Saturday, March 3, 2018

Umrah Ziarah Day 1 - Bursa

Assalamualaikum,

A week before

Semak kelengkapan barang yang ingin dibawa. Pakaian yang ingin dipakai. Mula merasakan bahang ingin memulakan. Pertukaran matawang. Kebanyakan matawang lira sangat mahal dan habis. Panik sedikit disebabkan stok matawang masih tidak mencukupi. Yelah perbelanjaan untuk dua orang.

Persediaan pakaian, tudung, telekung mini, tasbih elektronik, koleksi doa, dan wuduk spray. Kelengkapan beli perlahan².  Tak banyak sebab modal keras. 😀😀

Mula survey keadaan cuaca di Turki kerana khabarnya musim sejuk. Persiapan menghadapi cuaca sejuk Turki.   Antara persiapan beli seluar tebal (Jenama Google - kebetulan sale untuk tahun baru cina. Dan ada sogo sale. Dapatlah beli 3 pasang (hitam, putih dan denim) yang memeri (bergetah) sangat selesa dipakai jangka lama.

Mula beli online kaca mata( almaklum yang sediaada hilang) , sarung tangan untuk mak, abah dan CL. Kasut untuk memudahkan pergerakan. Awalnya beli 2 pasang iaitu boot hitam dan kasut putib (sandal half) tapi sayangnya boot tu terlalu lewat sampai dari tarikh sepatutnya. Rezeki luar jangka beli jacket labuh kononnya untuk pakai di pejabat akhirnya pakai untuk ke Turki.

Pack segala perubatan tambahan yang perlu dibawa seperti minyak angin, tampal koyok, vitamin C, dan plaster luka.

Pack segala toiletteries syampoo, sabun, ubat gigi dan berus gigi serta shaving.

Pack bantal leher sebab kebetulan dapat masa family day jabatan baru²  ini.

Kesemua persiapan adalah last minutes dan pack pada malam akhir sebelum bertolak keesokan harinya. Persediaan buat di rumah keluarga dan balik setiap hujung minggu dengan kursus dan kenduri sana sini menyebabkan aktiviti memang padat.

The day - Early morning

Kami menerima kunjungan tetamu saudara mara adik abah dan adik mak serta nenek ketika hari nak bertolak. Dari cadang tidak mahu memasak penuh dengan hari masak dan makan.

Mula menyemak senarai keperluan sebelum bertolak. Takut ada keperluan yang tertinggal.

Maghrib

Waktu ini semua semakin sibuk. Tetamu tiada yang beransur namun kami menyibukkan diri dengan bersiap kerana selesai solat maghrib perlu terus bergerak ke lapangan terbang.

Dalam kesibukan nak turn off letrik, air, segala barangan yang ada perlu disusun dalam kereta.

Bijak pandai adik CL letak ke hall semula bantal leher. Sudahnya tertinggal sebab kelam kabut nak keluar. Padahal letak sahaja dalam kereta.

Masuk sahaja azan maghrib semuanya bersolat dan melakukan solat sunat musafir dua rakaat.

Kami segera bertolak ke lapangan terbang KLIA. Perjumpaan jemaah jam 8 malam terlepas. Kami tiba lebih kurang jam 8.45 malam.

Semua ahli keluarga belah abah pula berkumpul di KLIA. Sempat bergambar. Makan ringan kuih muih.

KLIA - 10malam

Masa ini kami telah pun diberi goodies bag dari Andalusia, dan tag nama. Ahli keluarga ada yang beransur balik.

Jam 10 malam kami diberi taklimat ringkas dan doa memudahkan perjalanan.

Kemudian diterangkan serba sedikit mengenai visa dan mahram ketika tiba di Makkah dan Madinah nanti.

Selesai penyerahan visa ki segera ke kaunter imegresen untuk segera ke tempat pelepasan. Kami bergilir bersolat memandangkan kami tidak jamak di rumah. Jadi kami bersolat isyak di airport. Hampir² final call kerana waktu penerbangan semakin suntuk.

Masuk sahaja ke dalam kabin kami melepaskan lelah. Penat oii.😅😅 Barulah selesa menikmati makanan. Mau tak lapar dari maghrib tak menjamah makanan lagi. Dalam flight jam 11.30 malam baru dapat makan dari goodies bag Andalusia.

Journey to Turkey

Ketika dalam kabin pada peringkat awal kurang selesa. Sempit dan penat terlampau. Kami ke sana menerusi penerbangan Turkish Airlines.

30 minit selepas penerbangan berlepas kami dihidangkan dengan makanan. Jika tidak biasa kena biasakan hidangan makanan Turki. Roti yang agak keras. Makanan Turki kebanyakannya lebih kepada makanan ala barat.

Kami dihidangkan 3 jenis menu sepanjang perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 13 jam. Jadi bertabahlah.

Perjalanan kami adakala berlaku gangguan cuaca. Kapal terbang akan sedikit bergoyang terhuyung hayang akibat cuaca buruk (berkumungkinan hujan lebat ribut petir)

Kelebihan menaiki penerbangan Turkish Airlines ini disediakan selimut dan bantal walaupun kelas ekonomi. Makanan 3x sepanjang penerbangan. Tontonan movie, lagu², permainan dan ayat suci Al Quran ada dalam screen depan kerusi kita. Selain itu kita disediakan headphone semuanya masih berbungkus dan dijamin bersih. Toilet juga bersih. Ada sabun, losyen dan minyak wangi disediakan.

Safely Arrived Turkey. Welcome To Turkey

Kami mendarat dalam jam 5.30 pagi waktu Turkey. Buka sahaja pintu kapal angin sejuk menderu masuk kapal. Waktu di Turket lewat -6 dari waktu Malaysia. Jadi kami tiba jam 1.00 pagi waktu Malaysia.

