Thursday, April 23, 2015

Jom Amalkan Solat Berjemaah Bersama Pasangan

Assalamualaikum..

Para sahabat sekalian..inilah impian CR sejak dulu. Mungkin rezeki CR untuk bernikah belum ada rezeki. CR juga ingin seperti insan lain yang bahagia dengan pasangan masing2..

Jodoh adalah takdir Allah swt sejak kita dalam rahim ibu. Doa banyak2 semasa kita mengandung supaya anak kita mendapat keberkatan hidupnya nanti..

Kepentingan solat berjemaah adalah pahalanya besar...sangat besar...dan hikmahnya juga besar...merapatkan hati2 hati pasangan supaya lebih rapat..timbul rasa kasih dan sayang menyayangi. Kita memang sangat digalakkan untuk berjemaah. Tidak kira ke surau dan di rumah supaya rumah kita diberkait dan dipenuhi cahaya kasih sayang.

Indah dan rindunya berjemaah...

Jom Amalkan Zikir Munajat

Assalamualaikum,

Dah lama kita x asah semula amalan zikir kita di sekolah. Masa tu ustazah mengarahkan sesapa yang xboleh taddarus kerana keuzuran maka wajib berzikir semasa di bulan Ramadan. Kita telah masuk ke bulan Rejab masih ada dalam sebulan sahaja lagi untuk menyambut bulan pengampunan yakni Ramadan Al Mubarak.

Bulam Ramadan ini penuh keberkatan selain kita sama2 merasai kelaparan mereka yang menderita mejaga perut kita dari terlalu banyak makan. Sesekali perut kita akan berehat dan mencuci kekotoran perut. Menahan nafsu di siang hari dan melakukan Tarawih di malam hari.

Jadi jika kita gunakan zikir2 ini untuk kita amalkan ketika berduka dan ditimp kesusahaan..inshaAllah dengan memgingati Allah swt hati akan menjadi tenang. Jika kita mengalami keuzuran semasa Ramadan elok kita amalkan zikir dari sibuk memikirkan apa yang ingin kita makan. Rugilah kita bila mereka.yang lain berebut2.taddarus untuk mengejar pahala..masyaAllah..

Zikir ini di namakan Zikir Munajat dan Zikir taubat..Terima kasih blog  http://adlizakaria.blogspot atas perkongsian ini. Jom zikir.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪِ ﻭَﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ
ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

ﺍﻟﻠﻪُ ، ﺍﻟﻠﻪُ ، ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻳَﺎ ﺍﻟﻠﻪُ
Allah , Allah , Allah , Ya Allah

ﺣَﺴْﺒِﻲْ ﺭَﺑِّﻲْ ﺟَﻞَّ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ
ﻏَﻴْﺮُ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻧُﻮْﺭُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku ,Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

ﺗُﺒْﻨَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺟَﻌْﻨَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﻧَﺪِﻣْﻨَﺎ
ﻋَﻠَﻰ ﻣَﺎ ﻓَﻌَﻠْﻨَﺎ
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan
ﻓَﺴُﺒْﺤَﺎﻥَ ﻣَﻦْ ﻻَ ﻳَﻘْﺪِﺭُ ﺍﻟْﺨَﻠْﻖُ ﻗَﺪْﺭَﻩُ
Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya
ﻭَﻣَﻦْ ﻫُﻮَ ﻓَﻮْﻕَ ﺍﻟْﻌَﺮْﺵِ ﻓَﺮْﺩٌ ﻣُﻮَﺣَّﺪٌ
(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan

ﻣَﻠِﻴْﻚٌ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﺮْﺵِ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻣُﻬَﻴْﻤِﻦُ
Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

ﻟِﻌِﺰَّﺗِﻪِ ﺗَﻌْﻨُﻮ ﺍﻟْﻮُﺟُﻮْﻩُ ﻭَﺗَﺴْﺠُﺪُ
Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

ﺣَﺴْﺒِﻲْ ﺭَﺑِّﻲْ ﺟَﻞَّ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ
ﻏَﻴْﺮُ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻧُﻮْﺭُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku ,Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛَﺎﺷِﻔَﺔٌ
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻤَﻠِﻚُ ﺍﻟْﺤَﻖُّ ﺍﻟْﻤُﺒِﻴْﻦُ
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﺎﺩِﻕُ ﺍﻟْﻮَﻋْﺪِ ﺍْﻷَﻣِﻴْﻦُ
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﺗَﻮَّﺍﺑًﺎ
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

