Wednesday, June 7, 2017

Romantic Wedding @ bridetobebyroselily

Assalamualaikum ヽ(´▽`)/,

Yeay akaun instagram bridetobebyroselily telah berfungsi semula. Kali ini CL akan share  konsep romantik wedding bersama bridetobebyroselily. Baru semangat nak share mengenai koleksi² yang ada.

Untuk makluman koleksi dress bridetobebyroselily berbentuk premium. Harganya memang boleh tahan agak mahal sedikit dari koleksi² orang lain. Namun begitu jangan risau. Dari segi material dan rekabentuk semuanya ada kelainan dari seller² lain.

Kali ini CL nak bincangkan konsep Romantik. Tidak ramai yang berani untuk membuat konsep ini kerana bimbang kos yang amat mahal. Tiada masalah jika anda ingin dapatkan sedikit idea dari koleksi bridetobebyroselily dan juga beberapa idea yang diy untuk merealisasikan impian anda sebagai bakal pengantin.

Untuk makluman, koleksi dress romantik dari bridetobebyroselily ini sangat cantik dan flowy. Koleksi romantik ini boleh didapati di instagram bridetobebyroselily.

Bakal pengantin boleh melakukan kerja² diy lain dalam merealisasikan impian perkahwinan romantik.

Jom semak idea² menarik dan simple untuk menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan anda.

Semoga idea² dari CL dapat memberikan serba sedikit idea dan cara untuk menjimatkan wang anda disamping mendapatkan majlis yang diidamkan.

XoXo,
Cik Lee

Gastrik Atau Perut Kembung

Assalamualaikum pembaca setia,

Hari ini CL nak ceritakan serba sedikit penyakit yang menghantui CL Gastrik tapi CL merasakan CL lebih kepada perut kembung.

Sejak puasa ini mencabar betul dua tahun ini berpuasa. Hari² hampir masuk angin. Kalau lapar biasalah berpuasa. Tapi kalau masuk angin. Memang sakit dari biasa.

CL ni dah macam makcik² (kata incik Fisher) yelah asyik berbau minyak angin. (个_个) xpatut betul. Sakit kepala dan perut berulang² (simptom anxiety dan thyroid)

Gastrik ini kadang² sakit teramat. Mahu berguling menahan sakit. Gaviscon jangan cakaplah. Dah makan. Namun xkebah² juga sakitnya kalau dah tahap masuk angin.

Bayangkan puasa tahun lepas tiga hari je pun tak terganti. Dek kerapnya masuk angin dan gastrik. Sampai fobia. Kalau xmakan bolehlah cerita. Setiap kali sahur masak. Makan nasi penuh sepinggan. Tu belum lagi jamah kurma 3 ulas buat penguat.

Namun seperti biasa "masuk angin" juga. Maybe mengadap kipas selepas sahur. Mahu xmengadap kipas. Panasnya dua tiga hari ini. Berpeluh². Mandi peluh. Asyeeemmm dibuatnya.

Namun, walaupun bermandi minyak angin CL tetap tabah berpuasa. Setakat ini baru tiga hari tidak berpuasa kerana keuzuran (wanita) dan gastrik teruk setelah ambil blood test di Klinik Kesihatan kelmarin (6 Jun 2017)

Biarlah ujian kecil saja ini. Insyaallah semoga CL tabah menghadapi hari depan. Kuat untuk berpuasa dan terus instiqamah. Yelah bila melibatkan perut ini nak sujud dan rukuk boleh jadi penyebab untuk gas asid naik.

Doakan CL berjaya berpuasa ya. Untung² dapat puasa enam. Tahun lepas dapat empat hari. Sebab tu berbaki puasa tak berganti. Fighting ٩(。•ω•。)و

XoXo,
Cik Lee

7 Nov 2016 Pemergian Atuk Tersayang

Assalamualaikum kawan²,

Pada 7 Nov 2016 CL telah kehilangan atuk tersayang. Maka CL dah xda atuk dah. Atuk pergi dengan tenang jam 12.00 tengah hari.Ketika itu, beliau baru dibersihkan dan ditukarkan pampers oleh makcik (adik mami ke 7) sebelum beliau keluar menjemput suami dan anak di pekan.

Kesedihan tak dapat dibendung melihat tubuh atuk yang sangat² kurus, kerana tidak berselera makan. Kali terakhir terlihat beliau sihat adalah ketika raya haji ada kenduri akikah anak buah sedara dan cucu sulung makcik di Senawang kiranya cicit atuk. Atuk masa itu masih sihat dan berisi. Cuma biasalah beliau semakin kurang daya ingatan. Cuma xpernah lekang dan lupa nenek je (isteri beliau) Kalau kelibat nenek hilang depan mata wajib dia cari dan paksa orang cari nenek.

Selang beberapa minggu. Kami dikejutkan atuk masuk ke hospital. Dan bermulalah episod kesihatan atuk berubah. Nak kata atuk sakit sebenarnya tidak sakit. Cuma beliau tidak mahu makan. Jamah pun susah. Dahulu 3 kali sehari wajib pekena nescaffe. Minuman kesukaan atuk. Pada akhir usianya. Beliau semakin kurang minum dan makan. Anak² beliau belikan air kurma untuk memberikan tenaga dan mengalas perut.

