Monday, September 18, 2017

Tips Luang Masa Bersama Anak

Assalamualaikum,

Kali ini CL kongsikan pula tips² luangkan masa bersama anak². Umum tahu tidak mudah membahagikan masa antara diri sendiri, pasangan, anak² dan ibu bapa.

Kali ini CL akan cuba berikan sedikit idea untuk memberi peluang anda mengatur masa untuk bersama anak.

1. Mendengar luahan anak.

Ramai ibu bapa tidak memberi perhatian dengar mendengar. Tidak belajar mendengar. Kanak² luahannya tulus. Jadi luahan mereka juga tulus.

Bila kita mendengar maka kita dapat mengetahui perkembangan anak² kita. Apa yang terjadi kepada mereka. Apa yang mereka seharian. Mungkin kita juga dapat maklumat luar jangkaan dari anak² kita. (Kes dera, dimarah, gangguan sexual)

2. Bermain bersama anak.

Ramai yang lebih sanggup bermain hp dari bermain dengan anak. Anak perlukan perhatian. Bukan permainan semata². Sesekali luangkan masa untuk bermain bersama.

Selain dari memberi kesan positif kepada anak ia juga memberi impak luar biasa kepada anak dengan sikap yakin diri, disayangi dan dimanjai.

3. Solat berjemaah.

Ramai antara kita mengabaikan solat bersama anak. Bila kita solat berjemaah dan memberikan tazkirah ringkas kepada keluarga. Dengan memberikan tazkirah dapat menerapkan eleman² positif dan menghindarkan dari melakukan perkara negatif.

Rajin² kan lah mengadakan solat berjemaah. Kerana kenangan itu tak akab dapat di jual beli.

4. Membantu menyiapkan kerja sekolah.

Anak² perlukan sokongan ibu bapa untuk menyelesaikan kerja rumah. Kerja rumah yang banyak memberikan perasaan stress kepada anak. Bantulah mereka semampunya. Mungkin dari segi mental dan fizikal. Berikan minuman panas agar mereka sentiasa segar semasa menyiapkan kerja rumah dan dapat menyiapkan pada waktunya.

5. Melakukan aktiviti bersama.

Kadang² bersama namun tidak sehati. Hati masing² pada media sosial. Tumpuan aktiviti bersama berkurang. Apa kata mula melakukan aktiviti bersama seperti memasak bersama. Berkebun bersama. Berjogging. Aktiviti² yang dapat lari dari stress kerja dan sekolah. Have fun together❗ Selain dari aktiviti bersama ia dapat memberikan kelonggaran pada anak untuk tidak terikat dengan disiplin setiap masa.

6. Makan bersama.

Anak² sangat gemarkan aktiviti bersama. Jadi makan bersama salah satu aktiviti ringan untuk sama² menikmati makanan. Selain dari sama² meniknati juadah dalam masa yang sama mengeratkan silaturahim bersama. Lihat sahaja aktiviti ketika bulan ramadhan. Waktu berbuka adalah waktu paling meriah dan seronok. Sudah pasti momen² itu paling dirindui.

7. Memeluk dan mencium anak.

Kebanyakan ibu bapa tidak pernah mengetahui bahawa pelukan dan ciuman ibu bapa adalah yang paling disukai anak². Amalkan sebelum tidur peluk dan cium anak². Dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibu bapa menambahkan keyakinan kepada anak². Pelukan ibu bapa memberikan rasa tenang dan selamat. Apapun itulah cara luahkan sayang pada anak².

XoXo,
Cik Lee
Bsc Human Development