Monday, December 14, 2015

Kawan Tak Boleh Pakai

Assalam,

Hari ini CL nak ceritakan pula mengenai kawan-kawan yang sibuk sangat nak kenalkan orang yang dia reject dan paksa-paksa kita kenal walhal kita cakap main-main je. Kut iya pun nak kenalkan pada sahabat sendiri biarlah yang semenggah sikit (yang elok) kalau dia pun tak nak takkan dia nak pass kat kita pula.

Orang yang dia kenalkan seorang pemuda Sabahan Bah. Namanya A***N HA***M dan dia berasal dari KK dan mengaku bapanya merupakan Ketua Polis Sabah. Rasa nak gelak pun ada. Kalau tipu, tipu lah.Tapi tak penting kot nak tau.

Tapi layankan sahaja. Dia selalu juga hubungi CL dan kadang-kadang CL nak tergelak sebab dia kadang-kadang lucu. Mungkin sebab Bahasa dan sebab dia ini sangat nervous bila cakap dengan CL.
Masa CL berbual dengan dia, siap nyanyikan CL lagu You & I nyanyian kumpulan Scorpion. Dia ini baik orangnya. Lurus juga. Masa memula kami nak jumpa kononnya dia tegur CL sedap makan aiskrim McD.

Oleh kerana CL, tak kenal jadi CL abaikan sahaja, sehingga dia mengaku itu dia. Tapi kasihan dia, kawan dia si I*****M ni selalu juga menghubungi CL. Adakala, CL lebih banyak bercakap dengan I*****M dari cakap dengan dia. Yang sengalnya si I*****M ni kononnya BF kawan CL.


Tapi macamana kami terputus hubungan pun dah lupa sebab kemungkinan terlalu ramai sangat lelaki hubungi CL sehinggakan abah CL mengamuk sakan dan memutuskan untuk menukar talian telefon. Bersyukur juga sebab memang dah tak boleh blah dah melayan orang. Tak henti-henti nak bercakap dengan budak sekolah je kot. Kena fahamlah masa nak belajar dan buat kerja rumah. Nak kemas pinggan mangkuk kat dapur. Nanti sambung story lagi….

Minat Artis Tahap Gila

Assalam,

Sambung story pasal zaman nakal ini. CL semakin nakal dan semakin degil. Suka melawan dan memberontak sehingga kadang-kadang lepas laku. Tidak berfikir panjang mengenai apa yang berlaku  kemudian hari buat kita sesal seumur hidup kita.

Bermulalah zaman gila CL yang memeningkan kepala. Yang takda masalah cari masalah. Bertambah degil dan nakal. Sungguhpun begitu masih juga menjadi AJK dalam kelas. Ketua Subjek Pendidikan Islam (macam tak sesuai je dengan perangai minah senget CL ni) Dah ustazah offer, suka ke tak redho je-LAH. Tu belum lagi dilantik jadi ketua bacaan Al-Quran masa bulan puasa ( Taddarus) Macam kelakar pun ada, baca bukan bagus sangat, bukan lah alim pakai tudung pun. CL bertudung pun dah nak tingkatan 4. Tapi dah rezeki… Dari segi pendidikan memang kebanyakan CL ni jadi AJK berbanding sports, sekali dua pergi training dah malas. ( sebab tak da bajet nak ke pusat sukan, nak makan, nak beli peralatan sukan..jadi lupakan sukan…)

Apa pun, bila kita zaman remaja mesti kita akan sukakan seseorang. Dan orang yang hakak CL gila-gilakan masa tu adalah ZAIRUL UMBRELLA. Tak tahu kenapa. Nak kata handsome sangat. Tak dalah handsome pun. Boleh-LAH. Tapi kalau majalah muka depan dia, konfem beli. Menimbun kat rumah masa itu majalah muka dia. Sampaikan kadang-kadang merayu kat emak suruh beli majalah itu. Mak saudara plak banyak mencebik jika tiba kegedikan hakak untuk beli majalah ada muka Zairul (bila time anak dia perasan nak Harry Styles…lagi nak muntah….over sangat kot)

Tak tau apa function CL gilakan dia sampai beli majalah. Membazir satu hal. Ada ke patut, masa hantar kad raya kat Umbrella diorang reply sekeping kertas biru bersain Umbrella. Kedekut pahit. Dah la kita siap belikan setem untuk mereka balas. Takkan kad harga Rm.030 je pun nak berkira hantar.

CL berdua dengan kawan hantar kad raya pada artis. Dia peminat kumpulan Shades. Tak silap Izzu ( yang ada misai dan rendah sikit) tapi sayangnya dia lagi teruk, tiada respon lansung. Kawan CL pun dikecohkan dapat balasan tapi kebanyakan orang tak percaya kerana mereka anggap CL hantar pada diri sendiri. Lawak..lawak..itupun tak puas hati ke? Aku ni lagi sakit hati tau, minat beli kaset, beli majalah yang dia balas sehelai kertas biru itu. Memang nampak macam menipu.


Bila tengok kumpulan itu perform live pada rancangan RTM terus mati nak minat sebab tak sedap lansung menyanyi. So berakhirlah minat gila-gila kat artis. Jeran dah buat kerja gila. Kesimpulan, pengalaman..minat orang berpada-pada takut nanti anda menyesal..

Maafkan Kami Cikgu..Menyakat Cikgu Sampai Kaku...

Assalam,

Selepas story perasan yang paling tak best dalam hidup. Nak rasa menyesal pun nak buat macamana perjalanan itu telah Allah swt aturkan. Tiada nan indah lagi. Tiada apa yang dibanggakan kerana kita semakin matang dan bersedia dikecewakan….

Fasa ini, ketika meningkat di menengah atas. Memang tiada yang menarik untuk di kenang sangat. Semuanya hanya sekadar menambahkan duka di hati je.

Jangan nak berangan sweet sangat masa ni. Semuanya sampah je. Tapi kadang-kadang pengalaman mendekatkan kita untuk memahami. Namun semakin hari semakin CL tak faham dan berasa semakin aneh. Dan sekarang CL anggap dah tidak berminat dengan urusan cintan cintun ini melainkan benar-benar terbuka hati…cehceh…throwback semula zaman nakal sekolah...

Kami ini mempunyai 4 sahabat yang agak nakal masa sekolah dahulu. Oleh kerana kelas kami paling hujung dan di atas maka kami dapat melihat cikgu sekolah sebelah (sekolah rendah).

Satu hari, cikgu  lelaki muda meletakkan motor dia di laluan dan bersebelahan sekolah kami. Kami ber4 buat kerja gila mengusik cikgu lelaki tu. Nampak gabra ( panic) cikgu itu sebab kami galak menyakat. Konon-konon mengurat.

Sudahnya cikgutersebut tak berani nak meletakkan motornya di situ. Yelah, sekolah perempuan, tak pernah jumpa lelaki. Mau tak panic member. Kalau CL pun panik. Macam alien plak dia rasa.


Kisah ini tiada kena mengena perasan jelita dan sebab cikgu tu pun tak melayan kami ..hahahahaha….kesimpulan kerja bosan masa cikgu belum masuk kelas dan nak menghilangkan bosan. Kasihan cikgu itu jadi mangsa. Maaf ye cikgu…

Jangan Rebut-Rebut, Nanti Malu Sendiri Tau...

Assalam,

Sambung story minah CL poyo bajet cun yang ingat semua orang nak suka kat dia…hahahahah…tapi dah orang suka kan…terima kasih lah…..kihkihkih..

Part sebelum, pasal ada yang komplen bahawa CL ni selekeh la..Tercetus pula satu story di mana CL di boo ramai-ramai semasa perhimpunan kerana seorang lelaki and I hate it.

Kisah bermula apabila CL minta adik lelaki CL kenalkan seorang pelajar lelaki di sekolahnya dan begitu juga CL memperkenalkan pelajar perempuan di sekolah CL ( masa zaman adik angkat..berangkat2 ni..ntah pape ntah….tapi masa itu hot pada zaman sengal)

Nama lelaki itu adalah E***e, nak kata tak handsome. Memang handsome juga orangnya tapi bukan taste CL -lah. Pesilat sekolah masa tu. Walaupun kami tak pernah berjumpa tapi kami berhubung melalui surat. Zaman tiada facebook, twitter, blog..blaa..blaaa… ini. Manual je, surat. Adik angkat CL pun cantik orangnya. Putih dan kecil molek. Keturunan Megat Puteri. Tapi dia tak bersekolah lama. Di sebabkan ayahnya berpindah (ayahnya bekerja sebagai pegawai penjara) Bila penjara PUDU ditutup maka mereka berpindah. Itupun CL lupa masa kami berpisah.

Ingin dijadikan cerita, salah seorang sahabat CL telah bertanyakan soalan emas Ëh..ko kenal ke dengan E****e?”oleh kerana CL ni lurus bendul maka CL cakap “kenal tapi belum pernah jumpa. Kenapa?”  Dia dengan masamnya beri amaran “Dia itu boyfriend aku, jangan kacau dia. Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan dia..” CL pun pelik sebab CL belum pernah jumpa lelaki itu dan tiba-tiba diserang macam tu… ( minah lurus bendul dan blurrrr  macam CL ni ) takdalah nak ambil hati sangat sebab fikirkan bukan penting sangat pun.

Sudahnya, bila kelas CL nak berjalan ke kelas, CL dimalukan beramai-ramai dan masa itu CL terasa sendirian sangat sebab tiada seorang pun kawan CL yang berada disisi CL untuk tenangkan CL. Kami bertekak dan akhirnya perkara itu sepi dalam lipatan sejarah namun berbekas sehingga kami tak bertegur sapa sampai ke tahun akhir persekolahan.


Kalau perempuan nak malukan CL sampai diorang dah jadi suami isteri pun fahamlah…tapi sudahnya putus juga. So wanita diluar sana, jangan memalukan diri dan menjatuhkan maruah wanita lain demi untuk lelaki yang belum tentu hujung pangkal dengan kita. Jangan sampai seperti sekarang bergaduh, bertumbuk, semata-mata berebutkan kekasih sebab itu hanya kekasih yang belum pasti menjadi pasangan pelengkap halal kita ke syurga. 

Kisah berakhir apabila beliau memohon maaf kepada CL pada akhir persekolahan kami. Masa majlis perpisahan sebagai pelajar sekolah dan tamat SPM. Mujur CL baik hati tau...memaafkan dia....tak mahu gaduh-gaduh tau...Daaaaa…

Kalau tak Suka...Semua Buruk Je..

Assalam,

Jika zaman geng bas sekolah ini, CL berkenalan dengan seorang pelajar lelaki ini. CL tak berapa ingat di mana kami berkenalan dan bagaimana kami berkenalan. Tapi tak silap kami berkenalan melalui seorang sahabat tapi CL sendiri lupa siapa ye.

Namanya I***N, hampir CR lupa bagai mana kami berkenalan. Cuma yang benar-benar CL ingat adalah dia ada menyatakan yang CL ini selekeh. Dan bila kami berhubungan “caling2”dia selalu komplen CL macam-macam.

Tapi sebagai wanita hot, 1st ada aku kesah dengan statement engkau? Oh no..kalau nak kawan bukan nak lihat orang cantik ke, melawa ke, kemas ke ( aik…macamlah sendiri tak pernah prejudis pada orang….merasalah kan…)

Selalu kata-kata dia menyakitkan hati je. Tapi tak lama sangat kami berkawan sebab CL memang abaikan virus jahat tu. Kalau nak jahat mulut, dia bukanlah handsome sangat pun. Kulit gelap. Ada hati nak complaint orang lain. Lagi-lagi masa itu tengah jadi rebutan geng bas sekolah. So kata-kata dia CL anggap macam angin lalu je sebab CL sendiri tak lalu nak tengok dia.

Tapi ada juga baru-baru selepas itu, dia cakap CL makin cantik..hahhaa…sorry brother…you are out of my list…lainkali nak tegur tu agak-agak sebab semua salah, ikat rambut tinggi salah, ikat rambut rendah salah,pakai cekak rambut ini tak cantik, pakai yang ni buruk, selekeh…ntah apa apa bajet handsome sangat je sampaikan orang nak terhegeh-hegeh kat dia.


Sebagai, pelajar yang ranking 2 kelas tebaik dari tingkatan 1-3 so setakat mamat picisan itu alah tidak menjadi kudis pun..(marah nampak…hahahah….) Peringatan untuk diri, jangan suka prejudis dan jangan suka lukakan hati orang jika tidak suka. Daaa…..

Cinta Geng Bas Sekolah Fasa Sekolah Menengah Part 2

Assalam,

Zaman bas sekolah adalah semasa CL belajar di tingkatan 1 & 2, Zaman baru nak up gitu. Yelah, abah CL pulak kerjanya masa itu masih pegawai tentera. Maka terpaksa lah ke sekolah naik bas. Masa itu, nak menangis juga sebab sekolah jauh dari rumah. Ceh, macam jauh sangat je.
CL ni dalam bas itu, hanya CL berdua je wanita melayu muslim dalam ramai-ramai itu dan yang lain adalah pelajar cina.

Bermula kehidupan di sekolah menengah membibitkan pertemuan dengan dua jejaka paling hot dalam bas. Sorang itu, sangat lembut ( bukan macam mak nyah ye) ada tahi lalat di pipinya. So sweet…. ( tetiba terbayang plak wajah comel itu) Seorang lagi, muka cam nakal-nakal. Ala, gangster kampong dusun. Tapi so handsome..Cair kalau tengok. Dua-dua jejaka kacak ini, memiliki kulit yang sangat cantik. Mulus…

Zaman CL dulu itu, cerita cina sangat top, Jimmy Lin, Leon Lai, Aaron Kwok, Andy Lau memang jejaka terhangat dan terkacak di seantero dunia. Selalulah kami pandang-pandang, jeling-jeling.
Cl taktau plak pada awalnya mereka ini suka kat CL, bukan nak perasan ye. Tapi lelaki dua orang ini selalu usik CL. Dan jikalau nak berdiri dalam bas itu, nak rapat-rapat je. (menyampah plak..punyalah besar bas itu untuk berdiri….asik-asik nak menempel je)

Sekolah perempuan ini mesti ada persaingan di kalangan lelaki. Konon nak jadi wanita paling hot. Tapi ade aku kesah? Sebab selalunya berlaku spontan je. CL plak memang low profile je. Malas nak kecoh-kecoh sebab orang top tak mainlah nak show off sebab yang penting bukan top sebab menggedik. (hahahaha..poyo minah ni)

Seorang itu, yang sweet dan comel, satu hari telah bercouple dengan salah seorang pelajar cina. Ceh, pelajar itu, bangga sebab dapat dia dan duduk sebelah menyebelah. Mula-mula , bila kami berpandangan CL jadi terkejut begitu juga sidia. Cuma perempuan itu, tempelan sahaja seolah tidak wujud antara kami. Sudahnya, tak lama, tengok-tengok mereka berpisah. Aik…macam tu pulak. Lantak lah sebab selepas itu, hakak CL di goda pula oleh lelaki versi nakal yang hot. Ini lagi terang-terang. Memang sibuk je nak rapat-rapat. Nak tenung muka macam nak makan orang.

Rasa nak luku je dia. Apa tengok2? ( cakap dalam hati je) Taulah hakak CL ni comel sangatttt ( slang dafhea) Nak tenung pun jangan sampai nak mengadap depan2 muka hakak macam tiada orang lain dalam bas itu. Malu lah….ingat hakak ni bukan tak reti malu ke?  Tapi sabar…sabar..maintain jelita hookey…

Perkara paling lucu, mereka gembira sangat sebab hakak CL berikan kad raya Tahun Baru Cina. MAcam dapat menang loteri masing-masing. Kecoh..hahahah…rupanya kawan-kawan diorang pun tau siap kasi sorakan support…cheh….dan itu lah last kami bersama sebab tak lama selepas itu, hakak CL mengambil keputusan untuk menaiki pengangkutan bas awam.

Apa khabar agakanya jejaka handsome berdua tu ye? Masih hot lagi ke? Rindu hakak ke tak? Ceh..berangan je…tata…

Cinta Geng Bas Sekolah Fasa Sekolah Menengah

Assalam,

Kalini ini kembali ke story cinta monyet zaman sekolah menengah pulak. Zaman dulu nak sekolah campur, tapi disebabkan rekod sekolah itu  sangat buruk maka kebanyakan pelajar perempuan zaman sekolah CL dulu memilih sekolah CL sedia ada.

