Saturday, May 21, 2011

Style Like Kim Kardishan



Kim Kardishan terkenal dikalangan selebriti luar negara sebagai antara ikon fesyen dan perunding imej terkenal. Jadi apa ada tunggu lagi. Anda juga boleh bergaya sepertinya mengikut koleksi Dellamoda. Jom FOLLOW...




http://www.wix.com/dellamoda/passione#!dress/photostackergallery3=64



http://www.wix.com/dellamoda/passione#!accessories/photostackergallery7=12




http://www.wix.com/dellamoda/passione#!accessories/vstc4=eye-wear/photostackergallery8=9





http://www.wix.com/dellamoda/passione#!shoes/photostackergallery0=6

Wednesday, May 18, 2011

Jennifez Lopez Inspiration

Sebagai ikon fesyen terkenal dan baru dinobatkan jelitawan dunia 2010, Jennifer Lopez (JLO) sangat menjaga penampilan. Berikut adalah salah satu inspirasi pemakaian gaya JLO dan anda juga boleh bergaya sepertinya. Dellamoda menawarkan pemakaian ala JLO untuk mereka yang menggemari fesyen dan ingin tampil seperti superstar tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan dalam bergaya.







JLO memakai pakaian blouse hitam putih, legging dan kasut tumit tinggi yang stylo. I like this style so much...berikut koleksi Dellamoda.



Koleksi Dellamoda 1







http://www.wix.com/dellamoda/passione#!dress/vstc3=sweet-shirts/photostackergallery4=32





Koleksi Dellamoda 2





http://www.wix.com/dellamoda/passione#!dress/vstc3=sweet-shirts/photostackergallery4=40






Kolesksi Dellamoda Heels/ Wedges ala JLO










http://www.wix.com/dellamoda/passione#!shoes/vstc1=heels/photostackergallery2=6



Nah apa tunggu lagi kunjungi laman Dellamoda sekarang untuk dapatkan barangan tersebut dengan harga yang murah dan berbaloi serta anda lebih yakin tampil seperti JLO.

Dress Like Jennifer Lopez




Boleh juga didapati di Passione Dellamoda. Passione Dellamoda akan memberikan beberapa inspirasi untuk anda membeli belah dan bergaya seperti artis.



http://www.wix.com/dellamoda/passione#!dress





http://www.wix.com/dellamoda/passione#!accessories/photostackergallery7=6





http://www.wix.com/dellamoda/passione#!shoes/vstc1=heels/photostackergallery2=13

Welcome To Passione Dellamoda

Assalam semua,

Dengan penuh kesyukuran dan lafaz Bismillahirahmanirahim...rini ingin melancarkan shopping blog rini yang pertama. Diharap para pengunjung sudi memberi sokongan dan menjadi pelanggan pertama untuk blog rini.Walaupun tidak siap sepenuhnya terutama part muslimah dan perkahwinan pihak Passione Dellamoda akan sentiasa mengemaskini dan memastikan rekaan terkini dan mampu milik untuk semua peminat fesyen. Sudikan menjenguk dan berikan sokongan anda..

Jutaan terima kasih kepada yang memberi sokongan. Semoga Allah merahmati anda semua..amin...

Sila klik link untuk ke blog Passione Dellamoda... selamat bershopping semua...

>>> http://www.wix.com/dellamoda/passione

Sunday, May 8, 2011

Tips : Menangani CABARAN dengan SENYUMAN

Salam,

Lama Juga tidak menulis dalam blog ni. Saya sekadar memberi inspirasi fesyen, hiasan dalaman, lanskap, dan juga motivasi dalam menjalani kehidupan seharian. Harapan saya supaya kita semua mendapat manfaat bersama. Insya'allah...

Berikut adalah sebab kenapa kita perlu bersenyum dalam menjalani kehidupan yg mencabar.

1. Senyum dapat mengurangkan urat-urat tegang disekitar mata, dahi, dan sangat menyihatkan minda.

2. Senyuman sebagai terapi positif. Hidup kena selalu berfikiran positif walaupun adakala kita rasa perkara negatif banyak menyelubungi hidup kita. Jangan patah semangat dan jangan terlalu mengharapkan orang lain memberi kata-kata semangat. Dizaman moden ini lebih ramai yang suka menjatuhkan dari memberi kekuatan untuk berjaya.

3. Zaman sekarang terlalu ramai orang mencari kesalahan, kekurangan dan keburukan kita untuk mencipta kejayaan, perhatian dan kelebihan diri. Jangan bersedih...kerana orang sebegitu akan mudah jatuh. Bila kekurangan dia lebih terbongkar dia akan malu dengan sendirinya. Jangan melayan setiap perilaku mereka. Ini menambahkan tekanan diri sendiri. Anggap saja mereka umpama sampah yang tidak diperlukan. Bila kita melayan bermakna kita mengiyakan bila kita berdiam PERKARA itu akan sepi dengan sendirinya kerana tiada respon dari kita.

4. Jangan terlalu memandang rendah kemampuan diri. Percayalah sesiapa pun dalam dunia ni tidak tahu kelebihan sebenar dalam diri mereka. Just go with the flow...Life is too short to think more. The more u think the more u feel stress.

5. Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain. Percayalah dalam diam ada juga orang mengkagumi kita secara senyap. Jika kita kurang kemampuan dari segi material bukanlah selamanya tetapi lambat aje. Dengan perancangan yang betul kita mampu miliki segalanya tetapi kena bersabar.

6. Elakkan menambahkan tekanan dengan berhutang. Semakin banyak kita berhutang semakin terhimpit hidup kita dengan masalah.

7. Jangan terlalu mendengar dan percaya kata-kata kawan. Kaji setiap kata-kata, kesan, dan gerak gaya badan seseorang sebelum kita percaya. Ini kerana manusia terlalu banyak yang berpura-pura. Semakin dia cuba berbuat baik dengan tiba-tiba semakin hati-hati setiap nasihatnya. Ini adalah perang yang paling sukar. Perang psikologi....

8. Jangan jadikan kata-kata atau pesanan dalam buku-buku motivasi sebagai tepat dan betul. Setiap orang melalui jalan hidup yang berbeza. Jadilah diri anda.....

9. Jangan melayan drama-drama indah disekeliling kehidupan anda. Kerana manusia cenderung menutup kekurangan dengan menonjolkan kelebihan. Jadi buat tak tau je..lama-lama dia mulai bosan dan menganggap anda membosankan..hehe... ( cara nk selamatkan diri )

10. Hargailah diri anda sesekali dengan sesuatu yang istimewa. Selain meredakan sedikit tekanan dalam masa yang sama mengajar anda lebih menghargai diri anda. Sayangi hidupmu. Ceriakan hatimu..Hargai kehidupanmu...


Jadi hadapi lah kesemua cabaran kehidupan dengan tabah. Tiada apa yang mampu membahagiakan diri kita. Hanya kita je mampu cipta kebahagiaan dengan membahagiakan diri kita.