Monday, May 18, 2015

I am Strong Women

Assalamualaikum,

Appearently look weak, just like a little kids. But there many hard times that they never know. How strong i am back from failure , when i am nothing compare to most of my friend, how bad times i get from my previous boss that can't recommended me for my promotion, how i stay strong compare to my friend life that they completely life with wonderful husband and beautiful kids. And...i always unfortunate.in Love..

But it doesn' t compare to my supportive family, they know how hurt i am, they never push me about married. They make me feel i never alone. Yup...i have everything but l wish one day i also.had a.wonderful family.

Don't you ever compare my life.with others. We can't never be the same. Don' t be sad if you still single. It does't mean you are not totally happy just you not find wonderful man/women to complete your life.

Yes i may buy present for my daddy Cerruti watch, my mom MK handbag and Longchamp...and many more. I bring them vacay..i treat them when my payday..hahah..my life totally awesome...only awesome guy can match with my wonderful family and life.

If one day i might not married..(how i wish not happen) i will keep my life wonderful. With beautiful women inside out...prepare for another life after death..jannah...

Frankfurters a.k.a Hotdog yang digemari

Assalamualaikum..

Topik makan lagi...hah ni nak promosi jika anak anda suka makan hotdog, suka masak pasta with carbonara, pizza roti dan macam2 lagi tapi nak sesuatu yang sedap dan berbaloi?

CR syorkan jenama Ayam Pertiwi. Selain daripada halal, hotdog ini sedap dan yang paling penting MURAH. Sebagai orang yang cerewet pemilihan citarasa memang unik sikit. Sekali beli terus tertawan..

Dengan harga pasaran RM3.95 anda mendapat 10 (keping bukan...erm...buah pun bukan..eh..tataulah...) berbaloi-baloi...So jika peminat masakan western..apa lagi grab lah di pasaran sekarang.. Mokcik pokcik yamg meniaga boleh lah beli dan jual murah sikit pada orang ramai... Terutama makcik niaga Yong Tau Fu kat.kawasan perumahan CR ni. (Promot..punye.promot...tokey ha...xda diskaun meh)

K.la...daaa

Bebola Daging Pilihan Saya

Assalamualaikum..

Minat memasak? Suka mencuba resepi? Pernah teruja mencuba resepi "Swedish Meatball" ala Ikea? Tercari2 bahan utama untuk memasak? Meatball? Bebola daging terhangat di pasaran yang sesuai mencuba resepi kegemaran ramai dan yang pasti adalah halal.

CR telah mencuba resepi tersebut cuma diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur. Namun kurang kick jika tidak diletak jem perisa anggur or strawberry untuk menikmati kelazatan sempurna ala Ikea. Memang resepi tersebut menepati perasa sebenar di Ikea namun bila masak sendiri terasa heaven bila makan. Boleh tambah2 ikut suka. Dan yang utama adalah JIMAT.

Inilah jenama meatball yang highly recommended untuk mencuba resepi ini selain keenakan dan keempukan daging saiznya juga agak besar. Dengan harga pasaran RM 11.35 (Di SOGo) boleh lah mencuba resepi ini. Memang berbaloi dan sedap. Jenama AZMY adalah pilihan terbaik.

Dapatkan dipasaran sekarang jika teringin membuat hidangan western untuk keluarga tersayang. Hidangan petang Ahad sambil minum di laman (cehceh...imagine) .Anak2 pasti teruja dan suami pasti terliur..hahah...

K lah..saja nak show satu ketika dulu ketika mencuba resepi dengan bebola daging jenama AZMY. Selamat mencuba..resepi macam biasa sila google..rasa malas sudah nak copypaste..chiow...

Sunday, May 17, 2015

Bila Sahabat Single Jadi Keutamaan

Assalamualaikum,

Sedih sangat...kesunyian sangat...macam sekarang tiada istimewa..sidia menjaga hati jiran dan kawan. Kekecewaan kawan itu sudah ada ubatnya bila teman berbicara dekat dengannya. Kesedihan akan beransur hilang bila ada penghiburnya. Sedangkan kita yang benar2 berada disisinya sudah tidak berguna lagi.

Bila sering bersama teman sana dan sini masa bersama semakin kurang. Kesibukan menjaga hati teman menjadi keutamaan dalam hidup. Tiada lagi bual mesra. Segala persoalan dibiarkan tanpa jawapan yang pasti.

Saya bukanlah nak mengongkong apatah lagi terlalu cemburu tetapi jika semuanya melebihkan orang lain dan saya bukan lagi keutamaan. Menjaga hati saya bukan lagi diperlukan...

Saya perlu mengundur diri...kalau dah kos topup semakin berkira. Semua hal.kita jadi perkiraan maka biarlah dia.hidup dengan kawan2 dia. Biasalah kawan sebab dia xda yang punya maka kita pulak diganggu agar mereka dapat masa bersama dan bila dah jumpa kekasih hati..teman yang dulu setia menemani sehingga melukakan hati tersayang dibiarkan..bila hubungan teman sudah terpisah maka mereka berasa puas...dan bila terjadi pada mereka pula...saya percaya mereka tidak akan melakukan hal yang sama.

Hanya yang lurus dan sibuk menjaga hati teman xbertempat akan "forever alone " manakala mereka asyik masyuk menyulam cinta...ni bukan cerita dongeng la...dah ada pengalaman pun..pastu merayu2 nak kembali..minta maaf bagai...

Dah banyak sangat berkorban...sampai diri dan perasaan menjadi mangsa...silalah jaga hati kawan sampai bila2..jangan pedulikan lagi perasaan saya...

Saya sudah terluka sangat..sangat...maaflah saya dah move on...selamat tinggal..

Saturday, May 16, 2015

Saya siPendek

Assalamualaikum,

Saya selalu digelar siPendek oleh incik Fisher. Saya ni nampak je tinggi tapi kadang2 rupanya tak berapa nak tinggi.

Kalau pegi di rumah mista Fisher dia punya cermin tinggi sampaikan nak tengok cermin muka xnampak tapi nampak ujung kepala je.sedih tak?

Mentang2 dia tinggi saya selalu kena buli tau...Cerita pasal buli saya memang sselalu dibuli masa kecil2 dahulu. Kerana fizikal saya yang rendah dan kecil. Sedihkan? Tetapi itu bukan persoalannya kerana saya juga alhamdulillah mendapat kehidupan yang lebih baik dari pembuli saya...kehkehkeh...

Saya ni pertamakali bersama jejaka tinggi lampai kerana selalu nya ada juga kawan tapi xberapa menjadi lah..dah nasib...yang lain semua rendang seperti saya..haha...saya xkisah pun jejaka tinggi ke rendah, gemuk ke kurus yang penting kena sayang saya..

Kepada wanita rendah seperti kita...kita comel ye..jangan merasa rendah diri dan berasa sedih kerana kita sering diperlekeh dengan fizikal kita. Hargai kehidupan dan bentuk kehidupan yang mantop di dunia dan akhirat...(untuk penulis xsedar diri...bila nak solat? )

K.lah..chiow.

Tuesday, May 12, 2015

Tranformasi Hiasan Rumah

Assalamualaikum,

Arini CR nak touch mengenai dekorasi. Dekorasi semakin mendapat tempat kini dan ingin kediaman mereka kelihatan stailista dan nyaman. Namun sebagai penggemar deko bajet rendah pemilihan barangan sangat dititikberatkan supaya deko tidak melampau dari kemampuan yang ada.

Biasalah deko yang benar2 cantik bergantung kepada kos yang sanggup dilaburkan. Anda boleh meminati dekorasi en.Nahar yang total membuat pengubahsuaian rumah apartment menjadi kediaman yang indah dan menghiasi majalah dekorasi seperti Impiana dan Apartment.

CR seperti biasa baru melakukan 60% transformasi dapur, bilik mandi dan ruang tamu. Selain meratakan, wiring, mozek,plaster siling dan pelebaran kawasan dapur menyebabkan kos pengubahsuaian menelan belanja lebih RM 15,000. Itu hanya dekorasi yang basic tanpa perubahan major.

Bilik tidur perlu kumpul modal untuk pengubahsuaian lantai dan kemasan dinding. Kemungkinan hanya melakukakn penggunaan lantai lamina sahaja. Selain kos yang lebih murah.

CR adalah peminat dekorasi ala country yang simple dan elegan. Ada sedikit sentuhan classic dan mewah terutama cermin dan perabot. Terutama kerusi antik.

Okie dokie...nanti kita sembang lagi...

Monday, May 11, 2015

Tranformasi Meja Kopi

Assalamualaikum,

Hari2 update blog, macam xda keje...Curi2 masa update sesikit mana yang perlu.

Meja kopi sekarang salah satu deco yang tengah mendapat tempat para pencinta dekorasi. (Boleh add grup CR : Deko Stailista Apartment Dan Flat)

Tapi grup ni mostly silent reader. Tak banyak yang sudi share deco mereka.Maybe sebab mereka ni malu kot..xtaulaaa..

Kebanyakan yang wajib dalam dekorasi meja kopi adalah :-

1) Buku (letaklah 2 3 buah buku berkulit tebal)

2) Dulang (bulat atau bersegi)
Dulang kaca pun tengah in sekarang. But ofkos harganya mahal. Rm100 juga (mahal pada CR) Ada juga peminat Dulang perak (ni pun berpeluh juga harganya)

3) Lilin (Ada yang letak pada bekas kaca, candle holder macam2 paten, dan ada yang letak begitu sahaja berbeza ketinggian)

4) Bunga (penyeri meja, jika orang putih kebanyakan meletak bunga hidup kerana cuaca mereka sangat sesuai untuk bunga2 hidup mekar terutama musim bunga..kalau kita bunga plastik suda..boleh juga letak pokok berdaun sahaja. Lidah buaya, avocado, dan pokok pakis, buluh mini serta pokok duit2 tu (ala..pokok banyak daunnya bulat2 tu)

Ni adalah salah satu transformasi yang dapat CR lakukan. Each item dibawah Rm40 sahaja.

1) Lampu tu pun  paling mahal RM40

2)  Dulang beli di SSF dengan harga RM 9.90

3) Pasu tinggi beli di Kaison ada sepasang (masih dalam proses beli bunga ) RM 11.90 each.

4) Bunga tu dari KK Home Deco dengan harga RM5.90 sejambak (beli dua dan ikat) letak dalam pasu lama (mak beli zaman dedulu)

5) Orkid putih beli di SSF masa tu RM 7.90

6) Candleholder beli di DIY dengan harga RM6.50 each (beli dua)

7) Lilin pink beli di Hinode RM 6 satu (mahal..better beli di Kaison)

8) Alas Renda Putih Rm3.50 beli di DIY dan beli 4 set

9) Buku Dummy London Rm21.00 beli di DIY

10) Buku ' Kisah Nabi dan Rasul' ni buku ori..masih dalam pembacaan lagi..kalau nak baca kena fokus sebab kdg2 xpaham..

11) Bunga bulat dan pasu beli di Viva He kedai yang jual murah2 barangan deco RM15.90

12) Mangkuk besi (sepertinya tempat letak lilin tapi hakak buat pasu luar untuk pokok bulat) RM3.90 di SSF.

Beli sesikit lelama penuh la plak..Sejak KK Home Deco tutup payah betul nak beli bunga..pasu tu lopong je...sedihla...kbai

Trip To : Cameron Highlands Day Two

Assalamualaikum,

Kalini part two...adeh...letih x ilang lg..bgn pagi..siap2 pg minam...disebabkan lupa nak bawak ness instant makanya kami sedekah duit kat medan selera Tanah Rata untuk sekian kalinya.