Nak dijadikan cerita sekolah CL ini adalah sekolah perempuan. Dan zaman CL dulu kebanyakan sekolah ada satu jenis sahaja. Sekolah lelaki atau sekolah perempuan. Zaman sekarang dah tak da macam zaman CL dulu. Semua dah bercampur.

Oleh kerana CL sekolah perempuan maka di sekolah sangat siksa jumpa makhluk bernama lelaki. Macam makhluk asing gitu jika di sekolah CL satu ketika dulu. Mula-mula kita cerita part bas sekolah.

Oleh kerana, dalam perjalanan ke sekolah kami ada lebih kurang 2 buah sekolah perempuan. Maka penghuni bas adalah juga di kalangan wanita. (bosan….tak da orang lain ke) Sehinggalah ada 5 jejaka menaiki bas kami.


Pergh….rebutan ok. Sebab mereka ini berlima. Tapi dalam 5 orang itu, ada 2 orang paling hot. Serius handsome. Rebutan wanita-wanita di dalam bas itu. Semua pakat-pakat melawa setiap kali nak pergi dan balik sekolah… Ce teka mereka berdua rebutkan sapa pulak (nada poyo…) hahahaha…ofkos-lah HAKAK CL (poyo giler minah ni….) nanti kita cerita kenapa CL jadi rebutan plak…kehkehkeh….

Cinta Monyet Fasa Sekolah Rendah Part 2

Assalamualaikum,

Sambung lagi story tambahan masa zaman Cl bersekolah rendah.

CL akan selalu bergaduh dengan seorang lelaki ini. CL pun tak paham kenapa dia sering mengacau hidup CL. CL ofkos very the geli dengan sidia. (sampai anak-anak buah pun dapat perangai ini, memilih nak layan orang yang lawa dan handsome sahaja…huhu..sabar jelah) Mungkin disebabkan beliau ini campuran mamak (india muslim) Masa itu , bodoh mana tau campuran-campuran ini. Tengok orang tu selekeh, kulit gelap, macam pengotor je, ( ni zaman dulu ye...zaman jahil....)

Dia ini nampak serabai sangat. Selalu nak mengendeng dengan CL (nak dekat-dekat) Nak mengacau CL, nak bergaduh, nak cari pasal. Ntah pape. Kalau dah meluat tu, jangan harap nak dekat-dekat dengan CL ye. Memang confirm tak layan.  Kononnya tak layaklah (ceh, berlagak) Yelah CL pelajar top. Guru-guru kenal. Di sebabkan huruf nama kami berdekatan jadi confirmlah kami tak berjauhan.

Nak menjawab soalan exam UPSR tu rasa macam siksa sangat sebab terpaksa mengadap dia. Mungkin disebabkan itu kot result UPSR memang out terus. Sampaikan guru-guru perli sebab tak sangka dengan result CL tu.


Kalaulah diorang tau reason-nya confirm kena gelak berbakul-bakul. Itu belum part mak, confirm kena tambah lagi libasan rotan..huahuahua…tapi beliau juga telahpun berumah tangga dan mempunyai anak. Beliau ada juga add CL dalam facebook. Sekarang beliau telahpun kembali ke rahmatullah mengadap Allah swt yang maha esa. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh dan di ampunkan dosanya. Beliau terlibat dengan kemalangan semasa ingin ke tempat kerja. Sempat juga masa beliau mengerjakan umrah , CL kirimkan doa. Beliau sudi melayan CL dan mendoakan CL. So sweet…orang yang kita tak suka tapi sudi layan kepala mereng kita kan….semoga wife beliau tabah mengharungi hari-hari mendatang…

Cinta Monyet Fasa Sekolah Rendah

CL dan verangan memang tak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing gitu. BFF..hahaha…
Story kali ini macamana CL pertama kali suka/ jatuh cinta. Cinta monyet k. CL minat seorang mamat ini. Kalau dilihat paras rupa. Tak lah handsome mana pun. Tapi suka punya pasal macam dah tak da lelaki lain nak minat. Cuma yang buat suka satu je sebab dia pakai SPEK MATA. Siap pasang angan-angan jodoh CL mesti yang memakai SPEK MATA (cermin mata).

Ntah pape kan taste CL masa tu. CL memang suka sangat dengan dia sampaikan dari darjah 1 sehingga darjah 6 kami bersaing naik pentas sebab berebut nak dapat pelajar cemerlang. CL memang sentiasa kalah dengan sidia. Memang hampeh sungguh. Berusaha keras macamana pun gerenti dapat nombor 2. Asyik-asyik dia je dapat nombor 1. Bila kami dapat kelas terbersih CL dapat pegang piala bersama dan kebetulan satu hari mak dia gandingkan kami bergambar. Itu jelah satu-satunya kenangan bergambar dengan sidia. Happy sangat. Rasa nak melompat bila mak dia offer kami bergambar berdua.

Kalau mengaji pun CL sentiasa cemburu  dia pandai mengaji. CL je asyik kena rotan sampai nangis2 sebab sakit sangat kena rotan dengan acik yang mengajar mengaji. Masa itu, tak faham sungguh kenapa kami dua beradik sahaja sering dirotan. Macam rasa kes dera pulak. Dulu bodoh mana tau bab-bab dera ini. Kena rotan pun tadah je. Bila dah menangis mestilah CL malu. Yelah mentang-mentang dia berjiran. Tak pernah lansung kena rotan.


Sudahnya kami tukar tempat mengaji. Baru aman damai sebab kami tidak lagi dirotan. Yahoo…. Tapi itu dulu, sekarang ini beliau sudah berumah tangga dan memiliki anak. Semoga beliau bahagia dengan kehidupan dia. Mujur juga kami tak bersama sebab errr…sorry nak cakap CL tak suka mak dia kerana mulut mak dia boleh tahan…hahahaha…mungkin perancangan Allh s.w.t. itu lebih baik sebabnya kami tak berjodoh. Lagipun mak dia sering tak puas hati dengan mak CL. Heran..heran…nak kata kami ni kaya raya sampai tahap dia nak cemburu tu memang tak logic. Sama je kot rumah flat. Tetapi beliau sekrang sudah berpindah rumah teres kononnya. Tp mak abah CL pun dah pindah. So itulah cerita sebenar disebalik kejayaan naik pentas setiap tahun di sekolah rendah. Kalau mak taulah, dia up lagi bilangan libasan rotan..ngehngehngeh…daaaaa…

Cik Lee is back!

Assalam,

Rindu tak? Hari ini Cik Lee buka semula blog CL dengan wajah baru dan cerita verangan baru…hahahah…post yang lalu kebanyakan ala putus kasih sayang gitew….euw….apekah? Jatuh Cinta? Putus Cinta..bukan pelik sangat pun..

Ok..post lepas ini CL share kan mengenai lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup CL dan mengapa CL masih sendiri..tak laku  ke? Please ye…jangan anggap wanita yang telah melepasi usia sepatutnya menikah itu tidak laku.  Kadang-kadang rasanya balasan sebab melepaskan ramai lelaki yang cuba mendekati CL (ceh…macam ramai sangat)

Sambil share ini, sambil merenung semula kemungkinan dosa silam melukakan hati insan lain. Dan sekiranya insan itu terrrrrbaca  blog ini. Mohon ampun dan maaf atas segala perbuatan CL yang melukakan hati dahulu. CL hanya manusia yang kadang-kadang khilaf. Kepada mereka yang melukakan juga. CL memaafkan mereka seikhlas hati. Semoga mereka hidup tenang dan bahagia. Tak guna kita menyimpan dendam dan sakit hati seiring dengan kematangan usia kita.

Back to the story, baru-baru ini CL ada menghadiri kursus di Promenade Hotel, Tawau. Bila berkaitan dengan pyramid number kelahiran ni, penceramah CL pun dengan laju menyatakan hakak CL ini memiliki ramai peminat. Hahahahah..peminat je…tak de pun nak hajak jadi bini dia. Sadis tak? Kuikuikui….nanti next post CL akan cerita satu persatu dari zaman sekolah rendah sehingga CL balik dari kursus tu…pergh….macam femes je. Opkos lah, hanya yang mengenali personally akan tau betapa femes nya CL dikalangan lelaki-lelaki Malaya…..(ceh….poyo) adiossss….