Monday, December 14, 2015

Cinta Monyet Fasa Sekolah Rendah Part 2

Assalamualaikum,

Sambung lagi story tambahan masa zaman Cl bersekolah rendah.

CL akan selalu bergaduh dengan seorang lelaki ini. CL pun tak paham kenapa dia sering mengacau hidup CL. CL ofkos very the geli dengan sidia. (sampai anak-anak buah pun dapat perangai ini, memilih nak layan orang yang lawa dan handsome sahaja…huhu..sabar jelah) Mungkin disebabkan beliau ini campuran mamak (india muslim) Masa itu , bodoh mana tau campuran-campuran ini. Tengok orang tu selekeh, kulit gelap, macam pengotor je, ( ni zaman dulu ye...zaman jahil....)

Dia ini nampak serabai sangat. Selalu nak mengendeng dengan CL (nak dekat-dekat) Nak mengacau CL, nak bergaduh, nak cari pasal. Ntah pape. Kalau dah meluat tu, jangan harap nak dekat-dekat dengan CL ye. Memang confirm tak layan.  Kononnya tak layaklah (ceh, berlagak) Yelah CL pelajar top. Guru-guru kenal. Di sebabkan huruf nama kami berdekatan jadi confirmlah kami tak berjauhan.

Nak menjawab soalan exam UPSR tu rasa macam siksa sangat sebab terpaksa mengadap dia. Mungkin disebabkan itu kot result UPSR memang out terus. Sampaikan guru-guru perli sebab tak sangka dengan result CL tu.


Kalaulah diorang tau reason-nya confirm kena gelak berbakul-bakul. Itu belum part mak, confirm kena tambah lagi libasan rotan..huahuahua…tapi beliau juga telahpun berumah tangga dan mempunyai anak. Beliau ada juga add CL dalam facebook. Sekarang beliau telahpun kembali ke rahmatullah mengadap Allah swt yang maha esa. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh dan di ampunkan dosanya. Beliau terlibat dengan kemalangan semasa ingin ke tempat kerja. Sempat juga masa beliau mengerjakan umrah , CL kirimkan doa. Beliau sudi melayan CL dan mendoakan CL. So sweet…orang yang kita tak suka tapi sudi layan kepala mereng kita kan….semoga wife beliau tabah mengharungi hari-hari mendatang…

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa