Monday, May 11, 2015

Tranformasi Meja Kopi

Assalamualaikum,

Hari2 update blog, macam xda keje...Curi2 masa update sesikit mana yang perlu.

Meja kopi sekarang salah satu deco yang tengah mendapat tempat para pencinta dekorasi. (Boleh add grup CR : Deko Stailista Apartment Dan Flat)

Tapi grup ni mostly silent reader. Tak banyak yang sudi share deco mereka.Maybe sebab mereka ni malu kot..xtaulaaa..

Kebanyakan yang wajib dalam dekorasi meja kopi adalah :-

1) Buku (letaklah 2 3 buah buku berkulit tebal)

2) Dulang (bulat atau bersegi)
Dulang kaca pun tengah in sekarang. But ofkos harganya mahal. Rm100 juga (mahal pada CR) Ada juga peminat Dulang perak (ni pun berpeluh juga harganya)

3) Lilin (Ada yang letak pada bekas kaca, candle holder macam2 paten, dan ada yang letak begitu sahaja berbeza ketinggian)

4) Bunga (penyeri meja, jika orang putih kebanyakan meletak bunga hidup kerana cuaca mereka sangat sesuai untuk bunga2 hidup mekar terutama musim bunga..kalau kita bunga plastik suda..boleh juga letak pokok berdaun sahaja. Lidah buaya, avocado, dan pokok pakis, buluh mini serta pokok duit2 tu (ala..pokok banyak daunnya bulat2 tu)

Ni adalah salah satu transformasi yang dapat CR lakukan. Each item dibawah Rm40 sahaja.

1) Lampu tu pun  paling mahal RM40

2)  Dulang beli di SSF dengan harga RM 9.90

3) Pasu tinggi beli di Kaison ada sepasang (masih dalam proses beli bunga ) RM 11.90 each.

4) Bunga tu dari KK Home Deco dengan harga RM5.90 sejambak (beli dua dan ikat) letak dalam pasu lama (mak beli zaman dedulu)

5) Orkid putih beli di SSF masa tu RM 7.90

6) Candleholder beli di DIY dengan harga RM6.50 each (beli dua)

7) Lilin pink beli di Hinode RM 6 satu (mahal..better beli di Kaison)

8) Alas Renda Putih Rm3.50 beli di DIY dan beli 4 set

9) Buku Dummy London Rm21.00 beli di DIY

10) Buku ' Kisah Nabi dan Rasul' ni buku ori..masih dalam pembacaan lagi..kalau nak baca kena fokus sebab kdg2 xpaham..

11) Bunga bulat dan pasu beli di Viva He kedai yang jual murah2 barangan deco RM15.90

12) Mangkuk besi (sepertinya tempat letak lilin tapi hakak buat pasu luar untuk pokok bulat) RM3.90 di SSF.

Beli sesikit lelama penuh la plak..Sejak KK Home Deco tutup payah betul nak beli bunga..pasu tu lopong je...sedihla...kbai

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa