Wednesday, June 21, 2017

Lazada Oh Lazada

Assalamualaikum,

Pasti semua adalah pengguna Lazada kan? Shopping online di Lazada. Hurm...CL ada kisah sedih dengan Lazada (个_个) sudah dua kali order di reject dan refund.

Ni bukan masalah refund. Tapi masalah kita ni dah berharap tapi in the end benda tu cancel tiba². Tak ke hangin. Dah la kita nak pakai untuk raya. Malas nak bersesak beli baju raya di luar.

Alih² kita excited nak check tracking dapat email dari Lazada mengatakan order cancel sebab barang tiada.

Mau tak hangin satu badan. Dah rancang tak lusa tulat dapatlah item kita. Sebab postage dijangka esok. Sudahnya hampa.

Lazada kena semak kesediaan supplier Jangan supplier cincai. Jual konon² item available kemudian last minute cancel sebab item out of stock.

Tadi CL try beli semula. Kalau nak tahu, masih boleh order dan item akan send lewat. Lepas raya pula tu. Tak ke haru (ㄒoㄒ) berangan pakai first day raya sebab dah aim lama. Sudahnya keciwa.

Selepas ini CL serik nak order untuk raya. Cukup² lah dah dua kali terkena. Tak nak dah order item² baju raya.

Lazada perlu tapis dan pastikan supplier mematuhi kehendak pelanggan dan senantiasa update stock status. Jangan lah mempermainkan perasaan pelanggan.

Kita berharap kita kecewa. Bye² Lazada versi RAYA. Ini kali terakhir order untuk baju raya. Cukuplah dua kali dan pernah beraya tanpa baju baru.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. We will miss ramadhan kareem.

XoXo,
Cik Lee