Thursday, December 13, 2012

Jalan- Jalan Tawau

Assalamualaikum,

RiNi dah lama menulis dalam Blog rase dah dekat setahun. Keje semakin banyak life semakin banyak aktivti so terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging. Kali ni suka sangat nk menceritakan tentang percutian RiNi di Sabah especially Tawau. :)


Perjalanan Tawau memang panjang...memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit (ofkos kelaparan dan kebosanan) Perjalanan flight 3x sehari menyebabkan kesesakan luar biasa bila Tawau - KL. Kalau perjalanan melalui MAS adakalanya perlu transit di Kota Kinabalu.



Pintu masuk pertama jika tiba di Tawau ( sumber pic blog lain)
Balai Ketibaan Di Tawau ( sumber gambar blog lain )
Sesampainya di Tawau selalunya hari sudah gelap. Selalunya RiNi akan sampai paling awal jam 6.30 petang. Hari sudah beransur Maghrib dan kepenatan melanda terus direct check - in hotel King Park. Selain murah. Kawasan agak privacy dan tidak sesak dengan jem.

Hari Pertama

Kami akan mula dengan "refresh" badan. Perjalanan seharian yang memenatkan jadi kami akan mandi dan bersiap sedia mencari port makan malam. Selalunya kami pergi kawasan yang berdekatan. Ofkos tempat pilihan adalah "Secret Recipe" betul-betul dibelakang hotel kami. Walaupun price jauh lebih mahal dari semenanjung. Menu juga amat berbeza :) jadi kami memilih makan nasi bersama chicken grill yang price dalam katalog je RM 18.50 tidak termasuk tax serta air mineral. Suasana disini sangat santai dan jarang sekali orang Tawau nak makan disini. Selain mahal dan personally makanannya x sefresh makanan di Secret Recipe Sogo tu hah..penuh orang.


Sesudah menikmati makan malam kami sekadar melepak dalam bilik dan berehat sambil menonton. Ceh mcmlah kat umah xbole menonton. Hari pertama banyak buang masa lepak dan tidur :(
Suasana Secret Recipe Tawau di Waktu Malam :)


Hari kedua





Permandangan Kingston Executive Hotel untuk ke Restoran Seri Maju
KFC Tawau tempat beli Bucket tu ( sumber pic blog lain)
Sebelum masuk perkarangan kg incik Fisher Shinobi :)
(pic dr blog lain * bkn incik Fisher..hahah)
Early morning kami pergi bersarapan di Restoran Seri Maju ( bukak 24 jam hokey) berhadapan dengan Kingston Excutive Hotel. Menu boleh lah. Megi goreng dengan air nescaffe. Selepas makan tu kami pulang untuk mandi...whahahahah~ baru ready nk ke destinasi seterusnya ke KFC Tawau. Kami beli bucket KFC untuk ke dibawa pulang ke Batu 5 Tawau. Kami pergi ke sana menaiki bas Batu 5. Kami turun sebelum ke Batu 5 satu simpang untuk ke Sekolah Menengah Jalan Apas Tawau. Kami menaiki kenderaan teksi "sapu" untuk masuk ke kawasan perkampungan. Sampai di perkampungan kami menikmati KFC yang dibeli tadi. Perjalanan je dah cukup buat perut ni lapar. Kebetulan rehat sekejap jam menunjukkan sudah jam 5. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke bandar sebelum hari menjadi gelap. Kali ini mudah sedikit dah ada kenderaan.. Yahuuuuu.. :)


Suasana Di Pasar Tani
Ais Batu jagung
Kami sempat singgah di Pasar Tani untuk menikmati ABC. RiNi memilih ABC buah-buahan. Memang mabeles...sedap! Kalau kat situ la. Manakala incik Fisher memilih ABC milo. Ok jugak rasenye tu. Pasar Tani disana pun hampir nak berkemas-kemas memandangkan hari hampir gelap. Suasana yang digambarkan oleh owner mitsuwira tidak jauh beza...dan permandangan tu memang boleh dilihat dari gerai kami menikmati ABC. Kami singgah sebentar di panggung wayang untuk melihat movie yang menarik untuk ditonton malam nanti tetapi tiada yang menarik perhatian so kami amnbik keputusan pulang di hotel.

 .
Nasi Lalap ( sumber pic blog lain) my peberet :)

Malam punye program memandangkan sampai di hotel jak jam menunjukkan angka 6 so kami "refresh" dan berehat. Jam 8 kami pun mula operasi jalan-jalan cari makan. Lokasi kami di hadapan simpang masuk Kuhara Court Apartment. Setiap malam ada gerai-gerai makan yang dibuka di situ. Tiapkali ke Tawau mesti tak miss makan "Nasi Lalap" mmg siok bah. Ayam dua ketul digoreng panas2 ala KFC. Walaupun simple tapi pekena dengan sup panas dan sayur rebus dan sambal (lain sikit sambalnya ada campuran tomato) dan cukup okey :) alas perut. Malam di Tawau tak pernah sunyi macam di KL. Terang tetapi nyaman. Kami jalan sekitar bandar Tawau sebab kalau nak ke kedai dah xda yang open...huhu~ .Setelah penat kami pulang dan berehat. Masa di Tawau cepat berlalu. Kalau jam 10 malam macam dah 11 malam. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang dan tidur.





Hari Ketiga




 Eastern Mall Tawau ( Promenade Hotel)
McDonald Tawau
Pagi2 bangun ingatkan dah jam 9 rupanya baru jam 7 pagi. Punyelah terang benderang. Ikutkan RiNi ni pemalas bangun pagi tapi di Tawau punyelah rajin bangun awal...heran lak....Hari ini kami ambil keputusan jalan-jalan di bandar. Lokasi nya di Eastern Mall Tawau. Sebelum ini ada juga pergi tetapi belum banyak kedai yang buka tetapi  kali ini dah banyak. Jadi kesempatan lihat-lihat dan shopping baju di sini. Murah dan cantik-cantik. Tapi bajet sangat tight so pendamkan aje-LAH..huhu~ Kebetulan ada open booth untuk penggemar PS3. Tapi tak semua mampu memiliki PS3 termasuk saya...whahahaha~ kos nya xberbaloi-baloi. Seharian juga habiskan masa di sini. So dapat-LAH spek mata hello kitty...setelah tawar menawar harganya dapat beli dalam seploh hengget. Makan time, kami pun teringin nak pergi Mc Donald pertama di Tawau :) cantik , besar dan luas..merasalah jugak..hikhikhik...

Pada malamnya kami bercadang ingin makan sup tulang tetapi malangnya kedai tutup maka santapan malam ni nasi lalap depan Kuhara dan jagung rebus manis ler...huhu~ Cuaca yang agak mendung membuatkan kami segera pulang dan makan di hotel sak bimbang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan hujan lebat.naaa...xsampai beberapa minit hujan pun menyembah bumi.Mujur kami sempat sampai ke hotel :)


Hari Keempat


Mee Tauhu
Hari ini aktiviti kami pagi bersarapan Mee Tauhu di Batu 3. Ini juga salah satu kegemaran mereka yang duduk disekitar bandar Tawau menikmati menu tersebut. harga di sekitar RM2 tetapi RiNi tambah telur mata sebab mee tu mee kosong semata-mata.huhu~ Jadi harga upgrade ler. Tauhu pula bole pilih ikut suka, Tapi seperti pic sebelah antara paling disukai ramai. Tauhu bulat :)




Mahkamah Tawau dari pandangan depan :)
Kami mengambil keputusan meronda kawasan sekitar sebelum untuk target jam 2 petang ke Mahkamah Tawau atau urusan Saman. Mahkamah Tawau dapat dilihat berhampiran dengan Maybank Tawau dan kecil. Mungkin disebabkan mahkamah itu tidak handle kes yang besar dan kapasiti kes agak kecil. Selesai urusan kami mengambil keputusan untuk membeli makanan tengah hari sebelum berangkat pulang. Memandangkan cuaca macam cerah amat sangat dan berbahang semacam hari nak hujan. Jadi kami  singgah di Big Apple membeli kuih sebelum mengambil keputusan rehat di hotel sementara hujan masih lebat.


