Friday, December 18, 2015

Kami Yang Terbaik

Assalamualaikum,
Hari ini kita sambung lagi kenakalan zaman remaja. Kalau dikenang, memang minta ampun tak nak. Lagi nak perbaiki menjadi lebih baik.

Adakala malu juga mengenang peel zaman remaja dulu. Ntahpape. Menyirap je tengok..sambil share story nak memuhasabahkan diri. Semoga kisah-kisah nakal ini menjadi pengajaran kepada semua remaja wanita untuk menjadi lebih baik dan jangan terlalu mengikut perasaan gelodak remaja.
Sebenarnya semua perkenalan hampir berlaku dalam tahun yang sama dan pada awalnya kami hanya ingin bersahabat sahaja. Suka-suka…almaklum sekolah perempuan. Tapi takda lah pula nak melebih-lebih.

Dulu kalau pelajar kelas atas ( errr..nak cakap diri sendiri ke? Perasan) Pelajar Lelaki Sekolah Victoria Instituon ( VI) menjadi idaman semua. Ofkos sebab Bjiak dan Kacak ( masa itu VI kategori sekolah ranking) Dan memang serius dah lah pandai…handsome semuanya..cair..cair…

Kebanyakan pelajar perempuan kelas yang lain. ( kelas rank ke 4 sampai kelas akhir) semua kebanyakan tertumpu sekolah lelaki lain-lain kot sebab tak tahulah taste mereka. Bukan sombong sebab rasanya tidak berapa sama sangat pengaruh minat kami.

Satu ketika dahulu, kami ada buat projek mengenai sejarah VI tetapi bukan pilihan hakak CR ye nak terhegeh-hegeh ke sekolah ini walaupun tahu port jejaka idaman Malaya kat sana kerana sudah menjadi sikap hakak CR yang agak pemalu dan lebih-lebih lagi melibatkan lelaki yang diminati (ada ke? Kebanyak minat begitu sahaja. Bukan nak over sangat) Memandangkan kawan hakak CR ni yang over layankan saja-lah.

Dia ni boleh dikatakan anak orang berada. Selepas habis U dia bekerja di TV3 dan sekrang rasanya dia dah berhenti dan buka bisnes sendiri. Tetapi mujur siap juga assignment kami waktu itu.
Tetapi zaman CR dulu, memang kalau pelajar pandai ini kurang bergaul dan mereka memang kejar ranking. Zaman kami dulu pelajar sekolah berebut-rebut kejar ranking. Semakin tinggi ranking semakin popular sekolah itu.

Sekolah kami terkenal dengan bola jaring peringkat zon pudu dan hampir menjuarai peringkat Wilayah Persekutuan. CR memang pernah menjalani ;atihan tetapi surrender. Macam biasa kemalasan. Bila membabitkan kos. Nak training. Jika lambat balik nak kena makan lunch di sekolah. Tak mampu kot. Nak kena beli sports shoes. Tak rela hakak CR oiii…jadi hakak menjadi penyokong sorak jelah…tu je termurah…hahahahaha..pakai baju sukan dan pakai kasut sekolah biasa je.So tak payah pening-pening…bijak tak hakak CR? Hahahahaha…

Sekolah kami memang aktif dikir barat dan bola jaring. Sangat terkenal di WP. Juara bertahan beb zon pudu. Sekolah kami diiktiraf sekolah no #1 dalam wilayah paling disiplin. Mau tak disiplin ikat rambut tak boleh pakai getah cokelat tu, wajib pakai getah hitam yang halus tu, tak boleh getah hitam tebal itu, tak boleh cekak warna lain selain hitam, poket baju wajib ada butang, lencana sekolah wajib jahit, tudung tak boleh sembarangan tudung, setokin wajib dilipat, kasut sekolah tak boleh yang banyak getah tu, kena kasut more tu kain. Dah ikat rambut wajib ada riben puteh atau hitam. 

Memenatkan betul dengan bermacam peraturan. Dalam penjara pun tak banyak peraturan macam ini. Musuh ketat kami sudah semestinya Convent Bukit Nanas (CBN) masa itu.


Apa pun..kenangan kejayaan tetap terlakar walaupun dalam kenakalan kami. Zaman kami bukan seperti zaman sekarang dipenuhi orang yang bijakpandai….zaman kami adalah attitude with brain…daaaa…