Dahla fulus xberapa nak ada..sabo jela...semalam punya borong jak melebihi Rm50..makan nasi kukus ayam, kacang rebus dan juga jagung rebus...siok maa...

Bab habiskan duit memangla kan..sapa kata xsiok? Nak mencarinya bukan senang...nak menghabiskan sehari pun da cukup.

Kalini kita mulakan perjalanan balik ke keyel sambil singgah menyinggah..tempat pertama kami singgah adalah di Mardi. Memang cantik sebab suasana seperti di oversea olls..glamer sangat. Kat sini dihidangkan bunga2 an yanng sangat seperti luar negara. Lavender..banyakkkkk...cantik...

Kami menikmati pula aiskrim strawberry. Sedap jugak dengan jem strawberry diatasnya. Tak pastilah aiskrim itu yang homemade atau readymade je.

Kami berangkat pula ke ladang strawberry berikutnya. Kalini ramai pula nak pekena aiskrim strawberry. Maaflah ladang ini lupa sungguh namanya tetapi berdekatan dengan signboard ke kubur berdekatan. Lama juga disini sebab ramai yang nak merasa..almaklum tak ramai masuk ke Mardi. Kebanyakan mereka hanya duk didepan sahaja.

Kami berangkat pula ke Bee Farm. Kat sini ada macam2 perasa madu. Dan yang penting ori..CR beli yang seperti straw sebanyak 10. 4 perasa biasa. 3 perasa premium. Elok untuk kanak2. Sihat..

Rupanya dari Bee Farm disana adalah port perkhidmatan bas ke Sungai Palas Boh Plantation. Memang ngeri weiii..dah la bas old skool. Selekoh tajam. Kalau selisih keta motor...maunye menjerit kami dalam bas...pening sikit la sebab jalannya berbelok2...Kami chartered satu bas RM 100..fuh...berpeluh dengan laluan yang thrill.

Masa pegi dengan incik Fisher and family xda plak laluan horror cani..dekat plak tu dengan ladang teh. Tepi jalan je. Yang ni memang la horror..tapi yang pelik ramai jugak kesana untuk menikmati permandangan. Hati2 ye bila bawak yang tersayang tu.

CR memborong hanya koleksi teh RM 6 yang ade lebih kurang 6 juga perisa teh yang berbeza. Setakat ni dah rasa yang passion fruit. Boleh tahan sedap. Tapi sory ye teman bukan jenis penggemar teh.huhu..Kami di atas itu menghabiskan masa kira2 satu jam sebelum turun semula ke Bee Farm untuk mengambil.bas dan berangkat pulang. Sempat semula masuk ke dalam membeli satu koleksi teh perasa strawberry kerana yang incik Fisher beli dah kasi kat adik bongsu and family. Nak pujuk sebab dia tengah merajuk masa tu.

Kami pun memulakan perjalanan semula dan singgah di satu kawasan kecil untuk bershopping kali terakhir (mintak dijauhkan) kerana hari sudah larut petang. Perlu segera pulang ke KL kerana malam semakin hampir..Di kawasan tersebut terdapat beberapa gerai yang menjual ubi merah (ubi bit) kerana kulitnya berwarna kemerahan..sedap dimakan..memang highly recommended kalau ingin membeli di Cameron Highlands. Rasanya amat manis dan enak di makan panas2. Pekena dengan teh boh yang dibeli..ahaksss..

Kali ni dapat lah beli earphone untuk sibambam dan anje. Last choice. Kalau xbeli memang dah xda peluang. Kebanyakan mereka memborong jagung , sayur2 an, Bantal la..adeh...penuh bas dengan macam2 barang. Seterusnya kami terus ke ke RTC Ipoh menikmati makan tengahari jam 4 ptg..haha..