Big Apple Tawau yang aku salu singgah..hikhikhik



Femes dengan sup tulang...hot and sadap :)
Malam ni kami bercadang nak makan sup tulang sebab program semalam dah terbantut sebab kedai tutup so apa lagi berhenti je hujan kami pun siap-siap mo pigi ka Restoran Maskur. Restoran sup daging yang fofular di Tawau.Sadap bah :) hahaha~ Restoran ini terletak berhadapan dengan Giant Tawau. Memang meriah suasana di Giant ni. Ramai betul orang yang berkunjung. Laluan nya dari Mc Donald Tawau terus ke Kolej Komuniti Tawau..naaa baru lah kita jumpa satu pekan kecil suasana nya hebat. meriah dan terang benderang. Walaupun laluan masuknya macam gelap dan scary...hahaha~ Memang sedap..kalau pegi ke Sabah jangan lupa singgah Restoran ni (tuan restoran jgn lupa komisen sbb dh pomot free* hahah)

Hari Kelima


Nasi Kuning
Pagi yang indah ini diserkan dengan hujan renyai-renyai sepanjang pagi....morning Tawau...errrr....terperangkap je dalam bilik sehingga hujan reda...erm... Jam dah hampir jam 10.30 so kami ambil keputusan keluar menikamtai makanan enak di Tawau iaitu Nasi Kuning...memang sedap...boleh pilih samada lauk ikan atau ayam...macam biasa si cerewet ni memilih ayam.. :)

Dah nampak sign ni baru tnda nk menghala ke bandar
 Restoran ini menghala ke Kampung Titingan (err...agaknya) dan pusat jual beli Motor terkenal di Tawau iaitu Inti Deras. Dalam perjalanan tu juga bolehlah kita lihat Kompleks Sukan Tawau. Boleh tahan besar juga. Sepanjang laluan dapat lihat port lori-lori yang membawa barangan kastam dan berdekatan dengan perlabuhan Tawau.


Jalan-jalan Bandar tawau
Untuk menghabiskan masa yang ada kami lepak-lepak di Eastern Mall. Al maklum laluan yang panjang dan panas mula nk cr ekon untuk menyejukkan kulit2 tangan yang hampir terbakar ni :) Kat sini sempat jugak lah tgk incik Fisher fight FIFA 2013 tp malangnya emosi lak...sbb dia kalah :P nyampessss...Sambil dia main bola saya jadi tukang sokong dan sorak....tu yg emosi sbb kalah...huhu~ panas ati hakak.. Sambil tu dia nk sejukkan hati maka di bawa round-round bandar Tawau sebab hari ni last kami jalan petang-petang....esok dah mo pulang suda

Giant Tawau waktu siang
 Kami beransur pulang dengan hati panas...whhahaha~ setelah refresh RiNi tingin bebeno p Giant Tawau... meriah buat RiNi berkobar-kobar nak masuk melihat sendiri apa bestnye Giant Tawau padahal kat mana-mana Giant pun sama je....hahaha~ Memang meriah dan macam-macam ada..Tengok family dan kanak-kanak terdetik rasa hati rindukan family di semenanjung jadi kami beli jagung dekat Daily Fresh :) yang bestnye incik Fisher try waffle mayonis tp rasanya xsedap...mujur xbelik....hahahah~ dan kami tapau sup daging manakala RiNi lak nk Nasi lalap :) sebelom pulang dan menjamu selera.....pastu tdo kekenyangan.




Hari keenam ( Last day...sob..sob..sob..)


