Monday, March 19, 2018

Perancangan Allah swt itu lebih BAIK

Assalamualaikum,

Maaflah tidak dapat nak siapkan catatan mengenai Umrah Ziarah baru² ini. Macam² dalam kepala ini. Hahahah...😂

Kejap fikir pasal wedding kejap holiday kejap itu kejap ini...takda ketetapan betul. Namun begitu, baru² ini CL telah mendapat ilham. Maybe petunjuk dariNYA bermuhasabah tentang kekurangan diri.

Apa yang dirancang tak pernah menjadi. Umur semakin lama semakin meningkat menyebabkan CL jadi sedih ditambah pula dengan kesihatan CL.

Bila dikenang² Allah swt tu maha Kaya dan maha mengetahui. Disebalik kesulitan ada kemudahan. Setelah renung mendalam mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

CL dapati ada sebab mengapa CL belum bernikah. Ini berkemungkinan dari impian CL dan juga ibu bapa CL yang inginkan CL naik pangkat. Kemungkinan itulah halangan utama. Yelah redha seorang ibu.

Balik je dari Makkah baru² ini tuptup keluar dekat paper Kosmo ada iklan jawatan kosong. Bagai dirancang CL tergerak hati untuk memohon.

Pada awalnya mami CL menolak. Begitu juga abah CL. Mereka tak setuju dengan pilihan CL untuk bertukar jabatan. Namun setelah CL terangkan secara terperinci barulah mereka faham dan merestui.

Lega......

Hati CL bagai ditarik² untuk memohon. Jabatan sekarang telah hampir 8x namun menghampakan walaupun perform dalam kerjaya mahupun semasa interview. Apa yang menyedihkan banyak idea² kita diplagiat malah mereka pula yang naik pangkat sedangkan kita masih begitu.

CL telah bertekad bertukar jabatan. CL buktikan i am the best. Kamu semua rugi kerana tidak memilih saya. Cukuplah peluang saya bagi, ilmu dan idea saya kongsikan. Kali ini saya tak akan kongsikan apa².

Doakan CL dapat menjawat jawatan di jabatan baru..insyaAllah...selepas ini rancang nikah pula...

XoXo,
Cik Lee