada wanita tersebut....)

7. Wanita kadangkala tidak tahu apa yang mereka mahu (dan dengan sebab ini suami/lelaki memberi panduan agar mereka tidak perlu berfikir banyak. Mereka suka sangat berfikir sampaikan mereka sendiri tidak faham apa yang perlu mereka fikir. jadi peranan lelaki dapat memberikan mereka bertenang dan panduan agar mereka lebih fokus kepada apa yang mereka perlukan berbanding kehendak mereka yang bermacam-macam.)

Saya harap panduan ini dapat membantu anda memikirkan apakah yang diperlukan oleh wanita anda sebenarnya. Dan sama-sama mencari titik komunikasi terbaik untuk membentuk hubungan yang harmoni dan berkekalan. Tidak mudah untuk mengekalkan hubungan namun untuk menghancurkannya sangat mudah...setiap perhubungan yang musnah adakala tidak berakhir dengan perpisahan semata-mata malah menimbulkan lebih banyak masalah yang jauh lebih rumit.. Wanita dan lelaki adalah berbeza dari segi didikan dan cara hidup maka sama-samalah membantu untuk menjayakan hubungan dan bukan hanya satu hala....tata...

Ingat tu...walaupun ampak mudah tapi tak mudah ye

Wanitalah paling bahagia jika begini

banyak tak permintaan wanita? hahahaahahha

# kehendak penting wanita

Jaga-jaga suami.. wife is always right...okey....

Learn Nogori Language

Assalamualaikum semua sahabat,

Well now let me tell you the beauty of Nogori Sembilan language. Let us learn a bit to make it clear and i hope you might understand more about it.

Mostly nogorian words will end up with consonant  "O"  for example if the words "apa" means "what" we change it into "apo" but in Indonesian words especially "jawa" will say it "opo"

For your information, not most most the words will end up with "o" for example "bakar" it means "burn" in Perakian (on one of Malaysia's also) will pronounce it or say it as "bako" especially for "kuala" area Perak like Bota, and Kuala Kangsar . But in nogorian we say it as "baka" we will say without letter "R" at the back. Most of the words in malay which is end with "R" normally we don't really pronounce it in clear with letter "R" like "tukar " means "change" we pronounce "tuka"

Beauty of Malaysian we have many language to learns but we can live in harmony even with the different. maybe most of the people more expose with the culture in Indonesia and Thailand. But one day, try to mix up with people in country. You might see the chinese or indian people speaks nogori or kelantanese or speaks or we called it "loghat" utara rather than speak chinese or indian language. Sometimes I also get shock about this culture. But it is the beauty of Malaysian.

Most people live in city like Kuala Lumpur, they like to speak English rather than speak mother tongue. They very randomly mix together to speak with the same language like people in the village (country) which i feel very bad for create harmony life. They like to quarrel about simple things. Argue about silly things rather than sit together enjoy life that full of pressure.  Thats why people in the live more peaceful and relax rather than in the city. Everything got express...I don't know why? Sometimes i really hate it...hahahaha....

Okey back to our story to learn more nogori language. I hope this sample will make you to come and visit Nogori Sembilan in the future. Enjoy learning.....tata...

haaa...nak jadi orang nogori kono belaja...