Pasar Ikan Tawau

Borong jangan tak Borong
Pagi ini dah relax kan diri kami pun bercadang nak membeli belah di Pasar Ikan untuk dibawa pulang ke semenanjung. Banyak juga yang kami borong disini...Ikan mak ampun murahnyee...hanya 2 3 ringgit sekilo. Kalau ikutkan ati macam-macam nak diborong tp duit ciput maka ciput jugak lah kami borong hangus jugak beberapa keping lima ploh hengget kerana memborong ketam, udang sampai 3 jenis, ikan kerapu, ikan senagin saiz xl. Tertarik dengan seorang kanak-kanak comel persis mak saleh gitu merayu-rayu pada kami untuk dibantu buat angkat bungkusan yang ikan yang dipack dengan box polisterin. Jenuh jugak kami cari yang murah...dapatlah rm 13. Tu yang paling murah la tu. Kanak-kanak tu ada tiga orang.kebetulan bajet nipis.kami serahkan 2 hengget sorang kepada 2 orang kanak-kanak tu. Tersentuh jugak bila  mereka cakap "terima kasih kakak" walaupun time tu aku tengah bz nk susun box tu seboleh-boleh nak aku menoleh pada mereka berdua...
Sabindo Plaza.(sempat gak  merajuk kt cni)
Sebelom kami memborong tu jenuh survey kalau-kalau price murah sebelom nak pos ke semenanjung sebab masa pegi dulu kakitangan Air Asia xkasi bawak makanan basah ke dalam kabin dan kargo. Kami ke sekitar bandar Tawau mencari syarikat penghantaran semuanya berharga RM200 ke atas. Punyelah mahal. Akhirnya incik Fisher mencadangkan supaya tanya semula kepada Air Asia. setelah ambil nombor giliran dan beratur tiba giliran kami yang penuh
Pasar Tanjung Tawau
debaran..jeng..jeng..jeng....lega sungguh rasa hati bole dibawa ke kabin tapi dengan syarat pack dengan sempurna untuk mengelakkan bau.Barulah kami shopping sakan di Pasar Ikan.Mulanya kami cadang nak makan di Pasar Tanjung Tawau tetapi kami tukar plan pi ke Pekan Batu 5 pekena nasi lalap kat sini memang femes dan sedap.....sebab mesti full house je..tapi ABC dia xsedap...harap maklum...hahahah~



Suasana Airport di Tawau
Jam dan menunjukkan jam 1.30 kami pulang dan baru nk refresh sebab dari pagi xsempat...hahahahah~ kami rest sehingga jam 4 sebab pakcik teksi dah nak datang hantar kami ke airport :'( Sementara tu kami mrefresh semula dan siap-siap packing barang sebelom check out..Tepat jam 4.00 pakcik dah terpacak depan hotel dan kami berangkat pulang dengan hati yang berat.



Balai Berlepas..huwaaa....
Setelah sampai kami repacking semula box untuk mudah dibawa ke kabin.Mak ampun punyelah berat box tu..nk longgar tulang RiNi menghangkutnya.Sementara masa masih ada kami pun jalan-jalan sekitar airport yang comel je tu. kami makan goreng pisang dekat bawah eskelator tu...sedap jugak sambal cicah goreng pisang panas tu...huhu~ Selepas tu kami ke atas untuk menunggu masuk ke Balai Berlepas dan imegresen. Masa ni memang cedey sesangat...huwaaaa..... nak tau RiNi adalah orang terakhir yang check in di kaunter Air Asia....dan cepat betul masa tu berlalu.....Tawau i will be back again next time.....daaaaaa....


Antara permandangan sekitar Tawau dan tempat yang pernah RiNi pegi...


Permandangan Bandar Tawau 
Pernah dapat rawatan kat sini. 1st time naik wilcha....hahahahah~
Pernah makan disini. Bersebelahan dengan shopping complex milimewa :) sodap :)
Bersebelahan hotel kami King Park dan belakang je Big Apple Tawau