Tuesday, August 1, 2017

Di mana jodoh saya?

Assalamualaikum kawan² yang senasib,

Pasti ramai di luar sana masih tercari² jodoh masing². Yang perempuan merungut tiada jodoh begitu juga lelaki.

Haaa...berita baik untuk para wanita seantero dunia. Untuk makluman semua, bilangan wanita di Malaysia semakin berkurangan berbanding lelaki. Jadi lelaki semakin terhad pilihan. Jadi jangan risau bab nak jadi isteri kedua lah. Risau suami nak berpoligami lah.

Jika mereka memberi maklumat bahawa bilangan wanita lebih ramai dari lelaki semata² untuk berkahwin lebih dari seorang. Mereka tipu. Statistik terkini dalam negara menyatakan tahun 2016 /2017 bilangan wanita lebih terhad berbanding lelaki.

Jadi jangan risau. Apa kata anda bukakan hati untuk berkawan dengan seseorang untuk kenali hati budi dan ke jenjang pelamin. Manatahu nasib anda dan saya cerah pada tahun ini untuk bernikah.

Apa tunggu lagi, bilangan lelaki semakin sedikit. Pilihan kita semakin ramai. Moga² ada insan baik sudi menyunting sebagai isteri yang sah. Selamat mencsri jodoh.

XoXo,
Cik Lee