ﺇِﻟَﻬِﻲْ ﻟَﺴْﺖُ ﻟِﻠْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ﺃَﻫْﻼً
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
ﻭَﻻَ ﺃَﻗْﻮَﻯ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﺎﺭِ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴْﻢِ
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
ﻓَﻬَﺐْ ﻟِﻲْ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﺫُﻧُﻮْﺑِﻲْ
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan
dosa-dosaku
ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻏَﺎﻓِﺮُ ﺍﻟﺬَّﻧْﺐِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Pastikan by Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

(CR asyik terdengar je lagu ni. InshaAllah hikmah Allah swt adalah sesuatu yang kita tak tau. Kepada pasangan lain..hargailah suamimu atau insan tersayang. Kebahagian tanpa dugaan dan cabaran bukan kebahagiaan sebenar. Jangan kita rasa bangga atas kedukaan orang lain. Bina kebahagiaan ke jalan Allah swt menuju jannah. Selagi ada keluarga sakinah, doa anak soleh dan solehah..inshaAllah Allah swt pelihara. Doa yang baik2 minta yang baik2)

Jom Kita Bertaubat

Assalamualaikum,

CR nak buat perkongsian ilmu yang CR dapat program CR kalini anjuran ofis CR bertajuk Mukmin Profesional ..bersama Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Yang sangat terkenal di radio IKIM.fm. Ya jika anda pernah mendengar ceramah ustaz Pahrol dalam IKIM.fm CR telah mendapat cd ceramah ustaz Pahrol.. Alhamdulillah.. CR terpilih untuk menyucikan hati CR , menenangkan hati CR yang gundah gelana dan memperbaiki diri CR memjadi muslimah lebih baik.

Sebagai insan kita bukan bersifat maksum..Rasullullah saw kesayangan kita dan kekasih Allah swt juga xpernah berhenti bertaubat dan memohon diampunkan dosa2 nya walaupun telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Allah swt sangat baik...terlalu baik dan maha penyayang lagi maha pengampun. Tiada satu ayat menunjukkan kebencian Allah swt pada hambaNYA yang berdosa dan ingin bertaubat.

Kita baik satu Allah balas  berpuluh malah beratus2 pahala dari amalan kita dari sekecil2 amalan sehingga ke sebesar2 kebaikan. MasyaAllah...begitu agung kasih sayang Allah swt pada hambaNYa ini.. Jangan risau jika anda berdosa. CR juga hambaNYA yang penuh dosa. Takutnya CR jika menghadapi kematian tanpa keampunan. Nauzubillah..

Jangan risau berapa banyak kita berdosa. Anda bukan bersendirian. Jom sama-sama kita perbaiki amalan kita. Bersedia sebelum kita dijemputNYA ke alam yang kekal. Jom kita bertaubat. Selagi kita masih bernafas kita masih miliki peluang bertaubat. Jangan kita lengahkan. Mulakan dengan diri kita sendiri. Sedikit- sedikit..inshaAllah..

Jom kita baca ayat ini setelah selesai solat...Sama2 kita menuju ke syurga Allah swt..sebarkan lah ramai2.. Semoga kita bahagia dunia dan akhirat..dan peroleh kematian yang khusnul khotimah (berkesudahan baik) ..Aamin.. InshaAllah.. Semua masih berpeluang...

ﺇِﻟَﻬِﻲ ﻟَﺴْﺖُ ﻟِﻠْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ﺃَﻫْﻠَﺎ
ﻭَﻟَﺎ ﺃَﻗﻮَﻯ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ
ﻓَﻬَﺐْ ﻟِﻲ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﺫُﻧُﻮﺑِﻲ
ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻏَﺎﻓِﺮُ ﺍﻟﺬَّﻧﺐِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ

Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Demi Kasih Sayang by Siti Nurhaliza

Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi

Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Tetapi aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

( semoga bahagia..sebuah kasih sayang yang diharap hingga ke syurga. Bersama-sama ingin ke syurga dunia dan syurga akhirat..apa kan daya...saya hanya insan biasa xmampu berikan kebahagiaan buat orang tersayang. Semoga dia bahagia.Semoga Allah swt berikan ketabahan hati..dan ampunkan dosa2 saya. Maaf jika saya melukai sesapa..doakan juga saya bahagia).