Jalan ke selatan sangat sesak sehinggakan kami ambil keputusan berhenti di Tapah untuk menunaikan solat maghrib dan jamak Isyak. Last stesen untuk berhenti sebab nak segera pulang ke KL. Yang berhadas cepat2 buat apa yang patut..Dalam bas menikmati filem Lakonan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.'Orang Mati' (lupo tajuk) best jugakla tapi xsempat nak tengok ending..frust...sebab tak tahan nak ke toilet.sabo jela..

Perjalanan yang sesak menyebabkan kami sampai di KL hampir jam 10 malam. Mujur adik bongsu CR sudi jemput. Kalau x menangis...sampai rumah jam 10.30 dan alhamdulillah adik CR pun xsampai lewat. Bimbang juga sebab ada anak kecil dirumah kalau pulang tengah malam.

Itu serba sedikit story mory ke Cameron Highlands...pegi dulu baru tau kerana pengalaman beza2..choiwww..

Thursday, May 7, 2015

Trip to : Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Arini CR nak share tentang trip CR ke Cameron Highlands baru2 ini. Pada awalnya CR telah ke Cameron seminggu sebelum trip ini mengikuti abam Fisher and family kerana abam kepada abam Fisher telah melansungkan pernikahan di Padang Serai, Kedah.

Tapi tu story lain. Kalini trip ni adalah mengiringi ibu taska ke sana sebagai reward atas dedikasi mereka menjaga dan mendidik anak2 staf. Percutian ini adalah 2 hari 1 malam dan yang sioknya dapat skali duit poket rm30 per pax.

Day 1: Perjalanan ke Cameron Highlands

Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan well macam biasa person paling lewat adalah CR la.huhu...xsempat beli ayaq or pape..kehausan, kepenatan dan kelaparan sepanjang perjalanan le sana yang memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan dan kami tiba di Brinchang kira2 jam 1.00 tengahari. Perjalanan yang non stop memang sangat memenatkan lagi2 kami hanya berhenti di RnR sebelum meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai untuk menikmati sarapan pagi. Lega rasanya dapat seteguk air..sambil minum pagi sekitar 10.30..Sempat la CR memborong jajan dan air sebagai bekalan perjalanan.

Perjalanan diteruskan dan sedihnya tiada apa tempat persinggahan untuk hari pertama.Buta2 perjalanan jaz Kl-Brinchang sahaja. Ikutkan memang dah bangkang awal2 suh singgah mana2 sementara nak ke penginapan. Berbaloi la perjalanan tapi organizer nak follow iteniary jugak. So xbole nak kata apa lah..

Kami sapedek di Food Court Tanah Rata, Brinchang ada yang makan di Restoran Mamak berdekatan. Setelah itu, kami menaiki bas ke penginapan kami di Brinchang bebetul berhadapan Pasar Malam Tanah Rata. Namanya Crown Imperial Court.Apartment. Kami menginap di aras 7, memang fully furnish tapi sayangnya tiada kipas dan aircond disediakan. Memalam terutama waktu tengah malam ke jam 1 pagi memang tak bole nak lelap..Panas nyeeee..berpeluh2.. Tak bole nak lelapkan mata lansung.X selesa sebab takda kipas. Berbeza ngan CR yang berdarah panas ni memang xlut la takat sejuk Cameron Highlands ni. Lainlah luar rumah..sejuk dan berangin.Lau dalam rumah mesti ada kipas dan aircond.

Kami berehat dan santai melepaskan lelah di penginapan masing2. Kami pun bershopping perabih duit di Pasar Malam Brinchang. Berpeluh menuruni bukit yang agak curam dan memenatkan. Kami membeli strawberry dan makanan untuk di makan malam hari. Makan tidak disediakan (tujuan kasi duit poket).

Petua : Rugi jika beli yang siap dipetik dan dipacking. Ini kerana hayat strawberry telah dipetik tidak lama dan cepat lembik dan busuk. Rugi duit. Sayur2  plak xberani bagi jaminan walaupun murah tetapi xpasti kandungi kimia tinggi atau x sebab cantik berseri2 je tengok..huhu..

(Continue next chapter..)