Dua minggu sebelum atuk dijemput ilahi. Atuk dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas. Beliau warded selama tiga hari sebelum isterinya aka nenek minta untuk bawa atuk pulang. Beberapa hari CL mendapat mesej dari makcik dimarahi kerana tidak balik kampung lawat atuk. Mereka kata atuk rindukan CL dan mami.

Minggu akhir sebelum atuk pergi CL pulang ke kampung dengan adik perempuan CL dan suami serta mami. CL hanya mampu mengalirkan air mata melihat atuk yang dulu gagah. Kuat serba serbi tiba² menjadi terlampau kurus dan hanya terbaring. lembaga suku atuk. Suku aser balik ke rumah CL hanya menangis sepanjang jalan. CL terasa takut kehilangan atuk.

Masih terasa seolah atuk memang nak CL balik. Sebagai cucu sulung semestinya atuk tahu dan xpernah lupa walaupun semakin pelupa. Malah ketika atuk minum petang di kampung masa kami balik kampung selepas raya. Sempat adik perempuan CL menyakat atuk. Tanyakan samada atuk ingat x lagi cucunya yang sulung. Terharu sangat atuk masih ingat dan nyatakan cucunya sibuk bekerja. Jadi tak balik kampung melawat dia kerana sibuk bekerja.Sebak you see.

CL pernah merajuk dengan atuk satu ketika dulu. Di sebabkan penat menyapu dan berkemas CL duduk bermain dengan sepupu kecil. Sudahnya CL dimarahi dan mengadu dengan mami. Malu satu hal. Almaklum makcik CL ada kat situ (wife pakcik CL, anak lelaki bongsu adik mami ke 8) dan kami sebaya. Sejak peristiwa itu CL terus merajuk dan tak mahu tegur sapa dengan atuk. Nak dijadikan cerita atuk mengadu dengan makcik CL (adik mami yang ke 3) mengatakan CL tidak mahu bertegur sapa dengan dia (atuk).

Rentetan kes merajuk atuk tak pernah meninggikan suara lagi dengan CL. Kalau tidak, silap sikit marah saja. Pernah sekali peristiwa CL kena kacau dalam rumah sendiri. CL jadi sangat takut nak tidur. CL diganggu bayang² hitam setiap kali tidur. Ada sekali kami berjaga malam beramai² kerana CL diganggu. Macam² bunyi selepas kami baca ayat Qursi. Mujur malam tu mami dan abah ada. So CL tidur sekatil dengan adik perempuan CL dan adik lelaki CL tidur di lantai. Tak lama selepas itu adik lelaki CL ditindih semasa tidur. Kami semua hampir terkejut sebab tiba² dia terbangun dan mengalunkan azan.

CL minta mami untuk minta atuk nenek buat air pendinding. Doa² dibuat selepas maghrib. Dan akan di renjis di sendi² rumah. Itulah air terakhir dari atuk ketuka dia sihat mampu bersolat.

Kalau nak bercerita panjang. Ketika kecil CL dan adik lelaki sering ditinggalkan di kampung. Kadang² temankan atuk kat luar rumah sambil dia asah parangnya. Tempat tidurnya pasti ada celait ( torch light) besi tu. Serta senapang patah sejak zaman perang dulu. Sekarang senapang itu dipulangkan ke balai polis kerana takut berebut dan merbahaya. Yelah bimbang disalah guna.

Ketika zaman sihat dan muda beliau merupakan ahli politik tegar. Penyokong umno dan kemudian menubuhkan parti sendiri kerana keciwa dengan umno. Akhirnya masih setia bersama umno. Cuma sejak pulang dari menunaikan fardu haji beliau sudah kurang berpolitik dan lebih menumpukan pada ibadah. Beliau digelar khatib oleh orang kampung. Siapa tak kenal.

Pada zaman 13 Mei 1969 ada penduduk cina berlindung di rumah kami di kampung memandangkan atuk memiliki senapang. Begitu juga peristiwa komunis. Hampir orang kampung berkumpul di rumah kami.

Peristiwa masa zaman bapa pm kita sekarang allahyarham Tun Abdul Razak melawat kampung kami dan merasmikan masjid di kampung kami. Atuk diberi penghormatan mengiring Tun Abdul Razak. Dan sofa rumah kami ketika itu digunakan untuk majlis dan dijadikan tempat duduk Tun ketika itu.

Di petang yang hening hampir² maghrib upacara pengkebumian selesai. Permandangan atas bukit nan indah dan damai. Kabus² menemani suasana petang itu. Atuk dimandikan dan dikafankan dengan mudah. Alhamdulillah... Ciuman terakhir dari anak² dan cucu menghiasi dahi atuk. Dan sebelum di masukkan ke liang lahad. Wajah atuk dipertontonkan buat kali terakhir. Kulit atuk putih bersih. Kekuningan. Bercahaya. Perginya atuk tersayang. Atuk ditalkin oleh tok lembaga suku atuk. Suku Seri Melenggang ( nama kampung kami) atau Somolenggang. Memandangkan imam ada dua dan sibuk persediaan jemaah maghrib. (Sabar jelah iman camni)

Kini masih terbayang² atuk² dan uwan CL. Semoga damai di sana. Diberkati dan diampunkan dosa²nya. Allahumma firlahu waafihi wa'fuanhu.

XoXo,
Cik Lee