Dingin dan kesejukan menusuk tulang. Keluar sahaja dari perut kapal makin terasa kesejukan. Kena cepat² turun nak naik bas. Untuk makluman lapangan terbang Istanbul,Turkey perlu naik bas turun bas khas sebelum ke kapal terbang. Bas khas yang tak banyak kemudahan tempat duduk.

Setibanya kami dan selepas melepasi imegresen kami pun akan segera menunaikan solat subuh di surau di lapangan terbang. Untuk makluman juga semua surau dipanggil Mesjid di Turkey.

Kami berkumpul di pintu 10 setelah selesai solat. Jika di Turkey dalam toilet tiada paip tapi pancuran dari dari bowl ke punggung kita. Sila sediakan botol kecil jika anda tidak selesa. Namun kebanyakan tandas di Turkey sangat bersih.

Oleh kerana barang banyak kami bertujuh dan beg agak berat jadi kami menyewa dua troli berharga 1 TL (Turkey Lira). Untuk memudahkan bawa beg kami yang bertujuh.

Keluar dari pintu Ketibaan. Kami disambut oleh ejen Andalusia di Turkey. Mr. Bedr...(ntah susah nak ingat) akhirnya kami panggil Mr. B sahaja) dalam melayu disebut Baharuddin.

Kami menaiki bas bergerak ke Perkuburan para syuhada di Turkey. Kami melawat para pejuang di zaman Uthmaniyah. Setelah memberi sedekah Al Fatihah kami berangkat balik. Di tempat itu juga tempat jenazah Amar (viral satu ketika dulu pelajar Malaysia yang trrlibat kemalangan jalan raya di Istanbul)

Kemudian di dalam bas kami disediakan makanan untuk sarapan pagi. Sejenis roti yang membalut daging. Roti tu seakan roti canai. Tapi lebih perui. Dan minuman yogurt.

Bas terus meluncur bergerak ke Bursa mengambil masa 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan tidaklah disajikan permandangan indah cuma kawasan lapang. Kadang² ada kawasan perumahan. Bosan juga 2 jam dalam bas. Hanya masing² melayan mata.

Kami tiba di Bursa dan memulakan lawatan.

See you on next post.

XoXo,
Cik Lee

Perjalanan Umrah Ziarah 2018

Assalamualaikum kawan²,

Kali ini Cik Lee nak kongsikan pengalaman CL ke rumah Allah. Perancangan sebenar CL nak ke sana dijangka tahun 2015 dua tahun selepas mak dan abah pulang dari mengerjakan haji. Namun tertangguh sehingga 2018 sebab 2016 CL mengalami kecederaan lutut yang serius. Abah CL juga mengalami sakit saraf belakang lutut. Jadi agak sukar untuk kami menjalani ibadah jika solat kat kerusi. Kemudian tahun 2017 pula CL disahkan hyperthyroid.

Baru² ini CL nak ke Yogyakarta juga tifal terlaksana akibat dari PTPTN. Jadi sebelum bergerak jalan kena pastikan nama clear di imegresen. Alhamdulillah terlaksana akibat dari pemotongan gaji.

Perjalanan ke Turki (kalau orang Turki sebut Turkiye) dari Kuala Lumpur jam 1 pagi waktu Malaysia melalui KLIA. Sepatutnya pada hari nak pergi tu nak relax namun kami menerima tetamu non stop sejak pagi sampai nak bergerak ke airport KLIA. Penat memang penat. Layan tetamu dan nak bergerak.

Kami ke sana dengan 7 orang kaum keluarga. Ramai memang ramai. Tapi macam² ragam. Kami memilih tarikh 30 Jan bertolak ke Turki dan pulang pada 13 Feb 2018.

Keputusan ini dipilih secara emergency kerana memikirkan awal tahun dan cuti masih banyak. Jadi bermulalah 2017 kami survey. Mista Abah yang ke MATA Fair 2017 di PWTC. CL dan mak malas nak pergi. Penatlah. Pergi tahun 2016 pun dahla ramai. Nak tengok pun susah. Tapi CL memang dah survey syarikat Andalusia. Paling memuaskan hati dan all-in.

Pada akhir bulan 9 xsilap MATA Fair 2017 di adakan di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan mengukuhkan lagi pemilihan kami agensi Andalusia.

Kami membuat pembayaran penuh pada awal bulan Oktober 2017 dan hanya abah dan adik sepupu sahaja bayar separuh. Namun pembayaran langsai pada awal tahun 2018.

CL hanya sempat berkursus 3x sepanjang  tempoh sebelum bertolak. Kesibukan dan  pelbagai kenduri menyebabkan hampir setiap minggu penuh aktiviti.

CL buat persiapan ringkas sahaja memandangkan kos dan gaji hanya terpakai 2 bulan sebelum bertolak. Kami membuat persediaan suntikan dengan bayaran RM150 dan gambar untuk visa RM10.

Nasib baik masa nak pergi Pak Jib kasi cuti 7 hari tanpa rekod. Semua ni luar jangka dan dapar bonus RM1000. Dapatlah buat tambah² duit. Almaklum duit Turkiye Lira kebanyakan mahal dipasaran. Dan mak CL pula untuk duit Saudi Riyal. Kongsi berdua perbelanjaan kami.

Rezeki luar jangka. Lagipun tarikh tu memang cantik. Cuti banyak Thaipusam + Hari Wilayah + Tahun Baru Cina. Sakan cuti 3 minggu woo...😂😂😂

See you next chapter. 😘

XoXo,
Cik Lee